Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, November 30, 2009

Bola sepak yakin bawa kejutan di Sukan SEA

Skuad bola sepak bawah 23 negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA, Laos yakin akan memberi satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengurus skuad negara, Datuk Subahan Kamal berkata, semangat pasukannya itu juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat skuad negara pulang dengan kemenangan.

Katanya, keyakinan beliau yang cukup besar terhadap pasukan bola sepak negara itu kerana pengalaman yang dilalui oleh setiap pemain sejak kebelakangan ini selain boleh dianggap telah bersedia sepenuhnya.

"Walaupun mereka masih muda tetapi menerusi keputusan perlawanan skuad negara dengan beberapa negara besar sebelum ini seperti Arab Saudi, Kenya dan China, mereka memperlihatkan permainan yang baik.

"Kita tahu pasukan membawa harapan rakyat Malaysia yang sangat besar iaitu untuk melihat pingat emas yang telah 20 tahun tidak pernah dicapai. Itu tempoh yang lama namun kita yakin pasukan ini boleh membanggakan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Adney, Razali digugurkan


RAJAGOBAL (berdiri tiga dari kiri) ketika mengumumkan senarai pemain yang dipilih ke Sukan SEA 2009 semalam.


SAMBUTAN hari jadi ke-23 buat penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein semalam bertukar suram apabila namanya tiada dalam senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2009 Laos.

Empat lagi pemain yang turut diketepikan ialah penyerang bermasalah, Razali Umar Kandasamy, Farderin Kadir, Ahmad Shakir Mohd. Ali dan Faizal Muhamad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal mengumumkan senarai 20 pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan itu selepas tamat sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.


ADNEY digugurkan daripada skuad negara ke Sukan SEA.


Rajagobal hanya membawa dua penjaga gol iaitu Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee Ramli sekali gus menyebabkan nama Adney yang menjaga gawang negara pada Sukan SEA 2007 di Korat digugurkan.

"Saya kena beri peluang kepada Sharbinee setelah saya menilai prestasi ketiga-tiga penjaga gol ini dalam sesi latihan.

"Harap Adney menerimanya dengan profesional dan ambil peluang ini untuk memperbaiki prestasi bersama pasukan kelabnya (Kelantan)," kata Rajagobal ketika ditemui pemberita semalam.


PEMAIN B-23 negara menjalani latihan terakhir di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Namun nada berbeza pula disuarakan Rajagobal berhubung situasi pengguguran Razali yang disifatkannya sebagai seorang pemain yang tidak berdisiplin.

"Saya beri cuti sehari untuk Hari Raya Aidiladha. Apabila semua pemain lapor diri semula pada pukul 7 malam hari Jumaat, hanya dia seorang tidak hadir.

"Saya telefon dia dan dia kata ada masalah pengangkutan. Keesokan harinya (Sabtu) dia masih tak datang dan saya terpaksa ambil tindakan menggugurkannya.

"Nasihat saya kepada pemain-pemain lain, jika saya dapati ada yang tidak berdisiplin ketika di Laos nanti, saya tidak teragak-agak menghantar mereka pulang," tegas Rajagobal.




Rajagobal turut mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk memilih 20 pemain itu kerana daripada senarai 25 pelatih terakhir skuad B-23 negara, semua telah mempamerkan prestasi cemerlang.

"Selepas meneliti keperluan setiap posisi, inilah 20 pemain yang saya anggap terbaik ketika ini."

Skuad B-23 negara akan berlepas ke Vientiane, Laos dari Pangkalan TUDM Subang pagi ini dengan menaiki pesawat TUDM dan akan bertemu Timor Leste pada aksi sulung Kumpulan A pada Rabu ini.

Monday, November 23, 2009

Perlawanan persahabatan antarabangsa : Malaysia vs Maldives

VS

Tarikh : 26 November 2009

Masa : 8.45 mlm

Tempat : Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur.

Skuad kebangsaan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Maldives pada 26 November ini. Selepas itu, skuad Maldives akan menentang skuad bawah 21 kebangsaan (Harimau muda A) dalam tarikh yang akan diumumkan kelak.

Skuad Kebangsaan bimbingan K.Rajagopal dijangka akan menurunkan skuad U-23 dalam rangka persiapan menghadapi saingan Sukan SEA yang akan membuka tirainya pada bulan disember ini.

Saturday, November 21, 2009

Ranking Malaysia Menurun


AKSI antara Malaysia dan Uzbekistan pada saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.

famse4.jpg
Malaysia turun dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-152 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam.

Ia merupakan kali pertama ranking skuad kebangsaan mengalami penurunan setelah mempamerkan peningka- tan sejak diambil alih K. Rajagobal pada 20 April lalu.

Setelah berada di tangga ke-163 pada Mei lalu, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dengan menduduki tangga ke-159 (Jun), ke-157 (Julai), ke-152 (Ogos dan September) dan ke-150 (Oktober).

Kedudukan terbaru itu adalah ekoran dua kekalahan berturut-turut skuad kebangsaan kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 pada 14 dan 18 November lalu.

Lesotho yang dibelasah skuad kebangsaan 5-0 pada 11 September lalu kini merampas kedudukan ke-150 yang dimiliki Malaysia sebelum ini.

Sepanyol kembali merampas kedudukan No. 1 dalam ranking terbaru itu dengan mengetepikan Brazil yang sebelum ini berada di tangga teratas sejak Julai lalu.

Sepanyol yang berada di tangga kedua sebelum ini menewaskan Argentina dan Austria pada aksi persaha- batan minggu lalu yang memberikan mereka kemena- ngan kelapan berturut-turut.

Brazil, biarpun menang 1-0 ke atas England dan 2-0 ke atas Oman gagal mempertahankan kedudukan tangga teratas disebabkan sistem kiraan mata FIFA berdasarkan reputasi pasukan lawan yang ditentang mereka itu.

Thursday, November 19, 2009

Skuad B-23 masih ada sinar - Rajagobal

Tewas 3-1 kepada Uzbekistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bermakna sinar pasukan bawah 23 negara semakin malap.

Ini diakui sendiri oleh jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menganggap pasukan bawah 23 ini mampu menjadi sebuah pasukan yang mantap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurutnya, majoriti pemain bawah 23 tahun telah menunjukkan prestasi yang membanggakan setakat ini sebelum berangkat ke Sukan SEA Laos bulan depan dan berdepan pasukan gergasi Asia seperti Ubzekistan satu pendedahan yang amat berguna.

"Selepas saya diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan bawah 23, saya telah mengenengahkan beberapa pemain muda dan mereka telah membalas kepercayaan saya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan tamat semalam.

Jelasnya, pemain muda ini telah mendapat pendedahan yang berguna walaupun mereka beraksi pada tahap yang berbeza (dengan pemain senior).

"Kita kena melihat dari sudut positif dan berlajar menerima kekalahan ini," kata Rajagobal.

Mengulas perlawanan semalam, Rajagobal mengakui pemainnya banyak memberi ruang pada separuh masa pertama dengan membiarkan pasukan lawan memperoleh sepakan sudut serta lontaran ke dalam.

"Mereka (Uzbekistan) sangat merbahaya jika mendapat peluang seperti itu tetapi pemain saya sudah mencuba sedaya upaya dan saya amat memerlukan pemain seperti Zaquan (Adha Abd. Radzak) yang mempunyai kelebihan dari segi kelajuan.

"Jika kita lihat dari sudut positif, anak buah saya kembali memberi saingan pada separuh masa kedua dan saya dapat lihat keyakinan mereka," katanya.

Menjelang perlawanan terakhir bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Januari depan, Rajagobal berkata, pemain perlu ke sana berbekalkan disiplin dan taktikal yang jitu.

"Saya akan cuba yang terbaik tetapi tidak berjanji apa-apa, cuma kita perlu beraksi dengan minda yang positif," kata bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu.

Ditanya mengenai peluang pemain senior untuk dipanggil semula beraksi dalam skuad kebangsaan, Rajagobal mengakui dia bersedia untuk menyenaraikan mereka semula.

"Sekarang, saya mahu memberi pendedahan kepada pemain bawah 23, jadi mereka perlu merebut segala peluang beraksi dalam perlawanan antarabangsa, situasinya masih belum tepat untuk memanggil pemain senior.

"Berkemungkinan perlawanan menentang UAE nanti mereka akan disenaraikan tetapi saya juga perlu melihat dari sudut persediaan fizikal dan mental siapa yang lebih sesuai untuk beraksi memandangkan ketika itu Liga Malaysia masih belum bermula," katanya.

Sementara itu jurulatih Uzbekistan, Kasimov Mirdjalal berkata, Malaysia yang ditentangnya kali ini sangat bagus berbanding sebelum ini.

"Ia berbeza seperti pasukan ketika mereka tewas kepada UAE 5-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini, kali ini hanya dua orang pemain senior sahaja diletakkan," katanya dalam sidang media.

Bagaimanapun dia tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya walaupun mereka berjaya mencatat dua kali kemenangan 3-1 di Tashkent dan di sini.

"Ramai pemain utama saya tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan itu yang membuatkan saya tidak puas hati dengan pasukan ini walaupun menang," katanya.

Wednesday, November 18, 2009

Malaysia tewas lagi

Malaysia tewas 1-3 kepada Uzbekistan dalam saingan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2011 kumpulan C yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang tadi.

Skuad bola sepak negara punyai tempoh rehat mencukupi di Laos

http://i88.servimg.com/u/f88/13/58/34/68/normal13.jpg

ATURAN langkah skuad bola sepak negara untuk ke separuh akhir Sukan Sea di Laos, bulan depan, dibantu perkhabaran menggembirakan selepas jadual acara berkenaan tampak 'menyebelahi' Malaysia, semalam.

Ianya tertera selepas skuad bimbingan K Rajagobal mempunyai tempoh rehat selesa sebelum perlawanan penting menentang dua pencabar utama peringkat Kumpulan A, Vietnam dan Thailand di Vientiane nanti.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 2 Disember dan diberikan rehat tiga hari sebelum turun dalam perlawanan penting melawan Vietnam pada 6 Disember.
Dua hari berikutnya, Kemboja akan jadi lawan sebelum skuad negara akan punya tiga hari untuk mempersiapkan diri dalam apa mampu diiktiraf selaku pertembungan 'hidup mati' dengan pemenang pingat emas temasya lalu, Thailand.

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir. Kumpulan B pula menyaksikan saingan Myanmar, Indonesia, Singapura dan tuan rumah, Laos.

Sementara itu, Rajagobal mengakui betapa dia kini dibelenggu dilema - ketika Sukan Sea jadi keutamaan utama, dia tetap dibebani tanggungjawab memastikan skuad negara mampu menjelmakan aksi terpuji pada saingan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan, petang nanti.

"Saya mahu mereka memberikan persembahan terbaik dan jika itu mampu dilakukan, keputusan positif boleh diperolehi. Ianya kerana petanda itu sudah kelihatan biarpun kita kecundang 1-3 di Uzbekistan, Sabtu lalu.

"Cuma perlawanan sebegini turut mendedahkan pemain kepada risiko kecederaan ketika Sukan Sea sudah amat hampir seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) yang mengalami kecederaan kecil.

"Semua itu perlu saya pertimbangkan sebaik mungkin. Saya juga perlu mencuba beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Asraruddin Putra dan Azmi Muslim selepas Zaquan (Adha) dan Nasriq (Baharom) digantung," katanya.

Prestasi Pasukan U18 Kebangsaan di AFC U19 Championship

Kejohanan Kelayakan AFC U19 melabuhkan tirai dengan kemenangan China ke atas Korea Utara 3-0. Korea Utara mengiringi China untuk layak ke Pusingan Akhir AFC U19 yang berkemungkinan besar akan diadakan pada tempat yang sama tahun hadapan yang akan mempertarungkan 16 pasukan.

Setakat ini Jordan, Yemen, UAE, Syria, Iraq, Saudi Arabia, Korea Selatan, Thailand, Japan, Australia, China dan Korea Utara. Tinggal kumpulan D yang mengandungi Iran, Uzbekistan, Lebanon dan Turkmenistan yang belum memulakan saingan.

Dua slot akan diisi oleh pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik dari 7 kumpulan tersebut untuk menggenapkan 16 pasukan. Setakat ini Vietnam telah layak apabila menduduki tempat ketiga kumpulan E dengan 12 mata. Malaysia berada pada kedudukan terbaik dengan 9 mata dan mempunyai perbezaan gol yang besar (12). Cuma pasukan dari tempat ketiga kumpulan D sahaja dapat menafikan peluang Malaysia (kemungkinan samada Turkmenistan atau Lebanon) yang nampaknya mustahil bagi mereka.

Walaupun asalnya pemain bawah 18 tahun ini bukanlah yang terbaik, tidak mempunyai asas bolasepak yang baik semasa dibawa ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, namun pengalaman dan pendedahan luas yang diberikan selama 3 tahun menunjukkan hasil yang membanggakan diperingkat Asia Tenggara mahupun Asia.

Bermula sebagai Skuad perintis untuk menjayakan High Perfromance Training Centre di Brickendonburry, London tahun 2007 disusuli perlawanan persahabatan di Slovakia. Sekembali dari lawatan tersebut Skuad U16 tersebut menjuarai piala Belia untuk U18. Kemudian Skuad ini digabungkan dengan Skuad U15 kendalian Aminuddin Hussin yang menjadi naib juara Arsenal International Club Championship U16. Saarvindran, Gary Steven, Mohd Fendi, Saiful Izzuan, Amer Saidin dan beberapa orang lagi diserap masuk ke dalam skuad ini.

Penampilan pemain-pemain muda dalam liga perdana bersama skuad Harimau Muda mematangkan lagi mereka. Ong Kim Swee yang mengambil alih Harimau Muda daripada Rajagobal menyerapkan ramai pemain muda dari Skuad U18. Mohd Irfan, Khairul Izuan Rosli, Khairul Izzwan Shaari, Gary Steven, Saarvindran, Mohd Fandi, Wan Zack Haikal, dan Nicholas Wee digabungkan dengan pemain-pemain senior Harimau Muda untuk menjuarai Liga Perdana.

Diharapkan dalam masa kurang 3 tahun dari sekarang pasukan ini dengan yakin dapat menjanjikan pingat emas sukan SEA kepada negara, dan mungkin lebih dari itu. Program untuk mereka perlu diteruskan malah tumpuan yang lebih harus diberikan agar mereka betul-betul mantap untuk berdiri sama tinggi dengan Korea Selatan mahupun Jepun.


Wan Zack melakukan tendangan lencong menewaskan Penjaga gol Filipina untuk gol keempat.


Pengurus pasukan, Dato' Affendi Hamzah memberi kata-kata semangat kepada pemain sebelum turun menentang Filipina.


Inilah pasukan negaga untuk mengembalikan zaman gemilang bolasepak Malaysia.


Gandingan penyerang Skuad U18 berjaya meledak 19 gol untuk kejohanan ini.

Sunday, November 15, 2009

Uzbek tundukkan Malaysia

VS

Malaysia tewas

Peluang Malaysia ke Piala Asia 2011 hampir tertutup apabila kecundang 1-3 kepada Uzbekistan di Tashkent. Pada separuh masa pertama Malaysia berjaya mengikat Uzbekistan 0-0.

Perubahan berlaku pada babak kedua dengan jaringan gol. Geynrikh Alexander yang dibawa masuk di babak kedua mengubah rentak perlawanan, Geynrikh menguasai setiap posisi serangan. Geynrikh melorongkan bola kepada Soliev Anvarjon yang mana dia menolak kepada Ahmedov Odil. Pemain midfield itu melepaskan peluang tetapi bola jatuh ke Djeparov Server yang berjaya memasukkan bola ke gawang

Pada minit ke-57 Geynrikh berjaya melepaskan diri dari daripada kawalan dikotak penalti untuk meledakkan sepakan menewaskan Farizal Marlias.

Geynrikh sekali lagi menambah gol peribadinya pada jarak yang sama dan pada sudut yang sama hanya selepas 9 minit selepas gol pertamanya.

Malaysia merapatkan jurang pada minit 68 selepas Zakuan menanduk bola hasil sepakan percuma. Namun Zakuan mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol kedua selepas dia menewaskan Gafurov Anvar tetapi sepakannya terkena palang gol.

Uzbekistan berpeluang menambah jaringan apabila Geynrikh berjaya melorongkan bola kepada Soliev dan pemain gantian Kapadze Timur tetepi kedua-duanya gagal memasukan bola dengan hanya penjaga gol yang perlu ditewaskan. Mohd Nasriq Baharom dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua (m-85').


Friday, November 13, 2009

AFC Cup Qualifier 2009 : Malaysia vs Uzbekistan

VS

Skuad Kebangsaan bimbingan K. Rajagopal akan menentang Uzbekistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Tashkent, Uzbekistan pada hari Sabtu (14 November 2009).

Selepas itu, mereka akan sekali lagi menentang Uzbekistan pada hari Rabu (18 November 2009)di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 5.30 ptg. Tiket Berharga RM 5 Untuk Kanak-kanak RM 10 Bagi Dewasa.


SENARAI 18 PEMAIN KE TASHKENT, UZBEKISTAN untuk match 14 Nov ini:

1- FARIZAL MARLIAS
2- SYED ADNEY SYED HUSSEIN
3- NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
4- AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK
5- SABREE MAT ABU
6- MUSLIM AHMAD
7- AZMI MUSLIM
8- S.KUNALAN
9- BADDROL BAKHTIAR
10-AMAR ROHIDAN
11.SAFIQ RAHIM
12.AMRI YAHYAH
13.ZAQUAN ADHA ABD RAZAK
14-AHMAD FAKHRI SAARANI
15.RAZALI UMAR KANDASAMY
16.NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA
17.NASRIQ BAHAROM
18-MAHALI JASULI


Barisan Awal Skuad Pusingan Kelayakkan Piala Asia AFC 2011:

Penjaga Gol
Syed Adney Syed Hussien (MyTeam)^
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)*
Mohd Farizal Marlias (Perlis)*

Pertahanan
Mohd Sabree Abu (Kedah)^
Mohd Asraruddin Putra (Selangor)#
Mohd Azmi Muslim (MyTeam)^
Mohd Faizal (Harimau Muda)^
Nurhafiz Zamani (PLUS FC)#
Nasriq Baharom (Selangor)#
Mazlizam Mohamad (Perlis)*

Pertengahan
Baddrol Bakthiar (Kedah)^
Mohd Amirulhadi (Selangor)#
Mohd Bunyamin Omar (MyTeam)^
Mahali Jasuli (Harimau Muda)^
Mohd Muslim Ahmad (Harimau Muda)^
K. Gurusamy (Harimau Muda)^
Safiq Rahim (PLUS FC)#
Mohd Amri Yahyah (Selangor)#
Mohd Syazwan Zainon (Perlis)*
Amar Rohidan (Perlis)*

Penyerang
Farderin Kadir (Kuala Muda NAZA)#
Norshahrul Idlan (MyTeam)^
Ahmad Shakir (Harimau Muda)^
Razali Umar Kandasamy (Perak)^
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)*
Ahmad Fakri Saarani (Perlis)*

* Menyertai pada 2 November 2009
# Menyertai pada 26 Oktober 2009
^ Menyertai pada 19 Oktober 2009

Datanglah Beramai-ramai Bagi Menyokong Pasukan Malaysia pada hari Rabu (18 November 2009) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 5.30 ptg.


Monday, November 9, 2009

Malaysia diundi di dalam kumpulan A

Group A - Thai, Malaysia, Vietnam, Timor Leste & Cambodia.

Group B -
Laos, Myanmar, Singapore & Indonesia

Kelayakan Piala Asia

Kelayakan Piala Asia 2011

Rekod Malaysia dalam Piala Asia

Malaysia layak ke kejohanan sebenar Piala Asia sebanyak 3 kali
-2007 (layak sebagai tuanrumah bersama: Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam)
-1980 (Tuanrumah: Kuwait)
-1976 (Tuanrumah: Iran)

Undian kelayakan akhir Piala Asia 2011 Doha telah diadakan pada Julai 3 2008 (Khamis) di Aspire Dome, Doha. Malaysia di undi di Kumpulan C bersama-sama Uzbekistan dan UAE.

Kedudukan Kumpulan C
TeamPMSKJBPGMata
UAE21015143
Uzbekistan11001013
Malaysia100105-50

Jadual perlawanan Kumpulan C
DateVenueTeamResultsTeam
21 Jan 2009Std MBPJMalaysia0-5UAE
28 Jan 2010Al Sharjah ClubUAE0-1Uzbekistan
14 Nov 2009Pakhtakor StdUzbekistan-Malaysia
18 Nov 2009Std MBPJMalaysia-Uzbekistan
06 Jan 2010Al Sharjah ClubUAE-Malaysia
03 Mar 2010Pakhtakor StdUzbekistan-UAE

Jadual perlawanan Malaysia:
DateHomevsAwayVenue
Jan 21 2009Malaysia0-5
UAE
Stadium Bolasepak KL, Cheras
Nov 14 2009Uzbekistan
vs
Malaysia
JAR Stadium, Tashkent (16:00)
Nov 18 2009Malaysiavs
Uzbekistan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Jan 06 2010UAEvs
Malaysia
Al Sharjah Club

Dua puluh lima pasukan dibahagikan kepada lima kumpulan bersama empat pasukan dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke kejohanan sebenar bersama-sama juara Piala Asia (AFC Asian Cup) 2007 Iraq, Naib-juara Saudi Arabia, tempat ketiga Republik Korea, tuanrumah Qatar dan juara Piala Cabaran (AFC Challenge Cup) 2008 -India dan 2010

Kumpulan sepenuhnya:
Kumpulan A - Japan, Bahrain, Hong Kong,Yemen
Kumpulan B -Australia, Indonesia, Oman, Kuwait
Kumpulan C - Uzbekistan, UAE, Malaysia
Kumpulan D - Vietnam, China, Syria, Lebanon
Kumpulan E - Iran, Thailand, Jordan, Singapore

Pasukan Pilihan:
1. Iraq 2. Saudi Arabia 3. Korea Rep 4. Japan 5. Australia 6. IR Iran 7. Uzbekistan 8. Vietnam 9. China PR 10. Thailand 11. Indonesia 12. UAE 13. Bahrain 14. Oman 15. Malaysia 16. Jordan 17. Syria 18. Hong Kong 19. Yemen 20. Kuwait 21. Singapore 22. India 23. Lebanon 24. Maldives

Pusingan kelayakan akan diadakan secara dua pusingan.

Di pusingan pertama dua pasukan tangga 23 -24 (Lebanon & Maldives) akan bermain secara timbal balik untuk menentukan siapa yang layak untuk menyertai 19 pasukan (tangga 4-22) di pusingan 2.

Pusingan 2 akan diadakan dari Januari 2009 ke Mac 2010.
Undian Lebanon atau Maldives akan diadakan di AFC House pada Jan 7,2008.
*(Lebanon 4-0 Maldives - Apr 9 2008, Maldives 1-2 (agg 1-5) Lebanon - Apr 23 2008)

Di pusingan 2, 1 pasukan dari pusingan 1 akan bersama dengan 19 pasukan 4-22.20 pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 4 pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pertandingan sebenar pada 2011.

Sepuluh (10) pasukan kelayakan ini akan bersama dengan 3 pasukan tangga teratas iaitu Iraq, Saudi Arabia dan Korea Rep yang mendapat bye automatik bersama tuanrumah Qatar serta juara AFC Challenge Cup (Piala Cabaran) 2008 dan 2010 untuk menjadikan sebanyak 16
pasukan kesemuanya.

AFC Challenge Cups 2008 -Pasukan pilihan adalah berdasarkan kepada keputusan AFC Challenge Cup 2006.

1. DPR Korea 2. Turkmenistan 3. India 4. Myamar 5. Tajikistan 6. Sri Lanka 7. Nepal 8. Kyrgyzstan 9. Palestine 10. Chinese Taipei 11. Bangladesh 12. Brunei 13. Pakistan 14. Cambodia 15. Philippines 16. Afghanistan 17. Bhutan 18. Macau 19. Guam 20. Laos

DPR Korea, Turkmenistan, Myanmar serta India (tuanrumah akan ditentukan oleh AFC) layak secara automatik.

PLAYOFF
07/03/2009 - Macau vs Mongolia
14/03/2009 - Mongolia vs Macau

THE GROUPINGS

GROUP A
Myanmar, Cambodia, Bangladesh*, Macau/Mongolia
GROUP B
Turkmenistan, The Philippines, Bhutan, Maldives*
GROUP C
Nepal*, Afghanistan, Kyrgyzstan, Palestine
GROUP D
Sri Lanka*, Pakistan, Chinese Taipei, Brunei Darussalam

*Group hosts

Pasukan selebihnya 16 pasukan (tangga 5-20) akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.Juara setiap kumpulan akan bersama 4 pasukan automatik untuk pertandingan sebenar.
Juara 2008 dan 2010 akan layak ke AFC Piala Asia 2011.

Kelayakan Piala Asia 2011 - Kumpulan C
Jan 21 2009 (Rabu)
Venue: Std Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 8.45mlm

MALAYSIA (biru/putih/biru) 0-5 UAE (putih/putih/putih)
Mohammed Omar-29,45(pen), Ismail Matar-62,76 Ahmed Khalil-86

Barisan pemain Malaysia:
22.Mohd Syamsuri Mustaffa (1.Syed Adney Syed Hussein m-68), 3.Mohd Fauzie Nan, 5.Norhafiz Zamani Misbah(K), 6.Thirumurugan Veeran, 7.Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 13-Indra Putra Mahayuddin, 14.Mohd Khyril Muhymeen Zambri, 19.Mohd Hardi Jaafar, 27.Mohd Amirulhadi Zainal (20.Hairuddin Omar m-77), 8.Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (30.Mohamad Ashaari Samsudin m-85), 10-Mohd Safee Mohd Sali

Simpanan:
2.Subramaniam Sooryapparad, 15.Mohd Daudsu Jamaludin, 18.Muhamad Kaironnizam Sahabudin Husain, 36.Shafizan Hashim

Jan 21 2009 - Malaysia 0-5 UAE
VIDEO YOUTUBE : Malaysia vs UAE

m 29 - Hasil lorongan bola Abdul Salam Al Junaibi bola bolos di celah-celah kaki benteng negara kepada Mohamed Omar yang berjaya dengan mudah menewaskan Syamsuri Mustafa.

m 45 - Hardi menjatuhkan Ismael Salim dalam kotak penalti dan Omar sekali lagi menjaringkan gol dari sepakan penalti.

m 62 - Abdul Rahim Jumaa diberi ruang melakukan bola lintang dari belah kanan kepada Ismail Matar dan Matar membuat sepakan.

m 75 - Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat.

m 86 - Ahmad Khalil mengambil kesempatan diatas kesilapan pertahanan untuk gol kelima dari rembatan jarak dekat.
---------------------xxxxxxxxxxxxxxxxxx-----------------------------------------
Jan 20 2009 -Jurulatih Malaysia B. Sathianathan telah menggugurkan sembilan daripada 27 pemain akibat kecederaan.

Antara yang digugurkan adalah Farliza Marlias (penjaga gol), Rosdi Talib (pertahanan), Mohd Marzuki Yusof, Badrul Bakhtiar, Mohd Fadzli Shaari, Muhammad Shukor (midfield) serta Norfarhan Mohamad, Norsharul Idlan Talaha dan Nizaruddin Yusof. Manakala ujian kecergasan pula hanya tiga
dari 18 pemain lulus tahap yang dikehendaki dalam perlawanan antarabangsa.

Skuad Malaysia (18 pemain):

Penjaga gol: Syed Adney Syed Hussein (UPB My Team), Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu)

Pertahanan: Mohd Fauzie Bin Nan (Perlis), Thirumurugan Veeran (Kedah), S. Subramaniam (Perak), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Kaironnizam Sahabudin Husain (UPB My Team), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Negeri Sembilan), Mohd Daudsu Jamaludin (Kelantan), Rosdi Talib (T-Team Terengganu), Shafizan Hashim (Kedah)

Midfield: Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd Hardi Jaafar (Selangor), Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Indraputra Mahayuddin (Kelantan), Mohd Ashari Samsuddin (Terengganu), Hairuddin Omar (T-Team Terengganu)

Penyerang: Safee Sali (Selangor), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan), Ashaari Samsudin (Terengganu).

Skuad UAE telah berada di Kuala Lumpur dengan seramai 21 pemain.

G/K : Majid Nasser, Obaid Al Taweela, Ali Khaseef,

D/F : Waleed Abbas, Faris Jumaa, Muhannad Salem Al Enazy, Hayder Allo Ali, Mohammad Faiz , Hamdan Kamali, Khalid Sabeel, Abdullah Mal Allah,

M/F : Abdul Salam Juma'a, Abdul Rahim Juma'a, Ali Al Waheebi, Nawaf Mubarak, Mahmoud Khamis,

F/W : Ismail Al Hammadi, Mohammad Saeid Al Shehhi, Esmail Matar, Ahmed Khalil, Mohammad Omar.

Head coach: Dominique Bathenay(France)

Empat pemain dari Piala Teluk digugurkan Mohammad Ebrahim, Mohammad Qassim, Saleh Obaid dan Ahmad Dada kerana kecederaan..

Rekod UAE Piala Asia (dalam kurungan -Tuanrumah)
Layak - 1980 (Kuwait), 1984 (Singapore), 1988 (Qatar), 1992 (Japan), 1996 (UAE - Tuanrumah, Naib johan), 2004 (China), 2007 (Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia)

Video youtube perlawanan UAE di Piala Negara Teluk (Gulf Cup 19 2009)

Jan 05 2009 - UAE (jersi putih) 3-0 Yemen (jersi merah)
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 1-0 Mohamed Omar 6'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 2-0 Ismael Hamadi 14'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 3-0 Mohamed Alshahi 66'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 3-1 Ali Alnono 90'

Jan 08 2009 - Qatar 0-0 UAE

Jan 11 2009 - UAE (jersi putih) 0-3 Saudi Arabia (jersi hijau)
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 1-0 Yasser Alghahtani 58'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 2-0 Abdullah Alzori 70'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 3-0 Ahmed Alfaredi 73'

Mengikut rekod pertemuan Malaysia dengan UAE sejak 1980 adalah sebanyak 4 kali dengan terikat masing-masing menang 2 kali dan kalah 2 kali juga. Begitu juga hasil jaringan dan bolos ke gol terikat dengan 4 gol dan 4 bolos. Dengan pertemuan terakhir pada perlawanan persahabatan di Kelana Jaya pada 2007 dengan Malaysia kalah 1-3.

Ranking FIFA (Januari 2009)
PasukanDunia(FIFA)Asia(AFC)
Malaysia15829
UAE11413

Rekod pertemuan Malaysia lwn UAE
PasukanPMSKJB
Malaysia420244
TarikhVenuePasukanKptsPasukanKejohanan
Sep 09 1980Kuwait City

Malaysia

2-0

UAE

Piala Asia 1980

Sep 12 1981Kuala Lumpur

Malaysia

0-1

UAE

Pestabola Merdeka
Ogs 07 1982Kuala Lumpur

Malaysia

1-0

UAE

Pestabola Merdeka
Jun 21 2007


Std MBPJ, Kelana Jaya


Malaysia
Akhmal Rizal Ahmad Rakhli(m-90)

1-3



UAE



Persahabatan



Jan 21 2009

Std Bolasepak KL, KL

Malaysia


0-5


UAE


Kelayakan Piala Asia 2011



Tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 diantara Malaysia menentang UAE pada 21 Januari (Rabu) ini akan mula dijual pada pukul 11.00 pagi - 21 Januari di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Para peminat bolasepak tempatan boleh mendapatkan tiket-tiket tersebut pada harga RM10.00 (semua tempat duduk) & RM5.00 untuk kanak-kanak bermula pada pukul 11.00 pagi.

Norhafiz Zamani Misbah dipilih oleh jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan sebagai ketua pasukan kebangsaan menggantikan Mohd Shukor Adan yang mengalami kecederaan disebabkan beliau merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus selain memiliki pengalaman yang luas

Selain ketiadaan Shukor yang menjadi ketua pasukan sejak 2007, jurulatih kebangsaan itu memiliki senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan, termasuklah Nizaruddin Yusof (penyerang), Norfarhan Mohamad (penyerang), Norshahrul Idlan Talaha (tengah-hamstring), Rosdi Talib (pertahanan-buku lali) dan Irwan Fadli Idrus (pertahanan).

B.Sathianathan juga akan menurunkan pasukan campuran (senior dan bawah 23 tahun) kerana faktor pengalaman yang dimiliki oleh pemain senior di peringkat antarabangsa tidak boleh diketepikan katanya.

Berita dari skuad kebangsaan mendedahkan sesuatu yang kurang gembira apabila ujian kecergasan di Institut Sains Negara (ISN) mendapati hanya dua pemain mencapai tahap cemerlang. Empat mencatatkan markah negatif, manakala baki pemain hanya mencapai tahap kecergasan sederhana.

Pemain yang dilanda kecederaan pula adalah Shukor Adan (kapten) yang masih belum pulih daripada kecederaan lutut. Manakala bek kiri veteran, Rosdi Talib yang mengalami kecederaan buku lali. Pemain tengah Selangor Amirulhadi, pula mengalami kecederaan yang di berpanjangan sejak sebelum Piala AFF Cup lagi dan dia bermain dalam kesakitan. Amirulhadi memerlukan pembedahan di ligamen belakang lutut kanannya dan memerlukan masa untuk pulih jika ia melakukan pembedahan.

Helmi Eliza telah tercicir dari senarai pemain kebangsaan bagi latihan pusat kelayakan Piala Asia 2011 yang dikeluarkan oleh FAM dengan Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu) telah dipanggil . Latihan akan bermula pada Januari 15 2009. Hampir keseluruhan pemain yang gagal di AFF Piala Suzuki 2008 telah dikekalkan dengan tambahan Rosdi Talib, Syamsuri Mustaffa serta Fadzli Shaari telah dipanggil.

Senarai pemain kebangsaan yang akan menjalani latihan pusat kelayakan Piala Asia 2011 (27 pemain):
Penjaga gol (3): Syed Adney Syed Hussein (UPB My Team), Farizal Marlias (Perlis), Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu)

Pertahanan (9): Mohd Fauzie Bin Nan (Perlis), Thirumurugan Veeran (Kedah), Shafizan Hashim (Kedah), S. Subramaniam (Perak), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Kaironnizam Sahabudin Husain (UPB My Team), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Negeri Sembilan), Mohd Daudsu Jamaludin (Kelantan), Rosdi Talib (T-Team Terengganu),

Tengah (10): Mohd Marzuki Yusof (Terengganu), Badrul Bin Baktiar (Kedah), Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd Hardi Jaafar (Selangor), Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Mohd Fadzli Shaari (KL Plus), Muhammad Shukor Adan (Negeri Sembilan), Indraputra Mahayuddin (Kelantan), Mohd Ashari Samsuddin (Terengganu), Hairuddin Omar (T-Team Terengganu)

Penyerang (5): Nizaruddin Yusof (Perlis), Mohd Safee Sali (Selangor), Norsharul Idlan Yahala (UPB My Team), Mohd Zaquan Adha Abd Razak (Negeri Sembilan), Norfarhan Mohamad (Kelantan).

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009

Negeri Sembilan akhirnya berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah 61 tahun mencuba, kali terakhir pada 1948 ketika piala ini dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Kelantan tewas dengan mudah 1-3 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Perlawanan akhir tercemar dengan gelagat penyokong pasukan Kelantan yang membaling botol, mercun serta membakar kerusi.

Apa pun Negeri Sembilan memang berhak merangkul Piala Malaysia ini dengan barisan pertahanan yang mantap diketuai oleh Aidil Zafuan serta Mohd Syukor Adan serta penguasaan di bahagian tengah serta penyerang yang berbisa.

Shahruain Abu Samah membuka pesta Negeri Sembilan pada minit ke-18 apabila kesilapan pertahanan Kelantan Mohd Zamri Ramli terlepas kawalan bola, Shahruain dengan mudah menewaskan Halim Napi dengan rembatan kencang dalam kotak penalti.

Sokongan penyokong Wira Merah hampir 70,000 tidak banyak membantu pemain Kelantan dengan. Perlawanan juga berlangsung dalam keadaan hujan renyai.

Masuk babak kedua Kelantan memasukkan Che Hisamuddin Hassan dan Khalid Jamlus menggantikan Mohd Nizad Ayub serta Norhisham Hassan. Negeri Sembilan sekali lagi memerangkap pertahanan Kelantan apabila Mohd Zaquan Adha membuat hantaran tinggi, Hairuddin Omar yang dapat memboloskan diri dengan mudah melompat untuk menanduk bola melepasi Halim Napi.

Segala-galanya berakhir buat Kelantan apabila Shahurain dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Zamri. Mohd Zaquan Adha membuat sepakan menewaskan Halim Napi bagi kali ketiga pada minit ke-58.

Sebahagian besar penyokong Kelantan meninggalkan stadium dengan menimbulkan kebakaran pada tempat duduk serta mercun.

Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol saguhati buat Kelantan melalui sepakan percuma yang cantik pada minit ke 93. Kekalahan kedua pada perlawanan akhir buat musim ini setelah tewas pada Piala FA kepada Selangor membuat Kelantan terus kempunan merangkul sebarang kejuaraan dalam liga bolasepak negara.


Pintu Masuk Penyokong
Pintu masuk buat penyokong Kelantan adalah pintu hijau.
Manakala pintu biru (bersebelahan Majlis Sukan Negara) untuk penyokong Negeri Sembilan.

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Habis Dijual

Nov 6 - Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata sebanyak 85,000 tiket dijual termasuk 10,000 tiket yang dijual dalam masa sejam sahaja di Stadium Nasional yang habis pagi Jumaat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
November 2 2009 - Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, adalah RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan.

Penyokong Negeri Sembilan yang ingin menyaksikan final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, boleh membeli tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dan di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), mulai hari ini mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebayak 10,000 tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini kini boleh dibeli penyokong Kelantan di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhamad IV.

Semua tiket berharga RM20 itu dijual hari ini mulai jam 12 tengah hari hingga 5 petang dan akan dijual lagi esok sekiranya masih ada.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rekod Pertemuan Kelantan vs Negeri Sembilan 2008-2009

PasukanPMSKJB
Kelantan6114410
Negeri Sembilan
6411104

Mac 3 2009FA (S/F 1)Kelantan0-1Negeri Sembilan
Mohd Zaquan Adha (minit-7')
Apr 18 2009FA (S/F 2)Negeri Sembilan
Mohd Asyraf Al-Japri (minit-5')
1-2Kelantan
Norfarhan Mohammad (minit-48'), Indra Putra Mahayuddin (minit-52')
Mac 31 2009LSKelantan
Indra Putra Mahayuddin (minit-79' pen)
1-2Negeri Sembilan
Shahurain Abu Samah (minit-41'), Zaquan Adha Abdul Radzak (minit-61')
Mei 2 2009LSNegeri Sembilan
Shukor Adan (minit-11',83')
2-0Kelantan
Ogos 2 2008LSNegeri Sembilan

4-1

Kelantan

Jun 28 2008LSKelantan
0-0

Negeri Sembilan


Rekod Piala Malaysia 2009
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Negeri Sembilan
10
10
0
0
24
2
22

Penjaring: Mohd Zaquan Adha 10 gol, Hairuddin Omar 3 gol, Idris Karim 3 gol, S. Kunalan 2 gol, Mohd Shukor Adan 2 gol, Halim Zainal, Shahruian Abu Samah, Aidil Zafuan, Gol sendiri 1

Negeri Sembilan: (22)Farizal Harun, (7)Aidil Zafuan Abdul Razak, (11)Syamsul Sabtu, (12)Muhamad Shukor Adan, (15)Ching Hong Aik, (23)Rezal Zambery Yahya, (17)Idris Karim, (6)S. Kunalan, (30)Hairuddin Omar, (8)Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, (9)Shahurain Abu Samah,

Rekod Piala Malaysia 2009

Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Kelantan
10
8
1
1
21
6
15

Penjaring: Indra Putra Mahayuddin 10 gol, Norfarhan Muhammad 7 gol, Khalid Jamlus 2 gol, Che Hisamuddin Hassan, Md Rizal Fahmi

Kelantan:(1)Mohd Halim Napi, (6)Mohd Farisham Ismail, (27)Zamri Ramli, Nazrul Erwan Makmor, (17)Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, (5)Khairan Eroza Razali, (15)Mohd Daudsu Jamaluddin, (10)Mohd Nor Farhan Muhammad, (11)Cik Hishamuddin Hassan, (23)Indra Putra Mahayuddin, (7)Mohd Nizad Ayub
Simpanan:
(25)Muhammad Khalid Jamlus, (29)Mohd Ailim Fahmi, (24) Zairul Fitree Ishak, (21)Sharudy Aziz, (19)Ahmad Azlan Zainal


AKHIR PIALA MALAYSIA 2009
November 7 2009 (Sabtu)

Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-90+3')
1-3

Negeri Sembilan

Shahruain Abu Samah (m-18'), Hairuddin Omar (m-46'), Zaquan Adha (m-58' penalti)
8.45 mlm, Stadium Nasional Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Piala Malaysia - Perlawanan persahabatan, Pemain pinjaman

10 Penjaring Terbanyak

No.PasukanPenjaringJaringan
1.KelantanIndra Putra bin Mahayuddin (23)10
2.Negeri SembilanMohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak (8)10
3.KL Plus FCMohd Fadzli Saari (20)8
4.KelantanNorfarhan Mohamad
7
5.SelangorMohd Amri bin Yahyah (17)6
6.PahangAbdul Rahman Abdul Kadir (24)6
7.SelangorMohd Safee bin Sali (10)5
8.PerakRazali bin Umar Kandasamy (23)5
9.PerlisMohd Nizaruddin bin Yussof (10)5
10. KM Naza FC
Akmal Rizal bin Ahmad Rakhli (14)5

Rekod Pasukan Piala Malaysia
Pasukan Juara Naib-Juara
Kelantan
Gelaran: Wira Merah
Jurulatih: B. Sathianathan
Pemain pilihan: Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohd, Azlan Ahmad, Khalid Jamlus, Nazrul Erwan Makmur
Gelanggang: Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baru
- 2 (1955, 1970)
Negeri Sembilan
Gelaran: Rusa
Jurulatih: Wan Jamak Wan Hassan
Pemain pilihan: Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Rezal Zambery Yahaya, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunalan, Hairuddin Omar, Shahurain Abu Samah
Gelanggang: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
1 (1948)
2 (2000,2006)

Kelantan berjumpa NS di final Piala Malaysia

Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir sejak kali terakhir 39 tahun lalu untuk bertemu Negeri Sembilan pada November 7 nanti di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Perlis mudah dibenam di gelanggang sendiri 1-3 dengan kemenangan ageregat 1-5 buat Wira Merah. Mohd Norfarhan Muhammad menjaring hatrik pada minit 26, 54 dan 88. Manakala gol Perlis oleh Mohd Firdaus Faudzi pada minit ke 67.

Norfarhan bijak menggunakan peluang apabila membuka jaringan dengan menyambut hantaran bola jauh dari bawah dia melepasi kawalan Mazlizam Mohamad sebelum menewaskan penjaga gol Perlis Farizal Marlias dengan sepakannya bolos dicelah kaki. Farizal.

Perlis yang tertekan cuba merapatkan jurang menyebabkan bahagian pertahanan menjadi longgar, hasilnya pada minit ke-54 hantaran silang dari Nizad Ayub kepada Norfarhan dengan mudah menewaskan pertahanan Perlis.

Perlis cuba bangkit pada minit ke-70 apabila Firdaus Fauzi berjaya merebut bola dari kawalan Rizal Fahmi Rosid di kawasan penalti dan menewaskan Halim Napi. Namun Norfarhan terus melenyapkan sebarang peluang Perlis dengan gol ketiganya pada minit ke-88 apabila tendangannya melantun ke Farizal untuk terus memasuki gawang..

Di Kuala Terengganu Mohd Zaquan Adha Abdul Razak menjaringkan dua gol buat pelawat pada minit ke 11 dan 19. Terengganu cuba merapatkan jurang melalui Khairul Izwan Khalid pada minit ke 34, namun pintu ke perlawanan akhir tertutup rapat apabila skuad Rusa menambah jaringan melalui Hairuddin Omar pada minit 45. Keputusan 3-1 menambah agregat Negeri Sembilan kepada 4-1.

Tanpa ketua pasukan Marzuki Yusof yang digantung pasukan tuanrumah tidak mampu mengawal Zaquan Adha Abdul Razak dan Hairuddin Omar.

Bahagian tengah skuad Rusa yang dikawal oleh Shahurain Abu Samah menjadi nadi kepada kejatuhan skuad Penyu.

Separuh Akhir-Perlawanan 2

Okt 31 2009 (Sab)
71

Perlis
Firdaus Fauzi (m-67')
1-3 (agg 1-5)

Kelantan
Nor Farhan Mohamad (m-26',54',88')
Std Utama Negeri, Kangar

72

Terengganu Khairul Izuan (m-34')
1-3 (agg 1-4)
Negeri Sembilan
Zaquan Adha (m-11'19'),Hairuddin Omar (m-45')
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Kelantan selesa, Negeri menang tipis

Kelantan membuka langkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Stadium penuh sesak bersama 25,000 penonton setia berdiri teguh di belakang skuad Wira Merah. Tiket telah habis dijual hanya selepas dua jam kaunter dibuka pada sebelah pagi.

Gol pertama Kelantan hadir pada minit ke-23 melalui gerakan yang bermula daripada Che Hishamuddin Hassan yang melorong bola cantik kepada Indra yang melarikan bola ke kawasan kotak penalti. Pemain pertahanan Perlis, Fauzi Nan menjatuh Indra yang memaksa pengadil perlawanan Shokri Nor menghadiahkan sepakan penalti.

Indra sendiri yang mengambil sepakan tersebut untuk menggamatkan stadium apabila berjaya menjaringkan gol ke-10 nya dalam kempen Piala Malaysia ini untuk Kelantan.

Pemain pertahanan Kelantan, Mohd Rizal Fahmi Rosid, yang menerima sepakan penjuru Khairan Eroza, melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan untuk meletakkan Kelantan menghampiri Bukit Jalil pada November 7 nanti, selepas kali terakhir ke perlawanan akhir pada tahun 1970 dimana mereka tewas 0-2 dengan Perak.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dihasilkan oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-51.

Skuad Rusa beraksi dihadapan 20,000 penyokong tuanrumah, memulakan serangan ke kubu lawan apabila Shahurain Abu Samah berjaya memboloskan diri sebelum membuat hantaran silang kepada Mohd Alif Shamsuddin, tetapi sepakan Mohd Alif didalam kotak penalti mengenai tiang pada minit ke 9 walaupun penjaga gol Terengganu Sharbinee Alawee telah tewas.

Terengganu lebih mengamalkan taktik bertahan dengan diketuai oleh ketua pasukan Marzuki Yusof, berhasil menyekat barisan serangan Negeri Sembilan dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Hairuddin Omar.

Skuad Penyu amat berbahaya dengan serangan balas pantas Mohd Ashaari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat.

Selepas separuh masa pertama yang menghampakan, Negri Sembilan bangkit dibabak kedua dan berjaya mendapat dua sepakan sudut. S. Kunalan yang mengambil sepakan itu menghantar bola ke dalam kawasan gol, yang berhasil ditanduk oleh Zafuan.

Terengganu bermain dengan 10 orang apabila Hariri Mohd Safie dibuang padang akibat kad kuning kedua pada minit ke 80. Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan yang ada untuk menambah jaringan.

Separuh Akhir - Perlawanan 1

Okt 27 2009 (Sel)
69
Kelantan
Indraputra Mahayuddin (m-23' pen), Md Rizal Fahmi (m-90')
2-0
PerlisStd Sultan Mohamed IV, Kota Baru

70
Negeri Sembilan
Aidil Zafuan (m-51')
1-0
TerengganuStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Gergasi Merah tumbang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Negeri layak

Impian Selangor menambah koleksi keempat kejuaraan domestik hancur berkecai apabila tumbang di Kuala Terengganu.

Terengganu meletakkan pasukan tuanrumah dihadapan apabila Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol di minit ke-12, tetapi R. Surendran berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62. Keputusan 1-1 terus terikat sehingga masa tambahan. Dengan agregat masih 2-2, memaksa sepakan penalti dilakukan.

Pada penentuan sepakan penalti Khairul Anuar Baharum, Razman Roslan, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali berjaya menjaringkan gol buat Selangor manakala Zairo Anuar Zalani, Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat dan Shahrizam Mohd pula penjaring gol buat Terengganu.

Tendangan keempat Selangor oleh Nasriq Baharum gagal apabila dihalang oleh penjaga gol Terengganu Sharbinee Allawae. Tendangan terakhir diambil sendiri oleh Sharbinee untuk menggamatkan stadium dengan membawa pasukan Penyu ke separuh akhir bertemu Negeri Sembilan apabila berjaya menewaskan Hamsani Ahmad.

Negeri Sembilan mudah menundukan Kuala Muda Naza 3-0 (agregat 5-0) di Stadium Darulaman, Alor Star. Gol pelawat dihasilkan oleh Mohd Shukor Adan pada minit -12 sebelum Mohd Zaquan Adha menggandakan jurang hasil sepakan penalti (minit ke-28). Shahurain Abu Samah menambah gol buat Rusa pada minit ke-36.

Di Kota Baru, Kelantan beraksi cemerlang untuk membenam KL Plus FC 3-0 dihadapan 25,000 penonton. Wira Merah mendahului pada minit ke-13 apabila Indra Putra Mahayuddin dikasari oleh penjaga gol KL Plus Razi Effandi Suhit. Indra berhasil menjaringkan gol dengan sepakan penalti tu.

Mohd Norfarhan Mohd meletakkan namanya apabila menyumbat dua gol pada minit ke 75 dan 78. Kelantan akan menunggu Perlis di separuh akhir. Kelantan layak dengan agregat 4-1.

Perlis pula tiada masalah besar untuk terus menepis asakan Johor FC apabila menang 2-0 hasil jaringan Amar Rohidan (minit ke-8) dan Mohd Nizaruddin Yusop (minit ke-48). Ini membawa aggregat 4-1 buat Singa Utara.

Perlawanan dicemari dengan layangan tiga kad merah di mana Perlis akan kehilangan pemain tonggaknya, Azi Shahril Azmi untuk berdepan Kelantan nanti.

Azi terbabit dalam pergaduhan dengan dua pemain Johor FC, Mohd. Saiful Sabtu dan M. Sivakumar yang turut dibuang padang.

Suku Akhir-Pusingan 1

Okt 20 2009 (Sel)
61
KL Plus FC
Fadli Shaari (m-30)
1-1
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-13)
8.45lm Std Bolasepak KL, Cheras

62
Negeri Sembilan
Mohd Zaquan Adha (m-39), Hairuddin Omar (m-59)
2-0
KM Naza FC
8.45mlm Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

63
Johor FC
Ezzaidy Kahar (m-89)
1-2
Perlis
K.Soley (m-39), Ahmad Fakri Saarani (m-65)
8.45mlm Std JCorp, Pasir Gudang

64
Selangor
Amri Yahyah (m-21)
1-1
Terengganu
Zairo Anuar (m-23)
8.45mlm Std Shah Alam

Suku Akhir - Pusingan 2

Okt 24 2009 (Sab)
65
Kelantan
Indra Putra Mahyuddin (m-13), Mohd Norfarhan Mohamad (m-75,78).
3-0 (agg 4-1)
KL Plus FC
Std Sultan Mohamed IV, Kota Baru

66
KM Naza FC
0-3 (agg 0-5)
Negeri Sembilan
Mohd Shukor Adan (m-12), Mohd Zakuan Adha (m-28 penalti), Shahurain Abu Samah (m-36)
Std Darulaman, Alor Star

67
Perlis
Amar Rohidan (m-8), Nizaruddin Yusof (m-48)
2-0 (agg 4-1)
Johor FC
Std Utama Negeri, Kangar

68
Terengganu
Abdul Manaf Mamat (m-12)
5-4 Penalti (a.e.t. 1-1, agg 2-2)
Selangor
R.Surendran (m-62)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

Kumpulan A:
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
KL Plus
6
4
1
1
14
5
9
13
Perlis
6
4
1
1
13
5
8
13
Pahang
6
1
3
2
14
11
3
6
Melaka
6
0
1
5
4
24
-20
1

Kumpulan B:
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
Negeri Sembilan
6
6
0
0
15
1
14
18
Terengganu
6
4
0
2
14
5
9
12
Johor
6
2
0
4
12
10
2
6
Sarawak
6
0
0
6
1
26
-25
0

Kumpulan C:
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
Johor FC
6
4
1
1
14
6
8
13
Perak
6
3
2
1
11
4
7
11
Kuala Lumpur
6
1
2
3
3
9
-6
5
UPB-MyTeam FC
6
1
1
4
7
16
-9
1

Kumpulan D:
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
Selangor
6
4
1
1
15
8
7
13
KM Naza FC
6
4
0
2
13
8
5
12
PDRM
6
1
2
3
5
12
-7
5
Sabah
6
1
1
4
7
12
-5
4

Kumpulan E:
Pasukan
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
Kelantan
6
5
0
1
12
4
7
15
Kedah
6
3
1
2
9
3
6
10
Pulau Pinang
6
2
1
2
7
11
-4
7
ATM
6
0
2
4
5
15
-10
2

Pasukan berwarna layak ke suku akhir.

Peringkat Kumpulan
Pusingan 1
Hari Perlawanan 1
Sep 26 2009 (Sab)
A
Melaka
0-2
Perlis
Ahmad Fakri Saarani (m-67), Mohd. Syazwan Zainon (m-79)
Std Hang Tuah, Melaka

A
Pahang
Abdul Rahman Abdul Kadir (m-47)
1-1
KL Plus FC
Mohd Lot Abu Hassan (m-59)
Std Darul Makmur, Kuantan

B
Sarawak
0-1
Terengganu
Khairul Izwan Khalid (mt- 27)
Std Sarawak, Kuching

B
Johor
Rizal Roslan (m-76)
1-2
Negeri Sembilan
Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (m-27,42-pen)
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos

C
Kuala Lumpur
0-1
Johor FC
Farid Ideris(m-48)
Std Bolasepak KL, Cheras

C
UPB FC/MyTeam
0-1
Perak
Razali Umar Kandasamy (m-73)
Std MBPJ, Kelana Jaya

D
Sabah
0-1
Selangor
Safee Sali (m-24)
Std Tawau

D
PDRM
Arman Zairi Johan (m-40)
1-0
KM Naza FC
Std MP Selayang

E
Kedah
Faizal Abu Bakar (m-7)
1-1
ATM
M.Chandrasekar (m-79)
Std Darul Aman, Alor Setar

E
Pulau Pinang
S.Thinagaran (m-39)
1-2
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-67-pen), Khalid Jamlus (m-73)
Std Bandaraya

Hari Perlawanan 2
Sep 29 2009 (Sel)
A
Perlis
Mohd Nizaruddin Yusoff(m-3,25), Ahmad Fakri Saarani (m-35)
3-2
Pahang
Abdul Rahman Kadir (m15), Mohd Badrul Isani (m-20)
Std Utama Negeri ,Kangar

A
KL Plus FC
Fadli Saari (m-13,19), Lot Abu Hassan (m-76), Amir Shahreen Mubin (m-89)
4-1
Melaka
Hanafiah Abu Bakar (m-85)
Std Bolasepak KL, Cheras

B
Terengganu
Mohd Muhaimim Omar (m-5), Khairul Irwan Khalid (m-22)
2-0


Johor


Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

B
Negeri Sembilan
Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (m-57,59,64), Idris Karim (m-57,82), S. Kunalan (m-27), Mohd Shukor Adan (m-50), Halim Zainal (m-72)
8-0



Sarawak



Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

C
Johor FC
Mohd Farid Ideris (m-43,81), Nurul Azwan Roya (m-47), Sumardi Hajalan (m-69)
4-1



UPB FC/MyTeam
Mohd Zamri Chin (m-35)


Std JCorp, Pasir Gudang

C
Perak

0-1

Kuala Lumpur
Mohd Badrul Hisham (m-65)
Std Perak, Ipoh

D
Selangor
Amirulhadi Zainal (m-18), Safee Sali (m-39), Amri Yahyah (m-87)
3-0


PDRM


Std Shah Alam

D
KM Naza FC
Liew Kit Kong (m-47,Farderin Kadir m-76)
2-1
Sabah
Wong Sai Kong (m-41)
Std Darul Aman, Alor Setar

E
ATM
Shahril Shapri (m-55)
1-1
Pulau Pinang
Mohd Failee Mohd Ghazli (m-9)
Std MP Selayang

E
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-49)
1-0

Kedah

Std Sultan Mohd. IV, KB

Hari Perlawanan 3
Okt 2 2009 (Jum)
D
Selangor
Mohd Amri Yahyah (m-43), Mohd Safee Sali(m-80), Rudie Ramli (m-90)
3-2
KM Naza FC
Farderin Kadir (m-16), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-33)
Std Shah Alam
Okt 3 2009 (Sab)
A
Perlis
Azi Shahril Azmi (m71)
1-2
KL Plus FC
Norhafiz Zamani Misbah (m-75,86)
Std Utama Negeri, Kangar

A
Melaka
Mohd Fauzzi Mohd Kassim (m1,82),Muhammad Hanafiah Abu Bakar (m-20),
3-3
Pahang
Mohd Azamuddin Md Akil (m-29), Abdul Rahman Abdul Kadir (m-48,73)
Std Hang Tuah, Melaka

B
Terengganu
0-1
Negeri Sembilan
Mohd Zaquan Adha (m-27-pen)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

B
Sarawak
Hadera Bakeri (m-18)
1-4
Johor
Khairul Ismail(m-29-pen), Azrine Affendy Saduddin(m-58-pen), Saiful Nizam Miswan, Yosri Dermaraju
Std Sarawak, Kuching

C
Johor FC
0-2
Perak
Razali Umar Kandasmy (m-19), Mohd Noor Hasrul Mustaffa (m-43)
Std JCorp, Pasir Gudang

C
Kuala Lumpur
0-0
UPB FC/MyTeam
Std Bolasepak KL, Cheras

D
Sabah
Zaykeal Leong (m-45-pen), Mohd.Farid Saibun (m-86)
2-0
PDRM
Std Tawau

E
ATM
Zahari Zaini (m-34)

1-2
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-18-pen),Mohd Norfarhan Mohd (m-90)
Std MP Selayang

E
Kedah

0-1
Pulau Pinang
Rafiuddin Roddin (m-64)
Std Darul Aman, Alor Setar

Pusingan 2
Hari Perlawanan 4
Okt 6 2009 (Sel)
A
Perlis
Mohd. Nizaruddin Yusof (m-44-penalti,m-67), Azmizi Azmi (m-63), Mohd. Badrul Azam Zamri (m-88), Mohd. Firdaus Faudzi (m-90)
5-0
Melaka


Std Utama Negeri, Kangar

A
KL Plus FC
Mohd Fadzli Saari (m-58,60,64)
3-1
Pahang
R.Surendran (m-93)
Std Bolasepak KL, Cheras

B
Negeri Sembilan
Mohd Rizal Roslan (m-82-gs)
1-0
Johor
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

B
Terengganu
Manaf Mamat (m-12,37,50),Mohd Shazlan Alias Izwan (m-39,56), Ashaari Shamsuddin (m-82,89)
7-0
Sarawak
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

C
Johor FC
Azizan Baba (m-22), Nurul Azwan Roya (m-33,37,55-penalti)
4-0
Kuala Lumpur
Std JCorp, Pasir Gudang

C
Perak
Razali Umar Kandasamy (m-7,48), Azrul Hazran Amiludin (m-18), Mohd Hafiszuan Salehuddin (m-31), Mohd Syazwan Mohd Roslan (m-70), Mohd Noor Hazrul (m-78)
6-1
UPB FC/MyTeam
Dewan Sakwati Kandasamy (m-44)
Std Perak, Ipoh

D
Selangor
Mohd Amri Yahyah (m-42,89), Mohd Safee Sali (m-56), Hardi Jaafar (m-71)
4-1
Sabah
Zainizam Marjan (m-33)
Std Shah Alam

D
KM Naza FC
Faderin Kadir (m-56,68), Akmal Rizal Rakhli (m-75)
3-0
PDRM
Std Darul Aman, Alor Setar

E
ATM
0-3
Kedah
Shahrul Nizam Mustapa (m-29), Mohd Azrul Ahmad (m-47), Mohd Faizal Abu Bakar(m-63)
Std MP Selayang

E
Kelantan
Khalid Jamlus (m-43), Indra Putra Mahayuddin(m-80)
2-1
Pulau Pinang
S. Chanthuru (m-65)
Std Sultan Mohammed IV, KB

Hari Perlawanan 5
Okt 10 2009 (Sab)
A
Pahang
Shahrizan Salleh (m-37)
1-1
Perlis
Azi Shahril Azmi (m-84)
Std Darul Makmur, Kuantan

A
Melaka
0-4
KL Plus FC
Harris Safwan Kamal (m-7,44), Mohd Fadli Shaari (m-47,78)
Std Hang Tuah, Melaka

B
Johor
Hardi Ahmad (m-48), Shafiq Samad (m-81)
2-4
Terengganu
Md Ashaari Shamsudin (m-45,74,85), Abd Manaf Mamat (m-78)
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, JB

B
Sarawak
0-1
Negeri Sembilan
S. Kunalan (m-70)
Std Sarawak, Kuching

C
UPB FC/MyTeam
Norshahrul Idlan Talaha (m-60), Stanley Bernard (m-89)
2-4
Johor FC
Mohd Syafnan Riduwan (m-31), Eddy Helmi Manan (m-57), Mohammad Ezaidy Khadar (m-65), Mohd Riduwan Maon (m-79)
Std MBPJ, Kelana Jaya

C
Kuala Lumpur
Abdul Hadi Yahya (m-40)
1-1
Perak
Razali Umar Kandasamy (m-90)
Std Bolasepak KL, Cheras

D
PDRM
Khairul Izuan Abdullah (m-17), Abdul Rayjal Jalil (m-38)
2-2
Selangor
Rudie Ramli (m-11), Amri Yahyah (m-55)
Std MP Selayang

D
Sabah
Rosdi Wasli (m-12)
1-3
KM Naza FC
Akmal Rizal (m-37), Zulhissyam Jamaluddin (m-65), Mat Saiful Mohamad (m-89)
Std Tawau

E
Pulau Pinang
Mohd Failee Mohd Ghazli (m-43,64), V.Jaganathan (m-56)
3-2
ATM
Shahril Shapri (m-51,84)
Std Negeri Batu Kawan

E
Kedah
Mohd Sabre Abu (m-45)
1-0
Kelantan
Std Darul Aman, Alor Setar

Hari Perlawanan 6
Okt 13 2009 (Sel)
A
KL Plus FC
0-1
Perlis
Ahmad Fakri Saarani (m-30)
Std Bolasepak KL, Cheras

A
Pahang
R. Kartigesu (m-52,62,69), Rahman Kadir (m-28,37), Razlan Oto (m-89-pen)
6-0
Melaka
Std Darul Makmur, Kuantan

B
Negeri Sembilan
Hairuddin Omar (m-73), Idris Karim (m-89)
2-0
Terengganu
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

B
Johor
Mohd Sairozi Daud (m-13), Mohamad Khairul Ismail (m-59,78), Muhammad Syafiq Abd Samad (m-71), Mohd Radzi Jasman (m-74)
5-0
Sarawak
Std Tan Sri Dato; Hj Hassan Yunos, JB

C
Perak
Mohd Saufi Saaidi (m-72)
1-1
Johor FC
Farid Ideris (m-45)
Std Perak, Ipoh

C
UPB FC/MyTeam
Norshahrul Idlan Talaha (m-45), m Fakrul Aman (m-80), Muhamad Zamri Chin (m-89)
3-1
Kuala Lumpur
Abdul Hadi Yahya (m-14)
Std MBPJ, Kelana Jaya

D
KM Naza FC
Akmal Rizal Rakhli (m-45,84-pen), Helmi Ramli (m-79)
3-2
Selangor
R Sreetharan (m-36), Safee Sali (m-49)
Std Darul Aman, Alor Setar

D
PDRM
2-2
Sabah
Std MP Selayang

E
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (m-58,71,81) Che Hisamuddin Hassan (m-38) Nor Farhan Muhammad (m-55)
5-0
ATM
Std Sultan Mohamed IV, KB

E
Pulau Pinang
0-4
Kedah
Mohd Badrol Bakhtiar (m-24,87), Mohd Faizal Abu Bakar (m-41),Shafiq Jamal (m-89)
Std Negeri, Batu Kawan


Suku Akhir -Pusingan 1
Okt 20 2009 (Sel)
61
Johan A
vs
Kelantan
Std

62
Johan B
vs
Naib Johan C2/D2/A2/E2
Std

63
Johan C
vs
Naib Johan D2/A2/E2/B2
Std

64
Selangor
vs
Naib Johan A2/E2/B2/C2
8.45mlm Std Shah Alam


Lima pasukan yang muncul juara kumpulan masing-masing akan layak secara automatik ke suku akhir.

Tiga lagi slot ke suku akhir akan diisi oleh tiga pasukan terbaik daripada lima pasukan yang muncul naib juara setiap kumpulan tersebut.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 pula dijadualkan berlangsung pada 7 November.

Friday, November 6, 2009

AFC B-19: Malaysia berpesta gol

Skuad bawah 18 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee meneruskan rentak cemerlang dalam kelayakan Kejohanan B-19 Tahun AFC dengan berpesta gol menewaskan Guam 9-0 dalam perlawanan ketiga kumpulan G di Stadium Linzi, Zibo petang tadi.

Kekalahan skuad kebangsaan kepada Korea Utara 1-2 dua hari lepas langsung tidak menjejaskan semangat juang anak didik Ong Kim Swee untuk meraih tiga mata penuh.

Skuad negara membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Muhammad Fakhrurazi Musa pada minit ke-22 sebelum menambah gol keduanya enam minit selepas itu. Kedudukan 2-0 kekal sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua Ong Kim Swee membawa masuk penyerang Thami Arasu dan Wan Zack Haikal menggantikan Saarvindran Devandran dan Nazirul Naim.

Pertukaran itu ternyata membuahkan hasil apabila Thamil Arasu menambah gol ketiga skuad negara pada minit ke-59. Fakhrurazi menambah derita Guam apabila dia menjaringkan hatrik pada minit ke-61 sebelum Thamil sekali lagi merobek gawang Guam empat minit kemudian.

Empat lagi gol skuad negara dijaringkan Wan Zack Haikal minit ke-76, Khairul Izuan Rosli minit ke-81, Saiful Ridzuwan Selamat minit ke-85 dan Wan Zaharulnizam Zakaria minit ke-90.

Untuk perlawanan seterusnya, skuad negara dijangka mendapat tentangan sengit tuan rumah China pada 8 November ini dan akan menamatkan saingan kelayakan bertemu Filipina pada 11 November.

Piala Malaysia 2009 : Siapa juara ?



Fakta menarik tentang final Piala Malaysia 2009 :

* Bakal disaksikan oleh lebih 80 000 penonton di stadium nasional bukit jalil

* Halim Napi menjadi tumpuan ramai kerana insiden yang membabitkannya dengan pemain pertahanan skuad 'Hoben Jang Hoben', Aidil Zafuan ketika separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mohamed IV, 25 April lalu.

* Peminat dari Brunei dan Singapura turut turun padang menyaksikan perlawanan tersebut.

* Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil

* Penutup musim bola sepak Malaysia bagi tahun 2009


Kekuatan kedua-dua pasukan seimbang

Walaupun Kelantan bakal mendapat sokongan padu daripada peminat fanatik mereka dalam saingan akhir Piala Malaysia esok tetapi pakar bola sepak menganggap Negeri Sembilan juga mempunyai peluang.

Para jurulatih tempatan dalam Liga Malaysia yakin kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dalam saingan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Bagi mereka, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan ini diakui Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim.

"Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi," katanya.

Sementara itu Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.

Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof pula memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan.

Sementara itu, Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: "Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka."

Bagi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan.

Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.

Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan.

"Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd. Radzak," kata bekas jurulatih Kedah itu.

Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan.

"Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat," katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.

Halim kena kawal emosi


Kawal emosi dan jangan buat silap. Itu pesanan khusus dari bekas penjaga gol Kelantan pada tahun 1970, Nik Sazali Nik Jaafar kepada Halim Napi ketika berhadapan dengan penyerang muda Negeri Sembilan.

Nik Sazali merupakan penjaga gol utama Kelantan ketika pasukan itu layak ke final untuk bertemu dengan Perak bagaimanapun mereka tewas 0-2 kira-kira 39 tahun lalu.

Justeru, beliau menyampaikan pesanan penting dari 'orang-orang lama' kepada pemain yang akan turun beraksi pada malam esok.

Pesanan berharga tersebut diberikan kerana beliau mahu pasukan yang ada pada hari ini menebus kesilapan lalu dan memastikan Piala Malaysia dibawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini selepas 61 tahun.

''Pesanan saya, Halim kena cool, dia ada segala-galanya, ketinggian dan kemahiran sebagai seorang penjaga gol.

"Dia perlu lebih tenang dan jangan terikut-ikut rentak penyokong serat perlu lebih fokus untuk memastikan kejayaan pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Pemain Veteran anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di sini kelmarin.

Enam pemain yang hadir pada majlis tersebut selain Nik Sazali ialah, Mahadi Yusof, Nik Salleh Nik Man, Afendi Yusof, Hussein Idris dan Wan Hassan Wan Ibrahim.

Semua mereka akan dibawa ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Halim menjadi tumpuan ramai kerana insiden yang membabitkannya dengan pemain pertahanan skuad 'Hoben Jang Hoben', Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mohamed IV, 25 April lalu.

Perlawanan yang menyaksikan Negeri Sembilan menang 1-0 itu turut mencatatkan sejarah dalam sukan bola sepak negara ini apabila para penonton merusuh dan membakar kenderaan.

Sementara, Mahadi, 64, berkata, para pemain supaya bermain dengan semangat dan tidak melakukan kesalahan ketika perlawanan penting ini.

"Perlawanan akhir berbeza daripada perlawanan biasa, di sini ketahanan mental pemain amat penting.

"Jangan buat silap dan dapat peluang mesti jaringkan gol, ini ramuan kalau nak menang dan jangan terikut-ikut rentak penonton biar pun mereka memberikan sokongan yang padu kepada kita," katanya.

Menurutnya, pasukan Kelantan kini memiliki segala kelebihan terutama dari segi sokongan peminat yang yang pastikan akan bersama-sama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kami pernah memiliki peluang untuk membawa pulang Piala Malaysia suatu ketika dulu namun, nasib tidak menyebelahi kami.

"Kali ini, harapan kami kembali mekar untuk melihat piala tersebut pulang ke Kota Bharu walaupun, tugasnya bukan lagi digalas di bahu kami," katanya.

Tambahnya, ini adalah peluang terbaik Kelantan dengan dibarisi adunan bintang-bintang berpengalaman dan pemain muda yang semakin meningkat naik.

Raja bola ramalkan saingan sengit


Tidak ketinggalan Datuk Abdul Ghani Minhat yang turut dikenali sebagai Raja Bola dan menganggap pasukan yang menjaringkan gol awal mempunyai peluang untuk juara.

Menurutnya, dalam saingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, dia tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

"Saya tidak nampak pasukan mana yang akan muncul juara kerana kekuatan mereka seimbang, apa yang dapat saya rasakan ialah siapa yang menjaringkan gol awal dan menambah gol kedua mempunyai peluang cerah untuk juara," katanya selepas Majlis Pelancaran Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) semalam.

Bagaimanapun, Abdul Ghani merasakan kedua-dua pasukan yang ketinggalan dengan jaringan 2-0 mampu bangkit untuk memberi tentangan.

"Jadi jika siapa yang hendak muncul juara, pasukan itu perlu sentiasa menjaringkan gol dan ia mampu untuk menguatkan moral mereka.

"Mungkin saya berharap Kelantan untuk muncul juara kerana mereka sudah lama menanti, 39 tahun dan mereka juga bermain dengan baik sepanjang musim," kata bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu.

Apa yang diharapkan Abdul Ghani agar pemain tidak 'hilang akal' dengan melakukan perkara yang tidak diingini seperti memukul pengadil.

"Saya juga teruja dengan sambutan diberikan oleh penyokong walaupun pada tahun ini tidak ada kelibat pemain import, saya sebenarnya tidak setuju dengan kehadiran pemain import.

"Ia menutup peluang pemain tempatan terutamanya di bahagian serangan dan sekarang kita dapat lihat sendiri mereka ada peluang selain menimba pengalaman," katanya.

Jelasnya, kehadiran pemain import membuatkan penyerang tempatan seperti 'tidur' dan sukar untuk menggalas tugas di peringkat antarabangsa.

Sementara itu seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Shukor Salleh berkata, kelebihan dari segi permainan akan memihak kepada Negeri Sembilan.

Bagaimanapun bagi bilangan penyokong sudah tentu akan menjadi milik Kelantan.

"Kita akan dapat saksikan peminat fanatik Kelantan turun beramai-ramai untuk memberi sokongan dan ia seperti lautan merah," kata pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Para penyokong kena patuhi arahan


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta lebih 60,000 penyokongnya yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil supaya mengawal emosi dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka perlu menjaga nama baik Kelantan ketika perlawanan tersebut berlangsung dan membuktikan bahawa penyokong negeri ini adalah yang terbaik.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 60,000 penyokong Kelantan dari seluruh negara akan membanjiri stadium tersebut esok.

''Patuhilah segala peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jagalah nama baik Kelantan sepanjang perlawanan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 1001 tiket menyaksikan perlawanan akhir itu kepada pelajar sekolah di Majlis Sukan Negeri Kelantan di sini, semalam.

Anuar berkata, KAFA telah mendapat kebenaran FAM menjual 56,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut bagaimanapun kesemuanya telah habis dijual.

"Kita telah meminta tambahan tiket dan FAM telah memberikan kebenaran kepada kita menjual lagi sejumlah tiket bagaimanapun ia masih tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi dari para peminat bola sepak negeri ini.

"Saya berharap mereka yang tidak mendapat tiket boleh membelinya secara terus daripada kaunter di stadium pada hari pertandingan," katanya.

Sementara itu, Anuar berkata, KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah.

"Kereta api ini adalah tempahan khas dan diluar jadual biasa. Ia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam Jumaat dari Tumpat dan bertolak balik pada pukul 2 pagi keesokannya.

"Tren khas ini akan membawa peminat setia kita dan tetamu khas termasuk 1001 sekolah ini," katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails