Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, March 31, 2010

Keputusan separuh akhir Piala FA 30 Mac




Terengganu 0




Kedah 2

(Faizal Abu Bakar m-29, Azlan Ismail m-59)



Selangor 1

(Safee Sali m-44)



Negri Sembilan 2

(Zaquan Adha Abdul Radzak m-70, Nasriq Baharom (gol sendiri) m-72)




PASUKAN pelawat membawa bekalan berharga pada malam yang dibasahi hujan pada separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.



Terengganu tewas 2-0 kepada Kedah di depan penyokong sendiri, manakala Selangor kecundang angkara gol sendiri di Shah Alam.



Jaringan daripada Faizal Abu Bakar dan Azlan Ismail menjadi bekalan Kedah untuk dibawa pulang ke Alor Star menjelang pertemuan kedua Sabtu ini.



Faizal licik menewaskan tiga pemain pertahanan Terengganu sebelum meledakkan jaringan pada minit ke-29. Ketika Terengganu berusaha keras untuk mencari jaringan penyamaan, bekas pemain Kelantan dan Terengganu, Azlan, menyambut sepakan percuma Baddrol Bakhtiar dengan dada sebelum melepaskan volley menewaskan Sharbinee Allawee untuk gol kedua Kedah.



Di Shah Alam, Safee Sali membuka jaringan sejurus sebelum rehat tetapi jaringan Zaquan Adha Abdul Radzak (gambar) ketika bertemu Manchester United) dan gol sendiri Nasriq Baharom menjadikan misi Selangor bertambah getir apabila mereka bertandang ke Seremban Sabtu ini.

Monday, March 29, 2010

SEMANGAT MEMBARA

TM Piala FA 2010 bakal menyingkapkan tirainya Selasa ini.4 pasukan terbaik bakal berentap bagi memburu tempat ke perlawanan akhir.Terengganu, pasukan yang tidak diberikan harapan untuk ke separuh akhir selepas tunduk kepada pasukan setempat TTeam dalam suku akhir pertama, akhirnya membuktikan Sang Penyu bukan calang-calang pasukan yang mara ke separuh akhir selepas menempuh aksi dramatik dalam suku akhir kedua minggu lepas.

Semangat dan komitmen pemain ketika ini cukup tinggi.Berdepan dengan pasukan Kenari yang pernah membuat penyu menangis 2 tahun lalu, menjadikan pemain-pemain Terengganu begitu bersemangat untuk mematahkan sayap Kenari.Tidak ada lagi rasa resah dan gelisah diraut wajah Tn Hj Irfan Bakti kerana kesemua pemain-pemainnya mampu menghadirkan ancaman untuk Kedah yang dikatakan sedikit merosot prestasinya.Namun andaian penyokong bukan boleh dijadikan ukuran oleh pengendali Terengganu itu, sebaliknya beliau akan menyusun strategi yang mampu memberikan keceriaan kepada pasukan bimbingannya.

Ashaari Shamsuddin, pemain yang dikatakan pemalu dikalangan rakan-rakannya, kini semakin berbisa.Sentuhannya mampu menghadirkan gerun kepada barisan benteng lawan.Tidak cukup dengan ancaman yang hadir daripada Ashaari, Terengganu juga mampu menconggak gol menerusi Abdul Manaf Mamat yang juga semakin meningkat aksinya.Abdul Manaf yang kini telah pun menjaringkan 8 gol dalam Piala FA sekali lagi akan disandarkan harapan untuk terus memburu gol.Wira Sang Penyu ketika memusnahkan impian TTeam dalam suku akhir, Firdaus Faudzi atau kini terkenal dengan nama Spiderman/Spidotman juga mampu memberikan kelebihan buat sang penyu.

Terengganu mempunyai barisan tengah yang boleh dikatakan cemerlang ketika ini.Semangat yang ditunjukkan oleh barisan tengah setiap kali turun beraksi memberikan Terengganu kelebihan yang amat bermakna.Penjana tengah yang kembali memikat aksinya, Zairo Anuar sekali lagi berdepan tugas berat untuk umpanan cantik buat disudahkan oleh Ashaari,Manaf mahupun Firdaus.Tugas berat juga menanti Tengku Hasbullah untuk merantai pergerakan Fauzi Shaari dipihak Kedah.Namun semangat kemenangan di suku akhir dibawa bersama untuk menundukkan Kedah di Darul Iman dengan membawa bekalan selesa ke Darul Aman.

Komitmen yang jitu serta utuh seharusnya menjadi milik benteng Terengganu.Kekebalan menahan asakan menjadi aset penting rangkaian benteng Hj Irfan Bakti.Ditambah dengan semangat membara milik Muhaimin dan Cheku Rusydi setelah dipanggil buat pertama kali ke kem Malaysia, sudah pasti akan memberikan aksi yang terbaik.Kapten pasukan juga mampu menghadirkan impak yang terbaik untuk pasukan.Ketinggian beliau mampu menghalang hantaran-hantaran tinggi pemain-pemain Kedah.Kelebihan itu juga berguna untuk menjaringkan gol.

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pemain ketika sessi latihan sudah cukup menggambarkan bahawa, pemain-pemain Terengganu bukan sekadar menanam impian kosong, malah kesungguhan itu mencerminkan impian kosong itu bakal terisi nanti.Untuk perjalanan yang agk jauh, mengambil masa lebih 5 jam menerusi jalan darat, pemain-pemain Terengganu perlu mencari bekalan yang banyak, bekalan yang selesa untuk perjalanan jauh ke Darul Aman itu.Bawalah seberapa banyak bekalan agar tidak kebuluran ketika berada di negeri orang, Kedah Darul Aman.

Saturday, March 27, 2010

Harimau Muda A beraksi dengan lawan matang

DI sebalik tanggapan Liga Divisyen Satu Slovakia adalah saingan kelas rendah, pengendali Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah tampil dengan rating 6/10 bagi menggambarkan tahap kompetitif yang dihadapi anak buahnya sejak berada di negara itu, Februari lalu.

“Jikalau ditanya mengenai rating, saya memberikan rating 6/10 untuk liga satu Slovakia ini. Perlu diperjelaskan Harimau Muda bukan beraksi dengan pemain B-21 (Liga B21 Slovakia) seperti yang dilaporkan, sebaliknya beraksi dengan lawan yang jauh lebih matang,” katanya menerusi facebook.

Barisan Bawah 21 kebangsaan akan turun buat kali kelima menentang Dolny Kubin di tempat lawan hari ini, bagi memburu kemenangan pertama selepas empat kekalahan. “Tidak ada salah mengharapkan kemenangan daripada anak-anak muda yang bersaing dengan pemain Eropah yang memiliki kelebihan dalam pelbagai aspek - pengalaman, fizikal, disiplin dan taktikal.

“Ia satu harapan yang sangat tinggi tetapi Harimau Muda tetap bersungguh untuk mencipta kemenangan sebagai satu suntikan,” katanya.

Usaha untuk mencatat kemenangan sulung dibantu dengan pengambilan jurulatih kecergasan, Milan Ivanka dan penasihat teknikal, Ladislav Totkovic mendapati semua pemain negara mencapai tahap kecergasan yang dimiliki pemain Eropah selepas ujian kecergasan tahap 2 baru-baru ini.

Skuad kebangsaan menyambut semula penyerang, Ahmad Shakir Md Ali dan K Gurusamy yang mengalami kecederaan dan tidak beraksi dalam kekalahan 3-1 kepada MFK Tatran sebelum ini.

Keputusan Liga Perdana

Harimau Muda B mengutip tiga mata penuh apabila mengejutkan PKNS 4-2 di Melaka malam tadi, sekali gus menamatkan siri tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana sejak lima tonggaknya berlepas ke Slovakia bulan lalu.

Anak buah Ong Kim Swee berterima kasih kepada Syahrul Azwari Ibrahim yang menyumbat dua gol selain A. Saarvindran dan Amer Saidin dalam laluan mereka meleburkan impian PKNS untuk merampas tangga teratas daripada Felda United.

PKNS pula menjaringkan gol menerusi Tengku Adam Tengku Rosly.

Tengku Adam membuka tirai jaringan menerusi tandukan tajam pada minit keenam sebelum Saarvindran mengikat kedudukan pada minit ke-17 selepas memperdaya Saiful Amar Sudar hasil hantaran kapten Irfan Fazail.

Sepakan percuma Amer Saidin merobek gawang PKNS yang dikawal oleh Saiful, bekas penjaga gol Bawah 23 kebangsaan, pada minit ke-31 tetapi kedudukan kembali terikat apabila Tengku Adam merebut kesempatan hantaran jarak jauh untuk merembat masuk dengan kaki kirinya pada minit ke-37.

Pada babak kedua, Syahrul Azwari yang berasal dari Kelantan mencuri tumpuan dengan dua jaringan, sekali gus melegakan Kim Swee yang terpaksa menampal kekosongan yang ditinggalkan oleh Gary Robbat Steven, Fendi Othman, Fadli Shah, S. Thamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang menyertai pasukan Azraai Khor Abdullah di Vion, Slovakia.

Friday, March 26, 2010

FAM cari alternatif


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang berusaha mengatur satu perlawanan persahabatan buat skuad kebangsaan sebelum tamat fasa latihan terbaru pada 9 April ini.

FAM sedang menunggu kata putus daripada sebuah negara jiran selain memiliki opsyen melawan sebuah kelab luar negara berikutan nasihat kerajaan Thailand agar pertemuan dengan BEC Tero Sasana yang dijadualkan Sabtu ini dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Skuad yang dikendalikan oleh K. Rajagobal sedang menjalani latihan pusat di Wisma FAM dalam persiapan ke Sukan Asia di Guangzhou November depan dan Piala Suzuki AFF Disember depan.

Antara pemain yang membentuk teras skuad Rajagobal ialah trio Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak serta S. Kunanlan (gambar).


sumber: FAM

Schmeichel hairan status negara dlm bola sepak

Malaysia ada bakat muda yang baik tapi gagal beraksi baik di pentas dunia



Beliau kini berada di Malaysia selaku Duta bagi biskut Tiger.

Esok, beliau akan berada di Carrefour, Mid Valley jam 2-3 petang dan kepada orang-orang Shah Alam, beliau berada di Giant Shah Alam pada jam 4-5 petang.

Penjaga-penjaga gol Liga Super patut datang jumpa beliau untuk bertanyakan tips macam mana menjadi penjaga gol yang hebat.

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menyuarakan rasa hairan melihat status Malaysia dalam dunia bola sepak jika dibandingkan dengan bakat muda negara yang diperhatikannya sepanjang berada di negara ini.

Schmeichel yang mengikuti sebuah program mengasah bakat pemain muda tahun lalu berkata, pemain Malaysia memiliki tahap permainan sama dengan pemain negara lain dan mempunyai potensi besar melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Anda tahu sejak saya meninggalkan Malaysia sebelum ini, saya hairan mengapa Malaysia tidak beraksi dengan baik di peringkat dunia. “Bukan hendak memperkecilkan Malaysia, tetapi pasukan anda gagal melepasi peringkat kelayakan dunia. Saya tidak faham kerana Malaysia mempunyai bakat yang menakjubkan. Pemain ini adalah masa depan bola sepak Malaysia tetapi ia memerlukan masa,” kata legenda kelahiran Denmark yang tiba di tanah air kelmarin, sebahagian daripada kempen rancangan Tiger Futbol Starz anjuran biskut Tiger.

Sebelum ini penjaga gawang yang dinamakan salah seorang daripada 125 pemain bola sepak terhebat dunia oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berada di Malaysia pada Oktober tahun lalu dan menjadi duta program realiti pencarian bakat baru di peringkat kanak-kanak.

Schmeichel yang kini berusia 46 tahun juga memiliki seorang anak, Kasper, 23 yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai penjaga gol, namun tidak pasti sama ada mengikutinya ke United.

“Saya tidak tahu sama ada dia akan bermain buat Manchester (United). Untuk bermain di sana, anda perlu mencapai tahap tertentu.
“Saya menyertai MU ketika berusia 27 tahun tetapi Kasper sudah membuat penampilan pertama pada usia 17 tahun, keadaan jelas berbeza,” katanya mengenai anaknya yang menyertai jiran setempat United, Manchester City ketika baru berusia 17 tahun.

Aksi di Bangkok dibatalkan

Aksi persahabatan skuad bola sepak bawah 23 negara menentang kelab Thailand, BFC Tero Sasana, esok dibatalkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok itu ditunda pada tarikh lain yang akan diberitahu nanti.

Pembatalan tersebut atas nasihat pihak berkuasa Thailand, berikutan situasi politik negara itu.

''Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan walaupun kita telah membuat persediaan rapi. FAM berasa kecewa dengan pembatalan itu namun terpaksa akur, kerana ia atas arahan pihak berkuasa kerajaan Thailand.

"Perkara utama adalah aspek keselamatan pemain dan FAM memandang serius perkara ini," katanya.

Difahamkan, esok, penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, akan mengadakan perarakan besar-besaran di Bangkok.

Berikutan pembatalan tersebut, kata Azzuddin, FAM sedang berusaha untuk mengatur perlawanan lain.

Kelmarin, jurulatih negara, K. Rajagobal memanggil beberapa muka baru untuk menghadapi perlawanan persahabatan dengan BEC Tero Sasana.

Pembatalan perlawanan tersebut pastinya mengecewakan Rajagobal yang sepatutnya berlepas ke Bangkok, semalam.

Perlawanan tersebut penting bagi Rajagobal dalam memberi pendedahan kepada muka baru yang dipanggil antaranya Saufi Sa'aidi, Muhaimin Omar, Hafiszuan Salehuddin, Amir Omar Khata, S Harivarman, Abdul Halim Zainal, Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam, Yong Kuong Yung dan Faizal Abu Bakar.


sumber :utusan

Thursday, March 25, 2010

Victory SC 2 Selangor 1

Wakil Maldives, Victory SC menewaskan Selangor 2-1 dalam aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Nasional, Male. Tambah malang, Selangor terpaksa menamatkan perlawanan dengan 8 pemain setelah Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal dan Khairul Anuar Baharom masing-masing dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Selangor bermula garang apabila seawal minit ke-2 lagi penjaga gol tuan rumah Mohamed Faisal dikerah menghalang percubaan Safee Sali.

Beberapa percubaan lagi menyusul tatkala pasukan pelawat kelihatan bersemangat untuk memadamkan kenangan pahit ditewaskan Sriwijaya 6-1 dalam perlawanan terdahulu.

Namun dalam ghairah menyerang, Victory yang membuka jaringan menerusi Mukhtar Nasser pada minit ke-14 setelah menyambar bola muntah hasil percubaan sebelumnya oleh Ibrahim Fazeel.

Hardi Jaafar berpeluang menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-30 namun sepakannya melepasi palang seterusnya membolehkan tuan rumah kekal mendahului 1-0 ketika aksi babak pertama ditamatkan.

Aksi separuh masa kedua baru berusia seminit apabila Amirulhadi yang menerima hantaran Hardi menolak masuk gol penyamaan Selangor.

Namun dua minit kemudian malang menimpa apabila Nasriq dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan setelah beliau mengasari Ibrahim.

Walaupun bermain dengan 10 pemain, Selangor dilihat lebih menguasai perlawanan namun percubaan berturut-turut dari Safee pada minit ke-53 dan 54 tidak berhasil menggegar jaring lawan.

Kegagalan Selangor menyudahkan peluang yang diperolehi akhirnya dihukum Victory pada minit ke-78 apabila Hussain Niyaz menjadikan kedudukan 2-1 apabula menyudahkan hantaran Ibrahim yang ternyata menjadi duri dalam daging bagi skuad pelawat sepanjang perlawanan.

Sisa harapan Selangor untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata punah apabila Amirulhadi dan Khairul Anuar masing-masing turut diarahkan keluar padang oleh pengadil hasil kekasaran yang dilakukan dalam 10 minit terakhir.

Wednesday, March 24, 2010

Harimau Muda A di Slovakia

Setelah tewas dalam 3 perlawanan persaingan liga, Harimau Muda masih mmempunyai 11 lagi perlawanan untuk diharungi. Manakala pada perlawanan persahabatan lain Harimau Muda tewas sekali dan seri sekali.

Selain daripada itu, 4 perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa juga sudah diatur iaitu bertemu bawah 21 tahun Austria, Republik Czech, Hungary dan Poland. Tarikh perlawanan masih pada peringkat perbincangan dengan persatuan bola sepak negara yang terlibat.

sumber: harimaumuda.com

Khyrill berterima kasih kepada Rajagopal

Beri peluang bina kerjayanya semula dengan pasukan kebangsaan



KECEDERAAN lutut teruk yang mengakibatkan Khyrill Muhymeen Zambri tidak dapat beraksi selama tujuh bulan bukan bermakna kariernya bersama skuad kebangsaan sudah berakhir.

Nama pemain sayap Kedah itu masih tetap melekat di hati pengendali skuad kebangsaan K Rajagobal apabila dia dipanggil bersama 26 pemain lain menyertai latihan pusat bermula kelmarin bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok, Sabtu ini.

Ketika rakan sepasukan meraikan kejayaan menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea di Laos, Disember lalu, pemain sayap Kedah itu sekadar melihat dari jauh di tanah air selepas dilanda kecederaan lutut kanan yang memaksanya diketepikan daripada skuad K Rajagobal. Tiga tahun lalu, tuah juga tidak menyebelahinya apabila sepakan penaltinya pada penentuan separuh akhir menentang Singapura pada Piala AFF diselamatkan penjaga gol, Lionel Lewis, menafikan kemaraan Malaysia ke final.

Kini, hampir tujuh bulan selepas diusung keluar akibat kecederaan lutut dirempuh pemain Kenya pada perlawanan persahabatan Ogos tahun lalu, Khyrill berterima kasih kepada Rajagobal kerana memberi peluang untuk membina kerjayanya semula dengan pasukan kebangsaan.

“Saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada Rajagobal untuk kembali bersama pasukan kebangsaan memandangkan saya sudah tujuh bulan tidak beraksi.

“Jurulatih memberitahu tujuan dia memanggil saya untuk membolehkan saya mendapatkan keyakinan semula,” katanya.

“Pada Sukan Asia nanti saya hanya boleh menggunakan tiga pemain senior manakala pemain lain kena berusia bawah 23 tahun. Khyrill sudah lama dengan pasukan negara, dia pemain muda berpengalaman, saya tahu kelebihannya, namun itu tidak bermakna tempat dalam skuad sudah terjamin,” katanya yang kini sibuk merangka persiapan skuad kebangsaan bagi menggalas cabaran di Sukan Asia Guangzhou pada 12-27 November depan serta kejohanan Piala AFF hujung tahun ini.


Khyrill yang akan menyambut ulang tahun ke-23 Mei depan menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan persahabatan menentang Kenya pada 12 Ogos tahun lalu.


“Saya kini hanya memfokuskan terhadap usaha mengembalikan keserasian dengan pemain lain. Selepas pembedahan, saya tidak fikir dapat beraksi semula dalam kesebelasan utama,” katanya.

Tuesday, March 23, 2010

Harimau Muda Mahu Bangkit

Setelah tewas 3 perlawanan berturut-turtr dalam siri Liga Perdana, Skuad ini seolah-olah hilang ghairah, begitu juga dengan media dan peminat. Mungkin ramai yang mengambil langkah tunggu dan lihat. Ramai yang menaruh harapan yang skuad baru dibentuk ini memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Barangkali ini juga yang mahu dibuktikan oleh anak buah Ong Kim Swee dan Hassan Sazali.

Semalam (22 Mac) mereka menumpaskan Kuala Lumpur 1-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Kuala Lumpur, sehari sebelum itu mereka membelasah MK Land 4-0. Aksi-aksi pantas mula dipamerkan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh 5 pemain senior untuk ke Harimau Muda A kembali diisi. Hasilnya beberapa nama baru mula muncul seperti Ally Imran, Ferris Daniel, Mohd Faris disamping Wan Zaharulnizam dan Mohd Irfan yang nampak semakin yakin.

Harimau Muda bakal berdepan dengan PKNS di Stadium Hang Tuah. Perlawanan ini sepatutnya dilangsungkan pada 16 April namun dipercepatkan pada 26 Mac sempena pelancaran Program Astro Arena yang akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung melalui channel 801.


Kesebelasan Utama - Perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur.


Ally Imran Samarkhan mengisi tempat Wan Zack Haikal - Pertahanan sebelah kanan.


Ferris Daniel - kepantasannya memberi masalah kepada pertahanan lawan.


Percubaan Mohd Amer hasil sepakan sudut hampir menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur.


Mohd Irfan menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil gerakan solonya.

sumber:http://www.harimaumuda.com/

Tiada jaminan buat senior - Rajagobal


CKHYRIL MUHAIMIN (atas) yang masih lagi berbalut lututnya turun menjalani latihan untuk skuad bola sepak negara di padang FAM, Kelana Jaya semalam.


TIADA seorang pun pemain senior sudah terjamin untuk mengisi kuota tiga pemain melebihi usia 23 tahun dalam skuad bola sepak kebangsaan ke temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada November depan.

Demikian jelas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal ketika ditanya tentang peluang tujuh pemain senior dalam senarai 27 pelatih skuad kebangsaan yang kini menjalani latihan pusat fasa kedua bermula semalam hingga 9 April depan.

Menurut Rajagobal, beliau hanya akan membuat pemilihan tiga pemain tersebut pada saat-saat akhir.

"Kita kena ingat, setiap pemain mempunyai turun naik prestasi. Ada ketika mereka pada prestasi cukup bagus dan sebaliknya.

"Jadi untuk Sukan Asia, saya akan buat cara yang sama ketika saya menamakan 20 pemain ke Sukan SEA 2009 sehari sebelum kita berlepas ke Laos," katanya ketika ditemui di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Tujuh pemain 'lebih umur' yang berada dalam skuad kebangsaan ketika ini ialah Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Norhafiz Zamani Misbah, Ashaari Shamsuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan S. Kunanlan.

Dalam pada itu, Rajagobal memberi- tahu, hanya satu perlawanan dapat diatur pada latihan pusat kali ini meman- dangkan lebih separuh daripada pemainnya akan terlibat dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada 30 Mac dan 3 April depan.

"Kita menerima jemputan untuk bertemu kelab Thailand, BEC Tero Sasana pada Sabtu ini. Mereka lawan yang bagus buat kita kerana dibarisi beberapa pemain kebangsaan Thailand dan juga pemain import.

"Selepas itu, saya tidak dapat susun perlawanan kedua kerana kita kehilangan 15 pemain yang beraksi untuk separuh akhir Piala FA. Tak guna kita main jika kita tak cukup pemain.

"Lebih baik saya tumpu kepada sesi latihan kerana ia memberi peluang untuk saya melihat pemain-pemain baru yang dipanggil kali ini," jelas Rajagobal.

Hanya 21 daripada 27 pelatih yang di- panggil turun berlatih semalam.

sumber: kosmo


Monday, March 22, 2010

Video Harimau Muda vs Tatran Liptovsky Mikulas

Harimau Muda A tewas lagi

Aksi terbaik kami setakat ini - Azraai



Aksi Perlawanan Harimau Muda lwn Tatran Liptovsky Mikulas pada 20 Mac 2010. Harimau Muda tewas 1-3




SKUAD bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan, Harimau Muda A tewas lagi di Slovakia.

Kali ini mereka tewas 1-3 kepada MFK Tatran Liptovsky Mikulas pada aksi yang berlangsung di gelanggang lawan kelmarin.

Namun jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah menganggap ia merupakan aksi terbaik daripada anak-anak buahnya setelah mereka genap sebulan berada di bumi Slovakia semalam.

"Nampak banyak peningkatan dalam pasukan, terutama dari segi taktikal. Pasukan kita sudah mampu bersaing dengan pihak lawan.

"Kita banyak juga mencipta peluang di depan pintu gol, cuma pengalaman sahaja yang membezakan kita dengan kekuatan lawan.

"Secara keseluruhannya, inilah permainan terbaik kami setakat ini. Saya berpuas hati dengan komitmen dan semangat juang pemain kita," kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Muda A ketinggalan pada minit ke-44 sebelum Fandi Othman berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 setelah menyudahkan gerakan solo S. Sivanesan.

Namun, pasukan lawan berjaya menambah dua lagi gol pada minit ke-57 dan 83.

Ditanya apakah kemajuan yang dilihatnya sepanjang tempoh sebulan berada di Slovakia, Azraai berkata, program pendedahan selama tiga bulan itu jelas bakal memberi banyak kesan posi- tif kepada pasukan.

"Dengan suasana perlawanan di sini begitu kompetitif, pemain-pemain muda kita akan lebih cepat matang.

"Kita terima juga komen-komen dari masyarakat bola sepak di sini secara positif berkenaan bakat pemain-pemain kita seperti Muslim Ahmad, Gary Steven Robbat, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh," jelasnya.

Skuad Harimau Muda A tewas ketiga-tiga perlawanan mereka sebelum ini kepada Slovan Duslo Sala (1-4), MFK Ruzomberok B (0-2) dan MFK Zemplin Michalovce (0-3).

Perlawanan kelima mereka pada Sabtu ini ialah menentang MFK Dolny Kubin, pasukan yang kini menduduki tangga kelapan Liga 1 Slovakia.


Saturday, March 20, 2010

Keputusan suku akhir Piala FA 20 Mac

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA FA 20 MAC 2010


Fulltime Results:

ATM 0-5 Kedah
Kedah mng aggregat 6-1


Negeri Sembilan 3-1 KL Plus
Negeri Sembilan mng aggregat 3-2


Selangor 3-0 Pos Malaysia
Selangor mng aggregat 8-1


Terengganu 4-1 T-Team
Aggregat 5-4





Negeri Sembilan 3

(Idris Karim m-67, Shaffik Abdul Rahman m-75, Shukor Adan m-82)



KL Plus 1

(Fadzli Saari m-68)

(Negeri Sembilan mara dengan agregat 3-2)


ATM 0



Kedah 5

(Baddrol Bakhtiar m-10, 45, Azmi Muslim m-47, Shafiq Jamal m-54, Aminuddin Azmi m-72)


(Kedah mara dengan agregat 6-1)



Selangor 3

(R. Surendren m-2, 41, Rudie Ramli m-38)



Pos 0

(Selangor mara dengan agregat 8-1)



NEGERI Sembilan menempah tempat ke separuh akhir Piala FA menentang Selangor selepas mengetepikan KL Plus 3-1 pada suku akhir kedua di Seremban, malam tadi.



Tandukan bekas kapten skuad kebangsaan Shukor Adan menjadi gol yang menjamin tempat anak buah Wan Jamak Hassan ke separuh akhir menerusi agregat 3-2, meleburkan harapan KL Plus dalam satu pertembungan yang dramatik.



Idris Karim membuka jaringan pada minit ke-67 tetapi Fadzli Saari pantas menyamakan kedudukan seminit kemudian sebelum Shaffik Rahman, yang disenaraikan dalam pasukan kebangsaan baru-baru ini, menanduk gol kedua tuan rumah pada minit ke-75 sebelum Shukor muncul wira, lalu diisytiharkan Pemain Terbaik perlawanan.



Lawan mereka pada separuh akhir ialah Selangor yang mara menerusi agregat 8-1 setelah menumpaskan Pos Malaysia 3-0 hasil jaringan R. Surendren (2) dan Rudie Ramli.



Kedah pula membelasah Angkatan Tentera Malaysia 5-0 di Selayang, hasil jaringan Baddrol Bakhtiar (2), Azmi Muslim, Shafiq Jamal dan Aminuddin Azmi bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir menerusi agregat 6-1.

Lawatan Barca tergugat

Bidaan Singapura untuk membawa juara Eropah, Barcelona ke kota itu hujung tahun ini mungkin tergugat akibat kerja pembinaan semula Stadium Nasional.

Gergasi Eropah, Barcelona akan mengisi rangka jelajah Asia yang membabitkan dua perlawanan persahabatan selepas final Piala Dunia, tetapi kerja-kerja pembinaan untuk menjadikan arena berkapasiti 55,000 penonton itu kepada ‘Hab Sukan’, menyebabkan Singapura tiada gelanggang untuk melayan kunjungan itu.

“Dalam minggu depan, kami perlu mengetahui sama ada Stadium Nasional sempat digunakan atau tidak,” kata wakil firma perunding, Football Asia. “Jika tidak, ia terlalu lambat untuk merancang perlawanan itu. “Banyak negara Asia lain berminat menerima kunjungan itu, Vietnam bersungguh-sungguh membida dan sanggup membayar 2.5 juta euro (RM13 juta). Kami akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan gelanggang itu dapat digunakan.”

http://www.bharian.com.my/

Friday, March 19, 2010

Bozik: Let matter take its course




FA of Malaysia (FAM) conditioning trainer Rastislav Bozik is unperturbed over the incident involving an assistant referee’s remark against him during a Premier League match recently.

Bozik was subjected to a verbal assault when first assistant referee Idzha Salim had apparently uttered: “Kau tidak layak menetap di Malaysia (you’re not eligible to live in Malaysia)” to the Slovakian and other Harimau Muda coaching staff during their match against Felda United at the Cheras Stadium on Monday. Felda United won 3-1.

Harimau Muda coach Ong Kim Swee confirmed having quoted Idzha’s alleged statement in their post-match report and forwarded a formal complaint to the competitions committee.

Bozik, who also helps out the Harimau Muda side, preferred to keep mum over the whole episode.

“I can’t really comment at this point of time. The matter has been reported to the competitions committee and I’ll wait for them to study the case and make a decision,” added Bozik.

]“I’m not scared (of commenting) but this is not the time to say anything.”

Bozik, who is under the payroll of the National Sports Institute, has yet to highlight the matter to his superiors.

NSI director general-Datuk Dr Ramlan Aziz, who is in Kuching, said; “It would help if Bozik lodged a complaint with us. Otherwise, we’ll take our own initiative ton investigate the matter as it has already been reported in The Malay Mail.

“Such actions should not be condoned and we will bring this matter up with FA of Malaysia (FAM).” FAM general-secretary Datuk Azzudin Ahmad (pic) , meanwhile added that the matter will be studied by the competitions committee.

“Once a report is lodged, a number of people will be interviewed and the committee will decide.

“If found guilty, we can take administrative action or refer the individual to the disciplinary board,” added Azzudin.

Thursday, March 18, 2010

Saluran Sukan 24-Jam Astro Arena Bermula 26 Mac

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan siaran sukan yang hampir keseluruhan kandungannya dalam Bahasa Malaysia melalui saluran 24-jam Astro Arena mulai 26 Mac ini.

Para peminat sukan berpeluang mendekati perkembangan atlet negara dan melihat pencapaian mereka secara langsung di pelbagai acara sukan, termasuk Sukan Komanwel di New Delhi, India, Sukan Asia di Guangzhou, China dan Sukan Olimpik Belia yang pertama di Singapura tahun ini.

Ia akan disiarkan melalui saluran 801 di stesen televisyen berbayar Astro.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika melancarkan saluran itu di sini pada Khamis berkata Astro Arena dapat memainkan peranan dalam menyiarkan sukan tempatan dan menyokong aspirasi negara dalam memupuk kecemerlangan sukan tanah air.

"Pelancaran pada hari ini sememangnya tepat pada waktunya, selari dengan pengumuman Kementerian Pelajaran yang akan memperkenalkan sukan sebagai mata pelajaran di sekolah dan bukan sekadar aktiviti sampingan," katanya.

Ahmad Shabery berkata masa depan sukan negara bergantung pada paparan oleh media kepada masyarakat dan sektor sukan telah memberi sumbangan sektor ekonomi tersendiri kepada negara.

"Sukan merupakan salah satu industri yang besar dalam sumbangan sektor ekonomi tersendiri kerana ia turut melahirkan pakar perubatan sukan, menjana penajaan kepada atlet, insurans sukan dan lain-lain," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Measat Broadcast Network Systems Datuk Rohana Rozhan berkata Astro Arena dapat memenuhi permintaan terhadap kandungan sukan tempatan melalui siaran langsung dan program acara dalam dan luar negara.

Dalam usaha menjadikan sukan lebih menarik kepada generasi muda, stesen itu telah melantik jaguh sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Esther Cheah, Mohd Zaquan Adha dan P. Mariappan sebagai Duta Astro Arena.

Astro kini mempunyai 29 saluran berjenama Astro serta saluran bersekutu dan terdapat 10 saluran sukan di platformnya termasuk dua saluran berdefinisi tinggi (HD) dan satu saluran sukan berbayar.

-- BERNAMA

Gambar-gambar ketika pelancaran.















Wednesday, March 17, 2010

Astro Arena - channel 801

For sports buffs who constantly surf the channels from 811 to 832 (for those fortunate enough to have Astro on HD), add 801 to your list of favourites.

Astro Arena: Nadi Sukan Malaysia, Malaysia's first and only 24-hour local sports channel in Bahasa Malaysia, is finally set to launch tomorrow at the Wisma OCM.

Contrary to a TV3 report recently, selected Super League matches will be broadcast over Astro Arena.

sumber: http://rizalhashim.blogspot.com/

Sriwijaya FC 6 Selangor 1

Beraksi dengan 10 pemain pada hampir keseluruhan babak kedua, Selangor menerima pengajaran berguna dalam perlawanan Piala AFC Kumpulan F yang berlangsung di Stadium Jaka Baring, Palembang setelah ditundukkan dengan jaringan besar 6-1 oleh wakil Indonesia Sriwijaya FC.

Disaksikan kira-kira 14,000 penyokong tuan rumah, Selangor bagaimanapun bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit ke-16 menerusi pemain penyerang Mohd Safee Sali.

Turun tanpa perencana utama Ponaryo Astaman, Sriwijaya kelihatan sedikit sukar merancang gerakan menarik untuk menembusi barisan pertahanan pelawat di awal permainan.

Bagaimanapun dua gol secara berturut selang seminit masing-masing menerusi Arif dan Zah Krangar pada minit ke-38 dan 39 jelas menyentap semangat Selangor di samping membolehkan Sriwijaya mendahului 2-1 ketika aksi babak pertama melabuhkan tirai.

Tugas Selangor untuk mencari gol penyamaan disukarkan lagi hanya dua minit selepas separuh masa kedua dimulakan apabila ketua pasukan Amri Yahyah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Ng Chiu Kok dari Hong Kong.

Sepuluh minit kemudian, penyerang tuan rumah Rachmat Maruf Rivai menjadikan kedudukan 3-1 sebelum Arif menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keempat pasukannya pada minit ke-69.

Pemain import Sriwijaya yang pernah beraksi untuk Sabah, Keith Gumbs menambah derita Selangor menerusi dua lagi jaringan pada minit ke-86 dan 89 untuk melengkapkan kemenangan 6-1.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F, wakil Vietnam Binh Duong mudah menewaskan kelab Maldives, Victory SC 3-0.

Selangor akan bertandang ke Male, Maldives Selasa depan untuk menentang Victory dalam aksi Piala AFC seterusnya.

SRIWIJAYA FC: 12-Feri Rotin Sulu, 4-Charis Yulianto, 5-Bobby Satria, 19-Ambrizal (24-Marthen Christian Worabai), 25-Isnan Ali, 6-Tony Sucipto, 10-Zah Krangar, 14-Arif Suyono (3-Anak Agung Ngurah Wahyu), 8-Rachmat Maruf Rivai, 9-Anorie Obiora Richard (7-Mohammad Nasuha), 17-Keith Gumbs

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad (1-Mohd Fairul Azwan Shahrullai), 3-Mohd Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd Nasriq Baharom, 15-P Gunalan, 8-Safiq Rahim, 12-Mohd Bunyamin Umar (25-Mohd Fazilidin Khalid), 14-Mohamad Hardi Jaafar, 17-Mohd Amri Yahyah, 20-Mohd Amirulhadi Zainal (9-Rudie Ramli), 10-Mohd Safee Sali

Latihan pusat: Rajagobal serap tujuh muka baru


KHYRIL (kiri) kembali dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.


TUJUH muka baru termasuk Khyril Muhymeen Zamri yang baru pulih daripada kecederaan dipanggil semula oleh jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal untuk latihan pusat selama 19 hari bermula Isnin ini hingga 9 April depan.

Selain Khyril, 23, enam pemain baru yang disenaraikan termasuk Hafiszuan Salehuddin, 23, (Perak), Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam, 23, (Terengganu), Saufi Sa'aidi, 22, (Perak), Abdul Halim Zainal, 22, (Negeri Sembilan), Amir Omar Khata, 21, (Pulau Pinang) dan S. Ha- rivarman, 20, (PDRM).

Senarai 27 pelatih yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam hanya menampilkan tujuh pemain yang sudah melepasi usia 23 tahun.

Mereka ialah Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Norhafiz Zamani Misbah, Ashaari Shamsuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan S. Kunanlan.

Ini kerana saingan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 hingga 27 November depan hanya melibatkan pemain-pemain bawah 23 tahun manakala pemain senior terbabit diperlukan untuk saingan Piala AFF 2010 pada Disember.

Namun, empat pemain muda yang dipanggil pada latihan pusat bulan lalu tidak disenaraikan semula kali ini iaitu Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Khairul Helmi Johari (Kedah), Abdul Hadi Hamid (Kedah) dan S. Chanthuru (Kelantan).

Bagi latihan pusat kali ini, dua perlawanan persahabatan telah diatur iaitu bertemu pasukan pilihan kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok pada 25 Mac depan serta satu lagi perlawanan persahabatan yang akan ditentukan kemudian.

Kesemua 27 pelatih yang disenaraikan itu dikehendaki melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pukul 3 petang Isnin ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

Tuesday, March 16, 2010

Latihan pusat pasukan kebangsaan

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, menyenaraikan beberapa muka baru dalam senarai 27 pelatih untuk latihan pusat skuad kebangsaan pada 22 Mac hingga 9 April ini.


Terangkum dalam jadual kali ini ialah dua perlawanan persahabatan, iaitu melawan pasukan pilihan kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok, pada 25 Mac disusuli satu lagi perlawanan persahabatan menentang sebuah pasukan yang akan ditentukan kemudian.


Dengan memikirkan persiapan Sukan Asia di Guangzhou pada 12 hingga 27 November depan terhad kepada pemain bawah 23 tahun, Rajagobal menamakan beberapa muka baru yang berada dalam kelompok umur 20-23 tahun.


Mereka ialah Saufi Sa’aidi (22 tahun), Muhaimin Omar (21 tahun), Hafiszuan Salehuddin (23 tahun), Amir Omar Khata (21 tahun), S. Harivarman (20 tahun), Abdul Halim Zainal (22 tahun) dan Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam (23 tahun).

Selain muka baru itu, Rajagobal mengekalkan tulang belakang yang memenangi pingat emas di Sukan SEA lalu, termasuk penjaga gol Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee, Safiq Rahim, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani. Antara pemain senior yang diberi peluang membintangi pasukan Rajagobal ialah Norhafiz Zamani Misbah dari KL Plus dan Ashaari Shamsuddin dari Terengganu.

Pemain dikehendaki melaporkan diri di Wisma FAM pada jam 3.0 petang pada 22 Mac, bersamaan hari Isnin.


Senarai 27 pelatih -


Mohd Farizal Marlias (Perlis)

Amar Rohidan (Perlis)

Ahmad Fakri Saarani (Perlis)

Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Mohamad Azmi Muslim (Kedah)

Mohamad Faizal bin Abu Bakar (Kedah)

Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

Mohd Sabre bin Mat Abu (Kedah)

Mohd Hafiszuan Salehuddin (Perak)

Mohd Saufi Sa’aidi (Perak)

Amir Omar Khata (Pulau Pinang)

Yong Kuong Yong (Pulau Pinang)

Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus)

Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)

Mohd Bunyamin Umar (Selangor)

Mohd Nasriq Baharom (Selangor)

Safiq Rahim (Selangor)

Abdul Halim Zainal (NS)

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (NS)

Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (NS)

Kunalan Subramaniam (NS)

Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam (Ter)

Mohamad Ashaari Samsudin (Ter)

Mohamad Muhaimin bin Omar (Ter)

Mohd Sharbinee Allawee (Ter)

Norshahrul Idlan Talaha (Kel)

Harivarman a/l Suntha Ralingam (Polis)

FAM mempertahankan kehadiran Harimau Muda A dalam Liga 1 Slovakia


ANTARA aksi skuad Harimau Muda A ketika bertemu MFK Zemplin Michalovce di Slovakia, Sabtu lalu.


Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mempertahankan keputusan untuk menghantar Harimau Muda A untuk bermain di liga Pertama Slovakia dan menganggapnya sebagai suatu upaya untuk meningkatkan prestasi negara dalam bolasepak.

Naib presiden FAM Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, tugas pasukan U-21 tidak bererti bahawa FAM menghamburkan wang.

"Hal itu subjektif dan FAM memantau prestasi mereka di sana. Jika yang hanya bermain persahabatan, mungkin mereka juga bermain di sini tapi kami ingin bahawa mereka bermain untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman."

"Saya ingin menekankan bahawa FAM tidak akan membuang-buang uang dan kami berharap untuk sokongan awam," katanya pada sidang akhbar berkaitan dengan masalah tentera perjalanan ke Slovakia di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada hari Isnin.

Beliau mengulas laporan akhbar yang mengkritik skuad's particiapation di liga Pertama Slovakia sebagai perlawanan hanya bermain persahabatan dan bahawa pasukan itu tidak berdaftar sebagai sebuah pasukan yang bersaing di liga itu.

Redzuan berkata terus-menerus memantau prestasi pemain dan mereka fokus pada permainan mereka.

"Ini pertama kalinya sebuah pasukan kebangsaan yang bermain di liga asing dan kami telah berusaha keras untuk memberikan kesempatan itu untuk meningkatkan kemahiran bola sepak di negara itu," katanya.

Redzuan berkata bahawa selepas bertugas di slovakia Harimau Muda A akan bermain di Piala Presiden Obama di Michigan, Amerika Syarikat daripada bulan Mei 18-25.

Menurut dia, selepas bermain di liga Pertama slovakia, Harimau Muda A yang diharapkan untuk bermain di Liga Singapura tahun depan apakah itu diluluskan oleh Persatuan Bola sepak Singapura.

Redzuan bercadang untuk menetapkan empat perlawanan antarabangsa untuk pasukannya dengan U-21 pasukan dari Austria, Republik Czech, Hungary dan Poland, tapi tarikh belum diperbaiki.

''Di mana-mana tempat lain pun boleh main persahabatan tetapi ketika perancangan dibuat Januari, ruang yang kami ada agak terhad untuk ke negara lain macam England, Brazil atau Jepun.

"Saya akui kami terlambat bertindak dalam soal itu tetapi kami disahkan main di Slovakia pada pertengahan jadual liga.

''Jika pasukan kita menang dan dapat mata pun, masih tidak akan jadi juara, namun ia satu pendedahan dengan pasukan yang kuat. Kita patut bersyukurlah apabila ada sebuah negara yang akan bermain Piala Dunia 2010, sanggup terima negara di ranking 146 dunia macam kita.

"FAM tetap menerima apa sahaja keputusan perlawanan di liga itu walaupun pasukan dibelasah dan terus kalah. Dulu Brazil kami pernah bawa sebuah pasukan bawah 20 tahun di bawah K. Rajagobal dan kalah teruk dalam satu kejohanan di Brazil tetapi lihatlah hasilnya selepas itu di Laos (pingat emas Sukan SEA, Disember lalu)," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Dalam perlawanan ketiga, Sabtu lalu, anak buah Azraai Khor Abdullah kalah 0-3 kepada MFK Zemplin Michalovce yang menyusuli kekalahan 1-4 dan 0-2 kepada Slovan Duslo Sala (27 Februari) dan MFK Ruzemberok B (6 Mac).

Di samping itu, Harimau Muda juga seri 2-2 dengan MFK Zilina pada perlawanan persahabatan di luar jadual liga (3 Mac).

Dalam pada itu, Redzuan berkata, FAM juga dijamin dapat melangsungkan beberapa perlawanan persahabatan dengan Republik Czech, Poland, Austria dan Hungary.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dua kali mengunjungi Slovakia termasuk ketika lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pada minggu lalu, berkata: "Kami cuma membiayai perlawanan itu dari segi yuran penyertaan, persediaan gelanggang tuan rumah, upah pengadil dan pemungut bola serta jamuan untuk pasukan pelawat - ia merupakan syarat asas bermain liga itu.

"Namun, apabila mengetahui pihak lawan juga tidak diberi mata ketika menentang Harimau Muda A, saya masih tidak begitu kisahkan sangat dan tidak cuba mempersoalkannya dengan ULK kerana pasti kurang manis untuk berbuat begitu kepada pihak yang menyambut kita bermain di sana dengan tangan yang terbuka."

Mengenai sama ada kelab lawan memandang serius aksi dengan Harimau Muda A, kata Azzuddin: ''Ia subjektif dan sukar mengukur jika rentak lawan cuma 10 atau 20 peratus tetapi bagaimana mereka masih menang besar jika tidak serius. Semua perlawanan juga melibatkan pemain berdaftar dengan ULK malah ada yang menurunkan pemain yang melebihi 21 tahun.

"Datuk Razali dan Datuk Zolkples Embong (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) yang menyaksikan perlawanan itu, turut mengakui pasukan lawan bermain dengan sengit dan serius. Anda (media) boleh tanya mereka jika mahukan pandangan yang bebas dan berkecuali mengenai sejauh mana serius lawan Harimau Muda A itu.

"Ada seorang pemilik kelab liga itu secara lisannya bersedia menerima tiga pemain kita menyertai kelabnya secara sepenuh masa malah Persatuan Bola Sepak Slovakia kini menimbangkan untuk meletakkan pasukan kita bermain dalam liganya, musim depan dari Ogos hingga November ini dan Februari hingga Mei depan."

Kelab Thai lawan B-23

Satu perlawanan persahabatan yang dihajatkan skuad bawah 23 tahun negara dengan Thailand tidak menjadi kenyataan apabila lawannya ditukar kepada sebuah kelab sahaja di Bangkok, BEC Tero Sasana FC pada 27 Mac ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kelab keempat terbaik Liga Perdana Thailand 2009 itu turut akan mengundang pemain luar termasuk kemungkinan beberapa pemain kebangsaannya untuk menghadapi anak buah K. Rajagobal.

"Perlawanan ini juga bersempena merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan kelab itu," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

BEC Tero Sasana FC atau digelar The Fire Dragons, turut muncul juara Piala Jemputan Pegasus TSW, naib juara Piala Permaisuri dan Piala FA Thailand serta Piala Super 2009 malah memiliki pemain import dari Brazil, Ivory Coast dan Madagascar.

Inilah kali kedua Rajagobal dinafikan perlawanan persahabatan antarabangsa setelah Togo yang sepatutnya ditentang 3 Mac lalu dibatalkan dan ditukar kepada Albirex Niigata, kelab Jepun yang beraksi dalam Liga Singapura.

Ketika ini, skuad utama negara dibentuk kebanyakannya daripada pemain bawah 23 tahun yang mengakhiri kemarau pingat emas Malaysia selama dua dekad dalam Sukan SEA di Laos, Disember lalu.

Monday, March 15, 2010

Devan harap anak buah garang di Palembang

Tue, 23 Mar 2010 16:00
Piala AFC 2010
Sriwijaya FC
Sriwijaya FC
: Selangor



JURULATIH Selangor, K Devan bertekad mengutip sekurang-kurangnya satu mata berharga apabila skuadnya menentang Seri Wijaya dari Indonesia dalam perlawanan kedua, kejohanan bola sepak Piala AFC di Palembang, esok.

Biarpun tidak dapat memastikan kekuatan sebenar pihak lawan, namun bersandarkan kepada prestasi semasa anak buahnya dalam perlawanan pertama menentang Becamex Binh Duong, baru-baru ini sudah cukup untuk menyuntik keyakinan pengendali skuad Merah Kuning kepada anak buahnya.

“Saya fikir Selangor masih memiliki peluang untuk mendominasi perlawanan selepas aksi yang boleh diberikan pujian dalam Liga Super dan Piala FA sebelum ini.” “Jika mereka mampu beraksi dengan cemerlang, peluang untuk beraksi sehingga ke peringkat suku akhir dilihat cerah,” kata Devan.

Tambah pengendali itu, jika mereka mampu meraih satu mata sudah memadai memandangkan pihak lawan bakal menampilkan beberapa pemain import mereka nanti.

“Kelebihan dapat dilihat kepada pihak lawan ditambah dengan peluang beraksi di laman sendiri namun itu bukan alasan pemain untuk tidak beraksi cemerlang. Apa yang penting setiap pemain sedar akan tanggungjawab mereka dalam saingan sebenar nanti.”

Dalam perlawanan terdahulu, Selangor berjaya mengutip satu mata berharga dalam pertemuan dengan pasukan Vietnam, Becamex Binh Doung apabila seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam.

sumber: berita harian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails