Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, November 18, 2009

Prestasi Pasukan U18 Kebangsaan di AFC U19 Championship

Kejohanan Kelayakan AFC U19 melabuhkan tirai dengan kemenangan China ke atas Korea Utara 3-0. Korea Utara mengiringi China untuk layak ke Pusingan Akhir AFC U19 yang berkemungkinan besar akan diadakan pada tempat yang sama tahun hadapan yang akan mempertarungkan 16 pasukan.

Setakat ini Jordan, Yemen, UAE, Syria, Iraq, Saudi Arabia, Korea Selatan, Thailand, Japan, Australia, China dan Korea Utara. Tinggal kumpulan D yang mengandungi Iran, Uzbekistan, Lebanon dan Turkmenistan yang belum memulakan saingan.

Dua slot akan diisi oleh pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik dari 7 kumpulan tersebut untuk menggenapkan 16 pasukan. Setakat ini Vietnam telah layak apabila menduduki tempat ketiga kumpulan E dengan 12 mata. Malaysia berada pada kedudukan terbaik dengan 9 mata dan mempunyai perbezaan gol yang besar (12). Cuma pasukan dari tempat ketiga kumpulan D sahaja dapat menafikan peluang Malaysia (kemungkinan samada Turkmenistan atau Lebanon) yang nampaknya mustahil bagi mereka.

Walaupun asalnya pemain bawah 18 tahun ini bukanlah yang terbaik, tidak mempunyai asas bolasepak yang baik semasa dibawa ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, namun pengalaman dan pendedahan luas yang diberikan selama 3 tahun menunjukkan hasil yang membanggakan diperingkat Asia Tenggara mahupun Asia.

Bermula sebagai Skuad perintis untuk menjayakan High Perfromance Training Centre di Brickendonburry, London tahun 2007 disusuli perlawanan persahabatan di Slovakia. Sekembali dari lawatan tersebut Skuad U16 tersebut menjuarai piala Belia untuk U18. Kemudian Skuad ini digabungkan dengan Skuad U15 kendalian Aminuddin Hussin yang menjadi naib juara Arsenal International Club Championship U16. Saarvindran, Gary Steven, Mohd Fendi, Saiful Izzuan, Amer Saidin dan beberapa orang lagi diserap masuk ke dalam skuad ini.

Penampilan pemain-pemain muda dalam liga perdana bersama skuad Harimau Muda mematangkan lagi mereka. Ong Kim Swee yang mengambil alih Harimau Muda daripada Rajagobal menyerapkan ramai pemain muda dari Skuad U18. Mohd Irfan, Khairul Izuan Rosli, Khairul Izzwan Shaari, Gary Steven, Saarvindran, Mohd Fandi, Wan Zack Haikal, dan Nicholas Wee digabungkan dengan pemain-pemain senior Harimau Muda untuk menjuarai Liga Perdana.

Diharapkan dalam masa kurang 3 tahun dari sekarang pasukan ini dengan yakin dapat menjanjikan pingat emas sukan SEA kepada negara, dan mungkin lebih dari itu. Program untuk mereka perlu diteruskan malah tumpuan yang lebih harus diberikan agar mereka betul-betul mantap untuk berdiri sama tinggi dengan Korea Selatan mahupun Jepun.


Wan Zack melakukan tendangan lencong menewaskan Penjaga gol Filipina untuk gol keempat.


Pengurus pasukan, Dato' Affendi Hamzah memberi kata-kata semangat kepada pemain sebelum turun menentang Filipina.


Inilah pasukan negaga untuk mengembalikan zaman gemilang bolasepak Malaysia.


Gandingan penyerang Skuad U18 berjaya meledak 19 gol untuk kejohanan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails