Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, February 27, 2011

Ultras Malaya - setia bersama Harimau Malaya

UNTIL THE LAST REBEL


SEJAK kebelakangan ini, di sudut lengkung (curva) stadium ada sekumpulan penyokong memalu gendang, bertopeng, memakai jersi kebangsaan sanggup berdiri sepanjang 90 minit permainan sambil menyanyi lagu membangkitkan semangat pemain Harimau Malaya. 

Di sudut itu juga, atau kawasan yang digelar curva, kumpulan penyokong ini akan melakukan tifo, iaitu persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa semangat di samping memeriahkan suasana stadium. 

Bagi penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya, merekalah kumpulan penyokong fanatik yang terus setia bersama pasukan bola sepak negara sejak dulu lagi. 

Di sebalik kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu, Ultras Malaya ibarat pemain ke-12 yang menjadi tonggak kepada kejayaan pasukan kebangsaan. 

Bagi mereka, skuad kebangsaan memang perlukan sokongan tidak berbelah bahagi untuk terus berjaya. 

“Tunjukkan semangat patriotik pada negara. Jika ke stadium, diharapkan lebih ramai memakai Jersi Malaysia, bukannya menyarung jersi negara luar mahupun kelab-kelab luar. 

“Untuk Ultras Malaya, kami sentiasa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan,” kata Arif Billah Idris, pengendali ultrasmalaya.net, laman sesawang penggerak utama kepada pergerakan Ultras Malaya. 

Arif Billah berkata, sebenarnya sokongan kepada pasukan bola sepak negara seperti yang mereka lakukan hari ini sudah dimulakan sejak 2007 lagi, bukan hanya selepas melihat kejayaan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, baru-baru ini. 

Ketika itu mereka akan menyanyi, bersorak dan bergendang walaupun hanya menonton melalui kaca televisyen tidak kira di mana mereka berkumpul menyaksikan perlawanan. 

“Mungkin bunyinya agak pelik dengan cara sokongan begini, tetapi inilah cara sokongan masyarakat seperti di Turkey, Greece, Serbia, Brazil dan sebagainya, negara-negara di mana masyarakat di sana begitu fanatik dengan bola sepak. 

“Walaupun sering kali terima kritikan dari pengunjung lain, kami berasa bangga dapat menunjukkan sokongan kepada bola sepak negara,” katanya. 

Namun, bagi kebanyakan ahli Ultras Malaya, apa yang agak menyedihkan mereka, penyokong di negara ini masih belum begitu fanatik lagi memberikan sokongan kepada negara, malah ada yang menganggap kehadiran mereka di stadium sebagai musuh yang bakal merencatkan kemeriahan perlawanan. 

“Agak pelik apabila begitu kuat budaya menyokong pasukan bola sepak kelab-kelab dan negara luar. Situasi hanya akan bertukar apabila pasukan kebangsaan sudah mulai melangkah lebih jauh seperti saingan separuh akhir mahupun akhir,” katanya. 

Sambil mengakui peningkatan pasukan bola sepak negara ketika ini kembali menyemarakkan suasana di stadium, mereka berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk ke stadium dengan memberikan sokongan moral kepada pasukan kebangsaan.
 

Arif berkata, selain melawat laman sesawang rasmi ultrasmalaya.net dan laman facebook ultras malaya 07, mereka menggalakkan penyokong bersama-sama mereka memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. “Ayuh bersama kami semua, bersama Ultras Malaya, jika tidak pun, bersama-sama sebarang kumpulan kelab penyokong yang ada untuk memberikan sepenuh sokongan kepada negara,” katanya. 

“Selalunya bagi yang ingin bersama-sama menyertai kami, mereka boleh menunggu di kawasan yang dipanggil Curva Ultras. 

“Kalau perlawanan Malaysia di stadium Bukit Jalil bolehlah datang ke Section 2Q manakala jika perlawanan Malaysia di stadium Shah Alam boleh lah ke Gate15. Di sinilah tempat Ultras Malaya akan berkumpul dan memberikan sokongan,” katanya,



SINAR HARIAN

Thursday, February 24, 2011

Bekalan 2 gol ke lahore


Skuad bola sepak Olimpik negara Bawah 23 tahun berjaya membenam pasukan pelawat Pakistan 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor.
Rentak teratur dan kemas dipamer para pemain muda negara dengan menguasai permainan sejak wisel mula ditiup pengadil perlawanan dari Hong Kong, Liu Kwok  Man.
Gol pertama negara dijaringkan seawal minit ketiga menerusi rembatan menarik dari luar kotak penalti oleh Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang bermula dari sepakan penjuru oleh Md Fandi Othman.
Serangan bertali arus terus dilancarkan oleh anak buah Ong Kim Swee, pemain pertahanan K Gurusamny (m15) hampir menambah gol kedua tetapi sepakan percumanya sekadar terkena palang gol Yousuf Ejaz Butt.
Bermain dihadapan penyokong lawan nyata memberi tekanan kepada  Pakistan yang akhirnya mengakibatkan Ansar Abbas dilayangkan kad merah pada minit akhir separuh masa pertama selepas menyepak penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat.
Selang beberapa minit daripada insiden tersebut, Md Irfan Fazail memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada dengan menjaringkan gol kedua menerusi rembatan volley di luar kotak penalti.
Aksi separuh masa kedua memperlihatkan corak permainan perlahan dan berhati-hati daripada kedua-dua pasukan, namun secara purata pemain M'sia lebih mengawal permainan.
Paling malang sekali ialah apabila anak buah Ong Kim Swee gagal memanfaatkan banyak peluang yang terhidang serta dilihat sedikit leka pada separuh masa kedua.
"Kami sepatutnya menang dengan jumlah gol yang banyak tetapi ketumpulan penyudah sedikit mengecewakan.
"Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan prestasi keseluruhan para pemain. Misi seterusnya ialah mengekalkan fokus dan memanfaatkan kelebihan yang ada apabila di Lahore nanti," kata ketua jurulatih, Ong Kim Swee.
Hanya percubaan menarik Ahmad Fakri Saarani berjaya mencuri tumpuan apabila mengegarkan palang gol Pakistan pada minit ke-57.
Hasil kemenangan ini, Malaysia berjaya membawa kelebihan dua gol apabila bertandang ke Lahore, Pakistan pada 9 Mac nanti.
Saya mahu pemain melupakan kemenangan ini kerana masih mempunyai baki 90 minit permainan yang perlu ditempuhi sebelum melangkah ke peringkat seterusnya,


Kim Swee yang turut berterima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia vs Pakistan

Tiket MALAYSIA vs PAKISTAN

Adalah dimaklumkan tiket-tiket bagi perlawanan kelayakkan Olimpik 2012 antara Malaysia dengan Pakistan akan mula dijual pada Selasa, 22 Februari 2011. Maklumat waktu dan tempat penjualan tiket adalah  seperti berikut:

22 Feb (Selasa)   -  Wisma FAM, Kelana Jaya (9 pagi hingga 5 petang)
23 Feb (Rabu)      -  Wisma FAM, Kelana Jaya (9pagi hingga 4 petang)
                              -  Pintu A Stadium Shah Alam (mulai 4 petang)

Harga tiket bagi perlawanan yang akan berlangsung pada 23 Februari ini adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Monday, February 21, 2011

Senarai akhir 18 pemain Olimpik Malaysia yang akan bertemu Pakistan

Senarai akhir 18 pemain Olimpik yang akan bertemu Pakistan

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
AHMAD SHAKIR ALI
FAIZAL ABU BAKAR
AHMAD FAKRI SHAARANI
K. GURUSAMY GOVANDAR
MAHALI JASULI
MOHAMAD MUSLIM AHMAD
MOHD AFFIZE FAIZAL 
MOHD FAIZAL MUHAMAD
S. SIVANESAN 
MOHD IRFAN FAZAIL
WAN ZACK HAIKAL
WAN ZAHARULNIZAM 
MOHD IZHAM TARMIZI 
MOHAMMAD FADHLI SHAS
GARY STEVEN ROBBAT
MOHD FANDI OTHMAN
MOHD FERRIS DANIEL



thamil, nazmi faiz, zamir selamat, saarvindran, kavi chelan, shukor jusoh dan nazirul namin digugurkan....


tiket dewasa RM20...dan kanak2 RM12.....
perlawanan mula pukul 8.45 mlm....

Saturday, February 19, 2011

Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah PIALA AFF 2012

MALAYSIA AND THAILAND AS HOSTS OF AFF SUZUKI CUP 2012; NOMINATIONS FOR AFF COUNCIL ANNOUNCED
KUALA LUMPUR (19 Feb 2011) – Malaysia and Thailand have been announced as the two hosts of the preliminay round of the AFF Suzuki Cup 2012.
This follows the 18th meeting of the AFF Council for session 2007/2011 this morning in Kuala Lumpur.
The last AFF Suzuki Cup which was held just last December was a resounding success for the federation when Indonesia and Vietnam played hosts to the group stage.
More than 200,000 fans were at the two stadia which played hosts to the two-legged final at the National Stadium in Kuala Lumpur as well as the Gelora Bung Karno Stadium.
The last time Malaysia played hosts was back in 2004 alongside Vietnam while Thailand were hosts in 2006 with Indonesia.
In the meantime, the nominations for the AFF Council have been announced.
The nominations for AFF President are as follows:
H. A. M. Nurdin Halid from Indonesia
His Royal Highness Sultan Haji Ahmad Shah from Malaysia
Dato’ Worawi Makudi from Thailand
The nominations for Vice-Presidents (four positions) are as follows:
Pengiran Matusin Matasan from Brunei
Brigadier General Khiev Sameth from Cambodia
H. A. M. Nurdin Halid from Indonesia
Viphet Sihachakr from Laos
Juan Miguel Romualdez from Philippines
Francisco Kalbuadi from Timor Leste
Duong Vu Lam from Vietnam
Elections for the next AFF Council will be held at the AFF Congress in Bangkok, Thailand on 10 April 2011.

Wednesday, February 16, 2011

Senarai 25 pemain untuk latihan dan pemilihan untuk perlawanan kelayakan olimpik


Ketua Jurulatih pasukan Olimpik Ong Kim Swee telah menyenaraikan 25 orang pemain untuk mengikuti latihan dan pemilihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Pusingan Kelayakkan Sukan Olimpik London 2012.

Semua pemain diminta melaporkan diri pada 16 Februari 2011 di Wisma FAM, pada jam 1.00 petang. Pemain Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dibenarkan melaporkan diri pada Sabtu, 19 Februari iaitu selepas perlawanan Piala FA antara Kelantan dengan T-Team sehari sebelum itu.

 Malaysia diundi bertemu Pakistan dalam perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik. Perlawanan pertama adalah pada 23 Febuari di Stadium Shah Alam manakala yang kedua di Stadium Punjab di Lahore pada 9 Mac.

Senarai 25 pemain adalah seperti berikut:
1. KHAIRUL FAHMI CHE MAT - KELANTAN
2. AHMAD SYAKIR ALI - KEDAH
3. FAIZAL ABU BAKAR - KEDAH
4. AHMDA FAKRI SAARANI - NEGERI SEMBILAN
5. ABDUL SYUKOR JUSOH 
6. GARY STEVEN A/L ROBBAT
6.  K.GURUSAMY 
7.  KAVI CHELVAN A/L VIVENKANATHAN
8. MAHALI JASULI
9. MUSLIM AHMAD
10. FADHLI SHAS
11. AFFIZE FAISAL MAMAT
12.  FAIZAL MUHAMAD
14. FANDI OTHMAN
15. FERRIS DANIEL MAT NASIR
16. IRFAN FAZAIL
17. 1ZHAM TARMIZI
18. ZAMIR SELAMAT
19. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
20. SIVANESAN A/L SHANMUGAM
21. THAMIL ARSU
22. WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
23. WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA
24. MUHAMMAD NAZMI FAIZ
25. SAARVIDRAN A/L DEVENDRAN


INFO HARGA TIKET MALAYSIA U23 VS PAKISTAN U23 (KELAYAKAN OLIMPIK LONDON 2012)

23 FEB 2011 8.30 MLM STADIUM SHAH ALAM
HARGA TIKET : RM 20
TEMPAT PENJUALAN : WISMA FAM ( 22 - 23 FEB 2011, 9 AM - 5 PM )
KAUNTER STADIUM SHAH ALAM ( 23 FEB 2011, 4 PM )

DTGLAH BERAMAI2 MEMBERI SOKONGAN KPD MALAYSIA....-AF-



Harimau Malaya tak jadi lawan Scotland, China enggan ambil bahagian

KUALA LUMPUR - Hasrat peminat bola sepak Malaysia mahu menyaksikan satu perlawanan persahabatan kelas A tidak kesampaian apabila pertemuan yang cuba diaturkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Scotland menemui jalan buntu.


Ia gara-gara ketiadaan China yang enggan mengambil bahagian dalam satu siri kejohanan tiga negara di Kuala Lumpur yang cuba diaturkan oleh satu penaja pada bulan Mac ini.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, keengganan China menyertai kejohanan melibatkan menyebabkan penaja terbabit tidak berminat meneruskan usaha mereka tanpa mencari pasukan lain sebagai ganti.

''Penaja itu mahu penglibatan China di dalam kejohanan berkenaan, jika negara terbabit tidak mengambil bahagian, mereka (penaja) tidak mahu mengadakan kejohanan tersebut.

''Itu membuatkan kejohanan tiga negara tersebut tidak dapat diteruskan dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terpaksa mencari alternatif lain bagi perlawanan persahabatan pada bulan Mac.

''Buat masa ini, FAM telah menghantar surat jemputan salah satu pasukan di benua Asia Timur dan kami sedang menunggu jawapan daripada mereka,'' kata sumber berkenaan.

Malaysia yang berada di ranking 140 dunia baru sahaja merakamkan kemenangan ke atas Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan 9 Februari lalu bagi meneruskan rentak konsisten selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Usaha pencarian ranking yang lebih baik amat penting buat anak- anak buah K. Rajagobal bagi mendapatkan undian mudah semasa pusingan kelayakan Piala Dunia benua Asia yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac atau April ini.

Ketika ditanya pasukan mana yang dijemput oleh FAM untuk menghadapi Malaysia, sumber tersebut mahu 
merahsiakan nama negara berkenaan tetapi ia bukan pasukan yang besar seperti Jepun atau Korea Selatan.
''Pasukan itu berada sama tahap dengan kita, tetapi yang penting kami dapat mengadakan satu perlawanan persahabatan dalam bulan Mac ini.

''Saya tetap anggap pasukan ini dapat memberikan satu aksi kompetitif kepada skuad kebangsaan kita," ujarnya.
Berdasarkan semakan dilakukan oleh Utusan Malaysia di ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), kemungkinan besar pasukan yang dimaksudkan ialah Taiwan yang berada di tangga 154.

sumber:
utusan

Saturday, February 12, 2011

National U17 vs Terengganu U21 (3-1)

Skuad Kebangsaan bawah 17 tahun memulakan langkah bergaya dengan menumpaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan pertama Liga Presiden petang semalam.

Separuh masa pertama dikuasai sepenuhnya apabila berjaya merobek gawang Terengganu pada minit ke 18, 20 dan 42. Muhmd Ridzuan B Abdunloh memanfaatkan tendangan percuma disusuli dengan gol keduanya 2 minit kemudian hasil umpanan Muhmd Akhir B Bahari. Muhammad Akhir menyudahkan hantaran Mohmd Ashmawi B Mohd Yakin untuk gol ke-3 pada minit ke-42.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Terengganu cuba bangkit pada separuh masa kedua melalui beberapa serangan dan penguasaan pada bahagian tengah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi gol pada minit ke-77. Kedudukan kekal 3-1 hingga tamat permainan.

Walaupun berjaya mencapai kemenangan, Ketua jurulatih U17 Aminuddin Hussin  belum berpuashati dengan persembahan para pemainnya.

Menurutnya.. "dari segi corak permainan kita bermula perlahan pada separuh masa pertama, cuma kita mempunyai sedikit kelebihan apabila bahagian tengah dan serangan memberi asakan pada pertahanan mereka. Pemain pula bijak mengambil kesempatan. Namun secara keseluruhan saya kurang berpuas hati dengan sikap pemain yang mula mengambil mudah hingga hampir membawa padah apabila terlalu banyak ruang diberikan kepada lawan.

Skuad U17 akan berdepan dengan Kuala Lumpur pada 21 Februari, 4.45 petang di Padang MSN Bukit Jalil.

gambar2 semasa perlawanan boleh tgk kt laman web harimau muda:
sumber:

Thursday, February 10, 2011

HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGAUM



Skuad Malaysiaa terus mempamerkan rentak konsisten selepas menjuarai Piala Suzuki AFF apabila garang menumpaskan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam semalam.



Menurut Rajagobal, selepas kejayaan Piala Suzuki AFF semua peminat meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad kebangsaan, dan nyata pemainnya tenang menghadapi tekanan untuk menghasilkan satu lagi keputusan menggembirakan.

"Pada masa ini, yang paling penting adalah kemenangan dan cara kemenangan. Saya gembira dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain.


.
Gambar ULTRAS MALAYA (malaysia vs hong kong.)

Ini boleh dianggap sebagai permulaan dan diharapkan barisan pemain negara yang ada ketika ini mampu melangkah lebih jauh lagi.
Andai rantau Asia Tenggara berjaya ditakluk, tidak mustahil skuad negara mampu layak beraksi ke saingan Piala Asia dan siapa tahu ke Piala Dunia pula.
Pada aksi semalam, hampir 10,000 ribu penonton hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara yang jelas menguasai perlawanan berbanding Hong Kong.
Ketika ini, Skuad negara menghuni ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong pula di tangga ke-1


Wednesday, February 9, 2011

Gaji Safee RM30,360

Safee joins Pelita Jaya FC
 
National striker Mohd Safee Sali will sign a one year contract with Indonesia Super League team, Pelita Jaya FC (PJFC) on Monday.

Safee, 27, made this announcement during a press conference at the Yayasan FAS office in Kelana Jaya, Monday. He is expected to sign the contract in Krawang, West Java.

According to Safee, he made the decision to accept the offer after considering that this might be his last opportunity to fulfill his dream of playing professional football in another country.

“I am 27 and age is not on my side,” said Safee who has requested to be given the No 10 jersey which his new club has agreed to let him wear.

Safee, who became a hot property after his strong performance in the AFF Suzuki Cup last December, has worn the No. 10 jersey with Selangor and the national team since 2007. He was the top scorer with five goals to help Malaysia emerge as the new champions of Asean.

According to published reports Safee would be paid a monthly salary of about US$10,000 (RM30,360) while Football Association of Selangor (FAS) would receive US30,000 (RM91,080) from, PJFC as compensation for buying out Safee’s existing contract, which was supposed to in December 2010.

Safee began his career with Kuala Lumpur before moving to Sarawak and his star began to shine when he moved to Selangor. His last match for Selangor will be against Kuala Lumpur, on Saturday at the Shah Alam stadium.

Safee is also expected to be fielded when the national team plays Hong Kong in a friendly at the Shah Alam Stadium on Wednesday.

FAM

Tuesday, February 8, 2011

Safee Sali ke sertai Pelita Jaya


PENYERANG utama skuad Liga Super Selangor, Safee Sali sah akan menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya pada 14 Februari depan.

Pengumuman berhubung perkara itu dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media khas di Wisma FAS, Kelana Jaya pada jam 2.30 petang tadi.

Sidang media itu turut dihadiri Safee sendiri, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin dan pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan.

Menurut Mokhtar, pihak FAS telah menerima permohonan daripada tiga kelab Indonesia yang cuba mendapatkan Safee dan akhirnya tawaran dibuat Pelita Jaya dianggap yang terbaik.

"Kita tak menggunakan ejen. FAS sendiri bertindak sebagai ejen kepada Safee. Mujur Datuk Hamidin mempunyai hubungan erat dengan pegawai bola sepak di Indonesia.

"Jadi kita telah memilih Pelita Jaya. Kontrak telah disediakan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada Isnin depan (14 Februari) di Indonesia," kata Mokhtar.

Namun FAS tidak mendedahkan berapa jumlah bayaran dikenakan terhadap Pelita Jaya sebagai menebus kontrak Safee bersama Selangor sebenarnya hanya akan berakhir pada November depan.

Menurut Hamidin, pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan juga jumlah gaji yang bakal diterima Safee.

"Safee akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.
"Terdapat juga syarat dalam kontrak itu yang menyatakan Safee perlu kembali ke Selangor andai kontraknya bersama Pelita Jaya berakhir nanti.

"Jadi Safee akan beraksi perlawanan terakhirnya bersama Selangor pada Sabtu ini iaitu bertemu Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam.

"Sebagai penghormatan terakhir, Safee akan menjadi kapten pada perlawanan menentang Kuala Lumpur itu yang juga adalah bekas pasukannya," jelas Hamidin.

Di Pelita Jaya nanti, Safee akan turut menyarung jersi No. 10 sama seperti yang dikenakannya sepanjang lima musim bersama Selangor.

Bagi Safee, 27, pula, keputusannya untuk berhijrah ke Liga Indonesia dan menjadi pemain Malaysia pertama beraksi bersama kelab Indonesia sesuatu yang cukup besar demi memajukan kariernya.

"Saya anggap ini satu peluang yang tepat kerana usia saya sudah menjangkau 27 tahun. Kalau saya tak rebut, rasanya saya takkan mendapat peluang seperti ini lagi.

"Saya mempunyai alasan tertentu untuk memilih Pelita Jaya. Dengan bantuan FAS, saya rasa pilihan untuk menyertai kelab ini adalah tepat.

"Memang saya telah serahkan kepada FAS untuk membuat pilihan di antara tiga kelab ini. Saya juga dapati Pelita Jaya sesuai dengan cara permainan saya," kata Safee.

Jelas Safee lagi, dia sudah bersedia dari segi mental untuk menghadapi cabaran dan dugaan apabila beraksi di Liga Indonesia kelak.

"Memang saya dah bersedia. Saya dah fikirkan bahawa apabila beraksi di Indonesia, mental perlu kuat dan saya sendiri akan berusaha keras untuk meningkatkan kualiti permainan.

"Sasaran saya ialah untuk membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan liga apabila saingan pusingan kedua bermula bulan depan.

"Sasaran peribadi pula, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya di sana nanti," ujar Safee.
Kelibat Safee mula menjadi perhatian kelab-kelab Indonesia setelah menjadi penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 serta membantu Malaysia muncul juara menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada aksi final timbal balik.

Safee akan berlepas ke Indonesia pada Isnin depan dan dijangka bakal beraksi perlawanan sulung bersama Pelita Jaya pada awal bulan depan.

Safee yang dilahirkan di Kajang, Selangor tetapi dibesarkan di Tapah, Perak pada awal kariernya beraksi bersama Kuala Lumpur sebelum dia berhijrah ke Sarawak.

Safee kemudian menyertai Selangor pada penghujung Oktober 2006 untuk saingan Liga M 2006/07 tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan ACL pada lutut kirinya, dia tidak dapat diturunkan pada awal musim tersebut.

Penampilan sulung Safee bersama pasukan Selangor ialah pada 24 Mac 2007 apabila dia masuk sebagai pemain gantian dan melakukan hantaran yang disudahkan Akmal Rizal Rakhli untuk gol kedua Selangor ketika menewaskan Pahang 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam.

Gol sulung Safee bersama Selangor terhasil pada aksi keduanya iaitu ketika bertemu ATM di Stadium Selayang pada pusingan kedua Piala FA pada 27 Mac 2007.

Pada perlawanan tersebut, Safee masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan dua gol iaitu gol ketiga dan keempat Selangor untuk menewaskan ATM 4-1.


Sunday, February 6, 2011

Malaysia vs Hong Kong

Malaysia vs Hong Kong


9 FEBRUARI
8.45 MLM
STADIUM SHAH ALAM
LIVE DI ASTRO ARENA 801....

Tunjukkan sokongan padu anda di stadium nnti. Andalah Pemain MALAYSIA yang ke-12....

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....


RAJA ASIA TENGGARA AKAN MENGHADAPI NEGARA DARI ASIA TIMUR...
KAMI HARAP ANDA AKAN TURUN KE STADIUM SHAH ALAM BAGI MEMBERI SOKONGAN KPD PASUKAN MALAYSIA...

Stand Up For The CHAMPION ( MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!)-AF-



Friday, February 4, 2011

Brendan sedia timbang tawaran

JIKA Indonesia berbangga dengan pemain natrulisasinya dari Belanda, Irfan Bachdim, kini Malaysia juga mampu menguatkan lagi skuad kebangsaan dengan seorang pemain kelahiran Australia, Brendan Gan.
Pemain tengah Sydney FC itu kacukan Australia/Malaysia kini beraksi dalam Liga A Australia.
Pemain berusia 22 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Sydney tetapi bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia layak mewakili Malaysia.
Baru-baru ini, Brendan sempat menonton aksi skuad bola sepak negara menerusi siaran langsung ketika saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan dia mengakui kagum dengan corak serta taktikal yang dipraktikkan ketua jurulatih, K. Rajagobal.
Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, Brendan juga menegaskan bahawa kelab yang diwakilinya sekarang memberinya galakan beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan memanggilnya.
Brendan selesa bermain di bahagian tengah, namun dia juga berupaya beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.
Mungkin FAM kini boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.
KOSMO

Tuesday, February 1, 2011

KEPUTUSAN ASTRO LIGA SUPER MALAYSIA:

KEPUTUSAN ASTRO LIGA SUPER MALAYSIA:

Kelantan 1-1 Terengganu 

Kelantan pula mengekori di tempat kedua Liga Super dengan empat mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Harimau Muda A 3-1 Pahang 

Pahang yang bermula garang berjaya mendapat gol pertama perlawanan seawal minit ke-2 oleh Famirul Asraf Sayuti namun Harimau Muda A yang tidak berputus asa bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-50.
Izzaq sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-62, dan satu sepakan penalti yang diambil oleh Fandi Othman pada minit ke-88 melengkapkan kemenangan Harimau Muda A.

T-Team 1-3 N.Sembilan

Negeri Sembilan memperolehi gol menerusi jaringan Idris Karim pada minit ke-23 dan 67 dan Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-53, untuk membolehkan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mengumpul enam mata maksimum daripada dua perlawanan yang dilalui.
Gol saguhati T-Team dijaringkan oleh ketua pasukan, Rusdi Talib pada minit ke-41.

KEDAH 1-0 Felda Utd

Kedah pula, sepakan penalti yang diambil oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-61 membolehkan pasukan Kedah menumpaskan juara Liga Perdana musim lalu, Felda United 1-0.

Perak 1-0 Johor FC

Perak menumpaskan Johor FC 1-0, dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Akmal Rizal pada akhir minit ke-90 sebelum wisel penamat ditiupkan.

K.Lumpur 1-0 Sabah

Kuala Lumpur berjaya mencipta kemenangan pertama apabila menewaskan naib juara Liga Perdana, Sabah 1-0 dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Yong Kwong Yong pada minit ke-54.

Perlis 0-2 Selangor

Gol-gol pasukan di bawah bimbingan jurulatih K. Devan itu dijaringkan oleh penyerang sensasi skuad negara, Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-62 dan Mohd Fitri Shazwan Raduwan pada minit ke-76.

Menteri KBS: Dakwa segera penonton tak berdisiplin

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya penyokong yang ditahan atas kesalahan disiplin sewaktu menonton perlawanan bola sepak di stadium, segera didakwa.

Pada perlawanan merebut Piala Sultan Ahad Shah Sabtu lepas, dilaporkan lima penyokong bola sepak ditahan kerana menyalakan api suar/flare.

Mengulas lanjut berhubung penahanan lima penyokong itu.

Ahmad Shabery berkata, membawa sebarang barangan yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah dilarang ketika memasuki stadium.

''Mereka ini seharusnya jelas dengan syarat-syarat yang ditetapkan apabila menyaksikan perlawanan di stadium kerana perkara sebegini tidak menunjukkan semangat kesukanan yang sewajarnya.

flare tiada dlm akta barang larangan ke stadium.....lagipun ia tidak bahaya...ini cuma nak meriahkan bola sepak tempatan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails