Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, March 31, 2011

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia dan Olimpik

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014...

29 JUN, MALAYSIA vs TAIWAN



3 JULAI, TAIWAN vs MALAYSIA

~kalau mng lwn CHINESE TAIPEI malaysia akan menentang Singapore~




Taiwan yang berada di ranking 147 dunia bukanlah lawan yang boleh dipandang rendah kerana mempunyai gaya permainan sama seperti China dan Hong Kong, lawan ditemui Harimau Malaya pada 9 Februari lalu.
''Setakat ini perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang dijadualkan pada 3 Jun ini di sana akan menjadi salah satu medan terbaik sebagai persiapan menghadapi Taiwan," jelasnya


Rajagobal juga sempat berpesan buat peminat setia negara agar bersikap realistik dengan kekuatan skuad kebangsaan jika berharap mahu Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 kerana sasaran jangka panjang adalah untuk layak ke Piala Asia 2015.


''Saya anggap kelayakan Piala Dunia adalah pendedahan terbaik buat semua pemain mendapatkan pengalaman beraksi dan misi saya adalah mahu pemain melakukan yang terbaik, " katanya.

Undian pusingan 2 Kelayakkan Olimpik 2012


19 Jun, Lebanon lwn Malaysia


23 Jun, Malaysia lwn Lebanon



Selain itu kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan skuad Olimpik negara....Kata Kim Swee


“Bagaimanapun ia masih dalam perancangan. Masih belum muktamad. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan pemain dengan keadaan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lebanon,” katanya.



Tuesday, March 29, 2011

30 mac hari yang penting

pada tanggal 30 mac 2011 merupakan hari yang ditunggu para penyokong bola sepak tempatan...


Ia berikutan pada 30 mac adalah hari undian Kelayakan Olimpik Pusingan ke-2.....dan Undian Kelayakan Piala 
Dunia 2014.


AFC dalam laman webnya hari ini berkata dua undian itu akan berlangsung di ibu pejabatnya di Bukit Jalil di sini pada pukul 3 petang.

AFC berkata undian pusingan kedua Sukan Olimpik 2012 akan menyaksikan Malaysia menyertai 10 negara lain yang layak dari pusingan kelayakan serta 13 lagi pasukan yang terus melangkah ke pusingan kedua.

Negara lain ialah Kuwait, Thailand, Oman, Emiriyah Arab Beersatu (UAE), Iran, Yeman, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan yang memenangi perlawanan pusingan pertama masing-masing.

Negara yang memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaian pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 Beijing ialah Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Uzbekistan dan Vietnam.



Dalam undian pusingan kelayakan Piala Dunia, skuad bimbangan K.Rajagobal akan mengetahui lawannya pada pusingan pertama dan kedua.



Saturday, March 26, 2011

Etoile FC 1 vs 1 MALAYSIA

Harimau Malaya hanya seri menentang kelab perancis yang bermain di liga singapura.

Ini kerana  ketua jurulatih pasukan negara, mencuba hampir semua pemain yang dipanggil untuk latihan  pusat.

Tahniah juga kepada pemain2 muda negara apabila dapat menahan asakan pasukan lawan yg mempunyai fizikal dan corak permainan yang kebih cantik.

Tahniah juga kepada ULTRAS MALAYA kerana memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan tanpa henti untuk menaikkan lagi semangat pemain2 malaysia......

Friday, March 18, 2011

MALAYSIA sekadar bertemu pasukan kelab



Selepas Iran dan Sri Lanka, pasukan kebangsaan Oman pula terpaksa menolak hasrat skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal untuk mengadakan perlawanan persahabatan menerusi surat rasmi yang dikirimkan ke FAM. 

Skuad kebangsaan bakal memulakan latihan pusat pada 21 Mac ini dan hanya dicabar kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di Liga Singpuara pada 26 Mac ini.

Berita itu menyaksikan Harimau Malaya terpaksa melupakan sebarang perlawanan kompetitif sehingga Mei ini sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia Jun ini. 

"Pada April ini kita tak boleh mengadakan perlawanan persahabtan kerana jadual liga," katanya merujuk jadual Liga Malaysia yang padat.





Sebenarnya salah FAM nak lawan bulan ni cari pasukan lawan bulan ni juga.




SENARAI 24 PEMAIN YAG AKAN MENJALANI PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAAN....


Kedah -Amar, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre

Selangor -Azidan Sarudin, Amirulhadi, Asraruddin, Safiq

N9 -Ahmad Fakri, Aidil, Farizal, S. Kunanlan

Terengganu - Ashaari, Sharbinee

Kelantan - Chanturu, Apek, Rizal Fahmi, Norshahrul


HMA - Izzaq, Muslim, Fadhli, Gurusamy, Mahalli


Johor FC-Shahrizal




Tuesday, March 15, 2011

24 pemain yang dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mulai 21 Mac

Kedah -Amar, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre

Selangor -Azidan Sarudin, Amirulhadi, Asraruddin, Safiq

N9 -Ahmad Fakri, Aidil, Farizal, S. Kunanlan

Terengganu - Ashaari, Sharbinee

Kelantan - Chanturu, Apek, Rizal Fahmi, Norshahrul


HMA - Izzaq, Muslim, Fadhli, Gurusamy, Mahalli


Johor FC-Shahrizal

*muka baru - Rizal Fahmi dan Azidan Sarudin

Sunday, March 13, 2011

Keputusan Liga Super 12 March 2011

Felda United 2 - 0 Perlis

Kedah 2 - 1 Terengganu

N. Sembilan 1 - 2 Selangor

Pahang 2 - 0 Kelantan

T-Team 0 - 0 Perak
 
perlawanan 11 march 2011
KL 0-0 JOHOR FC

EPL Masters di Bukit Jalil hari ini

PASUKAN The Kop mungkin telah menewaskan Manchester United dalam saingan Liga Perdana England minggu lepas, tetapi saingan di antara kedua-dua pasukan dijangka berterusan hari ini apabila pasukan

Masters mereka bersaing pada Kejohanan Piala Malaysia EPL Masters 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pasukan Liverpool Masters, yang akan diwakili oleh Robbie Fowler, Steve McManaman, Rob Jones, Phil Babb, Stephane Henchoz dan Vladimior Smicer telah mengambil iktibar daripada kemenangan pasukan Kenny Dalglish itu dan berjanji untuk memenangi trofi Kejohanan EPL Masters dari musuh ketatnya, Manchester United Masters.

Liverpool memenangi Trofi Masters pada tahun 2008 dan ketika itu diketuai oleh bintang legenda, Ian Rush dengan mengalahkan Manchester United pada perlawanan akhir. Manchester pula memenangi trofi tersebut pada tahun 2009 dalam satu perlawanan akhir hebat yang berkesudahan dengan tendangan penalti.

Pada tahun ini, pasukan Manchester United Masters akan diwakili oleh Bryan Robson, Andrew Cole, Clayton Blackmore, Ronny Johnsen, David May, Lee Martin, Ben Thornley dan Paul Parker.

Piala Malaysia EPL Masters 2011 ditaja oleh Standard Chartered dan akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula pukul 4.30 petang ini.

Sebelum itu, satu karnival bola sepak dengan permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti menarik, gerai-gerai makanan serta hiburan akan diadakan di luar Stadium Putra bermula pukul 12 tengah hari.

Empat pasukan iaitu Liverpool Masters, Manchester United Masters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters akan bertanding pada kejohanan enam sepasukan dalam dewan ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia, Gavin O'Luanaigh berkata, persaingan hebat di antara pasukan Liverpool dan Manchester United akan menjadikan kejohanan ini lebih menarik.

"Kami turut menjangkakan para penyokong kedua-dua pasukan akan memberikan sokongan padu kepada pasukan-pasukan pilihan mereka," katanya.

Selain daripada bintang-bintang Liverpool FC dan Manchester United, para peminat bola sepak boleh juga menyaksikan bintang-bintang lain seperti Andrew Cole, Jesper Blomqvist, Patrik Berger dan Faustino Asprilla yang akan memukau mereka dengan skil bola sepak yang hebat.

"Tidak dilupa, pertama kali dalam sejarah Masters, pasukan Malaysian Masters akan turut bertanding dan memaparkan bintang-bintang seperti Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan yang akan mengibarkan Jalur Gemilang bertanding dengan pasukan EPL yang ternama," tambah beliau.

Tiket-tiket berharga RM33 untuk menyaksikan kejohanan terhebat ini boleh dibeli dari kedai-kedai Fatdeal di pusat-pusat Victoria Music yang terletak di Sungai Wang, Amcorp Mall, Tropicana City Mall dan Bangsar Shopping Complex.

Ia juga boleh dibeli pada hari perlawanan selagi stok masih ada.

kosmo online

Saturday, March 12, 2011

Sengat Sang Lebah tak jadi

KUALA LUMPUR, (D5) - Johor FC pasti menyesal tak sudah selepas gagal mengambil kesempatan di depan penyokong sendiri selepas hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur (KL). 

Ketumpulan barisan serangan jelas menjejaskan impian skuad kendalian Azuan Zain untuk meraih tiga mata. 

Pada minit ke-22, cubaan Skuad Lebah tersasar apabila Mohd Rashid Aya yang cuba melambung tinggi bola tatkala penjaga gol lawan sudah meluru keluar. 

Susulan selepas itu, giliran Eddy Helmi pula dikecewakan sungguhpun berjaya melepasi perangkap ofsaid namun percubaannya sempat disekat. 

Kuala Lumpur semakin mendapat keyakinan dan mula menjana gerakan menerusi bahagian sayap kanan, Fahrul Razi Kamaruddin yang banyak menghantar bola ke dalam kotak penalti. 

Skuad Warga Kota kemudian dikecewakan palang gol apabila tandukan KL Fahrurazi pada minit ke-72 singgah di palang. 

Melihat situasi itu jurulatih KL, Razif Ismail pantas memasukkan Yong Kuong Yong untuk terus memberi tekanan kepada kubu tuan rumah. 

Pada minit terakhir, Shahrizal Saad hampir membawa keceriaan kepada Johor FC namun lencongannya tersasar.



sumber:
http://www.arena.my/Arena/ArenaArticle/tabid/440/Default.aspx?newsId=139334

Wednesday, March 9, 2011

Berjuang demi negara

Para pemain pasukan Olimpik Malaysia dinasihatkan supaya beri tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakkan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Lahore, Rabu.
Nasihat ini diberikan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azzuddin Ahmad ketika menemui para pemain di Wisma FAM, pagi Isnin.

Malaysia memenangi perlawanan pertama 2-0 pada 23 Februari lalu di Stadium Shah Alam.
“Izinkan saya beri sedikit nasihat, tumpukan perhatian kepada perlawanan menentang Pakistan dan jangan biarkan hal-hal lain menganggu   konsentrasi,” kata Dato’ Azzuddin yang turut mengingatkan pemain supaya sentiasa mengekalkan semangat berpasukan.

“Ini adalah misi nasional untuk pemain dan pegawai. Berjuanglah demi negara,” kata beliau lagi.
Selepas mendengar nasihat dan pesanan Setiausaha Agung, pasukan Olimpik terus bertolak ke KLIA untuk perjalanan menuju ke Lahore, Pakistan.

Siaran Langsung Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 (Pakistan lwn Malaysia):

Bolasepak Pra - Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ke-2
Pakistan lwn Malaysia dari Stadium Punjab, Lahore, Pakistan.
Rabu, 09 Mac 2011, jam 10.30 mlm (waktu malaysia)
...Di Saluran Astro Arena 801 dan RTM 1 JAM 10.50 mlm...
 

Saturday, March 5, 2011

SAFEE: 'Saya akan buktikan'

Mohd. Safee Mohd. Sali bakal mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama Malaysia tampil beraksi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).
Safee bakal turun beraksi mewakili pasukannya, Pelita Jaya menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat petang ini.
Safee, 27, tidak perlu menja- lani ujian pemilihan untuk memikat pasukan ISL itu tetapi aksi mantapnya ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan muncul penjaring terbanyak kejohanan menjadikan ‘sahamnya’ terus melonjak.
Reputasi hebat Safee membuatkan Pelita Jaya serta dua lagi kelab ISL, Persib Bandung dan Persiba Balikpapan sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi menebus baki kontraknya bersama pasukan Selangor tetapi akhirnya Pelita Jaya menjadi pilihannya.
Hari ini, Safee bakal memulakan tugasnya untuk membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan tercorot ISL setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama liga bulan lalu.
Selain itu, Safee turut mempunyai sasaran peribadi iaitu untuk meledak gol ke-110 peri- badi setelah sebanyak 109 gol berjaya dijaringkannya sepanjang beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
“Saya janji akan main bersungguh-sunguh esok (hari ini) kerana tahu selain penyokong Pelita Jaya, pelajar Malaysia di sini serta duta pun akan datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.
“Saya nak buktikan bahawa anak Malaysia juga mampu beraksi baik pada saingan liga luar. Saya mahu mereka pulang dengan gembira,” katanya kepada Kosmo! malam tadi.
Penampilan sulung Safee petang ini turut ditunggu-tunggu para penyokong setia Pelita Jaya berdasarkan sambutan hangat yang diberikan mereka terhadap pemain kelahiran Kajang itu pada sesi latihan petang semalam.
“Sambutan penyokong tadi (semalam) memang luar biasa bagi diri saya. Saya rasa cukup bangga dengan sambutan meriah seperti ini.
“Seboleh-bolehnya untuk baki perlawanan ISL musim ini, saya akan cuba membalas kepercayaan para penyokong serta pihak pengurusan kelab ini,” jelas Safee yang turut menunjukkan but Nike yang bakal dipakainya petang ini.
Namun, ada sedikit kegusaran disuarakan Safee berhubung keadaan padang di Stadium Singaperbangsa yang baru diuji buat kali pertama olehnya petang semalam.
“Keadaan padang di stadium tak berapa bagus. Mungkin sukar untuk kami mempraktikkan apa yang dibuat semasa latihan.
“Tetapi saya akan tetap bermain seperti biasa. Apa pun saya mahu jadikan ia gelanggang keramat saya,” ujar Safee
kosmo
.silakan klik web ini kul 4.30 pm untuk menyaksikan pelita jaya
http://mivo.tv/front.php pas tu pilih chanel ANTV

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails