Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, February 28, 2010

Malaysia lebar rekod di gelanggang sendiri


PEMAIN Malaysia, Baddrol Bakhtiar (depan) diasak pemain Yemen, Khaled Hasan Hussein Baleid pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 1-0.
ZAQUAN bersaing dengan pertahanan Yemen, Zaher Mohammed Farid Al-Fadhl pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA meraih kemenangan pertama pada 2010 dengan menewaskan Yaman 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi sebagai persiapan menghadapi dua misi utama, tahun ini.


Baddrol Bakhtiar yang lulus ujian kecergasan muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-55, menyerlahkan kepentingannya kepada skuad kebangsaan selepas aksi wiranya pada Sukan Sea Laos.

Skuad negara sebelum ini tewas 1-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu pada kelayakan Piala Asia awal Januari dan kejayaan ke atas negara yang berada pada kedudukan ranking dunia lebih baik adalah suntikan bagi persiapan ke arah Sukan Asia (November) dan Piala AFF (Disember).


Daripada lapan pemain baru dipanggil pengendali, K Rajagobal hanya penyerang Terengganu, Mohd Ashaari Samsuddin diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama apabila dia membuat penampilan pertama selepas dua tahun.

Jelas ia adalah keputusan tepat apabila Mohd Ashaari menyerlah dengan dua percubaan bahaya selepas benteng negara berjaya menyerap asakan awal Yaman.

Ashaari hampir membuka jaringan minit ke-11 apabila hantaran lintang Baddrol melepasi pertahanan Yaman dengan Ashaari menyelinap masuk sebelum melepaskan rembatan singgah ke palang.

Skuad negara yang rata-rata dibarisi pemain yang sama ketika meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Bagaimanapun, tandukan Ahmad Fakri Saarani sedikit melepasi palang gol seawal minit kelapan.

Tersentak dengan serangan bertali arus skuad negara, Yemen kembali memperkemaskan jentera sera- ngan mereka.

Ia bermula dengan percubaan berbahaya Zaher Mohammed dari luar kotak penalti, namun ia sedikit tersasar.

Penjaga gol skuad negara, Mohd. Sharbinee Alwee bertindak cemerlang apabila berjaya menggagalkan percubaan Mohammed Abdullah M. Al-Abidi pada minit ke-37.

Sebelum tamat babak pertama, skuad negara memperoleh peluang terbaik menerusi Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak.

Namun, percubaan penyerang utama negara itu terkena palang walau- pun penjaga gol Yemen, Saoud Abdul- lah A. Al-Sowadi telah tertewas.

Selain itu, barisan depan Malaysia turut terlepas beberapa peluang menerusi Baddrol pada minit kelima, Ahmad Fakri Saarani (minit lapan) dan satu sepakan sudut pada minit ke-24 yang mudah disambut Saoud.

Yemen tidak ketinggalan menguji pintu gawang Malaysia yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli menerusi Khaled Hasan Hussein Baleid dan Mohammed Abdullah Al-Abidi masing-masing pada minit keenam dan ke-37.

Kem negara melonjak girang pada minit ke-54 apabila sayap kanan Kedah, Baddrol merembat masuk sepakan percuma selepas terkena palang sedikit untuk membawa Malaysia mendahului 1-0.

Tiga minit kemudian, Ahmad Fakri pula nyaris menambah gol tetapi sempat dibaca oleh Saoud, begitu juga percubaan kaki kiri, Bunyamin Omar pada minit 63.

Pada minit ke-67 pemain Yemen, Ala Mohamed Al-Sasi cuba mencedok untuk menguji penjaga gol gantian negara, Farizal Marlias tetapi tinggi melewati palang gol.

Yemen dilihat cuba menukar strategi permainan dengan melakukan beberapa pertukaran pemain dalam usaha mereka memburu gol penyamaan.

Bagaimanapun, kekentalan benteng pertahanan negara berjaya mematahkan gerakan-gerakan berbahaya yang dilancarkan Yemen sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut, yang merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad negara selepas menewaskan Syria 4-1 hujung tahun lalu, sekali gus melebarkan rekod pertemuan dengan Yemen yang kini menyebelahi kita sejak 1984.

Ia juga bakal memperbaiki ranking skuad bimbingan K. Rajagobal yang kini berada pada kedudukan ke-159 dunia.

Yemen pula menghuni ranking 105 dunia.

Saturday, February 27, 2010

Malaysia vs Yemen

BERITA TERKINI

MALAYSIA (1-0)YEMEN

BADROL BAKHTIAR(56)

kita menang.....1-0.....badrol bakhtiar score melalui freekick dr bahagian kiri pintu gol yemen.......

Rajagobal hilang tiga tonggak

KELIBAT tiga pemain utama - sayap kanan S Kunalan, penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Baddrol Bakhtiar mungkin tidak kelihatan dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Yaman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini kerana masih di belenggu masalah kecederaan.

Begitupun, tiada apa yang merisaukan jurulatih kebangsaan K Rajagobal kerana dia memiliki lapan muka baru yang akan dinilai prestasinya dalam perlawanan itu.

“ Kunalan dan Norshahrul mungkin tidak dapat beraksi sementara kemunculan Baddrol mungkin terpaksa dipertimbangkan sekiranya kecederaan yang dialami tidak begitu serius. Apa pun ia bergantung kepada kecergasannya nanti,” kata Rajagobal.


Senario itu menyebabkan Rajagobal belum dapat memastikan barisan kesebelasan utamanya apabila bertemu Yaman kerana dia mahu memberi peluang kepada muka baru yang dipanggil, antaranya Abdul Hadi Abdul Hamid, Mohamad Ashaari Samsuddin, S Chanturu dan Mohamad Alif Samsuddin.


“Ia bergantung kepada situasi. Mungkin ada satu atau dua pemain baru akan beraksi pada separuh masa pertama atau mungkin saya akan masukkan mereka pada aksi separuh masa kedua.”

Menurutnya, menang atau kalah bukan sasaran utama dalam perlawanan malam ini, tetapi lebih kepada menimba pengalaman dan dan menunjukkan peningkatan terutama di kalangan pemain baru itu.

“Yaman adalah sebuah pasukan yang kuat, sebelum ini mereka berjumpa Bahrain, Jepun dan Kenya dan kesanggupan mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kita adalah satu pendedahan yang perlu digunakan sebaik mungkin.”

Ranking Dunia dan Asia

PasukanFIFAAFC
Malaysia15934
Yemen10516
Okt 18 1984Malaysia4-1YemenCalcuttaContinental Qualifier
Sep 08 1990Malaysia0-1YemenKuala LumpurFriendly


HARGA TIKET : DEWASA RM 10.00/ KANAK-KANAK RM 5.00

MASA TIKET DI JUAL : 5.30 PETANG

MASA PINTU DI BUKA : 6.45 PETANG

TIKET DI JUAL DI GATE BIRU BERDEKATAN DENGAN MSN, PINTU MASUK JUGA DI GATE BIRU.

Friday, February 26, 2010

Harimau Muda vs Sala fc

Malaysia vs Yemen 27/02/10

yemen.png

Gary mungkin terlepas aksi tentang Sala

gambar terbaru

Image

sebarang update sila klik link di bawah
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000583312672


KEADAAN permukaan keras padang astroturf mencetus gelisah buat Mohd Azraai Khor Abdullah dan kebimbangannya terbukti benar apabila pemain tengah Harimau Muda, Gary Steven disentak kecederaan pergelangan kaki menjelang perlawanan pertama barisan bawah 21 tahun negara di Slovakia.

Pemain tengah yang dibawa daripada Harimau Muda B itu mengalami kecederaan itu ketika berlatih petang semalam dan besar kemungkinan diketepikan bagi perlawanan pertama menentang Sala dalam Liga Divisyen Satu Slovakia, esok.

"Kecederaannya tak begitu serius dan dia terpaksa direhatkan selama dua hingga tiga hari. Keadaannya 50-50 dan saya mungkin tidak akan menurunkannya bagi perlawanan pertama menentang Sala," kata pengendali, Mohd Azraai

Sebaik tiba di Vion, Isnin lalu, anak buah Mohd Azraai bergelut dengan masalah suhu sejuk 3 darjah Celsius di samping masalah mendapatkan masakan halal.

"Kami baru selesai menjalani latihan hari ini dengan cuaca 10 darjah Celsius melegakan pasukan. Sebelum ini kami terpaksa mengubah gelanggang latihan daripada padang ke ruang tertutup berikutan suhu 3 darjah Celsius.

"Dari segi makanan, Alhamdulillah pemain Muslim bijak dalam menyediakan makanan dari segi aspek halal," dipetik daripada lembaran Harimau Muda di laman web sosial, facebook.

"Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan beberapa pegawai akan ke Vion pada 6 Mac ini bagi melihat keadaan pasukan di sana," katanya.

Thursday, February 25, 2010

Liverpool, United, City pula jadi sasaran FAM

SELEPAS Everton, kini beberapa tempat baru - Liverpool, Manchester United atau Manchester City - turut tersenarai sebagai pilihan memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melihat pembangunan bola sepak bermula daripada peringkat akar umbi.

Untuk tujuan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim akan membuat lawatan susulan pada 6 sehingga 12 Mac ini bagi merealisasikan hasrat itu.

“Saya berbincang dengan Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia) berhubung program pembangunan yang boleh dipertimbangkan pihak kementerian.

“Beberapa perangkaan perlu disediakan pihak FAM dan pada masa sama kita perlu mencari rumusan terbaik memastikan peruntukan dana 10 juta kerajaan digunakan dengan baik,” katanya.

Bagaimanapun, KBS tidak mahu bersikap terburu-buru dalam memilih kelab mana yang bakal dijadikan pangkalan pemain muda negara mengasah bakat meskipun menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Januari lalu, sudah membuat tinjauan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.


Ketika kertas kerja berhubung program pembangunan bola sepak bersama Everton sedang diperhalusi, KBS mengatur langkah untuk mencari pilihan yang lebih baik apabila kali ini mereka mengintai peluang bekerjasama dengan kelab gergasi iaitu Manchester United, Liverpool dan Manchester City.


Rancangan itu akan cuba direalisasikan menerusi lawatan susulan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim selama seminggu bermula Ahad ini.


“Saya akan berada di sana (England) untuk tengok pembangunan bola sepak di Liverpool, Manchester United atau Manchester City serta Everton sekali lagi. Saya meminta kerjasama FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bagi memberi maklumat dalam mengatur pro- gram saya di sana nanti. “Dana pembangunan bola sepak sudah ada, jadi kita kena segerakan program yang mahu kita laksanakan, jadi dalam rangka lawatan ini saya boleh meneroka lebih peluang dengan kelab lain bukan hanya Everton saja. Kita tidak akan hantar skuad yang sedia ada ke sana, sebaliknya kita nak bawa pemain umur lebih muda bagi program jangka masa panjang,” kata Razali yang ditemui selepas membuat pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Putrajaya, semalam.


Sebelum ini, KBS bercadang untuk menempatkan K Rajagobal (gambar), jurulatih skuad negara yang menjuarai pingat emas bola sepak Sukan Sea di Laos, Disember lalu, bagi mendapat pendedahan di luar negara bagi memantapkan skuad itu.

Bagaimanapun, rancangan itu dikritik segelintir pihak yang mahu bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan itu digunakan bagi tujuan pembangunan peringkat akar umbi.


Razali berkata pihaknya mencari pakej menarik menerusi kerjasama itu bagi memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya.


“Kita mahu mengatur program melahirkan pemain skuad kebangsaan, jadi kita kena kenal pasti pemain yang benar-benar berbakat. Cuba bayangkan kalau kita dapat peluang hantar pemain muda ke Manchester United atau Everton, ini pasti akan merangsang minat ramai pemain muda di seluruh negara,” jelasnya.

Juricic kembali ke Kuala Lumpur


JURULATIH Yemen, Srecko Juricic (gambar) bukan asing dengan bola sepak Malaysia.

Jurulatih berbangsa Croat itu pernah membimbing Bahrain yang menewaskan Malaysia pada pusingan kelayakan Piala Asia 2003.

Yemen yang beradu kekuatan dengan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, dalam laluan menghadapi Hong Kong untuk kelayakan Piala Asia 2011, Rabu depan.


PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA MALAYSIA DAN YEMEN


PERLAWANAN : MALAYSIA LWN YEMEN

TARIKH : 27HB FEBRUARI 2010 / SABTU

MASA : 8.45 MALAM

TEMPAT : STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL

HARGA TIKET : DEWASA RM 10.00
KANAK-KANAK RM 5.00

MASA TIKET DI JUAL : 5.30 PETANG

MASA PINTU DI BUKA : 6.45 PETANG

Rajagobal tagih 30 aksi kompetitif


K.RajagoBal menunjukkan teknik hantaran yang betul kepada pelatih kebangsaan pada sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Setelah terlepas perlawanan persahabatan kompetitif akibat Togo menarik diri untuk bertemu Malaysia jurulatih, K. Rajagobal menegaskan dia memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan.

Menurutnya, lebih kurang 20 hingga 30 perlawanan persahabatan diperlukan oleh skuad kebangsaan, sebelum mencapai matlamat utama beraksi cemerlang pada Sukan Asia di Guangzhou, November ini.

"Selepas beraksi 20 hingga 30 perlawanan, barulah saya boleh nampak persefahaman pemain, adakah mereka mampu menjadi pemain utama, berada dalam kesebelasan atau tersenarai dalam skuad 18 pemain," katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, skuad kebangsaan amat memerlukan perlawanan persahabatan terbaik, yang begitu kompetitif seterusnya dapat mengekalkan konsisten sehingga ke saingan Sukan Asia.

"Kita tidak boleh mengukur keupayaan mereka dalam satu dua hari ini, mereka baru sahaja menjalani latihan.

"Ada di antara mereka adalah muka-muka baru yang saya lihat mempunyai potensi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana," katanya.

Rajagobal berkata, dia masih dalam proses untuk memilih pemain berlandaskan matlamat cemerlang pada Sukan Asia.

"Di Guangzhou nanti, hanya pemain bawah 23 tahun dibenarkan beraksi, jadi saya mahu lihat prestasi pemain terlebih dahulu, terutama mereka yang baru dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

"Adakah mereka boleh bermain dengan pasukan ini, apakah perwatakan mereka, semua itu perlu diambil kira, selepas itu baru saya boleh melihat peluang mereka untuk mengisi di posisi yang betul," katanya.

Tindakan Rajagobal memanggil pemain baru yang lebih muda, kerana tujuh hingga lapan pemain dari skuad yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Laos, sudah menjangkau usia 24 tahun.

"Saya mahu pasukan ini terus menunjukkan peningkatan dan persefahaman yang baik, kalau kita menang dan terus menang tanpa sebarang perubahan tidak berguna juga.

"Bukan saya mahu mereka kalah, tetapi saya mahu mereka belajar dari kesilapan jika mereka kalah selepas ini," katanya.

Katanya, pemain lama perlu terus menunjukkan persefahaman manakala pemain baru haru memberi impak kepada pasukan.

"Selepas beraksi di Sukan Asia, matlamat seterusnya ialah cemerlang di Kejohanan AFF di Hanoi dan Jakarta hujung tahun ini," katanya.

Aidil Zafuan Radzak mengetuai skuad emas itu di samping Zaquan Adha Radzak, Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Sharbinee Allawee Ramli dan Norshahrul Idlan Talaha.

Wednesday, February 24, 2010

FAM waspada batal aksi persahabatan dengan Togo

REBUT...pemain negara berlatih di Wisma FAM bagi persiapan hadapi Yaman.
REBUT...pemain negara berlatih di Wisma FAM bagi persiapan hadapi Yaman.

BIMBANG 'pisang berbuah dua kali', Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengambil langkah berjaga jaga, membatalkan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan pasukan Togo berikutan kegagalan pasukan berkenaan menghantar senarai nama pemain yang bakal beraksi 3 Mac ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata keputusan itu terpaksa dibuat lebih awal bagi membolehkan pihaknya mencari pasukan lain menggantikan Togo yang tidak dapat memenuhi beberapa syarat bagi membolehkan perlawanan itu diadakan.


“Untuk mengatur sesuatu perlawanan memerlukan kata sepakat kedua-dua pasukan, ada beberapa perkara teknikal yang timbul dalam perlawanan dengan Togo. Maka, FAM terpaksa membatalkan perlawanan itu sebab masa sudah suntuk.


“Sehingga sekarang Togo belum menghantar senarai pemain yang akan beraksi dalam perlawanan persahabatan itu, jadi kita mahu pastikan pemain yang mereka hantar pemain kebangsaan, sebab kita takut mereka hantar pasukan kelab seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya, semalam.


Pada Jun tahun lalu, FAM diperlekehkan ramai pihak gara-gara tindakan Zimbabwe yang sepatutnya menghantar skuad kebangsaan, hanya menurunkan pemain kelab Monomotapa United FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan negara.


Togo, yang dibarisi beberapa pemain terkenal seperti penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor menjadi pilihan FAM sebelum ini untuk menguji kemampuan barisan negara kendalian K Rajagobal dalam perlawanan antarabangsa kelas A.


Bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Togo itu, FAM kini berusaha mengatur perlawanan dengan pasukan dari negara lain.


“Setakat ini kami cuba mendapatkan pasukan Vietnam bagi menggantikan tempat Togo ,namun belum ada keputusan. Selain itu kami turut meminta bantuan ejen Fifa bagi mengatur perlawanan dengan pasukan lain. Perlawanan itu tetap akan berlangsung pada tarikh yang sama, namun ia mungkin berlangsung di sini atau di luar negara,” kata Azzuddin.


Buat masa ini, satu-satunya perlawanan persahabatan untuk skuad negara yang memulakan latihan pusat, semalam, adalah menentang Yaman di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Selangor 0 Becamex Binh Duong 0



KAPTEN Selangor, Amri (tengah) cuba melepasi kawalan tiga pemain pemain Becamex Binh Duong dalam saingan pusingan pertama Piala AFC di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 0-0.

Anak didik Devan seri 0-0 dalam aksi Piala AFC

Selangor memulakan aksi sulung Kumpulan F Piala AFC dengan mengikat wakil Vietnam, Binh Duong FC 0-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jurulatih Selangor, K. Devan membuat kejutan apabila merehatkan perancang tengah Safiq Rahim dan sebaliknya menurunkan pemain tengah bertahan Bunyamin Umar untuk bergandingan dengan Hardi Jaafar bagi membendung asakan lawan.

Kedua-dua pasukan bermula dengan berhati-hati namun pasukan pelawat dilihat terlebih dahulu menguasai perlawanan.

Pemain tengah Binh Duong, Vu Pong beroleh peluang seawal minit ke-8 tetapi hanya mampu menyaksikan sepakan percumanya mudah dihalang penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad.

Hamsani sekali lagi bertindak cemerlang untuk menidakkan percubaan penyerang lawan dari Brazil Elenildo de Jesus pada minit ke-30 sebelum Kesley Alves turut kecewa dalam usaha merobek gawang tuan rumah.

Selangor sedikit demi sedikit mula mendapat rentak dan menguasai perlawanan namun gagal mengancam gawang lawan.

Nasib Selangor tambah malang apabila pemain sayap kiri Farderin Kadir mengalami kecederaan dan terpaksa diganti dengan Amirulhadi Zainal ketika perlawanan hanya berlangsung 37 minit.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Aksi babak kedua bermula dengan Selangor mula mengambil kesempatan di atas keletihan pemain Binh Duong dan melancarkan serangan bertali arus.

Pada minit ke-53 sepakan sudut Hardi Jaafar hampir memerangkap penjaga gol lawan Nguyen The Anh namun bola dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Binh Duong.

Devan kemudiannya membuat pertukaran dengan memasukkan Asraruddin Putra Omar bagi menggantikan Liew Kit Kong yang kurang efektif bagi menambah sengat jentera serangan.

Penyerang Safee Sali hampir meletakkan Selangor di depan namun sepakan derasnya terkena tiang gol lawan sebelum gandingan The Anh dan pertahanan lawan menidakkan percubaan jarak dekat Amri Yahyah.

Di penghujung babak perlawanan, Safee berpeluang menjadi wira Selangor namun gagal menyudahkan peluang keemasan walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan sekaligus mengecewakan kira-kira 5,000 penyokong yang hadir.

Dengan keputusan seri 0-0 ini, kesemua pasukan di dalam Kumpulan F berkongsi satu mata apabila satu lagi perlawanan di antara wakil Maldives, Victory dan wakil Indonesia Sriwijaya FC turut berkesudahan tanpa jaringan.

Group F
Team GP W D L GF GA +/- Pts
BECAMEX BINH DUONG FC (VIE) 1 0 1 0 0 0 0 1
SELANGOR (MAS) 1 0 1 0 0 0 0 1
SRIWIJAYA (IDN) 1 0 1 0 0 0 0 1
VICTORY SC (MDV) 1 0 1 0 0 0 0 1


SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd. Nasriq Baharom, 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 10-Safee Sali, 12-Mohd. Bunyamin, 14-Hardi Jaafar, 15-P.Gunalan, 17-Amri Yahyah (c) (8-Safiq Rahim), 18-Liew Kit Kong (4-Mohd. Asraruddin)

BINH DUONG FC: 1-The Anh (GK), 2-Hoang Vuong, 4-Tran Chi Cong, 5-Nguyen Minh Chuyen (24-Chau Phong Hoa), 6-Vu Phong, 7-Kesley Huynh Alves, 8-Giang 9-Elenildo de Jesus, 10-Kubheka Philani Bhekizizwe, 15-Egbo Osita, 20-Quang Thanh (c)

Selangor

Lagi gambar dari perlawanan Selangor lawan Becamex Binh Duong>> KLIK DI SINI


Tuesday, February 23, 2010

Juara Sukan SEA hadapi Yemen, Togo

Seperti menentang Manchester United dan Kelayakan Piala Asia 2011 lalu, hanya Norhafiz Zamani Misbah; pemain senior yang mendapat kepercayaan K. Rajagobal bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Yemen dan Togo.

Agak pelik, jurulatih itu masih tidak terpesona dengan kehebatan penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail (Kedah) mahupun Safee Sali dan R. Surendren (Selangor) atau bintang Kelantan seperti Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

Mengiringi bek tengah KL PLUS itu ialah penjaring kedua terbanyak Liga Super, Ashari Samsudin yang kali terakhir mewakili negara ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), tahun lalu manakala kebanyakan daripada 24 pelatih kali ini merupakan tonggak juara Sukan SEA XXV Laos.

Aidil Zafuan Radzak mengetuai skuad emas itu di samping Zaquan Adha Radzak, Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Sharbinee Allawee Ramli dan Norshahrul Idlan Talaha.

Hanya Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang turut beraksi di Laos, terkecuali daripada panggilan skuad pelatih negara ini memandangkan mereka baru berlepas bersama skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda A untuk menyertai Liga 1 Slovakia.

Pemain tengah Selangor, Bunyamin Umar yang terlepas ke Laos kerana kecederaan, turut disenaraikan untuk menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan mulai hari ini hingga 4 Mac depan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menamakan tujuh muka baru iaitu Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Muhaimin Omar (Terengganu) dan S. Chanturu (Kelantan).

Skuad negara menghadapi dua perlawanan A antarabangsa yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menentang Yemen pada Sabtu ini di gelanggang yang belum dipastikan manakala bertemu Togo di Stadium Nasional, Bukit Jalil tanggal 3 Mac ini.

Yemen menjadikan persahabatan ini sebagai pemanas badan menjelang perlawanan Kumpulan A Piala Asia 2011 menentang Hong Kong pada 3 Mac ini, manakala kedatangan Togo bakal menjadi perhatian peminat bola sepak yang pasti menantikan aksi penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor.

Pasukan Afrika bimbingan Hubert Velud itu yang terpaksa menarik diri daripada Piala Negara-Negara Afrika di Angola, bulan lalu kerana serangan pengganas juga dijangka membariskan bintang Lens, Razak Boukari, Senah Mango (Marseille) dan Moustapha Salifou (Aston Villa).

Malaysia yang sudah pun terlepas tiket pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar selepas ditewaskan UAE 1-0 di Stadium Al-Shabab, bulan lalu, hanya mempunyai dua tugasan antarabangsa tahun ini iaitu Pestabola Merdeka (Oktober) dan Kejohanan AFF di Hanoi dan Jakarta (Disember).

Selain itu, beberapa tonggak daripada skuad yang menjuarai Sukan SEA Laos, selain pasukan Harimau Muda A dan B (bawah 19 tahun) turut dipertaruhkan pada Sukan Asia XVI Guangzhou, 12-27 November ini, yang mensyaratkan setiap negara menghantar skuad bawah 23.

Skuad pelatih negara:

Norhafiz Zamani Misbah (KL PLUS), Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunanlan, Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani (Perlis), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, Bunyamin Umar (Selangor), Sharbinee Allawee Ramli, Ashari Samsudin, Muhaimin Omar (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu (Kelantan), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur).


Goalkeepers: Farizal Marlias (Perlis), Sharbinee Allawee (Terengganu), Abdul Hadi (Kedah)

Defenders: Azmi Muslim (Kedah), Sabre Abu (Kedah), Khairul Helmi (Kedah), Norhafiz Zamani (PLUS FC), Asraruddin Putra (Selangor), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Nasriq Baharom (Selangor), Muhaimin Omar (Terengganu)

Midfielders: Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Bunyamin Umar (Selangor), Safiq Rahim (Selangor), S.Kunalan (Negeri Sembilan), Amar Rohidan (Perlis), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah)

Strikers: Fakri Saarani (Perlis), Zaquan Adha (Negeri Sembilan), Ashaari Samsudin (Terengganu), S.Chanturu (Kelantan), Norshahrul Idlan (Kelantan)

Piala AFC: Jaguh Vietnam merendah diri jumpa Selangor

Becamex Binh Duong lebih gemar merendah diri sambil menyifatkan Selangor pasukan handalan dan mencabar pada saingan Kumpulan F Piala AFC, malam ini.

Menyedari Gergasi Merah memiliki ramai pemain kebangsaan termasuk yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kelab Vietnam itu enggan melabel diri mereka selaku pasukan pilihan dalam pertembungan di Stadium Shah Alam nanti.

Jurulatih Becamex, Mai Duc Chung berkata, mereka turut mendapat tahu bahawa Selangor memiliki rekod silam hebat di arena tempatan sebagai juara Piala Malaysia apatah lagi setelah mengharungi tujuh perlawanan Liga Super dengan lima kemenangan musim ini.

"Memang kami ada tiga pemain import dari Afrika Selatan, Brazil dan Nigeria tetapi ia bukan bererti lawan tidak sehebat mana. Selangor pasukan yang gagah dan kami perlu mengerah yang terbaik dan mungkin melebihi 100 peratus apabila berdepan mereka.

"Perlu juga diingat bahawa tuan rumah ada beberapa pemain yang memenangi emas Sukan SEA lalu dengan menewaskan pasukan bawah 23 tahun negara kami," katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan di Yayasan FAS, Kelana Jaya, semalam.

Kata Duc Chung, tiga pemain import itu ialah penyerang dari Brazil, Elenildo De Jesus; penyerang dari Afrika Selatan, Philani Kubheka dan pertahanan Nigeria, Egbo Osita selain seorang lagi dari Brazil, Kesley Huynh Alves yang mendapat kerakyatan Vietnam.

"Turut beraksi bersama kami ialah dua pemain kebangsaan, Huynh Quang Thanh (ketua pasukan dan pertahanan) dan pemain tengah, Nguyen Vu Phong. Setakat ini kami mendahului Liga Vietnam dengan dua kemenangan, 6-2 dan 2-1," jelasnya.


Mungkin ramai peminat bolasepak tanah air jarang mendengar nama Becamex Binh Duong FC, lawan pertama pasukan Selangor dalam kumpulan F Piala AFC 2010 (Selasa, 23 Februari 2010). Namun bagi peminat yang peka dan bagi peminat dari utara tanahair (yang pastinya mahu melupakan pasukan ini), nama pasukan dari selatan Vietnam itu adalah cukup terkenal.

Manakan tidak, pada pertandingan Piala AFC 2009, Binh Duong adalah pasukan yang sama membelasah skuad Hijau Kuning 8-2 pada peringkat Round of 16. Keputusan yang tidak saja menjadi antara kenangan terindah buat peminat Merah Kuning sendiri (dan memori buruk untuk peminat Kedah), ia juga jelas menunjukkan jurang di antara liga Malaysia dan Vietnam buat masa itu (pada tahun yang sebelumnya Malaysia juga tewas 3-2 kepada Vietnam di kejohanan Piala Suzuki AFF).

Binh Duong tampil lagi untuk kali ketiga di peringkat AFC (kali kedua bermain di Piala AFC) setelah meraih tempat kedua dalam Liga Vietnam (V League) pada musim lepas. Sejak tahun 2006, “Chelsea Vietnam” (antara pasukan terkaya di Liga Vietnam walaupun peminat pasukan Xi Mang Hai Phong pasti tidak bersetuju dengan jolokkan ini) telah memenangi Liga itu sebanyak dua kali dan telah dua kali menjadi naib johan.

Di dalam Kumpulan F, selain Sriwijaya FC, boleh dikatakan Binh Duong juga adalah pasukan yang berpengalaman bermain di tahap tertinggi kejohanan AFC. Kali pertama mereka telah bermain di Piala Juara AFC (AFC Champions League) pada 2008 dan telah ditempatkan di dalam kumpulan yang sama bersama pasukan Adelaide United (Australia) dan Pohang Steelers (Korea). Walaupun mendapat tempat terakhir dalam kumpulan tersebut, Binh Duong berjaya juga meraih keputusan seri melawan Pohang Steelers di stadium Pohang Steelyard. Pada tahun 2009, Binh Duong berjaya sampai hingga ke peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan oleh pasukan Syria, Al-Karamah.

Bagi musim ini, Binh Duong telah bermula dengan baik di Liga Vietnam. Berada di tempat pertama dengan meraih mata penuh dari dua perlawanan (Liga Vietnam hanya baru bermula pada bulan Februari) termasuk kemenangan 2-6 ke atas juara Super Cup, LS Thanh Hoa di tempat lawan setelah ketinggalan dua gol pada awalnya.

Di atas kertas, pasukan yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman (bekas jurulatih U-23 Vietnam) Mai Dúrc Chung, pastinya tidak mempunyai masalah untuk layak ke pusingan seterusnya, namun anak buah K Devan masih mempunyai peluang. Binh Duong perlu bekerja keras untuk bersaing di kumpulan F berbanding pasukan Selangor dan Sriwijaya yang sudah bermain lebih banyak perlawanan. Ada kemungkinan pemain-pemain Binh Duong masih belum mencapai tahap kecergasan yang optimum dan sedang membiasakan diri bermain di antara satu sama lain bagi musim baru.

Namun, perlu diakui Binh Duong masih ada kelebihan kerana pasukan ini bukan saja mempunyai kekuatan pemain Vietnam yang pantas dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi tetapi dikuatkan juga dengan kehadiran pemain-pemain import (Binh Duong mempunyai lima pemain import – dua dari Nigeria, satu dari Argentina, Brazil dan Afrika Selatan).

Seperti kebanyakkan pasukan di dalam Liga Vietnam, Binh Duong lebih cenderung untuk memilih pemain import menerajui barisan hadapan mereka. Pendek kata, Binh Duong pasti tidak mempunyai masalah menjaringkan gol. Striker import baru dari Brazil, Elenildo de Jesus dan pemain Vietnam kelahiran Brazil Hunyh Kesley Alves (juga pemenang Golden Boot 2009 Liga Vietnam) masing-masing sudah menjaringkan dua gol bagi Binh Duong musim ini. De Jesus; Alves; pemain Nigeria Amaobi Honest dan pemain Afrika Selatan, Philani Kubehka adalah top-scorers di dalam Liga Vietnam. Pemain pertahanan Selangor perlu memberikan persembahan yang terbaik untuk mengelakkan pasukan Selangor menjadi ‘mangsa’ seperti pasukan Kedah.

Bagi pemain-pemain asal Vietnam, perhatian harus ditumpukan kepada pemain seperti bek kebangsaan Vietnam Hunyh Quang Thanh dan Truong Van Hai dan pemain tengah kebangsaan berpengalaman Tran Truong Giang. Tetapi tumpuan utama harus diberi kepada pemain tengah kebangsaan yang lincah, Nguyen Vu Phong (jersi no #6). Vu Phong adalah pemain yang sama menjaringkan dua gol yang membenamkan Malaysia di Piala Suzuki 2008 di Thailand dan menjaringkan satu gol di perlawanan akhir menentang Thailand sekaligus membantu Vietnam menjuarai pertandingan itu. Walau apa pun, harus juga diingatkan bahawa barisan pemain Binh Duong juga adalah lebih berumur dibandingkan dengan Selangor jadi akan dilihat samada pengalaman atau dayasaing yang dapat membezakan kedua pasukan nanti.

Di atas kertas juga, satu kelebihan Selangor yang sering dilupai pemerhati bolasepak adalah ‘fanbase’ Selangor yang sepatutnya setanding dengan Sriwijaya dan sepatutnya lebih bagus dari Binh Duong. Jika peminat Selangor dapat membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan pertama dan bertindak menjadi ‘pemain ke-12” Selangor, pastinya ia boleh membantu Selangor mendapatkan mata penuh sebelum perlawanan away di Vietnam nanti. Stadium Binh Duong, iaitu Stadium Go Dau di Thu Dau Mot, Vietnam hanya mempunyai kapasiti 15,000 tempat duduk.

Fakta Menarik: Pemain berbahaya, Hunyh Kelsey Alves adalah juga pemenang Golden Boot Piala AFC 2009 dengan lapan gol termasuk empat gol dijaringkan ke atas Kedah. Alves sudah mendapat 2 caps bermain untuk Vietnam. Bajet Binh Duong pada musim ini diberitakan sebanyak USD4 juta termasuk USD800 ribu daripada tajaan oleh Maritime Bank di atas jersi merah (home) dan biru (away) Binh Duong.

Khabar Angin: Penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza masih lagi mempunyai mimpi buruk tentang pasukan Vietnam apatah lagi setelah dibolos dua kali oleh Vu Phong di Phuket semasa Piala Suzuki. (termasuk satu jaringan jarak jauh yang mengelirukan Helmi). Vu Phong juga antara penjaring Binh Duong semasa perlawanan menentang Kedah di pertandingan Piala AFC 2009 itu.

live di astro supersport 2 (816)


Senarai rasmi Piala AFC 2010:
[i]Penjaga Gol: 1 NGUYEN THE ANH, 13 DANG DINH DUC, 16 TRAN MINH QUANG

Pertahanan: 2 NGUYEN HOANG VUONG, 3 TRAN THANH TUNG, 4 TRAN CHI CONG, 12 LUONG MINH TRUNG, 15 EGBO OSITA, 17 TRUONG VAN HAI, 20 HUYNH QUANG THANH, 24 CHAU PHONG HOA, 25 NGUYEN VU AN

Tengah: 5 NGUYEN MINH CHUYEN, 6 NGUYEN VU PHONG, 8 TRAN TRUONG GIANG, 9 ELENILDO DE JESUS, 14 NGUYEN HUU THANG, 21 NGUYEN VAN LINH, 22 PHUNG CONG MINH

Penyerang: 7 KESLEY HUYNH ALVES, 10 KUBHEKA PHILANI BHEKIZIZWE LANCELOT, 11 NGUYEN ANH DUC, 26 NGUYEN DUC THIEN

Sunday, February 21, 2010

Skuad futsal lepasi ujian sulung

Jurulatih baru skuad futsal kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki melepasi tugasan sulungnya dengan noktah kemenangan sambil barisan pemain negara pula membuktikan kemantapan mereka.

Malaysia mudah menewaskan Filipina 4-1 pada aksi pertama Pusingan Kelayakan ASEAN, Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Stadium Tertutup Tenis Senayan, Jakarta, Indonesia petang semalam.

Malaysia bermula garang tetapi rembatan Khairul Effendy Bahrin seawal minit kedua dan Qaiser Heshaam Abdul Kadir pada minit ke-13 sekadar menggegar palang gol Filipina.

Hanya seminit kemudian barulah Malaysia berjaya memperoleh gol pertama menerusi Safar Mohammad yang pantas menyudahkan hantaran Qaiser Heshaam.

Namun pada awal babak kedua, jika tidak kerana kecekapan penjaga gol negara, S. Devandran, Filipina pasti dapat menyamakan kedudukan menerusi dua percubaan berbahaya pada minit ke-26 dan 27.

Penyerang lincah, Khairul Effendy Bahrin bagaimanapun melegakan kem negara yang diketuai pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd. Amin dengan gol kedua pada minit ke-28 setelah menerima hantaran Fairuz Mohd. Noor.

Dua minit kemudian, ketua pasukan, Addie Azwan Zainal pula menambah gol ketiga sebelum Khairul Rizuan Harif Pagilah melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol keempat pada minit ke-33.

Namun Filpina berjaya juga memecah kekebalan barisan pertahanan Malaysia yang diketuai Muizzudin Haris dengan gol saguhati menerusi Zerrudo dua minit sebelum tamat permainan.

“Mana-mana pasukan pasti akan berhati-hati pada lima minit pertama kerana jika dibolosi, moral pemain boleh turun.

“Apa pun, pemain saya beraksi mengikut arahan dan disiplin berpasukan. Mereka dapat banyak peluang, cuma gagal diterjemahkan dengan lebih banyak gol lagi.

“Bagi menghadapi Kemboja (hari ini), saya sudah mempunyai strategi dan percaturan baru untuk mencari kemenangan,” kata Maizal pada sidang media selepas perlawanan.

Kelayakan Futsal Asia

Feb 20 2010 (Sab)
A14:30Australia6-1Myanmar
B16:15Malaysia
Safar b Mohamad (14), Mohd Khairul Effendy b Mohd Bahrain (29), Addie Azwan b Zainal (31), Khairul Rizuan b Hanif Pagilah (33)
4-1Philippines
Zerrudo Ariel Jr. Andaya (38)
B18:30VietnamvsCambodia

Saturday, February 20, 2010

Tam Sheang Tsung bermain untuk Sagan Tosu

logo


Tam Sheang Tsung

Tam Sheang Tsung adalah rakyat malaysia yang pertama bermain di J-LEAGUE yang mewakili Sagan Tosu yang bermain di liga divisyen 2 jepun.

Sebelum ini dia pernah bermain untuk pasuka yokohama fc bawah 20 dan berlatih bersama the Sao Bernado FC bawah-20 selama 3 bulan.

Cabaran skuad B-21 negara bermula


AZZUDDIN (berdiri, tengah) bergambar bersama skuad Bawah 21 negara pada sidang media di Kelana Jaya semalam.



Pemain harimau Muda melakukan persiapan terakhir di Wisma FAM, semalam sebelum berangkat ke Slovakia pagi esok.


MISI skuad bawah 21 tahun (B-21) negara bermula apabila mereka dijadual berlepas ke Slovakia awal pagi esok bagi memulakan saingan Liga Divisyen Dua Slovakia, Liga 1.

Jika sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai pemergian skuad tersebut ke Slovakia, kini segala-galanya telah terjawab.

Sepanjang tiga bulan berada di Slova- kia, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu dijadual mengharungi 14 perlawanan iaitu tujuh perlawanan di tempat lawan manakala baki tujuh lagi di gelanggang sendiri.

Skuad negara akan menjadikan Stadium Vion sebagai gelanggang rasmi mereka sepanjang kempen liga tersebut berlangsung yang dijangka tamat pada penghujung Mei depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kese- mua perlawanan yang dihadapi skuad muda negara itu tidak akan dikira mata.

"Adalah sukar bagi pihak Persatuan Bola Sepak (FA) Slovakia untuk mengira mata skuad negara memandangkan saingan liga Slovakia telah pun bermula dan ia sudah pun memasuki pusingan kedua.

"Namun, lawan mereka nanti tetap dikira mata sekiranya mereka berjaya menewaskan skuad negara.

"Jadi tidak timbul sebarang isu mengenai pemergian skuad negara ke Slovakia.

"Lawan mereka nanti pastinya mempamerkan aksi sebenar bagi mengutip mata dan ini merupakan satu pendeda- han yang cukup baik bagi skuad muda negara," jelas Azzuddin.

Walaupun aksi skuad negara nanti tidak akan dikira mata, ganjaran tetap menanti pemain-pemain muda tersebut sekiranya mereka mencatatkan keputu- san membanggakan sehingga tamat saingan liga tersebut.

"Tidak cukup dengan itu, FAM sendiri turut menyediakan habuan buat skuad Harimau Muda A ini nanti tetapi semua itu masih dalam perbincangan," kata Az- zuddin.

"Adalah sukar bagi pihak Persatuan Bola Sepak (FA) Slovakia untuk mengira mata skuad negara memandangkan saingan liga Slovakia telah pun bermula dan ia sudah pun memasuki pusingan kedua.

"Namun, lawan mereka nanti tetap dikira mata sekiranya mereka berjaya menewaskan skuad negara.

"Jadi tidak timbul sebarang isu mengenai pemergian skuad negara ke Slovakia.

"Lawan mereka nanti pastinya mempamerkan aksi sebenar bagi mengutip mata dan ini merupakan satu pendeda- han yang cukup baik bagi skuad muda negara," jelas Azzuddin.

Walaupun aksi skuad negara nanti tidak akan dikira mata, ganjaran tetap menanti pemain-pemain muda tersebut sekiranya mereka mencatatkan keputu- san membanggakan sehingga tamat saingan liga tersebut.

"Tidak cukup dengan itu, FAM sendiri turut menyediakan habuan buat skuad Harimau Muda A ini nanti tetapi semua itu masih dalam perbincangan," kata Az- zuddin.

Bintang bola masa sepan

JARUM jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi, namun bahang kepanasan mula terasa sebaik sahaja menjejakkan kaki di atas padang bola Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, Selangor.

Di satu sudut, kelihatan sekumpulan pelajar giat melakukan latihan tanpa mengendahkan sinaran matahari yang semakin perit hingga menyebabkan peluh membasahi tubuh mereka.

Salah seorang daripada kumpulan pelajar itu, begitu tekun mendengar taklimat yang diberikan oleh seorang jurulatih berhubung teknik-teknik asas dalam permainan bola sepak.

"Kamu kena pastikan kedudukan bola dan tubuh badan seiring sebelum melakukan rembatan ke pintu gol," kata jurulatih itu.

Pelajar berkenaan, Mohd. Aiman Md. Yusof, 17, menganggukkan kepala tanda faham apa yang perlu dilakukannya.

Sambil menunggu giliran, matanya liar memerhatikan rakan-rakannya yang sedang bertungkus-lumus melakukan sepakan dalam latihan itu.

Beliau mula mengatur langkah, bola yang dileretkan di hadapannya segera disambut dengan satu sepakan kencang tepat ke pintu gol.

"Masih boleh diperbaiki lagi, sepatutnya kamu kena mendepakan sedikit tangan untuk mendapatkan keseimbangan badan semasa melakukan rembatan," ujar jurulatih itu.

Bagi pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Raja Muda Abdullah Kuala Lumpur itu, pemilihannya sebagai salah seorang peserta di dalam program Nike Elite Training Live itu diibarat sebagai bulan jatuh ke riba.

Apa yang pastinya, ia bukan sekadar program latihan biasa yang pernah diikutinya sebelum ini, sebaliknya merupakan program latihan asas permainan bola sepak yang diinspirasikan daripada beberapa kelab terkemuka dunia seperti Barcelona, Jeventus dan juga juara Piala Dunia lima kali, Brazil.

Matlamatnya hanya satu, dia mahu mempergunakan segala ilmu yang pelajari untuk memperbaiki corak permainannya sebelum ini di samping meningkatkan keyakinan dalam setiap perlawanan yang bakal ditempuhi nanti.


PESERTA-PESERTA dilatih berhubung teknik mengawal bola dan sepakan tepat ke pintu gol.


Lebih membanggakan, tenaga pengajar yang melatih mereka pada pagi itu bukan sebarangan orang, sebaliknya berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan seperti Ketua Jurulatih bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan, Aminuddin Hussin.

Program yang bermula sejak November tahun lalu itu menyasarkan kira-kira 600 peserta yang terdiri daripada golongan pelajar dan belia di sekitar Lembah Klang. Ia mempunyai tiga modul utama iaitu Master Contol,

Master Accuracy dan Master Speed dan dikendalikan secara interaktif menerusi tayangan video secara talian.

Bantuan jurulatih

Mula bermain bola sejak berusia sembilan tahun, anak kedua daripada dua beradik itu memberitahu, walaupun sesi latihan yang diadakan agak singkat namun ia sudah cukup memberi pendedahan dalam memperbaiki corak permainannya sebelum ini.

"Selama ini saya hanya melihat kelibat dan kemahiran para pemain pasukan berkenaan di kaca televisyen, kini saya berpeluang mempelajarinya sendiri dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman," katanya yang meminati bintang Sepanyol yang kini bermain untuk pasukan Arsenal, Cesc Fabregas.

Pernah mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan sebelum ini, Mohd. Aiman berkata, modul latihan yang digunakan agak menarik kerana ia melibatkan program latihan yang digunakan oleh beberapa pasukan yang bertaraf dunia.

"Pada sesi lalu kami diajar teknik mengawal bola yang betul, kali ini menjurus kepada kaedah melakukan sepakan tepat ke pintu gol. Siri seterusnya ialah latihan kepantasan yang dijangka bermula pada April ini ," ujarnya bermain di posisi tengah dalam pasukan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Mohd. Muhyiddin Abd. Rahman, 15, berkata, terdapat empat jenis teknik yang perlu dikuasai oleh setiap peserta dalam modul Master Accuracy.

Katanya, setiap teknik dilakukan dalam situasi yang berbeza semasa permainan dan ia memerlukan latihan yang berterusan bagi untuk menguasainya.

"Sekali imbas, ia nampak mudah namun apabila sudah mencuba, baru saya tahu terdapat pelbagai aspek yang perlu ditekankan seperti penggunaan kaki, keseimbangan badan, kemahiran mengelecek dan sebagainya yang perlu dikuasai bagi melakukan sepakan yang jitu dan tepat.

"Tidak hairanlah, dengan teknik-teknik sedemikian ia berjaya mengangkat pasukan seperti Barcelona, Jeventus dan Brazil ke satu tahap yang tertinggi di pentas Eropah dan dunia," katanya yang mewakili sekolah di peringkat usia bawah 15 tahun.

Kata Mohd. Muhyiddin, setiap latihan yang diajar bukan dalam bentuk teori semata-mata, sebaliknya mereka berpeluang mempraktikannya dengan kehadiran jurulatih profesional.

"Setidak-tidaknya ia akan mengemaskan tahap permainan kami semua pada masa akan datang, walaupun terdapat beberapa latihan asas lain yang belum dipelajari, namun ia sudah memadai berdasarkan tahap kami ketika ini.

"Walaupun bermain di posisi pertahanan tetapi teknik-teknik yang diajar membolehkan saya melihat permainan ini dalam konteks seorang penyerang.

"Ia memberi saya peluang membaca gerakan yang bakal dilakukan dan menghalangnya sebelum sampai ke kawasan pintu gol," ujarnya yang pernah mendapat tempat keempat dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ketika mewakili pasukan Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

Mohd. Muhyiddin memberitahu, dia menyedari peluangnya untuk mewakili pasukan Malaysia masih lagi terlalu jauh, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan memasang impian yang sama sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.


PELAJAR tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai selepas menjalani latihan.


"Pada usia yang masih muda, banyak yang perlu saya pelajari mengenai permainan ini, setidak-tidaknya saya bertuah kerana memperoleh peluang ini berbanding rakan-rakan lain di luar sana," katanya.

Sementara itu, Pengarah Program, Windsor John Paul berkata, program yang julung-julung kali diperkenalkan di negara itu merupakan kerjasama di antara Nike dan FAM dalam usaha membangunkan mutu bola sepak tempatan dalam kalangan generasi muda hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan peserta yang terlibat berpengalaman mewakili sekolah masing-masing namun tidak berpeluang menonjolkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Kemahiran asas

"Berbeza dengan pelatih-pelatih lain yang menyertai program pembangunan bola sepak yang dikendalikan FAM atau di bawah kendalian Sekolah Sukan Bukit Jalil, mereka menerima latihan sistematik dan dibentuk untuk mewakili negara satu hari nanti.

"Sebab itu, kita bawa mereka ke sini untuk berlatih di bawah kendalian mereka yang profesional dalam bidang ini. Tanpa kita sedari, mungkin ada antara mereka yang berbakat dan mampu diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi dan mampu mewakili Malaysia satu hari nanti," katanya yang berpengalaman menjadi jurulatih pasukan Selangor sekitar 1990-an.

Ujarnya, melalui program selama lapan minggu itu, para peserta akan didedahkan dengan beberapa kemahiran asas permainan bola sepak melalui beberapa modul latihan yang diketengahkan.

"Setiap minggu kita akan jemput sekolah-sekolah yang berbeza di sekitar Lembah Klang untuk menyertainya di mana setiap sesi mengandungi 40 peserta dengan empat orang jurulatih. Jumlah peserta yang tidak terlalu ramai ini memudahkan mereka belajar dengan lebih berkesan," katanya.

Windsor berkata, setiap modul yang diajar adalah berbeza dan berasaskan corak latihan yang dilakukan pasukan Barcelona (Master Control), Juventus (Master Accuracy) dan Brazil (Master Speed)


PELAJAR diajar teknik menyepak bola ke gawang gol dengan betul.


"Apabila program ini tamat, mereka berupaya melakukan teknik asas permainan bola sepak yang digarap daripada tiga pasukan terkenal di dunia, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam setiap pertandingan yang dihadapi kelak," jelasnya.

Beliau menjelaskan, pada akhir program berkenaan, pihaknya akan memilih seramai 40 peserta untuk menyertai kem sehari di FAM di mana mereka akan mendengar tip dan berlatih bersama-sama pemain-pemain kebangsaan.

"Ia bukan sahaja menyuntik motivasi mereka di dalam sukan ini, pada masa yang sama mereka juga dapat merasai pengalaman yang dilalui oleh para pemain kebangsaan ini satu ketika dahulu," katanya.

Friday, February 19, 2010

Tiada Masalah Keserasian Pemain Baru Dengan Lama - Azraai

(Bernama) -- Lima pemain yang diserapkan dalam skuad bola sepak kebangsaan bawah 21 tahun, Harimau Muda 'A', dapat membentuk persefahaman mantap dalam tempoh yang singkat menjelang Liga Slovakia akhir bulan ini.

Jurulatih skuad Harimau Muda 'A', Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata lima pemain baru itu adalah dari skuad kebangsaan bawah 23 tahun (Harimau Muda 'B') dan mereka tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Lima pemain -- Mohamad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, A.Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor -- menggantikan tempat lima pemain yang digugurkan daripada skuad Harimau Muda 'A'.

"Kita tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan lima pemain tersebut disebabkan mereka adalah pemain asal kita dan mereka sudah memahami bagaimana cara pemain lain beraksi," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Lima pemain yang digugurkan dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda 'B' akan meneruskan saingan dalam Liga Perdana di bawah bimbingan Ong Kim Swee.

Mereka adalah Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shah.

Mohd Azraai berkata semasa di Slovakia, skuad negara akan bermain 14 perlawanan secara liga dengan tujuh perlawanan sebagai tuan rumah dan bakinya di tempat lawan.

Katanya selepas kembali dari Slovakia pada akhir Mei nanti, skuad tersebut akan belatih dan mengikuti perlawanan di Timur Tengah sebelum beraksi pada kejohanan 'Newspaper Cup' di Vietnam pada November nanti.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata mereka bercadang mengaturkan empat perlawanan antarabangsa untuk skuad itu, menentang skuad bawah-21 Austria, Republik Czech, Hungry dan Poland tetapi tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Selain itu, skuad itu juga akan beraksi pada Kejohanan Piala Presiden Obama di Michigan, Amerika Syarikat, dari 18 hingga 25 Mei ini.

Senarai Pemain Skuad Harimau Muda A ke Slovakia:

(Penjaga Gol) K. Sasikumar Kishor, Muhammad Zamir Selamat, Muhamad Shamim Othman.

(Pertahanan) Mahalli Jasuli, Mohd Faizal Muhamad, K. Shathiya, Mohd Bashahrul Abu Bakar, Mohd Muslim Ahmad (Penolong Kapten), Muhamad Nazri Ahmad, Mohamd Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman.

(Pemain Tengah) Abdul Shukur Jusoh, G. Gurusamy (Kapten), Muhammad Syahid Faidon, V.Kavichelvan, Muszaki Abu Bakar, Mohd Affize Faisal Mamat, S. Sivanesan, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Noor.

(Penyerang) Ahmad Shakir Mohd Ali, K. Ravindran, Izzaq Faris Ramlan, Muhammad Rafiuddin Roddin, A. Thamil Arasu.

Video Sidang akhbar Harimau Muda A

SIDANG AKHBAR HARIMAU MUDA A KE SLOVAKIA


Acara : Sidang Akhbar untuk Harimau Muda A ke Slovakia
Tarikh / Hari : 19hb Februari 2010 / Jumaat
Masa : 3 Petang
Tempat : Auditorium Wisma FAM,Tingkat 3





Format liga divisyen 1 slovakia yang disertai harimau muda A

harimau muda A tidak akan mendapat sebarang mata walaupun menang menentang kelab di slovakia sebaliknya menjadi "pengacau" kepada kelab di sana. Contohnya jika kelab di sana menang menentang harimau muda A mereka akan mendapat mata jika kalah tidak akan mendapat mata ini bermakna kelab di sana akan bermain bersungguh-sungguh untuk mendaptkan mata.

SEMOGA BERJAYA DI SLOVAKIA

harimau muda A akan bertolak ke slovakia ahad.

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia

Malaysia vs Yemen (27 februari 2010)

Malaysia vs Togo (3 March 2010)



http://www.fifa.com

Wednesday, February 17, 2010

Lima muka baru dipanggil

Jurulatih kebangsaan K. Rajagobal menyenaraikan 24 pelatih, termasuk lima muka baru untuk latihan pusat fasa pertama bermula 23 Februari hingga 4 Mac di Wisma FAM.

Lima muka baru tersebut yang dipanggil ialah Yong Kuong Yong dari Kuala Lumpur, S. Chanturu (Kelantan), Muhaimin Omar (Terengganu), Mohd Alif Samsuddin (Negeri Sembilan) dan Faizal Abu Bakar (Kedah).

Penyenaraian lima pemain itu menggambarkan falsafah Rajagobal yang membuka pintu kepada pemain berasaskan prestasi semasa dan tidak bergantung seratus-peratus kepada skuad yang membentuk tulang belakang ketika menjuarai Sukan SEA di Laos Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, satu-satunya pemain senior yang diberi kepercayaan untuk membimbing skuad muda ini ialah pertahanan KL Plus FC, Norhafiz Zamani Misbah.

Seperti yang dijangka, beberapa anggota pasukan di Laos tidak disenaraikan, sebaliknya Mohd Muslim Ahmad dan K. Gurusamy diizin menyertai skuad Harimau Muda A bimbingan Azraai Khor Abdullah yang akan berguru di Slovakia selama empat bulan.

LATIHAN DAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN

Bil.

Perkara

Tarikh

Tempat

1

Latihan Tempatan

23.02.2010 – 04.03.2010

Wisma FAM

SENARAI NAMA PEMAIN

Bil.

Nama Pemain

Kelab/Negeri

Catatan

1

Mohd Farizal Marlias

Perlis

2

Amar Rohidan

Perlis

3

Ahmad Fakri Saarani

Perlis

4

Baddrol Bakhtiar

Kedah

5

Abdul Hadi bin Abdul Hamid

Kedah

6

Khairul Helmi bin Johari

Kedah

7

Mohamad Azmi Muslim

Kedah

8

Mohamad Faizal bin Abu Bakar

Kedah

9

Mohd Sabre bin Mat Abu

Kedah

10

Yong Kuong Yong

Kuala Lumpur

11

Norhafiz Zamani Misbah

Kuala Lumpur, PLUS FC

12

Mohd Asraruddin Putra

Selangor

13

Mohd Bunyamin Umar

Selangor

14

Mohd Nasriq Baharom

Selangor

15

Safiq Rahim

Selangor

16

Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak

Negeri Sembilan

17

Mohamad Zaquan Adha Abd Razak

Negeri Sembilan

18

Mohd Alif Samsudin

Negeri Sembilan

19

Kunalan Subramaniam

Negeri Sembilan

20

Mohamad Ashaari Samsudin

Terengganu

21

Mohamad Muhaimin bin Omar

Terengganu

22

Mohd Sharbinee Allawee

Terengganu

23

Chanturu a/l Suppiah

Kelantan

24

Norshahrul Idlan Talaha

Kelantan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails