Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, June 30, 2010

Cardiff City menunda pra musim di malaysia

Cardiff City menolak cadangan untuk datang ke malaysia kata Dave Jones .

Cardiff, yang telah pergi ke portugal untuk mengadakan perlawanan pra-musim di sana dan telah disahkan tiga perlawanan persahabatan pra-musim di sana.

Cardiff telah membatalkan perlawanan ini kerana terlalu banyak perlawanan persahabatan dan boleh meletihkan pemainnya.

cardiff city akan datang ke malaysia untuk membuat perlawanan persahabatan pada tahun depan," kata Jones.

Monday, June 28, 2010

keputusan perlawanan persahabatan HM A

HM A (harimau muda A) menewaskan Kelantan 3-2..............

Sunday, June 27, 2010

Perlawanan Ujian Harimau Muda B

Harimau muda B akan mengadakan perlawanan ujian pada 1 Jun menentang Kelantan di Stadium Selayang.




Thamil Arasu ketika menjalani latihan bersama rakan-rakan dari Skuad Harimau Muda B. Beliau bakal menguji barisan pertahanan Pahang petang ini.

Saturday, June 26, 2010

Malaysia Perlu Belajar Dari Korea Dan Jepun - Kata Santokh

Shirt  badge/Association crest mesti ikut Shirt  badge/Association crest Shirt  badge/Association crest

Kejayaan pasukan Korea Selatan dan Jepun melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan menunjukkan mutu bola sepak di rantau Asia semakin meningkat.

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan prestasi kedua-dua pasukan itu, kata bekas pemain pertahanan tersohor negara, Santokh Singh.

Selain komitmen tinggi, Korea dan Jepun telah lama mengadakan program latihan di negara Eropah, katanya ketika diminta mengulas pencapaian pasukan Asia pada Piala Dunia di sini.

"Tidak seperti Malaysia yang baru sahaja hendak menghantar pemain berlatih di luar negara. Itupun apabila balik jurulatihnya digantung," katanya yang merujuk penggantungan jurulatih Azraai Khor Abdullah sebaik pulang dari latihan di Slovakia awal bulan ini.

Selain itu, Santokh juga menyuarakan kekesalannya terhadap kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan berbanding pada zamannya ketika mereka menewaskan Jepun dan Korea Selatan sebelum layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Santokh dan Datuk Soh Chin Aun, disifatkan sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada era 70-an, bersama pemain lagenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R.Arumugam, digelar 'Spiderman' turut membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Bagaimanapun, Malaysia memboikot Sukan Moscow ketika itu.

"Suatu masa dahulu, skuad negara boleh berada pada tahap yang lebih baik berbanding Korea Selatan dan Jepun. Sayanglah...kini kedudukan pun di ranking 157 dunia. Dulu Malaysia dalam lingkungan 95-97," katanya.

Sementara itu, pendapat Santokh pula turut dikongsi bersama oleh pemain veteran Ho Hon Seong, yang mewakili pasukan negara dari 1979 hingga 1984.

"Malaysia memperkenalkan era bola sepak profesional pada 1987 tetapi malangnya selepas 23 tahun, prestasi pasukan lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Iran telah meningkat berbanding dengan kita.

"Kini pasukan itu berada di tahap lain dengan kita," jelasnya.

"Saya tidak faham, pemain kini mendapat khidmat kejurulatihan yang lebih baik, menerima imbuhan yang selesa tetapi masih tidak dapat menampilkan mutu persembahan yang diharapkan," katanya.

Korea Selatan melangkah ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik pada Piala Dunia setelah seri 2-2 dengan Nigeria manakala Jepun menewaskan Denmark 3-1 untuk melayakkan diri ke peringkat yang sama.

Korea akan menentang Uruguay pada Sabtu sementara Jepun berdepan dengan Paraguay Selasa depan bagi merebut tempat ke suku akhir.

-- BERNAMA

Saturday, June 19, 2010

keputusan pasukan bola sepak malaysia di turkey

Jun 13 2010: Malaysia 3-1 Antalya Selection

gol dijaringkan:
S. Kunalan, Izzaq Faris Ramlan, Zaquan Adha Abdul Radzak

Jun 16 2010: Malaysia 1-0 Pilihan Turkey

gol dijaringkan:
Norshahrul Idlan Talaha

Jun 19 2010: Malaysia 1-0 ANTALYASPOR

Keputusan Perlawanan Akhir SUKMA Melaka – Terengganu dan Selangor

sukma2010

Terengganu mengekalkan pingat emas bola sepak SUKMA buat kali ketiga berturut-turut selepas mengalahkan Selangor 1-0. Gol tunggal Rosli Muda pada minit ke-23 mengesahkan pingat emas ke-47 keseluruhan bagi kontinjen Terengganu pada SUKMA kali ini.

Terengganu harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Mohd Shamirza yang juga selaku penjaga gol kedua skuad liga super.

Terengganu yang bertindak cemerlang sepanjang kejohanan apabila mengekalkan rekod cemerlang Terengganu yang tidak pernah bolos sepanjang kejohanan kali ini.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Kedah berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan 2-0 untuk mengutip pingat gangsa.

Friday, June 18, 2010

Bilakah Subkhiddin mengadili perlawanan pertama


SUBKHIDDIN


Kita juga masih ternanti-nanti bila agaknya Subkhiddin akan diberi peluang mengadili perlawanan selepas empat kali dilantik sebagai pegawai keempat.

Usah nanti peluangnya dianggap tipis akibat dua penolongnya, Mu Yuxin dan Jeffrey Goh, tidak secer- gas Subkhiddin.

Setiap pengadil menjalani ujian kecergasan sebelum dilantik. Jika seorang daripada mereka gagal, ketiga-tiganya tidak akan beraksi. Itu antara kemungkinan yang berlaku.

Jeffrey menggantikan Thanom Borikut dari Thailand yang ditahan atas tuduhan membunuh bosnya di Jabatan Pendidikan Saraburi pada lewat tahun lalu, satu insiden yang mengejutkan dunia bola sepak, termasuk Subkhiddin.

Kita mengharapkan impian Subkhiddin tercapai di bumi Afrika Selatan.

Thursday, June 17, 2010

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia dan FC Alania Vladikavkaz

FAM

Malaysia menewaskan FC Alania Vladikavkaz, kelab dari Russia dalam perlawanan persahabatan di Turki. Menurut sumber menerusi Facebook Harimau Muda, Malaysia mencatatkan kemenangan 3-1 mengatasi lawan. Seorang pemain daripada skuad remaja negara, Izzaq Faris Ramlan menjaringkan satu gol untuk pasukan negara.

Perlawanan ini adalah salah satu daripada tiga perlawanan persahabatan yang dirangka oleh FAM di Turki sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF hujung tahun ini.

Skuad ini akan menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang dua kelab Rusia,

Jun 13 2010: Malaysia 3-1 FK Alania Vladikavkaz (Russia)

Jun 16 2010: Malaysia vs Terek Grozny (Russia)

Jun 19 2010: Malaysia vs Sheriff Tiraspol (Moldova)

Tuesday, June 15, 2010

Harimau Muda A kembali jalani latihan

Harimau Muda A kembali jalani latihan

Harimau Muda A kembali menjalani latihan pusat di Wisma Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam setelah berehat hampir dua minggu sejak pulang dari Slovakia awal bulan ini.

Jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata seramai 16 pemain telah dipanggil dan melaporkan diri untuk latihan pusat kali ini.

"Manakala lima lagi pemain saya kini mengikuti latihan skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal di Turki sejak Khamis lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Saturday, June 12, 2010

KITA PERLU HANTAR PAKAR TEKNIKAL KE AFRIKA SELATAN

SEMALAM,, sepak mula untuk kejohanan kebanggaan FIFA edisi ke-19 itu yang kali pertama diadakan di Benua Gelap, dilakukan oleh tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico dalam Kumpulan A. Dan kesudahannya seri 1-1.


Jika tumpuan dunia berpusat kepada Steven Pienaar dan rakan-rakannya dalam barisan Bafana Bafana serta Rafael Marquez dan Carlos Vela di pihak Mexico, rakyat Malaysia harus menanti-nanti kelibat pengadil keempat, Subkhiddin Mohd Salleh di Johannesburg.


Pengadil berusia 44 tahun itu akan beraksi dari garisan tepi membantu pengadil, Ravshan Irmatov dan dua penolongnya, Rafael Iryasov dan Bahadyr Kochkorov, untuk mengendalikan perlawanan pembukaan.


Pemilihannya diiringi doa warga Malaysia. Bahkan Subkhiddin menerima sokongan moral Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Dengar khabar Subkhiddin dicadangkan diberi anugerah Guru Cemerlang.


Berbeza dengan Subkhiddin yang mencipta sejarah menjejak rumput-rumput Piala Dunia, tiga lagi wakil negara beraksi di sebalik tabir, secara rasmi di bawah naungan FIFA. Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dell Akbar Khan, mengetuai pasukan keselataman di Durban, manakala Dr Gurcharan Singh mengepalai pasukan perubatan di Pretoria.


Windsor John pula bertindak selaku ketua penyelaras am, atau lebih dikenali dengan istilah General Co-ordinator yang bertanggungjawab terhadap semua aspek penganjuran sesuatu perlawanan.


Beberapa rakan penulis seperti pengacara RTM, Hafizal Hamad dan Zainal Abidin Rawop dari Astro Arena antara wakil media yang dianggarkan seramai 15,000 orang sedang berkampung di seluruh Afrika Selatan untuk membawakan laporan dari perspektif masing-masing.

Tidak lupa juga orang besar FAM yang bertandang ke sana atas jemputan FIFA.


Soalnya apakah pakar teknikal atau jurulatih kita dibawa mengkaji perkembangan taktikal bola sepak moden?


Kaedah ini sudah menjadi amalan Jepun, Korea Selatan dan tentunya negara lain yang mengambil serius pembangunan pelbagai peringkat. Jepun sedar jurulatih peringkat remaja harus dikirim meneliti aspek persiapan pasukan pada kejohanan besar.


Mereka dikirim ke gelanggang berkaitan mengkaji pelbagai sudut persiapan, corak latihan, aspek taktikal dan diberi kesempatan menemu ramah jurulatih.


Dari situ, jurulatih terbabit mengkaji sama ada possession football (corak permainan sabar berteraskan kemahiran menyimpan bola) atau counter-attack (serangan balas) lebih berkesan atau tidak.


Elok juga kita belajar mengutamakan golongan teknokrat dalam hal-hal tertentu dan jangan asyik melebihkan ahli birokrat. Jurulatih di kalangan teknokrat bakal berkongsi ilmu dan maklumat dengan anak buah mereka, sekali gus mendedahkan mereka kepada corak dan perkembangan bola sepak moden.

bilakah FAM nak berubah.........................

Friday, June 11, 2010

Senarai 24 pemain kebangsaan ke turkey

Skuad kebangsaan akan menjalani latihan selama 10 hari di Antalya, Turki sebagai persiapan menghadapi Piala AFF dan Sukan Asia. Di sana pasukan negara akan menghadapi dua kelab Russia, Alania Vladikavkaz pada 13 Jun dan Terek Grozny pada 16 Jun serta kelab Moldova, Sheriff Tiraspol pada 19 Jun.

Berikut merupakan senarai 24 pemain yang dibawa ke Turki.


Penjaga gol:
Mohd Farizal Marlias (Perlis)
Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)


Pertahanan:
Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (Negeri Sembilan)
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Mohd Nasriq Baharom (Selangor)
Mohd Bunyamin Umar (Selangor)
Mohd Azmi Muslim (Kedah)
Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
Khairul Helmi Johari (Kedah)
Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
Mahali Jasuli (Harimau Muda A)


Tengah:
Safiq Rahim (Selangor)
S. Kunalan (Negeri Sembilan)
Amar Rohidan (Perlis)
Faizal Abu Bakar (Kedah)
Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)


Penyerang:
Mohd Safee Sali (Selangor)
Shakir Ali (Harimau Muda A)
Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (Negeri Sembilan)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


Berikut nama-nama pemain yang digugurkan.

Muhaimin Omar (masalah kecederaan)
Ashaari Shamsuddin (datuknya kemalangan)
Gurusamy (kecederaan otot paha)
Ahmad Fakri Saarani (masalah kecederaan)
V Thirumurugam (masalah kecederaan)
S. Harivarman (masalah kecederaan


Thursday, June 10, 2010

Rajagobal mengeluarkan tiga pemain

Skuad K.Rajagobal telah BERLEPAS KE ANTALYA,TURKEY MALAM TADI.

Dan Rajagobal telah mengugurkan tiga pemain iaitu, pemain pertahanan Terengganu, Muhaimin Omar menjadi pemain terakhir diketepikan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal daripada senarai 24 pemain yang berlepas ke Antalya, Turki malam tadi.

Daripada 24 pemain dibawa ke Turki, hanya tujuh pemain berstatus senior iaitu Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Norhafiz Zamani Misbah, Azmi Muslim, S. Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali manakala selebihnya berusia 23 tahun dan ke bawahDua lagi pemain yang terpaksa digugurkan Rajagobal ialah penyerang Terengganu, Ashaari Shamsuddin dan pemain tengah Harimau Muda, K. Gurusamy.

Menurut Rajagobal, pada mulanya dia telah menggugurkan Faizal Abu Bakar selepas sesi latihan terakhir pagi semalam tetapi terpaksa menyenaraikan semula penyerang Kedah itu setelah Muhaimin disahkan mengalami kecederaan.

"Selepas sesi latihan terakhir pagi semalam, saya telah putuskan untuk mengetepikan Faizal. Tapi perubahan terpaksa dibuat kerana Muhaimin tidak dapat ke Turki akibat kecederaan.

"Ashaari pula terpaksa pulang serta merta ke Terengganu kerana datuknya mengalami kemalangan serius manakala Gurusamy mengalami kecederaan otot paha semasa latihan," kata Rajagobal

Terdahulu ketika kem latihan pusat skuad kebangsaan dibuka pada Jumaat lalu, hanya 27 daripada 30 pelatih turun menjalani latihan penuh setelah tiga pemain, Ahmad Fakri Saarani, V. Thirumurugan dan S. Harivarman diketepikan akibat kecederaan.

Sepanjang latihan selama 10 hari di Antalya, Turki nanti, skuad kebangsaan akan menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang dua kelab Rusia, Alania Vladikavkaz (13 Jun) dan Terek Grozny (16 Jun) serta kelab Moldova, Sheriff Tiraspol (19 Jun).

Skuad K.Rajagobal juga melihat keperluan untuk mengadakan perlawanan keempat menentang kelab Azerbaijan, Inter Baku. Tapi ia bergantung sama ada pasukan kita memiliki cukup rehat dan masa di sana nanti," tambah Rajagobal.



Wednesday, June 9, 2010

Elemen lasak Football Xtreme

SAIZ gol dan padang yang lebih kecil menyukarkan perlawanan 100PLUS Football Xtreme.


SUKAN bola sepak mahupun futsal menjadi kegilaan anak-anak muda ketika ini. Kemeriahan musim bola sepak FIFA Piala Dunia 2010 yang akan muncul tidak lama lagi pasti akan menghangatkan suasana.

Dengan menambahkan elemen-elemen baru dan ekstrem kepada sesebuah sukan, ia akan menjadi lebih menarik dan menjanjikan satu pengalaman yang baru.

Persis rancangan televisyen American Gladiators, 100PLUS tampil membawakan konsep yang hampir sama iaitu dengan menggabungkan sukan bola sepak dengan elemen lasak sambil mengenengahkan semangat 100PLUS Outdo Yourself.

Bermain bola sepak di dalam sangkar besi mungkin tidak sukar. Tetapi jika elemen-elemen seperti api, angin dan air ditambah, ia nyata memberikan cabaran yang lebih. Apatah lagi saiz gol yang lebih kecil dan kedudukan golnya yang lebih tinggi berbanding biasa.

Bersaiz separuh padang futsal, golnya agak sukar dibolosi saat tiga peserta daripada setiap kumpulan berentap bagi menjaringkan bola di atas lantai rumput tiruan dalam perlawanan 100PLUS Football Xtreme itu.

"Sangat sukar menjaringkan gol kerana ia tidak jelas dilihat kerana dilindungi rantai besi," kata seorang pemain dari pasukan Kiiro, Muhamad Zaid Iskandar, 28.

"Dengan menambah elemen-elemen seperti air, api dan angin ia nyata memberikan keseronokan tersendiri walaupun ia sedikit meletihkan," katanya.

Seorang pemain pasukan Straterdam, Liang Keat, 22, menyatakan keterujaannya kerana dapat bermain bola sepak di dalam sangkar bersaiz tujuh meter x 20 meter itu dan memberi pengalaman yang berbeza kepadanya.

"Saya tidak mahu melepaskan peluang bermain sukan ini. Ia sesuatu yang baru dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," katanya.

Muhammad Zaid dan Liang Keat adalah antara peserta daripada beberapa kumpulan yang telah menyertai perlawanan anjuran 100PLUS yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 29 dan 30 Mei lalu.

Sambutan hangat telah diberikan kepada perlawanan itu dengan jumlah penyertaan melebihi 150 kumpulan dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun, masih belum terlewat untuk peserta-peserta yang berminat merasai kelainan berentap secara ekstrem kerana sangkar itu akan dibawa ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 12 hingga 13 Jun 2010 dan kembali ke Lembah Kelang pada 19 Jun ini untuk mencari wira-wira yang mampu melawan cabaran.

Sebanyak 14 kumpulan terbaik akan berentap pada 20 Jun bagi perlawanan akhir untuk menentukan pemenang yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Volkswagen Beetle 2.0 Xtreme. Apa yang lebih menarik, ia akan lebih mencabar dengan beberapa elemen tambahan yang lebih ekstrem.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM158,888? Dua kumpulan dengan skor gol tertinggi pada setiap hari perlawanan akan berpeluang untuk mara ke pusingan akhir.

Antara hadiah-hadiah lain yang ditawarkan kepada peserta yang berjaya adalah wang tunai RM5,000 beserta bekalan 100PLUS selama setahun untuk hadiah tempat kedua, wang tunai RM2,000 dan bekalan 100PLUS selama setahun untuk tempat ketiga dan RM500 beserta barangan 100PLUS untuk saguhati.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk merasai bermain sukan yang mencabar itu anda boleh melayari laman web di alamat www.100PLUS.com.my. - SYALMIZI HAMID

KOSMO

Tuesday, June 8, 2010

Bola Sepak Sukma: Skuad Bola Sepak Terengganu Benam Kelantan


Pemain Terengganu (jersi putih) dan pemain Kelantan berebut bola pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-13, dalam Kumpulan C, di Melaka, semalam.

MELAKA: Bola sepak menjadi acara pembuka tirai Sukan Malaysia ke-13 dengan menyaksikan juara bertahan Terengganu membenam Kelantan 4-0 pada perlawanan Kumpulan C di padang Sekolah Menengah Seri semalam.

Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang setelah pemainnya Mohd Nuralif Zainal Abidin diperintah keluar padang pada minit ke-40, membuka jaringan menerusi Mohd Firdaus Mohd Faudzi pada minit ke-29 sebelum Shamsul Kamal Muhammad menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-58.

Pesta gol Terengganu dilengkapkan oleh Joseph Kalang Tie yang meledak dua gol pada minit ke-55 dan ke-90.

Dalam saingan Kumpulan A, Kedah hanya mampu seri 2-2 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan sengit di Stadium Tun Fatimah di sebelah pagi di mana Kedah membuka tirai jaringan menerusi ketua pasukan yang juga pemain Liga Super, Muhammad Shafiq Jamal pada minit ke-12.

Wilayah Persekutuan menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-62, Yong Kuong Yong menyamakan kedudukan 1-1 untuk Wilayah Persekutuan yang kemudiannya dibalas pula oleh Kedah dengan gol hasil jaringan Mohd Hisham Mohd Shofi pada minit ke-78 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun nasib tidak menyebelahi Kedah apabila pemain gantian Wilayah, Mohd Badrul Hisyam Azmi menyamakan kedudukan 2-2 untuk Wilayah Persekutuan pada minit ke-89.

Dalam aksi kumpulan yang sama di sebelah petang pula, Perak menewaskan Perlis 1-0 hasil jaringan S. Savirimuthu pada minit ke-82.

Dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Hang Tuah petang tadi, Selangor membelasah Sabah 4-0 di mana Selangor memperolehi gol pertama melalui jaringan Wan Mohd Hoesne Wan Hussain pada minit ke-26.

Pemain pasukan Liga Super Selangor, Faderin Kadir muncul wira pasukan apabila meledakkan dua gol pada minit ke-31 dan 84, manakala Muhammad Shafiq Abd Samad melengkapkan kemenangan bergaya Selangor dengan gol keempat pada minit ke-92.

Dalam satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama, tuan rumah Melaka menang tipis ke atas Sarawak 1-0 hasil jaringan Mohd Hilmi Rosli pada minit ke-33.

Dalam saingan Kumpulan B pagi semalam, menyaksikan Negeri Sembilan seri 1-1 dengan Johor dalam perlawanan yang dicemari dengan layangan tujuh kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan serta satu kad merah kepada pemain Johor S.Kumaresan.

Johor yang terpaksa bermain dengan 10 orang terlebih dahulu membuka jaringan oleh Mohd Faizol Hussain pada minit ke-51 manakala Mohd Firdaus Azizul menyamakan kedudukan untuk Negeri Sembilan menerusi jaringan pada minit ke-74.

Saingan bola sepak bersambung esok.

bernama

Sunday, June 6, 2010

Pengadil Negara Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia

Pengadil Negara Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia

IPOH, 6 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhidin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Subkhidin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia.

"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhidin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan," katanya kepada pemberita di sini.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata pemilihan Subkhidin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhidin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.

Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terlibat iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang.

-- BERNAMA

AFC Festival U14

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0

KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 dalam

perlawanan pada Pesta Gabungan Bolasepak Asia (AFC) Asia Tenggara 2010 bawah 14 tahun di Stadium Likas di sini, Sabtu.

Malaysia, yang dibarisi oleh sembilan pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar, melakukan serangan demi serangan pada kebanyakan separuh masa pertama.

Muhd Aiedil Shafiq membuka jaringan bagi Malaysia menerusi satu sepakan penyudah yang baik pada minit ke-12.

Akram Asidi yang menerima hantaran daripada Muhd Aiedil berjaya menembusi barisan pertahanan Vietnam untuk menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-34.

Akram menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga negara pada minit ketiga separuh masa kedua.

Malaysia akan bertemu Singapura pada Ahad dan perlawanan terakhir berhadapan Laos pada sebelah petang.

-- BERNAMA

Kami menyediaka


Pasukan uatama Malaysia menewaskan pasukan kedua Vietnam 2-0 pada hari kedua Festival Bolasepak AFC bawah 14 tahun di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Sebagaimana tahun sebelumnya, festival ini tidak mengambil kira sistem mata atau apa-apa kejuaraan. Objektif AFC adalah untuk memberi peluang para pemain muda beraksi pada peringkat antarabangsa.


Pemain Malaysia, Amirul Shafiq Isa Sham merembat masuk gol kedua negara ketika menentang Vietnam.


Sabah, 2 Jun - Majlis Pembukaan Festival Bolasepak AFC U14 berlangsung dengan jayanya pagi semalam. Setiap negara dipecahkan kepada 2 pasukan untuk memberi peluang kepada seramai mungkin pemain beraksi. Pasukan negara yang dibimbing oleh jurulatih Khalid Shahdan bermula cemerlang apabila menundukkan Indonesia 1-0 pada perlawanan pertama selepas acara pembukaan manakala pasukan kedua Malaysia hanya sekadar seri 1-1 dengan Filipina.

Semua perlawanan pada sebelah petang terpaksa dibatalkan apabila hujan turun dengan lebat semenjak pukul 3 ptg berlarutan hingga 5.30 ptg. Perlawanan seterusnya pada hari kedua akan diteruskan berdasarkan jadual yang disediakan pada 3 Jun.


Aksi perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia.


'Si manis' bersama para pemain dan pegawai pasukan negara.


Barisan VVIP dari AFC, FAM dan KBS, Sabah di Majlis Pembukaan Festival AFC U14.


Tidak lupa juga acara kebudayaan bagi memeriahkan lagi majlis.


Skuad negara diuji tiga kelab Liga Rusia


SKUAD bola sepak negara memulakan latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak kelmarin sebagai persiapan mengadakan beberapa aksi persahabatan menentang kelab Liga Rusia.


SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan empat kelab dari Liga Rusia yang telah memberi pengesahan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sepanjang mereka berada di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini, lapor HELMI TALKAH.

Bagaimanapun jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal menje- laskan bahawa hanya tiga da ri- pada empat kelab tersebut akan dipilih sebagai lawan skuad kendaliannya itu memandangkan waktu mereka yang sangat singkat di Turki.

"Empat kelab yang telah memberi pengesahan adalah Alania Vladikavkaz, Terek Vrozny, Sheniss Tiras dan Inter Baku Azerbajan dan keempat- empat kelab ini beraksi dalam divisyen satu Liga Rusia.

"Memandangkan kami hanya akan berada di Turki selama 10 hari, perbincangan akan dilaku- kan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memilih tiga kelab sahaja bagi tujuan aksi persaha- batan tersebut.

"Sekiranya keadaan mengizin- kan, saya tidak menolak kemungkinan kami akan menentang keempat-empat kelab tersebut," jelas Rajagopal ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Tambah Rajagopal, kesudian keempat-empat kelab tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan oleh barisan pemain skuad kendaliannya itu.

"Ini merupakan satu peluang pendedahan buat pemain-pemain dan persiapan terbaik sebelum kita turun menentang Cardiff City, Korea Selatan B-23 dan Real Madrid.

"Perlawanan menentang kelab-kelab dari Rusia ini juga bakal memberi persaingan kompetitif kerana mereka dibarisi pemain-pemain profesional dan beraksi buat pasukan negara masing-masing.

"Seperti yang kita sedia maklum, tidak banyak pasukan yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan ketika ini memandangkan saingan Piala Dunia akan bermula tidak lama lagi.

"Justeru, ini merupakan peluang terbaik dan kita seharus- nya tidak mempersiakan-siakannya," tambahnya.

Seramai 30 pemain telah dipanggil bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, namun hanya 24 sahaja akan dibawa ke Turki.

kosmo

Friday, June 4, 2010

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia hanya tunggu lampu hijau

vs

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia semakin menjadi kenyataan.

Persatuan Bola Sepak (FAM) mendedahkan perbincangan mengenai penganjuran perlawanan itu kini hanya dalam peringkat terakhir bagi kedua-dua pihak mempersetujui beberapa syarat.

Pasukan gergasi Sepanyol itu dijangka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dalam salah satu kalendar Jelajah Asia pada 14 hingga 21 Ogos depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan sekiranya perjanjian direalisasikan, maka sepak mula akan diadakan pada jam 10 malam sebagai menghormati bulan Ramadan.

"Secara dasar Malaysia bersetuju namun ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci kerana penganjurannya melibatkan kos tinggi. Ia akan diadakan asalkan kedua belah pihak bersetuju dengan syaratnya," ujar beliau.

Azzudin turut mendedahkan FAM telah menghubungi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menggunakan kemudahan Stadium Bukit Jalil.

Sekaligus memohon agar perancangan untuk membaiki trek di stadium tersebut yang dijangkakan akan bermula pada pertengahan bulan ini ditangguhkan bagi laluan kepada perlawanan Real Madrid.



Jadual liga terpaksa diubah sebab Cardiff City

Jadual tujuh perlawanan Liga Super terpaksa dianjakkan lebih awal bagi memberi laluan sempena kunjungan Cardiff City ke Malaysia 15-17 Julai depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pasukan-pasukan yang terbabit dalam jadual asal Liga Super pada 17 akan bermain pada 6 Julai selepas diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pertandingan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) 2010.

Pengerusi JKPT 2010, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu kepada pemberita mengenai perubahan jadual berkenaan di Wisma FAM , Kelana Jaya sungguhpun mengakui berdepan rungutan daripada pasukan negeri/kelab mengenai perubahan jadual berkenaan selain terpaksa berhadapan dengan demam Piala Dunia.

Tambah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula, Kelab Cardiff City yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Pasukan senior kelab tersebut akan menentang pasukan kebangsaan pada 17 Julai sementara pasukan junior pada 15 Julai.

"FAM kini menunggu pengesahan dari kelab tersebut sama ada pasukan junior mereka itu bawah 19 tahun atau bawah 21 tahun supaya dapat disesuaikan dengan
pasukan junior Malaysia," katanya.

FAM turut mendedahkan skuad negara juga akan berdepan dengan pasukan Bawah 23 tahun (B-23) yang juga merupakan skuad Olimpik Korea Selatan. Perlawanan itu diadakan bagi memperingati hubungan diplomatik selama 50 tahun Malaysia-Korea Selatan.

Bagaimanapun FAM belum membuat keputusan berkenaan venue perlawanan kerana berikutan implikasi kewangan. Namun pertemuan ini akan tetap diteruskan kerana dapat memberi pendedahan yang baik buat pasukan negara sempena menghadapi kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan Sukan Asia.

Empat pemain yang bakal beraksi dalam Piala Dunia di Afrika Selatan nanti juga merupakan anggota skuad Olimpik Korea Selatan.

Terlebih dahulu,lawan pasukan Malaysia yang dalam perancangan untuk mengadakan jelajah Turki ketika tempoh rehat Piala Dunia pula masih belum dapat dipastikan lagi. Sebelum ini pasukan negara dijadualkan bakal menentang tiga pasukan tempatan.

Azzuddin berkata kelab Cardiff City, yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Harimau Muda A diundang ke slovakia lagi

Anggota skuad Harimau Muda A diberi cuti dua minggu selepas pulang dari Slovakia sebelum dituntut melaporkan diri bagi menjalani latihan pusat.

Namun pemain-pemain yang terbabit dengan pasukan kebangsaan pula yang dibawah kendalian K Rajagobal, mereka pula diminta melaporkan diri lebih awal iaitu pada 4 Jun.

Baru sahaja menjejak kaki ke Malaysia Selasa lalu, skuad Harimau Muda A yang menghabiskan masa selama tiga bulan di Slovakia ketika beraksi di Liga Divisyen 1 Bawah 21 tahun telah dijemput untuk beraksi semula ke liga tersebut bagi saingan musim 2010/2011,

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad laporan dari Persatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia telah diterima semalam berhubung prestasi Harimau Muda berserta jemputan menyertai liga itu semula musim depan.

"Laporan dari ULK Slovakia memberikan reaksi positif mengenai perkembangan dan pencapaian Harimau Muda A, dalam masa yang sama mereka menjemput secara rasmi skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah beraksi semula di sana," katanya padang sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, FAM masih belum memutuskan untuk menerima penawaran itu tetapi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan akan membawa perkara tersebut kepada Mesyuarat Majlis FAM secepat mungkin.

"Selepas ia dipersetujui Majlis FAM barulah keputusan dibuat, saya rasa perkara ini akan dibincangkan selewat-lewatnya hujung bulan ini, untuk mengetahui sama ada tawaran tersebut diterima atau tidak.



Dengan demikian maka secara automatiknya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguburkan hasrat beberapa pasukan yang sebelum ini ingin mendapatkan khidmat
pemain pasukan itu untuk mewakili pasukan negeri mahupun Sukma.

FAM turut bersetuju untuk melunaskan permintaan ketua jurulatih, Azraai Khor yang bercadang untuk mengadakan latihan di luar kawasan Kuala Lumpur.

Dedah FAM lagi, pihak Liga Divisyen Satu Bawah 21 tahun telah memberi laporan yang positif mengenai Harimau Muda A. Pasukan ini telah dijemputkan untuk mengambil bahagian dalam liga remaja Slovakia.

Liga ini dilangsungkan dalam dua sesi iaitu yang pertama bermula dari Julai hingga November dan sesi berikutnya dari Februari hingga Mei.

Thursday, June 3, 2010

Malaysia lawan Real Madrid 21 ogos 2010

MALAYSIA VS REAL MADRID 21 OGOS

MALAYSIA VS CARDIFT CITY 15 / 17 JULAI

Kelab bola sepak dunia, Real Madrid dengan barisan pemain tersohor seperti Christiano Ronaldo dan Kaka akan menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di sini pada 21 Ogos ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan kehadiran pasukan gergasi Sepanyol itu yang kini dibimbing oleh Jose Mourinho yang baru sahaja membantu Inter Milan merangkul Piala Juara Eropah tahun ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata selain Real Madrid, pasukan negara, yang membuat persiapan menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China, November ini, akan menentang pasukan kelab dari Wales, Cardiff City, pada 15 dan 17 Julai ini.

Katanya oleh kerana perlawanan menentang Real Madrid jatuh dalam bulan Ramadan, maka kemungkinan perlawanan itu akan diadakan pada pukul 10 malam, kemungkinan di Stadium Nasional, Bukut Jalil.

Bagaimanapun, katanya permintaan skuad bawah 23 tahun Korea Selatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara masih dikaji.

Perlawanan menentang skuad olimpik Korea Selatan pula, jika berlangsung, akan diadakan pada 21 Julai, katanya.

Azzuddin berkata kelab Cardiff City, yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Pasukan senior kelab tersebut akan menentang pasukan kebangsaan pada 17 Julai sementara pasukan junior pada 15 Julai.

"FAM kini menunggu pengesahan dari kelab tersebut sama ada pasukan junior mereka itu bawah 19 tahun atau bawah 21 tahun supaya dapat disesuaikan dengan pasukan junior Malaysia," katanya.

Azzuddin berkata beliau akan memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menangguhkan kerja-kerja pembaikan trek di Stadium Nasional sehingga akhir Ogos.

Ketika ini padang di stadium berkenaan tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembaikan trek yang sepatutnya bermula pertengahan bulan ini.

Sebagai alternatif, katanya, venue pilihan adalah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras atau Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sementara itu, jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, K Rajagobal berkata anak buahnya sememangnya perlukan perlawanan kompetitif di peringkat tinggi sebagai persiapan ke Sukan Asia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) Disember ini.

"Perlawanan menentang Cardiff City dan Real Madrid yang dibarisi antara pemain terbaik dunia pastinya memberi pengalaman berharga kepada pemain negara," katanya.


-- BERNAMA

Wednesday, June 2, 2010

Harimau Muda A pulang dari slovakia

Harimau Muda A capai sasaran


SKUAD Harimau Muda tiba di KLIA, Sepang semalam selepas lebih tiga bulan berguru di Slovakia.


Setelah lebih tiga bulan beraksi di luar negara, Harimau Muda A kembali ke tanah air semalam, dengan membawa pulang pengalaman dan mempamer peningkatan sepanjang beraksi dalam Liga Bawah 21 Divisyen 1 Slovakia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad Mohd. Azraai Khor Abdullah, jelas telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Jurulatih Azraai Khor mendedahkan antara lain skuad itu ditawarkan menyertai musim baru 2010/11 Liga Satu Slovakia, yang bermula pada akhir Julai nanti. Surat tawaran telah diberi kepada Azraai untuk di serah kepada FAM untuk tindakan lanjut.

''Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh daripada Azraai sendiri. Dalam masa yang sama, satu panel bebas juga akan membuat penilaian mengenai tahap peningkatan pemain Harimau Muda A," katanya.

Jelasnya, Harimau Muda A telah manfaatkan sepenuhnya tempoh tiga bulan di Slovakia.

Dalam masa yang sama Azraai mengakui kedatangan pasukan Harimau Muda A dalam liga Slovakia mendapat perhatian pengerusi liga, pasukan dan pengadil, yang sentiasa memberi komen positif.

''Kami berhasrat untuk mengadakan kem latihan dan mengatur perlawanan persahabatan di seluruh negara," katanya.

''Menerusi maklum balas yang diterima, mereka melihat Harimau Muda A pada awal saingan sehingga akhir sebagai pasukan yang berbeza.

''Ini disebabkan peningkatan yang dipamerkan pemain.

"Kalau diberi peluang untuk beraksi semula ke liga tersebut, memang saya bersedia untuk melakukannya demi pembangunan bola sepak negara.

''Namun bergantung kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Harimau Muda beraksi 13 perlawanan sepanjang di Slovakia, dengan mencatat tiga kemenangan, 10 kali tewas dengan menjaringkan 10 gol dan 36 bolos.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, K. Gurusamy mengakui memperoleh pengalaman berguna di Slovakia.

''Pemain diberi rehat selama 14 hari sebelum menjalani latihan intensif di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

''Selepas itu mereka akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Newspaper di Vietnam, Oktober ini.

''Dalam masa yang sama, ada beberapa pemain yang telah disenaraikan oleh jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal untuk ke Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun ini, bagi menyertai latihan serta perlawanan persahabatan di sana," katanya.

Mengenai Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang dikatakan mendapat tawaran berlatih bersama kelab Vion Zlate Moravce, di Slova, Azuddin berkata, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

''Liga utama di Slovakia, Liga Corgon akan memulakan musim 2010/2011 tidak lama lagi.

''Jika ada tawaran pun, mungkin pada akhir Jun atau Julai. Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas lisan mengenai tawaran tersebut," katanya.

"Selepas itu mereka akan terus bersiap untuk menghadapi Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper di Vietnam pada Oktober depan," jelasnya.

Namun menurut Azzuddin, lima pemain Harimau Muda A akan kembali ke Wisma FAM hujung minggu ini kerana tersenarai dalam kelompok 30 pemain yang dipanggil K. Rajagobal untuk menyertai latihan skuad kebangsaan di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini.

Mereka terdiri daripada Muslim Ahmad, Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Mahali Jasuli dan Izzaq Faris Ramlan.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin memberitahu, keputusan sama ada Real Madrid akan berkunjung ke negara ini pada 14 hingga 21 Ogos depan hanya akan diketahui pada Jumaat ini iaitu 4 jun 2010.

Tuesday, June 1, 2010

Bola sepak dapat kategori B di Sukan Asia

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membenarkan skuad bola sepak kebangsaan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November 2010 nanti atas tiket kategori B iaitu harus menanggung perbelanjaan sendiri.

Namun, mereka mendapat sedikit ‘keistimewaan’ apabila Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan skuad bimbingan K Rajagopal sekiranya mara ke suku akhir pada temasya terbesar Asia itu

Keputusan Liga Perdana 31 Mei

Persaingan merebut takhta Liga Perdana terus hangat apabila dua pasukan teratas masing-masing mencatat kemenangan.

Felda United terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi manakala PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Jaringan tunggal bekas penyerang remaja kebangsaan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 menjamin Felda bimbingan E Elavarasan mengutip mata penuh untuk mengumpul jumlah 43, selain mengakibatkan Shahzan Muda menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan Liga Perdana.

PKNS bimbingan Abdul Rahman Ibrahim mengejar Felda hasil kemenangan menerusi jaringan hatrik Mohd Zamri Hassan pada minit ke-50, 70 dan 86 manakala satu lagi gol disumbangkan Christine Jaya Seelan pada minit ke-60.

Jaringan hatrik G Puneswaran pada minit ke-26, 37 dan 80 membolehkan Pos Malaysia menewaskan Harimau Muda 3-2 di Stadium Hang Tuah. Dua gol anak buah Ong Kim Swee hadir menerusi pemain tengah, D Saarvindran pada minit ke-43 dan 70.

Dalam perlawanan lain, Tentera menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails