Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 31, 2009

Harimau Muda ke Liga-S 2010 ?

Harimau Muda ke Liga-S 2010 ?



Khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan Harimau Muda dibawah bimbingan Azraai Khor yang digugurkan dari Liga Super 2010 akan bermain di Liga-S Singapura.

Akibat dari penggantungan antarabangsa pasukan DPMM Brunei dan perancangan pasukan Super Reds bertukar ke pasukan tempatan pada 2010, akan mengakibatkan hanya pasukan dari Jepun iaitu Albirex Niigata pasukan tunggal asing yang disahkan menyertai Liga-S 2010.

Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) berminat untuk terus mengekalkan kemasukan pasukan luar, permohonan dari negara Asia, Afrika, Australia dan pasukan Eropah termasuk dalam pertimbangan.

Pasukan juara Liga Super China iaitu Beijing Guoan (simpanan) dan satu pasukan berpengkalan di Darwin, Australia menjadi pilihan utama. Pasukan ini akan bermain secara timbal-balik seperti yang dilakukan oleh DPMM tahun 2009.

Masalah logistik untuk menerbangkan pasukan dari Singapura ke Darwin menjadi penghalang utama. Ini bermakna pasukan Beijing Guoan mempunyai kelebihan. Seperti pasukan dari Jepun pasukan utama mereka akan bermain di Liga-J manakala pasukan simpanan bermain di Liga-S, pasukan Beijing juga dilaporkan berhasrat mengikut jejak itu.

Sekilas pandang pertandingan liga tempatan Singapura:

S-League (Liga-S) :
Liga professional Singapura. Musim 2010 bermula dari Feb 1 - Nov 2010.

Terdapat 12 pasukan pada musim 2009 iaitu : SAFFC (Angkatan Tentera Singapura), Tampines Rovers, Gombak United, Home United, Super Reds (Korea), Geylang United, Albirex Niigata (S), Young Lions (pasukan b-23 tahun kebangsaan Singapura), Woodlands Wellington, Sengkang Punggol, Balestier Khalsa dan Brunei DPMM (digantung semasa liga).

Terdapat tujuh pasukan luar Singapura pernah menyertainya iaitu Albirex Niigata FC (Singapore), Sinchi FC, Sporting Afrique FC, Liaoning Guangyuan FC, Super Reds FC, Dalian Shide Siwu and Brunei DPMM FC. Nama rasminya ialah Great Eastern S-League. Kejohanan ini setaraf Liga-M di Malaysia.

Singapore Cup (Piala Singapura) :
Kejohanan kalah mati melibatkan kelab Liga-S dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut disertai wakil kelab seperti dari Malaysia, Thailand, Cambodia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Ianya berjalan serentak dengan musim liga.

Bank RHB menjadi penaja utama kejohanan ini sejak 2005. Kejohanan ini setaraf dengan Piala FA di Malaysia. Pemenang mewakili Singapura dalam Piala AFC. Harimau Muda (B-23) menyertainya pada tahun 2006, tewas di pusingan awal.

Singapore League Cup (Piala Liga Singapura) :
Kejohanan kalah-mati tahunan ini disertai oleh 12 pasukan Liga-S. Ianya dilancarkan pada 2007 sebagai trofi kejuaraan domestik ketiga bersama-sama Liga-S dan Piala Singapura.

Musim 2009 menggunakan format tiga pasukan dengan empat kumpulan secara liga. Dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah-mati. Kejohanan ini setaraf dengan Piala Malaysia.

Prime League (Liga Utama) :
Kejohanan liga simpanan merangkap kejohanan remaja. Kejohanan ini setaraf Piala Presiden di Malaysia. Nama rasminya Great Eastern-YEO'S Prime League.

Purata kehadiran penonton adalah 2,039 (2009), 1844 (2008)

Video Malaysia lawan Syria



Gol skuad negara adalah jaringan Safiq Rahim, minit ke-31, 62, Zaquan Adha Abd Radzak (m-78) dan K Gurusamy (m-90).

Tutup tirai 2009 penuh bergaya

Skuad bola sepak kebangsaan meneruskan aksi menyakinkan selepas menamatkan kemarau emas di Sukan SEA XXV Laos lalu untuk menutup tirai 2009 dengan bergaya apabila menewaskan Syria 4-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



FAKRI (depan) diasak pemain pertahanan Syria pada aksi persahabatan
di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Minit 2 - Zaquan Adha mempersia-siakan peluang terbuka di depan pintu gol apabila berdepan dengan penjaga gol dengan sekadar menyepak sipi setelah menerima hantaran leret daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Minit 15 - Gawang Syria berjaya dibolosi Zaquan tetapi gol itu dibatalkan selepas penjaga garisan mendapati bola hantaran Norshahrul telah pun keluar dari kawasan permainan.

Minit 20 - hantaran lintang Safiq Rahim dari sebelah kanan yang ditanduk cantik Ahmad Fakri Saarani berjaya ditepis penjaga gol Syria.

Minit 31 - Norshahrul yang membawa bola sehingga ke kawasan penalti dijatuhkan. Safiq Rahim dengan tenang berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat gol pertama,

Babak kedua bermula, Malaysia membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Aidil Zafuan Radzak dan Mazlizam Mohamad bagi menggantikan Muslim Ahmad dan Nasriq Baharom.

Minit 63 - Norshahrul sekali lagi dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan Safiq sekali lagi mudah menyempurnakan sepakan penalti. Malaysia 2-0 Syria.

Minit 68 - Syria dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Malaysia dikatakan menolak seorang pemain Syria ketika sepakan sudut diambil. Malaysia 2-1 Syria

Minit 77 - Zaquan merembat kencang hantaran Abdul Manaf Mamat dalam kawasan kotak penalti Syria. Malaysia 3-1 Syria

Minit 78 - Zaquan dilayangkan kad kuning kedua kerana dianggap pengadil sengaja melengah-lengahkan perlawanan ketika dia hendak ditukarkan dengan Ahmad Shakir Md. Ali. Malaysia bermain dengan 10 pemain.

Minit 90 -Pemain gantian, K. Gurusamy melarikan bola dari tengah padang dan mengangkat bola keatas untuk merperdayakan penjaga gol Syria. Malaysia 4-1 Syria.

Perlawanan kedua-dua pasukan ini adalah sebagai persiapan kelayakan Piala Asia 2011 dengan pasukan kebangsaan akan berdepan dengan UAE di Dubai manakala Syria bertemu China pada Januari 6 2010 nanti.

Ranking Dunia : Malaysia (160), Syria (91)

Kehadiran Penonton: 3,000

Petikan dari K.Rajagobal Ketua Jurulatih Malaysia "Nampaknya kita berada di landasan terbaik untuk menghadapi perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2011 menentang UAE di Dubai pada 6 Januari depan.

"Kadang kala pasukan kuat pun boleh tewas tetapi saya gembira dengan kemenangan ini.

"Saya bangga dengan persembahan para pemain. Bukan senang kita nak bolosi pasukan kuat dengan empat gol. Harap kita dapat terus kekal fokus dan konsisten.

"Mungkin Syria pandang rendah pasukan kita. Tapi kita lihat mereka mula mengasak pada babak kedua. Tentang pengadil, saya tak mahu komen, anda sendiri yang boleh menilainya,"

Wednesday, December 30, 2009

International friendly Malaysia VS Syria

MALAYSIA (3) VS (1) SYRIA


Image VS Image


malaysia 4-1 syria

kita dipilih antara yang terkuat apabila vietnam dengan thailand pun seri dengan Syria yang menduduki ranking ke 91 dunia.


Muslim tak takut cabaran

Image


SELEPAS beraksi cemerlang mengawal benteng pertahanan negara pada saingan Sukan Sea ke-25 di Laos, Mohamad Muslim Ahmad masih belum mahu mendabik dada, sebaliknya sedar kedudukannya dalam kesebelasan utama K Rajagobal masih belum selamat.

Tonggak pertahanan tengah itu yang memainkan watak penting dalam membantu Malaysia muncul juara bola sepak di temasya dwitahunan itu berdepan cabaran untuk mengekalkan posisinya berikutan kehadiran pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah yang sebelum ini sering menjadi pilihan Rajagobal untuk digandingkan bersama ketua pasukan bawah 23 tahun, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Muslim, 20, berkata, dia tidak terlalu memikirkan peluangnya dalam skuad kebangsaan kerana apa yang penting adalah untuk terus berusaha bagi memastikan aksinya dapat memikat Rajagobal agar diberi peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, sebelum ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi perlawanan kelayakan Piala Asia, 6 Januari depan.

Syria uji Malaysia


MALAYSIA VS SYRIA


Image VS Image


TEMPOH ‘bulan madu’ buat barisan pemain K Rajagobal sudah berakhir. Skuad negara yang diiktiraf selaku jaguh baru Asia Tenggara selepas merangkul pingat emas di Sukan Sea ke-25 Laos bakal diuji pasukan kebangsaan Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Walaupun pertemuan itu sekadar ujian dalam persiapan sebelum berlepas ke Dubai untuk menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 6 Januari depan bagi pusingan kelayakan Piala Asia, ia tidak dipandang ringan Rajagobal kerana sedar aksi anak buahnya itu bakal menjadi tumpuan peminat tanah air selepas kejutan dilakarkan di Laos.

Namun, jurulatih itu tetap tenang kerana apa mahu dituntut daripada pemainnya adalah peningkatan kerana beliau mengakui belum tiba masanya mereka mengimpikan kejayaan di luar kemampuan.

“Syria pasukan yang bagus. Mereka meraih keputusan baik dalam pusingan kelayakan Piala Asia. Dari segi ranking, mereka di tangga ke-91 dunia berbanding kita. Mereka lebih baik dari semua aspek. Jadi, saya mahu tekankan kepada peminat yang skuad ini adalah pasukan muda untuk masa depan dan mereka berusaha untuk meningkat kerana kejayaan bukan dapat dihasilkan serta-merta.

“Walaupun skuad ini pasukan kebangsaan, sebilangan besar daripada mereka berusia bawah 23 tahun. Mereka masih muda dan banyak lagi yang harus mereka pelajari untuk menjadi lebih bagus,” kata Rajagobal.


Di atas kertas, kehebatan Syria sememangnya diakui berdasarkan prestasi semasa mereka mengungguli Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia dengan mengatasi China, Vietnam dan Lebanon.

Bagaimanapun, itu bukan isyarat untuk skuad muda negara mudah mengaku kalah kerana Rajagobal mahu setiap pemain memberikan aksi terpuji supaya mendapat penghormatan.

Malah, beliau mahu menjadikan perlawanan itu sebagai medan memilih 18 pemain untuk dibawa ke Dubai bagi menentang UAE.

“Sekarang saya masih ada 23 pemain. 18 akan dipilih untuk perlawanan dengan UAE, semua pemain berpeluang kerana saya hanya akan pilih pemain sebelum berangkat ke Dubai,” katanya.

Bagaimanapun, perkhabaran kurang menyenangkan buat kem negara apabila pemain senior, Mohd Amri Yahyah tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Syria kerana belum pulih daripada kecederaan lutut.


Tuesday, December 29, 2009

Jangan bandingkan dengan Vietnam


PASUKAN bola sepak bawah 23 negara yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA di Laos. Malaysia menewaskan Vietnam 1-0.


Jangan bandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain Malaysia dan Vietnam.

Itu kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai perbezaan jumlah ganjaran yang diterima oleh para pemain skuad bola sepak Bawah 23 tahun kebangsaan dan lawan yang mereka tundukkan pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV, Vietnam.

Para pemain skuad kebangsaan menerima RM30,000 setiap seorang di atas kejayaan membawa pulang pingat emas Sukan SEA XXV.

Sedangkan pemain Vietnam, yang kalah 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan akhir, menerima imbuhan jauh lebih besar iaitu AS$210,000 atau bersamaan RM720,000 keseluruhan, walaupun sekadar muncul naib juara.

Menurut Azuddin, adalah tidak adil bagi sesiapa yang membandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam.

‘‘Apakah matlamat membanding-bandingkan imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam?

‘‘Bagi saya biarlah mereka (Vietnam) dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.

‘‘Kita memberi imbuhan mengikut kemampuan kita. Jumlah yang kita beri adalah jumlah yang kita mampu.

‘‘Saya percayai para pemain kita berpuas hati dengan imbuhan yang mereka terima. Saya percaya mereka tidak menilai kejayaan mereka dari sudut wang ringgit,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Setiap pemain skuad bola sepak negara yang menamatkan kemarau juara selama 20 tahun dalam acara bola sepak Sukan SEA menerima bonus keseluruhan hampir RM30,000 sebagai ganjaran kejayaan itu.

Namun, imbuhan tersebut diselubungi isu apabila ada pihak yang membandingkan jumlah lebih besar yang diterima oleh pemain Vietnam.

Menurut Azzuddin, adalah sukar jika setiap kejayaan pelru diukur dengan jumlah imbuhan yang diberikan.

‘‘Kita harus faham bahawa adalah sukar untuk mengukur sesuatu kejayaan jika ia hanya berdasarkan jumlah wang imbuhan yang diberikan.

‘‘Apa yang lebih penting, pandang lah imbuhan ini sebagai satu pengiktirafan kepada pemain pemain, ini lebih mustahak dan lebih bernilai. Tidak perlu ada perbandingan.

‘‘Jumlah ini yang mampu kita berikan sebagai pengiktiraf terhadap pengorbanan pemain yang berjuang bersungguh-sungguh demi membawa kejayaan yang kita nanti-nantikan selama 20 tahun,’’ katanya.

Perlis juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009

Dendam 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di sini.

Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd. Nazer Mohd. Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan.

Ini turut mengundang aksi tegang di tengah gelanggang yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan Mohd. Nazer kepada dua pemain Perlis, Romdhizat Jamian dan Ezzrul Ikmanizar Abd. Rahman dan seorang pemain Kedah, Mohd. Fazliyata Taib.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas campur tangan pasukan Polis Simpanan Persekutuan untuk perlawanan disambung kembali.

Sebelum itu, Perlis yang ditewaskan Kedah dalam perlawanan akhir pada 1996 itu beraksi cemerlang walaupun bermain di gelanggang lawan dengan menghasilkan jaringan menerusi Romdhizat pada minit keempat dan Andrien Jurad Chamrong pada minit ke-18.

Kemenangan anak-anak buah jurulatih Kamal Idris Ali itu mencatat kejuaraan kali ketiga selepas melakukannya pada 1967 dan 1993. Pada 1967 Perlis menewaskan Singapura 3-0 manakala pada 1993 pasukan berkenaan mengalahkan Pulau Pinang 1-0.

Sementara Kedah, selain mencatat kejuaraan 1996, sebelum itu menjuarai pertandingan sama pada 1948 dan 1949, 1952 dan 1953 serta 2005.

Kemenangan semalam menyaksikan Perlis selain merangkul piala pusingan, membawa pulang hadiah RM30,000 manakala Kedah memperoleh RM15,000.

Lebih menggembirakan, Andrien Jurad turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009.

Di Stadium Darulaman semalam, perlawanan boleh diibaratkan sebagai bermulanya era baru bola sepak Melayu berdasarkan kepadatan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium.

Ia turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu'adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebaik perlawanan edisi ke-69 itu bermula, Kedah yang disokong ribuan penonton di gelanggang sendiri memulakan asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi kegagalan mencari penyudah menyaksikan skuad hijau kuning kempunan gol awal.

Sebaliknya, serangan balas yang diatur pantas skuad Perlis menghasilkan jaringan apabila Romdhizat menyepak kencang mengatasi penjaga gol Kedah, Mohd. Khairul Azuan untuk mendahului 1-0 pada minit keempat.

Ternyata jaringan pendahuluan itu menyemarakkan semangat Perlis untuk meneruskan asakan sehingga membuatkan pertahanan hijau kuning yang diperkuatkan pemain skuad Liga Super Kedah, Mohd. Fazliata semakin cemas.

Akhirnya Perlis menambah jaringan menerusi sepakan percuma Andrien Jurad dari jarak 25 meter menerjah penjuru gawang pada minit ke-18 dan kedudukan kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Menyedari ketinggalan, Kedah cuba bangkit mencari jaringan penyamaan menerusi asakan bertali arus ke kubu Perlis tetapi ternyata sekali lagi kegopohan melakukan hantaran di kalangan pemain tuan rumah menyelamatkan pasukan pelawat.

Friday, December 18, 2009

Sukan SEA: Kemarau 20 tahun Malaysia berakhir, lunas dendam ke atas Vietnam

tahniah....penantian berakhir..


Stadium Nasional Loas.

Malaysia mengakhiri kemarau 20 tahun untuk memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA apabila berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang baru berakhir.

Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.

Kali terakhir Malaysia memperoleh pingat emas dari acara bola sepak ialah pada edisi di Kuala Lumpur, 20 tahun lepas di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley. Sejak emas edisi 1989 (Kuala Lumpur) itu, Malaysia hanya mampu meraih perak pada edisi 2001 (Kuala Lumpur) apabila format pertandingan temasya dwi-tahunan ini diubah kepada pasukan Bawah 23 tahun dan kemudian memperoleh gangsa pada edisi 2003 (Vietnam) dan 2005 (Filipina)

Perlawanan petang tadi (6.00 petang waktu malaysia- 5.00 petang waktu Loas ) adalah perlawanan yang sangat mendebarkan seluruh rakyat Malaysia. (yang minat bola sepak laa). Dan pastinya kemenangan ini adalah HADIAH TAHUN BARU yang paling menggembiraakan.

Dalam meniti ranjau dalam menuju ke perlawanan akhir ini, Pasukan Malaysia juga mencatat sejarah paling manis dan bergaya apabila berjaya menewasakan Pasukan Thailand dengan keputusan 2-1 menewaskan Thailand. Kemenangan itu bermakna, Thailand tersingkir lebih awal dan gagal ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh lebih 30 tahun acara bola sepak Sukan SEA. Sekalung penghargaan buat jurulatih K. Rajagobal!


ULASAN PERLAWANAN

Apabila sebaik saja pengadil daripada Thailand, meniup wisel permulaan pada petang tadi, nescya pemain-pemain anak buah K.Rajagobal begitu kehilangan rentak. Dalam jangkamasa 20 minit pertama, pasukan Malaysia diserang bertubui-tubi ke kubu Malaysia, teutama gandingan mantap pemain Vietnam, yang dikemudi oleh pemain berjesri 13, iaitu Quang hai Nguyen, (juga ketua pasukan Vietnam).

Namun kekentalan pertahanan Malaysia yang dapat mengekang serangan bertubi-tubi oleh pemain-pemain Vietnam oleh, Aidil Zafuan Abd. Razak, Nasriq Baharom, Azmi Muslim telah menafikan percubaan Vietnam ke mendapatkan gol harus diberi pujian. Pujian harus juga diberi kepada penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawee Ramli yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan yang mencemaskan dalam usaha untuk menafikan gol Vietnam.

Pada Separuh masa kedua pula, Jurulatih Malaysia K.Rajagobal telah menukarkan corak permainan pasukan Malasyia daripada corak bertahan kepada corak menyerang, Penguasaan bahagian tengah yang sangat berkesan dengan gandingan K. Gurusamy, S. Kunanlan serta Baddrol Bakhtiar telah banyak membuka ruang untuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani menciptakan peluang untuk menjaringkan gol.

Dalam minit yang ke 75, K Rajagobal telah mengeluarkan Azmi Muslim dengan memasukkan penyerang terkenal negara Zaquan Adha Abd. Razak - ( pada mula tertanya-tanya juga kenapa pemain pertahanan di keluarkan dan digantikan dengan penyerang). Namun K.Rajagobal sangat mengetahuinya, dia kan coach..).Dengan formasi 4-4-2 menjadi duri dalam daging kepada pemain-pemain Vietnam.

Jaringan gol Malaysia tersebut berpunca daripada kelam kabut di hadapan gawang gol Vitenam. dan sepakan dalam jarak 25 meter Norshahrul Idlan Talaha telah terkena badan pemain Vietnam, iaitu pemain berjersi no. 5, iaitu Minh Chau Nguyen sekaligus telah menewaskan penjaga gol, Duc Cuong Tran yang (terus terang anaklaut katakan sepatutnya sudah dikeluarkan akibat kecederaan bahagian bahu .


1. Farizal Marlias - Penjaga gol
2. Sharbinee Allawee Ramli - Penjaga gol
3. Sabre Mat Abu - Pertahanan
4. Asraruddin Putra Omar - Pertahanan
5. Nasriq Baharom - Pertahanan
6. Aidil Zafuan Abd. Razak - Pertahanan
7. Azmi Muslim - Pertahanan
8. Mazlizam Mohamad - Pertahanan
9. Muslim Ahmad - Pertahanan
10. Mahali Jasuli - Tengah
11. Safiq Rahim - Tengah
12, Amar Rohidan - Tengah
13. K. Gurusamy - Tengah
14. S. Kunanlan - Tengah
15. Amirulhadi Zainal - Tengah
16. Baddrol Bakhtiar - Tengah
17. Zaquan Adha Abd. Razak - Penyerang
18. Norshahrul Idlan Talaha - Penyerang
19. Ahmad Fakri Saarani - Penrang
20. Abdul Manaf Mamat - Pen

Thursday, December 17, 2009

Najib Gembira Kejayaan Bola Sepak Di Sukan SEA Dan Harap Bukan Kejayaan Bermusim

PEMAIN bola sepak negara meraikan kemenangan mendapat pingat emas setelah mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di Stadium National Laos, hari ini.


Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira di atas kejayaan pasukan bola sepak negara menggondol pingat emas di Sukan SEA, Laos dan berharap ini bukan kejayaan bermusim.

Perdana Menteri berkata beliau ingin melihat perubahan ketara dalam kedudukan pasukan bola sepak negara berbanding negara lain.

"Kita harus guna ini sebagai batu loncatan ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian bagi menggulas kejayaan pasukan bola sepak negara yang akhirnya berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di Vientiane, Laos.

Menyentuh mengenai kejayaan kontinjen Malaysia yang berjaya meraih 40 pingat emas setakat ini, Najib berkata ia adalah satu pencapaian yang baik berbanding sasaran minima negara iaitu 35 pingat emas.

"Tetapi masih ada lagi acara, dan mungkin kita akan tambah lagi (kutipan pingat)," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet Malaysia yang berjaya di sukan dwi tahunan itu dan menyifatkan kejayaan itu sangat merangsangkan.

Malaysia Tamatkan Kemarau 20 Tahun Untuk Raih Emas Bolasepak Sukan SEA

alaysia menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini Khamis.

Gol kemenangan Malaysia adalah hasil gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83.

Gol tersebut berpunca dalam perebutan di depan gawang Vietnam ketika hantaran lintang daripada Safiq Rahim, yang ditujukan kepada pemain gantian, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, ditampan oleh Mai Xuan Hop dan masuk ke gawangnya sendiri.

Kali terakhir Malaysia mendapat emas dari acara bola sepak ialah pada edisi di Kuala Lumpur (1989) di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.

Bermain di depan hampir 17 ribu penyokong lawan yang memakai baju-T merah dan bintang warna kuning di dada, Malaysia dan Vietnam memulakan perlawanan dengan berhati-hati dengan masing-masing cuba melakukan percubaan untuk menguji gawang lawan.

Aksi berhati-hati kedua-dua pasukan menyebabkan bola banyak berlegar di tengah padang dan sesekali, pemain Vietnam yang terkenal dengan larian laju cuba menguji penjaga gawang Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee dengan percubaan jarak jauh.

Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-29 tetapi tandukan S.Kunalan melepasi palang gol.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol pembukaan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Sabre Mat Abu perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia pula ketandusan idea, Rajagobal memasukkan Mohamad Zaquan Adha bagi menggantikan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-69.

Kemasukan penyerang itu jelas memberi nafas baru kepada pasukan namun banyak percubaan di depan gawang lawan masih belum mampu mencecah jaring Vietnam.

Namun, gol sendiri oleh Mai Xuan Hop akhirnya memperlahankan rentak lawan sebelum pengadil Pratap Singh meniup wisel penamat.

Malaysia menempah tiket ke final selepas menewaskan tuan rumah, Laos 3-1 sementara Vietnam mengalahkan Singapura 4-1, pada perlawanan separuh akhir, pada Selasa.

Sejak emas tahun 1989 (Kuala Lumpur) itu, Malaysia hanya mampu meraih perak pada edisi 2001 (Kuala Lumpur) apabila format pertandingan temasya dwi-tahunan itu diubah kepada pasukan Bawah 23 tahun dan kemudian memperoleh gangsa pada edisi 2003 (Vietnam) dan 2005 (Filipina).

Pada edisi 2007, Malaysia tersingkir awal, pada saingan peringkat kumpulan.

Pada pertemuan kedua-dua pasukan di peringkat saingan Kumpulan A pada 6 Dis, Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.

Malaysia, naib juara Kumpulan A, memulakan cabaran peringkat kumpulan dengan membelasah Timor Leste 11-0, tumpas 1-3 kepada Vietnam, menang 4-0 ke atas Kemboja sebelum melakukan kejutan dengan mengalahkan juara bertahan sebanyak lapan edisi berturut-turut, Thailand, 3-1.

MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Baddrol Bakhtiar,K.Gurusamy, S.Kunalan, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani (Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak), Mohamad Muslim Mohamad (Mohamad Azmi Muslim), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan).

VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Quy Suu, Vo Hoang Quang, Mai Tien Thanh, Mai Xuan Hop, Tran Dinh Dong, Phan Thanh Binh, Pham Thanh Luong, Nguyen Thanh Long Giang, Phan Thanh Hung (Tran Manh Dung), Nguyen Ngoc Anh (Nguyen Trong Hoang).

Ini Pasukan Masa Depan Malaysia, Kata K.Rajagobal

Ketua jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal menganggap pemain-pemainnya yang memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA ke-25, selepas kali terakhir Malaysia meraihnya 20 tahun lepas, pasukan terbaik yang akan mencorakkan semula masa depan sukan itu.

Beliau berkata dengan label pasukan bukan pilihan ketika datang ke temasya dwi-tahunan ini, Malaysia dianggap tidak mampu untuk mara lebih jauh, bukan sekadar ke final tetapi juga tidak diberikan peluang langsung untuk ke separuh akhir.

"Akhirnya, kemenangan malam ini, menewaskan Vietnam 1-0 pada final, membuktikan segala andaian dan tohmahan itu tidak benar dan kredit kepada pemain-pemain saya yang membuktikan, mereka kini yang terbaik di rantau ini," katanya.

Beliau berkata selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, beliau memberitahu pemainnya ketika masa rehat,"Jika anda boleh mengikat mereka tanpa sebarang jaringan selepas 45 minit, anda boleh menang perlawanan ini, tetapi perlu cari gol pembukaan dahulu."

Beliau turut mengingatkan pemainnya agar bermain dengan aggresif atau beliau akan menukar barisan pemain bagi mendapatkan idea baru untuk menembusi gawang lawan.

"Akhirnya, mereka melakukannya. Walaupun Vietnam menjaringkan gol sendiri, tetapi dalam bola sepak, ianya dikira dan kita tetap menang," katanya yang turut memuji semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemainnya.

Sementara itu, ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Adha Abd Radzak berkata kedua-dua pasukan beraksi seimbang pada separuh masa pertama tetapi Malaysia mendominasi separuh masa kedua.

Jurulatih katanya memberitahu pemain semasa rehat yang beliau (Rajagobal) berkeyakinan Malaysia akan menang perlawanan ini dan pemain patut melakukannya (menang) malam ini.

Kemasukan adik kembarnya, Mohamad Zaquan Adha juga membuat tempo permainan Malaysia lebih aggresif dan menekan lawan.

"Semua patut diberikan pujian. Ini kemenangan Malaysia. Kami cuma melakukan yang terbaik," katanya.

MALAYSIA 1-0 VIETNAM

Image

Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.

Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.


Barisan Pemain Malaysia:
28-Sharbinee Allawee Ramli, 2-Mohd Sabre Mat Abu, 6-Mohd Nasriq Baharom, 7-Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (K), 24-Mohamad Muslim Ahmad, 10-Safiq Rahim, 15-K.Gurusamy, 16-S.Kunanlan, 23-Baddrol Bakhtiar (11-Mohamad Azmi Muslim), 9-Norshahrul Idlan Talaha (12-Amar Rohidan), 13-Ahmad Fakri Saarani (8-Mohd Zaquan Adha Abd Radzak)


Jurulatih: K.Rajagobal

Penjaga Gol: 1-Mohd Farizal Marlias, 28-Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan: 2-Mohd Sabre Mat Abu, 4-Mohd Asharudin Putra Omar, 6-Mohd Nasriq Baharom, 7-Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (K), 11-Mohamad Azmi Muslim, 18-Marlizam Mohamad, 24-Mohamad Muslim Ahmad

Tengah: 3-Mahali Jasuli, 10-Safiq Rahim, 12-Amar Rohidan, 15-K.Gurusamy, 16-S.Kunanlan, 21-Amirulhadi Zainal, 23-Baddrol Bakhtiar

Penyerang: 8-Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 9-Norshahrul Idlan Talaha, 13-Ahmad Fakri Saarani, 14-Abdul Manaf Mamat

Wednesday, December 16, 2009

Zaquan kembali lengkap kesebelasan utama


Pemain-pemain bola sepak negara menyambut Zaquan Adha Abdul Radzak (lima dari kiri) yang tiba di Vientiane, semalam selepas sakit matanya pulih sepenuhnya.

Kecuali Amirulhadi Zainal yang masih digantung, jurulatih K. Rajagobal kembali memiliki semua pemain yang dimahukan apabila bertemu Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV, esok.

Kehadiran semula Zaquan Adha Abdul Razak dari Kuala Lumpur ke Laos, semalam setelah pulih daripada masalah mata yang dialaminya, pastinya akan menambah semangat dan sengat jentera serangan.

K. Rajagobal juga kembali mendapat sentuhan pemain sayap, Ahmad Fakri Saarani yang selesai menjalani hukuman satu perlawanan.

Jadi, Rajagobal sudah mendapat skuad impian dalam misi menamatkan kemarau emas 20 tahun acara bola sepak Sukan SEA esok.

Mengulas perlawanan esok, pengurus skuad bola sepak negara ke Sukan SEA, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, skuad kebangsaan kini kembali mendapat sentuhan semua pemain tonggak untuk perlawanan dengan Vietnam setelah pelbagai masalah melanda sejak peringkat kumpulan lagi.

Menurutnya, kehadiran semula Zaquan serta Ahmad Fakri membolehkan Rajagobal menurunkan barisan terkuatnya esok.

“Sebelum ini kita dilanda pelbagai masalah seperti kecederaan dan penggantungan pemain utama.

“Namun, kita mengharungi semua dengan pemain yang ada sehingga berjaya ke final.

“Kita terpaksa menurunkan pemain yang tidak cergas seratus peratus seperti Shafiq Rahim dan Baddrol Bakthiar kerana tidak punya banyak pilihan.

“Begitupun saya bersyukur kerana kita berjaya juga ke perlawanan akhir dan saya berharap para pemain memberikan aksi terbaik mereka apabila menentang Vietnam nanti,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Zaquan dan Ahmad Fakri tidak syak lagi menambah sengat di bahagian serangan.

“Walaupun kita menang ke atas Laos pada peringkat separuh akhir, namun jentera serangan kita tidak begitu menyengat pada perlawanan tersebut.

“Namun, kini kita kembali mendapat sentuhan Zaquan dan Ahmad Fakri, jadi kita yakin kehadiran mereka akan memantapkan lagi pergerakan di bahagian serangan apabila berdepan Vietnam nanti,” katanya.

Tuesday, December 15, 2009

MALAYSIA KE FINAL


Baddrol Bakhtiar (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan (dari kiri) Mohd. Sabre Mat Abu, Safiq Rahim dan K. Gurusamy Govanda ketika menentang Laos dalam perlawanan separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos dekat Vientiane, semalam.

Disember 14 2009 - Sudah 20 tahun Malaysia tidak mengecap pingat emas Sukan Sea dengan kali terakhir Malaysia menang emas ialah pada 1989 di Kuala Lumpur apabila menewaskan Singapura 3-1.

Gol jaringan Baddrol Bakhtiar hasil hantaran silang didepan gawang Laos melalui Abdul Manaf Mamat dan Baddrol yang menunggu melakukan sepakan gunting, menerjah ke jaring Laos untuk gol pertama.

Selepas gol tersebut pemain Malaysia seolah-olah berasa selasa, membenarkan Laos melakukan asakan bertubi-tubi.

Akibatnya Laos berhasil menyamakan kedudukan pada minit 74 apabila Kanlaya Sysomvang yang tanpa dicabar melepaskan sepakan jauh dari kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Malaysia Sharbanee Allawee.

Baddrol sekali lagi berjaya menjarakkan kedudukan apabila berjaya menolak bola masuk ke gawang hasil dari pergelutan di pintu gol Laos akibat dari cubaan S. Kunanlan mengenai palang gol dan melantun ke kawasan permainan sebelum Baddrol yang berkejar bergelut dengan pertahanan Laos walaupun terjatuh namun berjaya menolak masuk pada minit 79.

Gol ketiga Malaysia terhasil apabila umpanan ke dalam petak penalti Laos melalui Norshahrul Idlan Talaha di sambut oleh Safiq Rahim pada minit ke 85.

Malaysia: 28 Sharbinee Allawee Ramli, 6 Nasriq Baharom, 7 Aidil Zafuan Abd. Radzak (k), 24 Muslim Ahmad, 2 Sabre Mat Abu (11 Azmi Muslim), 16 S. Kunanlan, 10 Safiq Rahim, 15 K. Gurusamy, 23 Baddrol Bakhtiar, 14 Abdul Manaf Mamat (12 Amar Rohidan), 9 Norshahrul Idlan Talaha (4 Asraruddin Putra Omar).

Simpanan: 1 Mohd Farizal, 3 Mahalli Jasuli, 4 Mohd Asraruddin, 18 Mazlizam Mohamad

You tube: Malaysia 3-1 Laos
You tube: Malaysia 3-1 Laos
You tube: Malaysia 3-1 Laos Gol Pertama Malaysia
You tube: Malaysia 3-1 Laos
You tube: Malaysia 3-1 Laos
You tube: Malaysia 3-1 LaosSeparuh masa kedua
You tube: Malaysia 3-1 Laos
You tube: Malaysia 3-1 Laos Gol Pertama Laos
You tube: Malaysia 3-1 Laos Gol Kedua dan Ketiga Malaysia

Saturday, December 12, 2009

B. Sathianathan yakin bola sepak ke akhir

Kejayaan mengejutkan Thailand 2-1 untuk mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Laos, semalam, turut meyakinkan bekas jurulatih negara, B. Sathianathan untuk melihat skuad negara mara ke aksi akhir pula.

Menonton siaran langsung perlawanan tersebut di Bangkok, jurulatih Kelantan itu juga meramalkan anak buah K. Rajagobal bakal bertembung semula Vietnam dalam perebutan pingat emas yang menumpaskan mereka 3-1 dalam perlawanan kontroversi Kumpulan A lalu.

Sathianathan yang bertandang ke sana bagi latihan pra musim skuad Wira Merah, berkata, “skuad Sukan SEA kali ini menampilkan pemain yang cukup matang dan berpengalaman malah sudah digandingkan daripada skuad senior lagi selain ada tujuh pemain daripada skuad bimbingan saya di Korat 2007.

“Bagi saya, satu kemajuan yang memang dijangkakan apatah lagi mereka dibantu pemain skuad bawah 20 tahun yang memang sudah lama serasi dengan corak latihan dan kehendak jurulatih,” katanya.

Skuad bola sepak ke separuh akhir


Malaysia tewaskan Thailand 2-1, layak ke separuh akhir


Sebelum ini, ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi buat skuad bola sepak negara melangkah ke pusi- ngan separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.

Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal mendiamkan seketika mulut pengkritik mereka apabila berjaya ke separuh akhir selepas menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.

Lebih manis, kejayaan yang dilakar skuad negara itu sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir buat kali pertama ke saingan sepa- ruh akhir Sukan SEA dalam tempoh 36 tahun sejak 1973.

"Inilah bola sepak. Pasukan pilihan juga boleh ditumbangkan. Apa yang penting, setiap pasukan harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk menumbangkan lawan mereka. Buktinya, kami telah berjaya menewaskan Thailand dan seterusnya layak ke separuh akhir.

"Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain-pemain saya sepan- jang perlawanan ini berlangsung. Mereka sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda patah semangat sekalipun pada satu ketika, kami ketinggalan satu gol. Saya puji semangat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa," kata Rajagobal pada sidang media sele- pas tamat perlawanan semalam.

Rajagobal menambah, semangat juang yang tinggi serta kerjasama berpasukan menjadi antara kunci utama kejayaan anak-anak buahnya menumbangkan skuad kendalian Steve Darby itu.

"Anda sendiri boleh lihat bagaimana pemain saya beraksi hari ini (semalam). Mereka tidak jemu-jemu mengasak Thailand bagi memburu gol. Sikap seperti ini yang saya tuntut daripada setiap pemain sebelum perlawanan berlangsung. Akhirnya mereka telah membuktikan kepada saya bahawa mereka mampu melakukannya.

"Pasukan yang beraksi dengan baik akan keluar sebagai pemenang dan pemain saya telah membuktikan bahawa mereka sememangnya berhak untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini," jelasnya.

Pada aksi semalam, Thailand terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Biarpun ketinggalan, semangat anak-anak buah Rajagobal dilihat tidak pernah luntur, sebaliknya terus mengasak lawan bagi memburu gol penyamaan.

Ternyata percaturan Rajagobal memasukkan Azmi Muslim bagi menggantikan pemain pertahanan, Mohd. Sabree Abu pada minit ke-62 berjaya mengubah tempo permainan.

Kemasukan Azmi mula menampakkan sengat di bahagian sayap kiri.



RAJAGOBAL (kanan) memeluk pemainnya selepas pasukan Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Laos semalam.


Hasilnya, skuad negara memperoleh gol penyamaan pada minit ke-80 selepas pemain pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom menyudahkan hantaran lintang Azmi.

Gol penyamaan itu telah membangkitkan semangat barisan pemain negara untuk terus menambah gol.

Akhirnya, gol 'keramat' yang dicari-cari terjelma pada masa kecederaan apabila gerakan menarik Norshahrul Idlan Talaha berjaya disempurnakan oleh Ahmad Fakri Saa- rani.

"Kami beraksi dalam perlawanan ini tanpa sebarang tekanan. Sepatutnya, kami mampu menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama menerusi gerakan serangan balas.

"Tetapi pemain serangan saya gagal menyempurnakan peluang itu dengan baik.

"Bagaimanapun, saya tetap berasa gembira kerana pada separuh masa kedua, kami beraksi dengan lebih baik sehingga mampu menjaringkan dua gol pada 10 minit terakhir per- lawanan," kata Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Steve Darby, berkata, dia tiada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.

“Sepuluh minit terakhir memusnahkan kami. Setelah Malaysia mendapat gol penyamaan, mereka tidak henti-henti mengasak dan akhir memperoleh gol kemenangan.

‘‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan saya,” katanya.

Hadiah untuk Malaysia - Fakri

Kemenangan untuk rakyat Malaysia.

Itu kata penjaring gol kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ketika mengalahkan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A, semalam, Ahmad Fakri Saarani.

Jaringan tersebut yang membawa skuad bimbingan K. Rajagobal ke separuh akhir, amat bermakna buat Mohd. Fakri apatah lagi menumbangkan juara bertahan, Thailand.

"Kemenangan ini amat membanggakan dan sungguh bermakna. Saya seronok dan rasa berbaloi kerana setelah bermati-matian mencuba, mengasak, akhirnya kemenangan yang kita cari berjaya dicapai.

"Kemenangan ini untuk rakyat Malaysia yang mahu melihat kejayaan skuad bola sepak negara.

"Juga kemenangan ini untuk bapa saya, Saarani Hussein yang banyak memberi dorongan karier saya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan semalam, Thailand yang hanya perlu seri untuk ke separuh akhir, mendahului menerusi jaringan Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Mohd. Nasriq Baharom menyalakan semangat para pemain apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 sebelum Ahmad Fakri menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan babak kedua.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia layak ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A di belakang Vietnam.

Mengulas permainan dengan Thailand, Ahmad Fakri, 20, berkata, dia kagum dengan semangat rakan sepasukan yang tidak mudah mengalah atau tertekan walaupun ketinggalan pada awal babak kedua.

"Sebelum perlawanan lagi kami sudah yakin untuk mengalahkan Thailand.

"Berbekalkan keyakinan itu, kami terus tenang dan mengatur serangan walaupun ketinggalan," katanya.

Friday, December 11, 2009

Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA


Para pemain negara meraikan kejayaan selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Thailand pada temasya Sukan SEA ke-25 di Vientiane, Laos hari ini. Malaysia menang 2-1 dan layak ke separuh akhir.


Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi. Gol dijaringkan oleh Nasriq Baharom(81) dan fakri Saarani( 90+2') dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Vietnam akan ditentang oleh Singapura.



Farizal atau Sharbinee?

Andai pengalaman jadi ukuran, penjaga gol skuad bola sepak negara, Farizal Marlias bakal menjadi pilihan berbanding rakan seposisinya, Sharbinee Allawee (gambar) pada aksi menentang Thailand hari ini.

Pada temasya Sukan SEA XXV, Farizal mendapat kepercayaan jurulatih K. Rajagobal untuk menjadi penjaga gol utama sementara Shar- binee bertindak sebagai penjaga gol simpanan skuad negara.

Kini kedua-dua penjaga gol muda negara itu dilihat berada pada prestasi terbaik menjelang pertemuan penting menentang Thailand pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang ini.

Farizal yang juga penjaga gol Perlis beraksi ketika skuad negara membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A minggu lalu.

Dia sekali lagi diturunkan ketika skuad negara tumbang 1-3 kepada Vietnam pada perlawanan penuh kontroversi ekoran pergaduhan yang melibatkan anak-anak buah Rajagobal dengan pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong Hyeok.

Bagaimanapun, tindakan Farizal yang didakwa membaling botol ke arah pengadil menyebabkan dia dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan dan secara auto- matik dia tidak dapat diturunkan ketika skuad negara menentang Kemboja.

Ketiadaan Farizal menyebabkan Rajagobal menurunkan Sharbinee sebagai penjaga gol utama ketika berdepan dengan Kemboja yang menyaksikan skuad negara mencipta kemenangan 4-0.

"Saya gembira kerana dapat membantu Malaysia meraih kemenangan ketika menentang Kemboja seterusnya membuka peluang kami untuk mara ke separuh akhir.

"Apabila diberitahu oleh jurulatih saya akan diturunkan bagi menggantikan Farizal pada perlawanan dengan Kemboja, saya cukup gembira dan tidak sabar beraksi.

"Alhamdulillah, saya dapat beraksi dengan baik dan amat berpuas hati dengan prestasi saya pada perlawanan itu," kata Sharbinee yang bersaing dengan Farizal dan Syed Adney Syed Hussein untuk mendapatkan tempat dalam skuad negara ke Laos.

Sharbinee dianggap antara wira skuad negara pada pertemuan dengan Kemboja kerana dia berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan termasuk menyelamatkan satu sepakan penalti Kemboja.

'Misi hidup atau mati'


RAJAGOBAL (berdiri dua kanan) memantau sesi latihan kecergasan pemainnya sebagai persediaan menghadapi perlawanan penting menentang Thailand hari ini.


Mampukah skuad bola sepak negara menumbangkan gergasi Asia Tenggara, Thailand hari ini?

Bukan mahu mempersoal kemampuan anak-anak buah K. Rajagobal itu tetapi berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasu- kan di pentas Sukan SEA sejak edisi 2001 di Kuala Lumpur, skuad negara masih belum mampu mencipta kemenangan ke atas Thailand.

Untuk rekod, skuad negara kendalian Allan Haris ketika itu tewas 0-1 kepada Thailand pada final temasya Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan tidak bertemu pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.

Pada temasya 2005 di Filipina, skuad negara bimbingan Norizan Bakar tewas 1-2 kepada Thailand dalam saingan peringkat kumpulan.

Di Korat, Thailand dua tahun lalu, skuad negara yang dibimbing B. Sathianathan, tidak berentap dengan Thailand.

Bagaimanapun, itu sekadar rekod dan hari ini, skuad negara kembali 'dipertemukan' dengan Thailand dalam misi memburu slot separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.

Pertembungan dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional itu ibarat misi hidup atau mati bagi anak-anak buah Rajagobal.

Andai tewas atau seri sekalipun, mereka sudah boleh berkemas awal untuk pulang ke tanah air.

Namun, pastinya kem bola sepak negara tidak mahu langkah mereka terhenti pada peringkat kumpulan, sekali gus menghancurkan impian mereka merangkul pingat emas buat kali pertama sejak temasya 1989 di Kuala Lumpur.

"Saya harus akui perlawanan menentang Thailand ibarat 'misi hidup atau mati' skuad negara. Kita sudah tiada pilihan lain kecuali menang ke atas Thailand.

"Yang penting, pemain saya dapat menghadapi perlawanan itu dengan tenang dan me- ngikut setiap arahan yang saya berikan. Kami kena hadapi perlawanan itu dengan sikap positif tanpa ada sebarang tekanan," kata Rajagobal ketika ditemui semalam.

Bagi menghadapi Thailand, skuad negara agak tempang di barisan serangan apabila pe- nyerang, Zaquan Adha Abd. Radzak yang masih mengalami sakit mata tidak dapat beraksi kerana menjalani hukuman penggantungan dua perlawanan.

Tempat Zaquan dijangka diisi Abdul Manaf Mamat untuk bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi Manaf dan Norshahrul di barisan sera- ngan. Tidak mustahil mereka akan berada dalam percaturan saya bagi menghadapi Thailand nanti," kata Rajagobal yang sedikit pening tentang siapa yang bakal diberi tanggungjawab menjaga gawang.

Monday, December 7, 2009

Video: Vietnam Vs Malaysia










Group A

Team Pld W D L G F GA GD Pts
Vietnam 3 2 1 0 8 2 +6 7
Thailand 2 1 1 0 5 1 +4 4
Malaysia 2 1 0 1 12 3 + 9 3
Cambodia 2 1 0 1 4 5 −1 3
Timor-Leste 3 0 0 3 1 1 9 −18 0

Malaysia kembali sukar


KETUA pasukan bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak (dua dari kiri) bersama rakan membantah tindakan pengadil perlawanan Kim Jong Hyeok (kiri) mengarahkan pemain negara Zaquan Abd Razak meninggalkan padang selepas melayangkan dua kad kuning pada separuh masa kedua Malaysia bertemu Vietnam di National Stadium, semalam. Vietnam menang 3-1.



Tewas kali keempat berturut-turut di tangan Vietnam

BUKAN hanya pintu keluar kini dipandang skuad negara, malah aib tambah tercalar angkara tindakan pemain mensasarkan pengadil sebaik tumbang 1-3 kepada Vietnam di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, petang semalam.

Kecewa kali keempat berturut-turut di tangan lawan sama di pentas saingan serantau itu menghimpit negara dengan satu-satunya pilihan berbaki, iaitu menundukkan pasukan pilihan, Thailand, pada aksi terakhir Kumpulan A nanti jika mahu terus melangkah ke separuh akhir.

Sejak awal lagi, petanda bimbang mengganggu apabila Zaquan Adha Abdul Radzak tiada dalam kesebelasan utama kerana sakit mata ketika Abdul Manaf Mamat yang masuk selaku pengganti, sukar membentuk kombinasi mantap bersama Norshahrul Idlan Talaha.


Berpunca daripada sepakan percuma yang bertukar menjadi anugerah penalti, Vietnam sudahpun mendahului pada minit ke-13 apabila Phan Thanh Bonh meledakkan rembatan yang sama sekali memperdaya penjaga gol, Farizal Marlias.

Ianya berganda 12 minit kemudiannya akibat kelalaian benteng negara membolehkan Mai Tien Thanh meloloskan diri dan menyepak leret menerjah jaring.

Tapi kebangkitan segera dicipta skuad negara dengan asakan pantas yang menyaksikan bola umpanan lintang Ahmad Fakri Saarani daripada sebelah kanan tertanduk ke dalam gawang sendiri oleh Vo Hoang Quang beberapa saat kemudiannya.

Ketika tandukan Amar Rohidan yang sipi pada minit ke-37 menampakkan petanda positif, ianya tergencat apabila Vietnam menamatkan babak pertama dengan 3-1 hasil gol Nguyen Trong Hoang pada penghujung masa kecederaan.

Mereka cuba menjelmakan kebangkitan pada separuh masa kedua, tetapi tiada percikan kreatif atau pemain mampu menjelmakan kelainan memunculkan diri buat setiap ancaman yang dicipta, mudah dihapuskan benteng Vietnam.

Zaquan, masuk menggantikan Amar Rohidan pada babak kedua, melengkapkan igauan ngeri apabila diperintah keluar padang pada masa penghujungnya, sebelum insiden lebih memalukan apabila pemain-pemain negara mengerumuni pengadil, Kim Jong-hyeok - yang memungkinkan tindakan lebih buruk buat skuad negara.

Apa yang peliknya, kesalahan kerap dituding ke arah pemain Malaysia.

Ketika penulis bertanyakan kepada seorang rakan petugas media Vietnam mengapa agaknya Zaquan sanggup mengetepikan akibat tindakannya menyerang pengadil, wartawan tersebut menjelaskan: "Pemain No. 8 Malaysia mungkin amat marah... Dia berada di dalam keadaan marah yang amat sangat terhadap pengadil."

"Kesalahan pemain No. 8 anda tidak sepatutnya dilayangkan kad merah oleh pengadil," tambah wartawan itu.

Demikian penilaian wartawan tersebut terhadap insiden yang hampir mencetuskan kekecohan besar.

Inilah kesimpulannya. Kemarahan melampau menyebabkan Zaquan Adha hilang pertimbangan.

Akhirnya, Malaysia meniti laluan sukar untuk ke separuh akhir. Kini Thailand perlu diatasi - lawan yang sudah lama tidak ditundukkan dan nyata memiliki kelebihan daripada hampir semua segi.

Malaysia akan bertemu dengan Kemboja esok dan akan bertemu Thailand pada 11/12/2009( jumaat ini).

Sunday, December 6, 2009

Live Streaming - All 25th Sea Games Football Matches !



Sila Klik Di Sini. Pukul 3.00 ptg (Waktu Malaysia)

Rajagobal: Kami hormati Vietnam


BARISAN skuad bola sepak negara merakam gambar kenangan di hadapan Perkampungan Sukan SEA XXV di National University of Laos selepas selesai menjalani latihan semalam.


VIENTIANE, Laos - "Kami bukan takut tetapi kami menghormati mereka."
Bunyinya seperti mahu merendah diri, namun bagi jurulatih skuad bola sepak negara, K. Rajagobal, beliau hanya menuntut anak-anak buahnya memberi fokus sepenuhnya pada pertemuan menentang Vietnam.

Ini kerana, Rajagobal tidak mahu skuad negara terjerat dengan perangkap lawan mereka itu pada aksi Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang ini.

Namun, Rajagobal menegaskan, rekod pertemuan ketika menentang Vietnam pada tiga temasya Sukan SEA lalu tidak harus dijadi- kan ukuran kerana tumpuannya lebih terarah kepada barisan kendaliannya ketika ini.

"Tidak guna kita bercakap perkara yang sudah lepas. Bagi saya, apa yang penting, kita perlu tumpukan pada skuad yang ada sekarang. Kita tidak boleh membandingkan skuad ini dengan skuad Malaysia yang beraksi pada Sukan SEA yang lalu," jelas Raja- gobal selepas tamat sesi latihan skuad negara semalam.

Untuk rekod, skuad negara hanya menang sekali dan tewas tiga kali kepada Vietnam dalam empat temasya Sukan SEA sebelum ini.

Pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Vietnam pada aksi peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, dalam tiga pertemuan berikutnya menyaksikan skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan Vietnam.

Skuad negara gagal melangkah ke final pada temasya 2003 di Vietnam apabila tewas 3-4 dalam saingan separuh akhir.

Pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina, skuad negara sekali lagi gagal menjejakkan kaki ke final apabila tewas 1-2.

Lebih malang, skuad negara dimalukan Vietnam dengan kekalahan 1-3 pada temasya 2007 di Korat, Thailand.

Menjelang aksi menentang Vietnam hari ini, Rajagobal berharap skuad kendaliannya mampu memberi komitmen seratus peratus di tengah padang tanpa memikirkan rekod pertemuan dengan Vietnam sebelum ini.

"Setiap jurulatih pastinya mahu mendapatkan keputusan yang baik. Jadi kami akan turun dengan semangat yang tinggi.

"Jika kami menang, peluang untuk mara ke sepa- ruh akhir lebih cerah.

"Apa yang saya tekankan kepada pemain adalah agar mereka bermain seperti yang diarahkan," jelas Raja- gobal.

Aidil ikrar sekat Vietnam

http://www.rindok.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/kembar-aidil-zafuan.jpg

Menyekat permainan pantas Vietnam menjadi misi utama ketua pasukan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk skuad kebangsaan membenam Vietnam apabila kedua- dua pasukan berentap pada acara bola sepak Sukan XXV Laos hari ini.

Aidil, yang menjadi tonggak pertahanan berkata, permainan pantas Vietnam digerakkan oleh ketua pasukan mereka, Phang Thanh Luang dan penyerang Phang Thanh Binh.

Lantaran itu, katanya, dia dan rakan-rakan di benteng pertahanan sudah mengatur strategi untuk mengikat kedua-dua pemain tersebut demi memastikan skuad kebangsaan meraih keputusan yang diharapkan.

"Pada keseluruhan, permainan kita dan Vietnam tidak banyak beza, cuma mereka lebih pantas.

"Saya telah mengenalpasti dua pemain mereka yang menjadi nadi penggerak corak kepantasan mereka.

"Untuk itu, kedua-dua tonggak pemain lawan yang mencetuskan pergerakan pantas di bahagian serangan, akan kami 'ikat' pada perlawanan esok, (hari ini)" katanya ketika ditemui semalam.

Aidil turut melaungkan keazaman untuk segera menyelesaikan tugasan bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir jika menang ke atas Vietnam.

"Jika kita menang, peluang kita untuk ke separuh akhir agak cerah. Saya tidak mahu memikirkan soal lain, selain daripada mencapai misi menghampiri separuh akhir dengan cara mendapatkan tiga mata penuh hari ini.

"Saya tidak mahu bergantung harapan untuk ke separuh akhir berdasarkan keputusan lain-lain pasukan," katanya.

Lebih dari itu, kata Aidil, dia mahu membalas dendam kerana Vietnam mengalahkan Malaysia 3-1 pada saingan peringkat kumpulan Sukan SEA 2007 di Korat.

"Pada perlawanan tersebut, saya hanya berada di tempat duduk kerana digantung.

"Kini saya berpeluang untuk menebus kekalahan dua tahun lalu yang menyebabkan kita gagal melepasi separuh akhir," ujarnya.

Mengenai kemenangan 11-0 ke atas Timor Leste pada perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan SEA, yang diperkecilkan oleh sesetengah pihak kerana bagi mereka ia bukan lawan sebenar Malaysia, Aidil tidak peduli dengan cakap-cakap negatif itu.

"Apa yang penting kami menang dan meraih tiga mata penuh, tak kisah berapa jaringannya dan siapa lawan kami.

"Kami berpegang pada prinsip menghormati semua lawan, tak kira Timor Leste atau Vietnam.

"Walaupun kemenangan kami diperkecilkan, kemenangan tempoh hari memberi semangat untuk kami meneruskan misi di Laos ini," katanya.

Friday, December 4, 2009

Tugas sukar menanti Malaysia



ANDAI rekod pertemuan dijadikan ukuran, skuad bola sepak negara mungkin berdepan tugas sukar apabila bertemu Vietnam pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV di Laos, Ahad ini.

Dalam empat pertemuan sejak 2001, skuad negara hanya menang sekali dengan Vietnam pada temasya dwitahunan itu manakala tiga lagi aksi memihak kepada pasukan lawan termasuk pertemuan terakhir di Korat dua tahun lepas.

Situasi tersebut mungkin agak membimbangkan, namun setelah membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos kelmarin, ia pastinya menghadirkan sedikit kelegaan kepada skuad kendalian K. Rajagobal itu.

Bagi Rajagobal, kejayaan itu setidak-tidaknya melonjakkan kembali keyakinan anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Vietnam nanti.

"Kita semua tahu bahawa Vietnam adalah penghalang utama kepada pemain kita untuk melangkah ke separuh akhir," kata Rajagobal semalam.

"Vietnam sudah lama menjadi pasukan pengacau kepada kita dalam temasya Sukan SEA dan kali ini, situasinya tidak banyak berubah.

"Begitupun, pemain kita berada dalam keadaan terbaik ketika ini dari segi fizikal dan juga mental. Kemenangan besar ke atas Timor Leste kelmarin sedikit sebanyak berjaya memberi suntikan psikologi kepada pemain muda kita.

"Saya harap mereka akan menampilkan persembahan lebih baik daripada apa yang mereka lakukan kelmarin," tambahnya lagi.

Menurut Rajagobal, beliau mahu anak-anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pertemuan penting dengan Vietnam.

"Saya telah nasihati pemain supaya jangan mudah puas hati dan terus dibuai mimpi dengan kejayaan besar kelmarin, ini baru saja permulaan dan perjalanan masih jauh lagi.


AMIRULHADI ZAINAL (kiri) dan Asraruddin Putra Omar antara tonggak utama skuad bola sepak negara di Laos.


"Pemain kita juga sedar akan perkara ini dan saya yakin mereka telah tetapkan matlamat dan tumpuan mereka terhadap perlawanan dengan Vietnam, Ahad ini.

"Saya yakin mereka sudah tidak sabar untuk berdepan pasukan lawan nanti," ujar Rajagobal lagi.

Skuad negara perlu menewaskan Vietnam sekiranya mahu menjamin tempat ke saingan separuh akhir seterusnya mencerahkan peluang memenangi pingat emas buat kali pertama sejak 20 tahun lalu di pentas Sukan SEA.

Namun, Vietnam juga bukan calang-calang pasukan kerana mereka telah banyak menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun ini dan turut mencatat kejutan dengan mengikat Thailand 1-1 pada aksi pembukaan kelmarin.

Tugas sukar menanti Malaysia



ANDAI rekod pertemuan dijadikan ukuran, skuad bola sepak negara mungkin berdepan tugas sukar apabila bertemu Vietnam pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV di Laos, Ahad ini.

Dalam empat pertemuan sejak 2001, skuad negara hanya menang sekali dengan Vietnam pada temasya dwitahunan itu manakala tiga lagi aksi memihak kepada pasukan lawan termasuk pertemuan terakhir di Korat dua tahun lepas.

Situasi tersebut mungkin agak membimbangkan, namun setelah membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos kelmarin, ia pastinya menghadirkan sedikit kelegaan kepada skuad kendalian K. Rajagobal itu.

Bagi Rajagobal, kejayaan itu setidak-tidaknya melonjakkan kembali keyakinan anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Vietnam nanti.

"Kita semua tahu bahawa Vietnam adalah penghalang utama kepada pemain kita untuk melangkah ke separuh akhir," kata Rajagobal semalam.

"Vietnam sudah lama menjadi pasukan pengacau kepada kita dalam temasya Sukan SEA dan kali ini, situasinya tidak banyak berubah.

"Begitupun, pemain kita berada dalam keadaan terbaik ketika ini dari segi fizikal dan juga mental. Kemenangan besar ke atas Timor Leste kelmarin sedikit sebanyak berjaya memberi suntikan psikologi kepada pemain muda kita.

"Saya harap mereka akan menampilkan persembahan lebih baik daripada apa yang mereka lakukan kelmarin," tambahnya lagi.

Menurut Rajagobal, beliau mahu anak-anak buahnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pertemuan penting dengan Vietnam.

"Saya telah nasihati pemain supaya jangan mudah puas hati dan terus dibuai mimpi dengan kejayaan besar kelmarin, ini baru saja permulaan dan perjalanan masih jauh lagi.


AMIRULHADI ZAINAL (kiri) dan Asraruddin Putra Omar antara tonggak utama skuad bola sepak negara di Laos.


"Pemain kita juga sedar akan perkara ini dan saya yakin mereka telah tetapkan matlamat dan tumpuan mereka terhadap perlawanan dengan Vietnam, Ahad ini.

"Saya yakin mereka sudah tidak sabar untuk berdepan pasukan lawan nanti," ujar Rajagobal lagi.

Skuad negara perlu menewaskan Vietnam sekiranya mahu menjamin tempat ke saingan separuh akhir seterusnya mencerahkan peluang memenangi pingat emas buat kali pertama sejak 20 tahun lalu di pentas Sukan SEA.

Namun, Vietnam juga bukan calang-calang pasukan kerana mereka telah banyak menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun ini dan turut mencatat kejutan dengan mengikat Thailand 1-1 pada aksi pembukaan kelmarin.

Skuad U-23 negara belasah Timor Leste tanpa belas kasihan



MALAYSIA 11 TIMOR LESTE 0

Malaysia membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan Sea Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, hari ini.

Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang Ahmad Fakri Saarani mengucar-ngacirkan kubu lawan dengan jaringan hat trick, manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.

Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah Sukan berkenaan.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.

Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia.

Rank
Country
Played
Win
Draw
Lose
For
Against
Margin
Point
1
Malaysia
1
1
0
0
11
0
11
3
2
Thailand
1
0
1
0
1
1
0
1
3
Vietnam
1
0
1
0
1
1
0
1
4
Cambodia
0
0
0
0
0
0
0
0
5
Timor Leste
1
0
0
1
0
11
-11
0

Tuesday, December 1, 2009

Penerbangan skuad bola sepak ke Vientiane ditangguh



Penerbangan yang membawa pasukan bawah 23 negara ke Sukan SEA Laos, semalam terpaksa ditunda ekoran berlakunya masalah teknikal.

Penangguhan itu dibuat ekoran kegagalan mendapat kebenaran mendarat lebih awal daripada pihak berkuasa Laos.

Kebenaran hanya diperoleh pada pukul 4.30 petang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk berlepas pagi ini.

Pasukan negara dijadualkan berlepas pagi semalam menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penerbangan tersebut merupakan kerjasama antara TUDM dengan FAM bagi membawa pasukan bola sepak negara ke Laos.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana waktu sudah lewat dan pemain sudah penat menanti di Pangkalan TUDM Subang.

Katanya, penerbangan menggunakan kapal terbang TUDM mengambil masa sehingga tiga jam lebih untuk tiba di Laos.

Sehubungan itu katanya, pemain ditempatkan di sebuah hotel bagi menanti penerbangan hari ini.

"Pasukan negara akan berlepas ke Laos pada pukul 8 pagi esok (hari ini) di Pangkalan TUDM Subang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, semalam.

Monday, November 30, 2009

Bola sepak yakin bawa kejutan di Sukan SEA

Skuad bola sepak bawah 23 negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA, Laos yakin akan memberi satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengurus skuad negara, Datuk Subahan Kamal berkata, semangat pasukannya itu juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat skuad negara pulang dengan kemenangan.

Katanya, keyakinan beliau yang cukup besar terhadap pasukan bola sepak negara itu kerana pengalaman yang dilalui oleh setiap pemain sejak kebelakangan ini selain boleh dianggap telah bersedia sepenuhnya.

"Walaupun mereka masih muda tetapi menerusi keputusan perlawanan skuad negara dengan beberapa negara besar sebelum ini seperti Arab Saudi, Kenya dan China, mereka memperlihatkan permainan yang baik.

"Kita tahu pasukan membawa harapan rakyat Malaysia yang sangat besar iaitu untuk melihat pingat emas yang telah 20 tahun tidak pernah dicapai. Itu tempoh yang lama namun kita yakin pasukan ini boleh membanggakan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Adney, Razali digugurkan


RAJAGOBAL (berdiri tiga dari kiri) ketika mengumumkan senarai pemain yang dipilih ke Sukan SEA 2009 semalam.


SAMBUTAN hari jadi ke-23 buat penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein semalam bertukar suram apabila namanya tiada dalam senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2009 Laos.

Empat lagi pemain yang turut diketepikan ialah penyerang bermasalah, Razali Umar Kandasamy, Farderin Kadir, Ahmad Shakir Mohd. Ali dan Faizal Muhamad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal mengumumkan senarai 20 pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan itu selepas tamat sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.


ADNEY digugurkan daripada skuad negara ke Sukan SEA.


Rajagobal hanya membawa dua penjaga gol iaitu Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee Ramli sekali gus menyebabkan nama Adney yang menjaga gawang negara pada Sukan SEA 2007 di Korat digugurkan.

"Saya kena beri peluang kepada Sharbinee setelah saya menilai prestasi ketiga-tiga penjaga gol ini dalam sesi latihan.

"Harap Adney menerimanya dengan profesional dan ambil peluang ini untuk memperbaiki prestasi bersama pasukan kelabnya (Kelantan)," kata Rajagobal ketika ditemui pemberita semalam.


PEMAIN B-23 negara menjalani latihan terakhir di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Namun nada berbeza pula disuarakan Rajagobal berhubung situasi pengguguran Razali yang disifatkannya sebagai seorang pemain yang tidak berdisiplin.

"Saya beri cuti sehari untuk Hari Raya Aidiladha. Apabila semua pemain lapor diri semula pada pukul 7 malam hari Jumaat, hanya dia seorang tidak hadir.

"Saya telefon dia dan dia kata ada masalah pengangkutan. Keesokan harinya (Sabtu) dia masih tak datang dan saya terpaksa ambil tindakan menggugurkannya.

"Nasihat saya kepada pemain-pemain lain, jika saya dapati ada yang tidak berdisiplin ketika di Laos nanti, saya tidak teragak-agak menghantar mereka pulang," tegas Rajagobal.




Rajagobal turut mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk memilih 20 pemain itu kerana daripada senarai 25 pelatih terakhir skuad B-23 negara, semua telah mempamerkan prestasi cemerlang.

"Selepas meneliti keperluan setiap posisi, inilah 20 pemain yang saya anggap terbaik ketika ini."

Skuad B-23 negara akan berlepas ke Vientiane, Laos dari Pangkalan TUDM Subang pagi ini dengan menaiki pesawat TUDM dan akan bertemu Timor Leste pada aksi sulung Kumpulan A pada Rabu ini.

Monday, November 23, 2009

Perlawanan persahabatan antarabangsa : Malaysia vs Maldives

VS

Tarikh : 26 November 2009

Masa : 8.45 mlm

Tempat : Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur.

Skuad kebangsaan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Maldives pada 26 November ini. Selepas itu, skuad Maldives akan menentang skuad bawah 21 kebangsaan (Harimau muda A) dalam tarikh yang akan diumumkan kelak.

Skuad Kebangsaan bimbingan K.Rajagopal dijangka akan menurunkan skuad U-23 dalam rangka persiapan menghadapi saingan Sukan SEA yang akan membuka tirainya pada bulan disember ini.

Saturday, November 21, 2009

Ranking Malaysia Menurun


AKSI antara Malaysia dan Uzbekistan pada saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.

famse4.jpg
Malaysia turun dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-152 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Ia merupakan kali pertama ranking skuad kebangsaan mengalami penurunan setelah mempamerkan peningka- tan sejak diambil alih K. Rajagobal pada 20 April lalu.

Setelah berada di tangga ke-163 pada Mei lalu, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dengan menduduki tangga ke-159 (Jun), ke-157 (Julai), ke-152 (Ogos dan September) dan ke-150 (Oktober).

Kedudukan terbaru itu adalah ekoran dua kekalahan berturut-turut skuad kebangsaan kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 pada 14 dan 18 November lalu.

Lesotho yang dibelasah skuad kebangsaan 5-0 pada 11 September lalu kini merampas kedudukan ke-150 yang dimiliki Malaysia sebelum ini.

Sepanyol kembali merampas kedudukan No. 1 dalam ranking terbaru itu dengan mengetepikan Brazil yang sebelum ini berada di tangga teratas sejak Julai lalu.

Sepanyol yang berada di tangga kedua sebelum ini menewaskan Argentina dan Austria pada aksi persaha- batan minggu lalu yang memberikan mereka kemena- ngan kelapan berturut-turut.

Brazil, biarpun menang 1-0 ke atas England dan 2-0 ke atas Oman gagal mempertahankan kedudukan tangga teratas disebabkan sistem kiraan mata FIFA berdasarkan reputasi pasukan lawan yang ditentang mereka itu.

Thursday, November 19, 2009

Skuad B-23 masih ada sinar - Rajagobal

Tewas 3-1 kepada Uzbekistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bermakna sinar pasukan bawah 23 negara semakin malap.

Ini diakui sendiri oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menganggap pasukan bawah 23 ini mampu menjadi sebuah pasukan yang mantap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurutnya, majoriti pemain bawah 23 tahun telah menunjukkan prestasi yang membanggakan setakat ini sebelum berangkat ke Sukan SEA Laos bulan depan dan berdepan pasukan gergasi Asia seperti Ubzekistan satu pendedahan yang amat berguna.

"Selepas saya diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan bawah 23, saya telah mengenengahkan beberapa pemain muda dan mereka telah membalas kepercayaan saya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan tamat semalam.

Jelasnya, pemain muda ini telah mendapat pendedahan yang berguna walaupun mereka beraksi pada tahap yang berbeza (dengan pemain senior).

"Kita kena melihat dari sudut positif dan berlajar menerima kekalahan ini," kata Rajagobal.

Mengulas perlawanan semalam, Rajagobal mengakui pemainnya banyak memberi ruang pada separuh masa pertama dengan membiarkan pasukan lawan memperoleh sepakan sudut serta lontaran ke dalam.

"Mereka (Uzbekistan) sangat merbahaya jika mendapat peluang seperti itu tetapi pemain saya sudah mencuba sedaya upaya dan saya amat memerlukan pemain seperti Zaquan (Adha Abd. Radzak) yang mempunyai kelebihan dari segi kelajuan.

"Jika kita lihat dari sudut positif, anak buah saya kembali memberi saingan pada separuh masa kedua dan saya dapat lihat keyakinan mereka," katanya.

Menjelang perlawanan terakhir bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Januari depan, Rajagobal berkata, pemain perlu ke sana berbekalkan disiplin dan taktikal yang jitu.

"Saya akan cuba yang terbaik tetapi tidak berjanji apa-apa, cuma kita perlu beraksi dengan minda yang positif," kata bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu.

Ditanya mengenai peluang pemain senior untuk dipanggil semula beraksi dalam skuad kebangsaan, Rajagobal mengakui dia bersedia untuk menyenaraikan mereka semula.

"Sekarang, saya mahu memberi pendedahan kepada pemain bawah 23, jadi mereka perlu merebut segala peluang beraksi dalam perlawanan antarabangsa, situasinya masih belum tepat untuk memanggil pemain senior.

"Berkemungkinan perlawanan menentang UAE nanti mereka akan disenaraikan tetapi saya juga perlu melihat dari sudut persediaan fizikal dan mental siapa yang lebih sesuai untuk beraksi memandangkan ketika itu Liga Malaysia masih belum bermula," katanya.

Sementara itu jurulatih Uzbekistan, Kasimov Mirdjalal berkata, Malaysia yang ditentangnya kali ini sangat bagus berbanding sebelum ini.

"Ia berbeza seperti pasukan ketika mereka tewas kepada UAE 5-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini, kali ini hanya dua orang pemain senior sahaja diletakkan," katanya dalam sidang media.

Bagaimanapun dia tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya walaupun mereka berjaya mencatat dua kali kemenangan 3-1 di Tashkent dan di sini.

"Ramai pemain utama saya tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan itu yang membuatkan saya tidak puas hati dengan pasukan ini walaupun menang," katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Malaysia tewas lagi

Malaysia tewas 1-3 kepada Uzbekistan dalam saingan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2011 kumpulan C yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi.

Skuad bola sepak negara punyai tempoh rehat mencukupi di Laos

http://i88.servimg.com/u/f88/13/58/34/68/normal13.jpg

ATURAN langkah skuad bola sepak negara untuk ke separuh akhir Sukan Sea di Laos, bulan depan, dibantu perkhabaran menggembirakan selepas jadual acara berkenaan tampak 'menyebelahi' Malaysia, semalam.

Ianya tertera selepas skuad bimbingan K Rajagobal mempunyai tempoh rehat selesa sebelum perlawanan penting menentang dua pencabar utama peringkat Kumpulan A, Vietnam dan Thailand di Vientiane nanti.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 2 Disember dan diberikan rehat tiga hari sebelum turun dalam perlawanan penting melawan Vietnam pada 6 Disember.
Dua hari berikutnya, Kemboja akan jadi lawan sebelum skuad negara akan punya tiga hari untuk mempersiapkan diri dalam apa mampu diiktiraf selaku pertembungan 'hidup mati' dengan pemenang pingat emas temasya lalu, Thailand.

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir. Kumpulan B pula menyaksikan saingan Myanmar, Indonesia, Singapura dan tuan rumah, Laos.

Sementara itu, Rajagobal mengakui betapa dia kini dibelenggu dilema - ketika Sukan Sea jadi keutamaan utama, dia tetap dibebani tanggungjawab memastikan skuad negara mampu menjelmakan aksi terpuji pada saingan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan, petang nanti.

"Saya mahu mereka memberikan persembahan terbaik dan jika itu mampu dilakukan, keputusan positif boleh diperolehi. Ianya kerana petanda itu sudah kelihatan biarpun kita kecundang 1-3 di Uzbekistan, Sabtu lalu.

"Cuma perlawanan sebegini turut mendedahkan pemain kepada risiko kecederaan ketika Sukan Sea sudah amat hampir seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) yang mengalami kecederaan kecil.

"Semua itu perlu saya pertimbangkan sebaik mungkin. Saya juga perlu mencuba beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Asraruddin Putra dan Azmi Muslim selepas Zaquan (Adha) dan Nasriq (Baharom) digantung," katanya.

Prestasi Pasukan U18 Kebangsaan di AFC U19 Championship

Kejohanan Kelayakan AFC U19 melabuhkan tirai dengan kemenangan China ke atas Korea Utara 3-0. Korea Utara mengiringi China untuk layak ke Pusingan Akhir AFC U19 yang berkemungkinan besar akan diadakan pada tempat yang sama tahun hadapan yang akan mempertarungkan 16 pasukan.

Setakat ini Jordan, Yemen, UAE, Syria, Iraq, Saudi Arabia, Korea Selatan, Thailand, Japan, Australia, China dan Korea Utara. Tinggal kumpulan D yang mengandungi Iran, Uzbekistan, Lebanon dan Turkmenistan yang belum memulakan saingan.

Dua slot akan diisi oleh pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik dari 7 kumpulan tersebut untuk menggenapkan 16 pasukan. Setakat ini Vietnam telah layak apabila menduduki tempat ketiga kumpulan E dengan 12 mata. Malaysia berada pada kedudukan terbaik dengan 9 mata dan mempunyai perbezaan gol yang besar (12). Cuma pasukan dari tempat ketiga kumpulan D sahaja dapat menafikan peluang Malaysia (kemungkinan samada Turkmenistan atau Lebanon) yang nampaknya mustahil bagi mereka.

Walaupun asalnya pemain bawah 18 tahun ini bukanlah yang terbaik, tidak mempunyai asas bolasepak yang baik semasa dibawa ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, namun pengalaman dan pendedahan luas yang diberikan selama 3 tahun menunjukkan hasil yang membanggakan diperingkat Asia Tenggara mahupun Asia.

Bermula sebagai Skuad perintis untuk menjayakan High Perfromance Training Centre di Brickendonburry, London tahun 2007 disusuli perlawanan persahabatan di Slovakia. Sekembali dari lawatan tersebut Skuad U16 tersebut menjuarai piala Belia untuk U18. Kemudian Skuad ini digabungkan dengan Skuad U15 kendalian Aminuddin Hussin yang menjadi naib juara Arsenal International Club Championship U16. Saarvindran, Gary Steven, Mohd Fendi, Saiful Izzuan, Amer Saidin dan beberapa orang lagi diserap masuk ke dalam skuad ini.

Penampilan pemain-pemain muda dalam liga perdana bersama skuad Harimau Muda mematangkan lagi mereka. Ong Kim Swee yang mengambil alih Harimau Muda daripada Rajagobal menyerapkan ramai pemain muda dari Skuad U18. Mohd Irfan, Khairul Izuan Rosli, Khairul Izzwan Shaari, Gary Steven, Saarvindran, Mohd Fandi, Wan Zack Haikal, dan Nicholas Wee digabungkan dengan pemain-pemain senior Harimau Muda untuk menjuarai Liga Perdana.

Diharapkan dalam masa kurang 3 tahun dari sekarang pasukan ini dengan yakin dapat menjanjikan pingat emas sukan SEA kepada negara, dan mungkin lebih dari itu. Program untuk mereka perlu diteruskan malah tumpuan yang lebih harus diberikan agar mereka betul-betul mantap untuk berdiri sama tinggi dengan Korea Selatan mahupun Jepun.


Wan Zack melakukan tendangan lencong menewaskan Penjaga gol Filipina untuk gol keempat.


Pengurus pasukan, Dato' Affendi Hamzah memberi kata-kata semangat kepada pemain sebelum turun menentang Filipina.


Inilah pasukan negaga untuk mengembalikan zaman gemilang bolasepak Malaysia.


Gandingan penyerang Skuad U18 berjaya meledak 19 gol untuk kejohanan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails