Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, July 30, 2010

Malaysia Dan Indonesia Rancang Wujudkan Liga Bolasepak ASEAN


KERAWANG (JAWA BARAT), 30 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia merancang untuk mewujudkan Liga Bolasepak ASEAN bagi mempertingkatkan lagi standard sukan itu di kalangan negara anggota di rantau itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata sebelum ini negara anggota ASEAN hanya bertanding secara karnival pada Kejohanan Piala Tiger atau Pestabola Merdeka tetapi kini hanya pada temasya Sukan SEA.

"Saya percaya liga peringkat Asia Tenggara ini mampu mempertingkatkan lagi mutu bola sepak di rantau ini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari Indonesia, Dr Andi A Malarangeng, di sini, kira-kira 270km dari Bandung.

Ahmad Shabery kini berada di Bandung untuk menyertai kejohanan golf amal Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Temasya Sukan Bandung yang bermula Ahad ini.

Temasya Bandung merupakan acara sukan yang bertujuan merapatkan hubungan di kalangan 6,000 mahasiswa Malaysia yang berada di 17 daerah di Indonesia dan akan diadakan di Bandung dari 8 hingga 10 Okt.

Ahmad Shabery berkata Indonesia yang bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mewujudkan Liga ASEAN akan mengemukakannya kepada Menteri-menteri Asean yang lain ketika temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Sementara itu, Dr Andi berkata beliau percaya kewujudan Liga ASEAN mampu membawa pembaharuan kepada pasukan di rantau ini.

"Selama ini kita ketinggalan berbanding Korea Selatan dan Jepun yang mara ke pusingan akhir Piala Dunia. Usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, July 29, 2010

Keputusan Liga Super 28 Julai

SELANGOR menghampiri gelaran Liga Super dengan merakamkan kemenangan 2-1 ke atas T-Team di tempat lawan dalam persaingan Liga Super malam tadi.

Kelantan di tangga kedua turut menang 4-1 ke atas KL Plus.

Dengan baki hanya dua perlawanan, anak buah K. Devan mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga.

Jaringan penalti Safee Sali pada minit ke-40 dan penyudah Rudie Ramlie pada minit ke-70 cukup untuk memastikan tiga mata buat Selangor.

Safee Sali dibentes keras pertahanan T-Team, Mohd Shaiful Azrin Shamsuddin, lalu bangun menyempurnakan penalti untuk membuka tirai jaringan. T-Team menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma melencong pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad yang menewaskan Hamsani Mohamad ada minit ke-65.

Safee bagaimanapun mencuri ruang di penjuru kiri Terengganu lima minit kemudian untuk menghantar umpanan buat Rudie menjaringkan gol kemenangan.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan menang bergaya hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhamad (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).

Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang hasil jaringan Shakir Ali, Khyril Muhymeen Zambri dan V. Thirumurugan.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0

Wednesday, July 28, 2010

Kejayaan skuad negara tutup mulut pengkritik


Tiada makna yang lebih mendalam buat penjaga gol negara, Mohd. Sharbinee Allawee selain erti kepuasan selepas membenam aksi Skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Penjaga gol Terengganu itu berterus-terang mengaku dia amat berharap kejayaan itu dapat membuka mata ramai pihak dan melenyapkan suara-suara sumbang terutamanya penyokong Malaysia yang masih memperlekehkan prestasi bola sepak skuad kebangsaan.

''Selepas Sukan SEA di Laos yang lalu, persembahan kami semakin meningkat dan ramai antara kami mempamerkan kematangan dalam permainan.

''Ini adalah permulaan baru kepada bola sepak negara dan saya harap selepas ini makin ramai rakyat Malaysia akan kembali memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan,'' katanya .

Mengimbau perlawanan, Ahad lalu, Sharbinee berkata, dia berpuas hati dengan aksi rakan sepasukannya terutama di bahagian pertahanan kerana berjaya mengekalkan tahap disiplin sepanjang 90 minit permainan.

''Kami menunjukkan daya ketenangan yang berbeza berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini dan itu menjadi kunci kepada kemenangan skuad negara,'' katanya.

Sementara itu, pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar memendam impian mahu membawa skuad negara mara ke separuh akhir Sukan Asia di Guangzhou, Oktober ini.

''Jika kita berjaya mengekalkan tahap permainan seperti semalam, tidak apa yang mustahil buat negara pada Sukan Asia.

''Bukan itu sahaja, sasaran untuk muncul menjuarai Piala AFF Suzuki nampaknya satu realliti yang boleh dijelmakan,'' ujarnya.

Walaupun beraksi hanya 20 minit dalam perlawanan itu, Baddrol tetap puas kerana mampu membantu rakan-rakan bertahan ketika Korea galak menyerang dalam minit-minit akhir permainan.


Tuesday, July 27, 2010

Malaysian boy plays for British football club

http://www.mysinchew.com/files/preview/292x300..22071014.jpg

A 13-year-old Malaysian gifted footballer, Ash Hameed from Selangor, has signed a two-year contract with the Queens Park Rangers Football Club (QPR) in April this year.

Ash's father told the Sin Chew Daily in an exclusive interview that Ash started to receive free training for two years after signing the contract with the QPR on 10 April this year and the contract would only be expired in June 2012.

Ash, a left-foot striker, first raised the attention of various football clubs after helping the Crest Academy win the Middlesex Watkin League Cup for Brent Schools under-12s with a five-goal burst.

Ash's father used to be a player of the Malaysia youth football team under-18s and the Selangor football team (1988 to 1990). He decided to send Ash to England after discovering his son's high talent in playing football.

He said: "I have been giving him basic football skill training since he was young. I sent him to the local Brazil Football Centre when he was six years old.

Many coaches of the centre told me that Ash was gifted. They also suggested that I should send him to England for training.

"I brought Ash to England in 2008 and we faced some difficulties at the beginning. We had looked for many schools before Ash was accepted by the Kodak Football Club. The youth training centre of the Arsenal Football Club had also given him a training offer."

"Ash is a Liverpool fan and his dream is to represent the club one day. However, I am a fan of Manchester, a Liverpool's sworn army. Although we are supporting different teams, it does not affect our relationship," he said.

He also said that Ash had been selected as one of the eight best players of the QPR and was informed to play in an invitation tournament under-15s of an Europe football club. The participating teams included famed teams like Barcelona. However, the QPR did not send the team to play in the end and he believed that it was due to sponsorship problems.

http://www.mysinchew.com/node/42206"""]MySinchew 2010-07-22

Monday, July 26, 2010

Jangan cepat puas hati - Rajagobal

Posted Image
Posted Image







"SKUAD Malaysia begitu bersemangat untuk mencipta kemenangan dan sebab itulah mereka menang. Itu sahaja yang boleh saya katakan."

Demikian alasan jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Hong Myung-bo pada sidang media selepas tewas 0-1 kepada skuad keMalaysia pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Jurulatih negara, K.Rajagobal tidak mahu para pemain terlalu cepat dibuai mimpi indah, hanya disebabkan kita mengejutkan skuad Bawah 23 Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan, semalam.

Menurutnya, adalah satu perkara yang kurang bijak jika mahu menilai hanya berdasarkan satu perlawanan, kerana apa yang dimahukan ialah aksi konsisten di peringkat antarabangsa terutamanya Sukan Asia, Guangzhou pada Oktober ini.

''Memang benar kita menang, namun ini hanya satu daripada perlawanan persahabatan dan para pemain tidak boleh cepat rasa berpuas hati.

''Apa yang penting selepas ini saya harapkan para pemain mempunyai keyakinan tambahan menentang pasukan-pasukan lain selepas mengatasi Korea," katanya.

Selain itu, Rajagobal menganggap para pemain berhak menang, kerana menampilkan persembahan bersemangat dan berkeinginan untuk menang.

''Walaupun mungkin pasukan berstatus kelab atau universiti, Korea tetap Korea dan kami tetap menang ke atas pasukan yang bernama Korea Selatan.

Malaysia yang dibarisi pemain B-23 kecuali tiga pemain lebih umur, Sharbinee Allawee Ramli, S. Kunalan dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengimbangi kekuatan lawan yang dibarisi pemain B-21 pada separuh masa pertama.

Seawal minit keempat, Malaysia sudah menguji gawang Korea Selatan tetapi percubaan Nor- shahrul hasil hantaran Zaquan Adha Radzak dari sebelah kanan sedikit sipi.

Gawang Malaysia cemas seketika pada minit ke-10 apabila tandukan penyerang Korea Sela- tan, Park Hee-seong berpunca daripada sepakan sudut berjaya menggegarkan palang gol ketika Sharbinee sudah tertewas.

Selang dua minit kemudian, Malaysia sekali lagi mengancam, kali ini menerusi pemain sayap kanan, Ahmad Fakri Saarani yang memperdayakan seorang pertahanan Korea Selatan sebe- lum rembatannya tepat ke daka- pan Lee Bum-soo.

Selepas aksi rancak pada awal permainan itu, kedua-dua pasukan sekadar bertukar serangan tanpa sebarang gerakan bahaya untuk menghasilkan gol.

Namun pada minit ke-40, Korea Selatan hampir memecah kebuntuan tetapi sepakan percuma pemain pertahanan, Park Hyung -Jin sekadar menggegar palang.

Sebaik babak kedua bermula, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak melakukan sebarang pertukaran dan Malaysia hanya memerlukan lima minit untuk mendahului lawan.


Gol pertama Malaysia diperoleh pada minit ke-50 menerusi rembatan Safiq selepas sepakan percuma yang diambilnya sebelum itu gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Korea Selatan.

Korea Selatan yang seakan tersentak dengan jaringan itu mula bangkit mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi kekebalan benteng pertaha- nan yang diterajui ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar.

Rajagobal melakukan enam pertukaran dengan memasukkan Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri, Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali dan Azmi Muslim menggantikan Norshahrul, Fakri, Nasriq, Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Asraruddin.

Sunday, July 25, 2010

Malaysia Tewaskan Korea Selatan 1-0 Dalam Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Malaysia Tewaskan Korea Selatan 1-0 Dalam Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Biarpun pasukan hari ini merupakan gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K.Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak tahun 1986.

Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.

Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo, yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudiannya mula menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.

Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke dalam gawang Malaysia.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad K.Rajagobal membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan.

Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran, dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan dan digantikan dengan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.

Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan itu yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, yang diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Skuad kebangsaan Malaysia kini menduduki ranking ke-142 dunia dan ke-26 Asia berbanding skuad kebangsaan lawan yang berada di ranking ke-44 dunia dan ke-3 Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan ialah pada Pestabola Merdeka 1995, ketika skuad senior negara menumpaskan pasukan Korea Selatan 2-1.

-- BERNAMA

Malaysia serius hadapi Korea

Posted Image

Posted Image

Posted Image

Posted Image

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, K. Rajagobal menyuarakan rasa hormat terhadap skuad Olimpik Korea Selatan sambil menegaskan dia memiliki taktik buat lawan pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang ini.

Saya menghormati Korea yang sudah layak ke Piala Dunia lapan kali dan pasukan belia mereka tidak kurang hebatnya dengan corak permainan pantas (mara ke suku akhir Kejohanan Dunia Bawah 20 Tahun di Mesir tahun lalu).

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, objektif utama pertemuan itu adalah untuk mengenal pasti pemain yang layak beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, China November depan.

Kami akan memerhati kemampuan para pemain, kerjasama dalam pasukan, dan bagaimana mereka dapat menyaingi kepantasan pemain Korea," katanya pada sidang media semalam.

Anak buah Rajagobal yang kebanyakannya tonggak juara Sukan SEA Laos tahun lalu, menghadapi pelawat yang dibimbing pemain yang pernah beraksi dalam empat Piala Dunia, Hong Myung Bo sebagai sebahagian persediaan menghadapi Sukan Asia Guangzhou, November ini.

Pemain Korea Selatan kuat, mereka datang dari pelbagai kelab-kelab profesional tetapi kami berjanji untuk melakukan apa yang termampu," katanya.

Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo pula lebih cenderung menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan bola sepak Malaysia.

"Semasa saya masih muda, Malaysia cukup kuat. Kini ia amat menghampakan, pembangunan bola sepak Malaysia agak perlahan berbanding Korea," katanya.

Harga tiket yang dikenakan ialah RM30 di grandstand dan RM10 di tempat duduk biasa manakala cuma RM5 bagi penonton kanak-kanak yang dijual di stadium mulai 10 pagi hari ini.

Kesebelasan kemungkinan Malaysia: Sharbinee Allawee Ramli, Mohd. Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad.





Saturday, July 24, 2010

Felda United dan Sabah melangkah ke Liga Super musim depan

Felda United dan Sabah melangkah ke Liga Super musim depan selepas masing-masing menduduki tangga teratas dan kedua Liga Perdana yang melabuhkan tirainya malam ini.

Namun pada perlawanan malam ini, Felda United sekadar seri tanpa jaringan dengan Angkatan Tentera Malaysia sementara Sabah memintas kedudukan Selangor PKNS dengan menumpaskan Pos Malaysia 1-0.

Selangor PKNS yang sebelum ini berada di tangga kedua, tewas 1-2 kepada Harimau Muda dan turun ke tangga ketiga. Hanya dua pasukan teratas Liga Perdana akan dinaik taraf untuk bersaing di Liga Super musim depan.

Pasukan Felda United mengutip 50 mata daripada 22 perlawanan, menang 15 kali, seri lima kali dan tewas dua kali sementara Sabah mengutip 48 mata, menang 15 kali, seri tiga kali dan tewas empat perlawanan.

Harimau Muda terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi D.Savindran sebelum A.Thamil Arasu menambah jaringan pada minit ke-41.

Gol saguhati Selangor PKNS dijaringkan oleh Christe Jayaseelan, tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, gol jaringan Md Farid Ideris seawal minit keempat perlawanan membolehkan Sabah menumpaskan Pos Malaysia 1-0.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membelasah Majlis Perbandaran Muar 8-0.

Gol-gol PDRM dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin (min ke-10, 71), Mohd Fauzi Abd Majid (22), Eddy Gapil (45, 55, 67,82) dan S.Harivarman (59).

Di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, tuan rumah USM FC menewaskan pasukan tercorot liga, Shahzan Muda 4-1.

Gol USM FC dijaringkan oleh Mohd Afzan Zainal Abiddin (min ke-15, 24 dan 46) dan Mohd Fauzan Zainal Abiddin (min ke-59) sementara gol tunggal pasukan lawan dijaringkan oleh Raja Mohd Hafillah seawal minit ke-3.

Di Stadium Hang Tuah, Sarawak membenam pasukan kedua tercorot liga, Melaka 6-1.

Belum terlambat buat Malaysia


Dr. Ramlan Abdul Aziz


ERA 1970 hingga 1980 adalah zaman yang mana skuad bola sepak Malaysia cukup digeruni di Asia. Nama-nama besar seperti Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, James Wong dan Hassan Sani masih dikenali sehingga kini, merekalah antara barisan pemain negara yang berjuang untuk menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Selepas hampir 40 tahun kegemilangan itu berlalu, Malaysia kini berada pada ranking 142 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya Korea Selatan yang pernah satu ketika menjadi ratahan kita, cukup mengujakan. Begitu juga Jepun.

Pun begitu, pada Sukan SEA Laos yang lalu, ada sedikit sinar pada wajah skuad kebangsaan apabila berjaya menggondol pingat emas, sekali gus meletakkan kembali harapan tinggi peminat untuk melihat barisan skuad Harimau Malaya di pentas lebih berprestij - Piala Dunia.

Persoalannya sekarang ialah bila? Jatuh bangun skuad kebangsaan dalam kancah Asia sudah cukup menakutkan sebelum ini.

Apa pun, pintu belum tertutup, masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki. Pokoknya ia mesti bermula daripada kancah Liga Malaysia (Liga M). Liga inilah yang sebenarnya mengukur kemampuan, kualiti dan kehebatan pemain yang kita miliki.

Justeru wartawan Utusan Malaysia, ZAZALI JAMIAN mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz yang satu ketika dahulu pernah menerajui Majlis Sukan Negara (MSN) dari sudut teknikal dan persediaan pemain sendiri.

Utusan: Bagaimana Datuk melihat perkembangan prestasi pemain bola sepak negara?

Dr. Ramlan: Pada pengamatan saya prestasi pemain bola sepak negara amat memberangsangkan dan pada tahun lepas kita dapat menyaksikan mutu prestasi pemain bola sepak kebangsaan berada pada tahap yang baik apabila berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan SEA.

Ini juga adalah berkat usaha jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal yang memahami secara mendalam pemain-pemain kita ini.

Banyak pihak yang gemar membandingkan prestasi skuad negara dahulu ketika era 70an hingga 80an dengan yang ada kini.

Itu wajar dianggap sebagai cabaran oleh setiap pemain dan jurulatih kerana untuk memberi prestasi yang baik pemain perlu ada daya usaha yang tinggi dan mana mungkin kita boleh membawa pingat emas di Sukan SEA tahun lepas kalau tidak ada daya usaha yang amat tinggi.

Kalau kita lihat dalam kancah Liga Super, apa pandangan Datuk tentang keupayaan stamina pemain?

Dr. Ramlan: Ramai orang suka beranggapan bahawa tahap kecergasan pemain Liga Super tidak memberangsangkan dan ini bagi saya bukanlah isu yang perlu dibincangkan secara mendalam kerana tumpuan harus diberikan kepada kecergasan pemain kebangsaan yang akan mewakili negara.

Di peringkat Asia Tenggara tahap kecergasan pemain kita kini memang baik.

Sebagai contoh pada perlawanan Sukan SEA tahun lepas ketika menentang Thailand, pasukan kita dapat menjaringkan gol pada minit-minit akhir sebelum tamat perlawanan dan itu membuktikan kecergasan pemain kita berada pada tahap yang baik kerana pasukan lawan juga amat terkenal dengan kecergasan yang begitu tinggi.

Cuma yang perlu kita beri tumpuan ialah supaya jurang antara pemain yang kurang cergas dengan yang sepenuhnya cergas tidak terlalu jauh.

sumber: utusan.com.my

Wednesday, July 21, 2010

Beijing Guoan 0-3 Malaysia

Malaysia kecewakan Beijing Guoan


KESEBELASAN utama negara yang diturunkan menentang Beijing Guoan Talent FC di Stadium Yishun, Singapura malam tadi. Skuad negara menang 3-0.


SKUAD bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menundukkan kelab dari China, Beijing Guoan Talent FC 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Yishun, Singapura malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama disusuli dua lagi gol pada babak kedua menerusi pasangan kembar, Aidil Zafuan Radzak dan adiknya, Zaquan Adha Radzak.

Hujan yang turun sejurus sebelum perlawanan bermula bagaikan memberi kelebihan buat anak-anak buah K. Rajagobal yang berjaya menguasai babak awal permainan meskipun beraksi di atas padang licin.

Namun, gerakan yang dicetuskan dua jentera tengah, Safiq Rahim dan Amar Rohidan serta larian pantas dua pemain sayap, S. Kunalan dan Ahmad Fakri Saarani belum dapat disudahkan gandingan penyerang, Zaquan Adha Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha.

Gol pertama Malaysia akhirnya menjelma pada minit ke-20 menerusi Norshahrul yang pantas menolak masuk bola muntah daripada dakapan penjaga gol Beijing Guoan, Yan Hai.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah bimbingan Zheng Xiaotian cuba mengimba- ngi permainan tetapi gawang skuad negara yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli serta dibantu empat pertahanan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar terus kebal.

Pada separuh masa kedua, Rajagobal tidak melakukan sebarang pertukaran dan Malaysia hanya memerlukan 30 saat untuk mendapatkan gol kedua menerusi kapten, Aidil yang mudah menanduk masuk bola sepakan sudut daripada Safiq.

Beijing Guoan cuba bangkit tetapi dua percubaan penyerangnya, Gao Teng tidak menemui sasaran. Sebaliknya Malaysia yang berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-63 menerusi Zaquan yang mem- perdayakan penjaga gol lawan sebelum menolak masuk ke pintu gol yang sudah terbuka luas.

sumber: kosmo

Preview of the Malaysia-South Korea friendly match

Posted Imagee



THE mouth-watering friendly match to commemorate the diplomatic ties between Malaysia and South Korea on July 25 will rekindle memories of the fierce rivalry that coloured the domestic scene in the 1970s.
Posted Image


The fixture is a throwback to yesteryear, when the Malaysian team that had names such as Soh Chin Aun and Mokhtar Dahari was on par, if not stronger than South Korea.


Although the Koreans have made greater strides over the years, including appearing in seven successive World Cups since 1986, Malaysia in contrast is working hard to raise their game following a gold medal in the biennial SEA Games in Laos in 2009.


Coach K. Rajagobal will lead his Under-23 team against Hong Myung-bo’s charges at the National Stadium in Bukit Jalil. Kick off is at 5.0pm.


The last time the Koreans visited Kuala Lumpur for a friendly match, Anatoly Byshovets’ Olympic squad lost 2-1 to the Malaysian senior team in the Merdeka Tournament in 1995.


The Koreans are managed by star player-turned-coach, Myung-bo, a potential candidate to replace Huh Jung-moo as the senior team coach.


Myung-bo, a four-time World Cupper and Bronze Ball winner at the 2002 FIFA World Cup, has seen his managerial career continue to rise after leading the Korean Under-20 side to the last eight in the FIFA Under-20 World Championship in Egypt last year.


The result earned him the appointment to the team that will attempt to qualify for the 2012 Summer Olympic Games in London.


Myung-bo is aiming high for the Guangzhou stint as any South Korean athlete who win an Olympic medal or an Asian Games gold medal will be excused from the mandatory national service. If his team wins the Asiad gold, he will have his best available players for the Olympic qualifiers.


Four players from the squad that advanced to the second round of the recently-concluded FIFA World Cup in South Africa are eligible for selection for the qualifiers proper.


They are Bolton Wanderers right winger, Lee Chung Yong, FC Seoul attacker, Lee Seung Yeoul, left-footed Oita Trinita midfielder, Kim Bo Kyung and Celtic midfielder Ki Sung Yueng. However they are not selected for the Malaysian trip.


Myung-bo has named a 20-strong squad and notable among them are two players who featured in Egypt last year – Kim Dong-sub who is on loan from Shimizu S-Pulse to Tokushima Vortis in Japan and Park Hee-sung. Others include goalkeepers Yang Han-bin of Gangwon FC and Lee Bum-soo of Jeonbuk and defender Jung Dong-ho of Yokohama.

Expectations are high that Myung-bo would carry the team to the gold in Asiad. The team's stint in Kuala Lumpur has attracted a group of Pressmen from Seoul.


The possible line-up for Malaysian team will feature keeper Farizal Marlias, attacker Zaquan Adha Abdul Radzak and Khyril Muhymeen Zambri as well as defenders Aidil Zafuan Abdul Radzak and Muslim Ahmad.


Prior to the kick-off, highlights of the evening to commemorate the 50th diplomatic ties, is The Cultural Performances. Spectators are welcome to witness and be entertained with eye-catching Malaysian Cultural Show that will take place at 3.45pm, followed by a colourful Korean Cultural Show and a taekwondo presentation during half time, which will commence approximately at 6.00pm.


Tickets are priced at RM30 for grandstand and RM10 and RM5 for children. Tickets will be on sale on match day beginning 10.0am.


NOTE:


Kindly be informed that there will be two (2) Press Conferences will be held as follows :

1. Press Conference after the Team Managers' meeting:


Date: 24 July 2010

Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Bilik Komanwel

Time: 4.00pm


2. Press Conference after the match:

Date : 25 July 2010

Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Bilik Olimpik

Time: 7.00pm


Media accreditation will be issued following the PC on the 24 July 2010.


sumber : FAM

Sunday, July 18, 2010

Beijing Guoan Talent FC vs Malaysia B-23

Beijing Guoan Talent FC vs Malaysia B-23

Harga tiket:
  • Adult Gallery: SGD$5.00
  • Senior Citizan/Student Gallery: SGD$1.00
  • Pintu Dibuka: 6petang
Perlawanan Persahabatan - Julai 20 2010 (Selasa)

Beijing Guoan Talent FCvMalaysia B-237.45mlm Yishun Stadium, Singapore

Fadhli Ganti Mohd Faizal
Jurulatih Kebangsaan dan B-23 tahun, K. Rajagobal akan memanggil pemain pertahanan Harimau Muda B Mohd Fadhli Mohd Shas bagi menggantikan Mohd Faizal Muhamad yang digugurkan akibat mengalami kecederaan sebagai persiapan menghadapi Korea Selatan B-23.

Saturday, July 17, 2010

Keputusan Liga Perdana 16 Julai

Harimau Muda B

vs

Felda United 1

(Munir Amran (pen) m-65)



Angkatan Tentera 3(ATM)

vs

Polis Diraja 2



MP Muar 2

vs

KL Pos Malaysia 6



Sabah 8

vs

Melaka 2



Sarawak 4

vs

USM FC 2



Shahzan Muda 0

vs

Selangor PKNS 8




FELDA United muncul juara Liga Perdana dengan bergaya selepas menewaskan Harimau Muda B 1-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka malam tadi.

Jaringan penalti Munir Amran pada minit ke-65 apabila Amer Saidin memegang bola dalam petak penalti, memastikan mata penuh untuk anak buah E. Elavarasan mengumpul 49 mata daripada 21 perlawanan, sekali gus mengesahkan kejuaraan dengan baki satu perlawanan.


Friday, July 16, 2010

Malaysia B-23 Lawan Korea Selatan B-23

Pertemuan Malaysia Bawah-23 tahun dan Korea Selatan Bawah-23 diaturkan sempena memperingati ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Bagi skuad kebangsaan perlawanan ini sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2010, di Guangzhou, China.

Pertemuan ini juga membolehkan pasukan bola sepak Korea Selatan menjejak kaki kembali ke Malaysia selepas 16 tahun iaitu kali terakhir pada 1994.

Korea Selatan tidak akan membawa pemain yang terbabit pada Piala Dunia 2010, kerana terikat dengan jadual liga. Senarai lengkap pemain bakal disahkan pada minggu depan.

Sebelum menentang skuad bawah 23 Korea Selatan, Malaysia terlebih dulu akan berdepan Singapura dalam aksi persahabatan, minggu depan.

Tiket mula dijual mulai Julai 16, 2010 (Jumaat) di Wisma FAM atau kaunter tiket perkarangan stadium pada hari perlawanan mulai 10 pagi.

SENARAI PEMAIN

Perlis
1. Mohd Farizal Marlias
2. Amar Rohidan
3. Ahmad Fakri Saarani

Kedah
4. Ahmad Shakir Md Ali
5. Baddrol Bakhtiar
6. Mohamad Azmi Muslim
7. Mohamad Faizal bin Abu Bakar
8. Mohd Khyril Muhymeen
9. Mohd Sabre bin Mat Abu

Selangor
10. Mohd Asraruddin Putra
11. Mohd Nasriq Baharom
12. Safiq Rahim

Negri Sembilan
13. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
14. Mohamad Zaquan Adha Abd Razak
15. Kunalan Subramaniam

Terengganu
16. Mohd Sharbinee Allawee

Kelantan
17. Norshahrul Idlan Talaha
18. Khairul Fahmi Che Mat

Harimau Muda
19. Gary Steven Robbat
20. Gurusamy Govandar Kandasamy
21. Mahalli Jasuli
22. Mohammad Muslim Ahmad
23. Mohd Faizal Muhamad
24. Mohamad Fandi Othman
25. Wan Zack Haikal Wan Noor

JADUAL

1. Latihan Tempatan - 18.07.2010 - Wisma FAM

2. Latihan dan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa - 19.07.2010 – 21.07.2010 - Singapura

3. Latihan Tempatan - 21.07.2010 – 26.07.2010 - Wisma FAM

4. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa - 25.07.2010 - Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Thursday, July 15, 2010

Rajagobal panggil lima senior

HANYA lima pemain lebih umur dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula Ahad ini sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Korea Selatan pada 25 Julai depan.

Menurut senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, lima pemain tersebut ialah Sharbinee Allawee Ramli, Farizal Marlias, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan S. Kunanlan yang kesemuanya berusia 24 tahun.

Baki 20 pemain yang turut dipanggil jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal terdiri daripada pemain-pemain bawah 23 tahun termasuk tujuh pemain Harimau Muda.

Namun beberapa pemain yang dipanggil menjalani latihan dan perlawanan persahabatan bulan lalu tidak dipanggil kali ini iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Ashaari Shamsuddin, Safee Sali, Bunyamin Umar, Muhaimin Omar, Khairul Helmi Johari dan Izzaq Faris Ramlan.

Selepas melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya Ahad ini, semua 25 pemain skuad kebangsaan itu akan berlepas ke Singapura pada Isnin untuk sesi latihan dan perlawanan persahabatan sehingga Rabu depan sebelum kembali ke tanah air bagi menghadapi skuad Olimpik Korea Selatan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan persahabatan bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan sepak mulanya pada pukul 5.15 petang.

"Tiket biasa berharga RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak manakala tiket grandstand berharga RM30. Tiket mula dijual pada pukul 3 petang Jumaat ini (esok) dan seterusnya dari Isnin hingga Jumaat di depan Wisma FAM.

"Pada hari perlawanan, ia akan dijual di kaunter stadium bermula pukul 10 pagi. Perlawanan waktu petang adalah permintaan pasukan lawan yang turut mahu membuat siaran langsung," kata Azzuddin pada sidang media semalam.

Namun menurut Azzuddin, skuad Olimpik Korea Selatan itu tidak akan disertai oleh mana-mana pemain skuad negara tersebut yang beraksi pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini.

Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) semalam turut memaparkan senarai 20 pemain mereka yang bakal terbang ke Kuala Lumpur dengan ia dibarisi kalangan pemain-pemain berusia 19 hingga 21 tahun yang dibimbing jurulatih, Hong Myung-Bo.


malaysia - indonesia 2026???????????

Kita mungkin bida kejohanan 2026

KUALA LUMPUR - Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan cadangan menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia bersama Indonesia.

Semalam, beliau mengumumkan tarikh yang lebih spesifik iaitu kedua-dua negara mungkin menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk kejohanan 2026.

Cadangan beliau ternyata mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan ada juga yang memperlekehkan cadangan tersebut, yang disifatkan hanya 'mimpi' bukannya impian.

Namun, Ahmad Shabery berkata, kejayaan Afrika Selatan menganjurkan Piala Dunia 2010 menjadi inspirasi buat Malaysia dan Indonesia.

''Jika Afrika Selatan mampu menyediakan sebuah pasukan yang kuat untuk Piala Dunia, mengapa tidak kita negara-negara di rantau Asia Tenggara,'' katanya.

Beliau menghadiri Program Titian Muhibbah dan pengenalan Bandung Games 2010 di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng serta delegasi.

Menurut Ahmad Shabery, sekiranya hajat tersebut dapat direalisasikan, ini bermakna Malaysia dan Indonesia mempunyai tempoh 16 tahun untuk mempersiapkan pasukan bola sepak masing-masing.

Jelasnya, tempoh tersebut cukup panjang untuk membuat persiapan, terutamanya membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Piala Dunia.

''Kita mampu membina sebuah pasukan yang kuat. Dengan bajet yang mencukupi, saya yakin kita boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat,'' ujarnya.

Beliau berkata, FIFA juga perlu meluaskan skop penganjuran Piala Dunia seperti di Asia Tenggara dan tidak hanya bertumpu kepada benua yang memiliki pasukan yang kuat dalam sukan itu.

Sementara itu, Dr. Andi yang diajukan soalan sama berkata, sudah tentu tahap permainan pasukan bola sepak kedua-dua negara perlu dipertingkatkan, sebelum bersedia untuk menjadi penganjur Piala Dunia.

''Buat masa ini, tahap permainan bola sepak di rantau ini masih terlalu rendah dan banyak usaha yang perlu dilakukan untuk membangunkan sukan tersebut di Asia Tenggara,'' katanya.

Menurut beliau, perundingan dengan Kerajaan Malaysia juga perlu diadakan bagi mencapai kata sepakat dalam usaha untuk melobi menjadi penganjur Piala Dunia kepada FIFA.

http://utusan.com.my/

Wednesday, July 14, 2010

Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia

Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.

Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus, yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.

"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.

"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini.

Dr Ardi berada di negara ini, sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula Selasa.

Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

FIFA, akan mengumumkan negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pada 10 Dis ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery, bagaimanapun berkata persoalan sekarang ialah bagi membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang boleh memberikan saingan di peringkat antarabangsa.

"Bagaimana untuk membangunkan bola sepak supaya kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) dan pasukan Asia Tenggara dilihat sebagai negara yang dihormati daripada segi kekuatan.

"Sekarang orang melihat negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Kalau Asia pun (mereka lihat pasukan) dari Timur Tengah, Korea Selatan atau Jepun sahaja," katanya.

Justeru, Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan ke arah membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap, beliau mencadangkan agar liga bola sepak di Malaysia dan Indonesia diperluaskan dengan membabitkan penyertaan dari kelab-kelab di kedua-dua negara berkenaan.

Sementara itu, Dr Ardi berkata cadangan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia itu merupakan satu idea yang menarik, namun pasukan-pasukan dari Asia Tenggara perlu mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain.

"Bagi pasukan Indonesia, kita perlu bekerja keras untuk lolos (layak) ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan seterusnya Piala Dunia akan datang.

"Selepas kita berjaya meloloskan (melayakkan) diri ke Piala Dunia, kita akan lihat selepas itu (untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata meja khusus yang akan ditubuhkan kelak, akan turut membincangkan pelbagai isu dan masalah serta program-program melibatkan belia dan sukan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya dalam perbincangan dengan Dr Ardi, beliau juga memberikan komitmen bahawa Malaysia akan menyokong dan mempromosikan Sukan SEA 2011 di Indonesia supaya menjadi temasya yang terbaik.

-- BERNAMA

Monday, July 12, 2010

Mesyuarat LOC menjelang perlawanan Malaysia dan Korea Selatan

MESYUARAT : LOCAL ORGANIZING COMMITTEE (LOC)

TARIKH : 14 JULAI 2010, RABU

MASA : 3 PETANG

TEMPAT : AUDITORIUM FAM, TINGKAT 3


Sehubungan dengan ini Wakil Media adalah di jemput untuk hadir pada sidang akhbar yang akan diadakan sejurus selepas mesyuarat.Mesyuarat akan bermula pada pukul 2.30 petang. Sidang akhbar akan diadakan di Auditorium FAM, Tingkat 3. Pihak FAM memohon disertakan sekali pengesahan kehadiran pada 13 Julai, Selasa sebelum 12 tengahari . Kehadiran Tuan / Puan dari Pihak Media amatlah dialu-alukan dan segala kerjasama yang diberikan oleh Wakil Media amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

FAM..........

Sunday, July 11, 2010

Tam scores in J-League

Tam scores in J-League

By OH ING YEEN
ingyeen@thestar.com.my
Photo by AZMAN GHANI

AS A football player, 15-year-old Tam Sheang Tsung has been looking forward to the World Cup.

Tam goes on record as the first Malaysian to play in the J-League when he joined the Division 2 side Yokohama FC.

Tam, who is currently playing for the Sagan Tosu JC, was at Menara Star recently for an interview. He was accompanied by his mother Ang Hui Chin.

He spoke in Japanese and a smattering of Mandarin, which his mother helped to translate into English.

Posted Image
England supporter : Tam’s dream is to play in the World Cup in the near future.

He was surprised and happy to see the flags of all the participating countries in the ongoing World Cup hanging on the walls and ceiling of The Star’s editorial department. Tam was also pleased to get his hands on a copy of The Star’s World Cup pullout.

“ The World Cup craze in Malaysia is the same as in Japan, ” he said.

He was especially excited when he saw a poster of one of his favourite players Frank Lampard. He is also a fan of Didier Drogba.

“ Lampard has stamina and has a knack for scoring goals while Drogba has good techniques and physical strength and is a good striker.

“ My favourite football club is Chelsea. I support England but I think Brazil may have a shot at winning the World Cup this time around, ” he said, adding that he hopes to play in England.

Tam, who turned 15 last month, has been catching the World Cup action with family and friends.

Although Tam finds the vuvuzela trumpets annoying, he feels that it adds to the atmosphere.

As a footballer Tam said he is more critical when watching the game.

“ I learn a lot about football from him, such as terms like ‘ offside ’, ” said his mother.

Tam was back in Malaysia to attend to family matters. More-over, he was also out of training after sustaining a rib injury during training.

According to Ang,they normally return to Malaysia three or four times a year but this time around they returned after almost a year because of Tam’s busy training schedule.

“ Not much has changed since the last time I was here, but I’ve noticed some positive improvements.

“ I’m looking forward to eating Pan Mee and drinking iced Milo. Milo is not commonly available in the supermarkets in Japan, ” Tam said.

Off the field, Tam likes singing and listening to music, citing Lady Gaga, Taylor Swift and Japanese girl group AKB48 as his favourite stars.

On orders from the doctor to keep away from playing football due to the injury, Tam admitted to have secretly played a game or two.

Because of his passion for the game, football is always on his mind.

When asked if there is anything he would like to do in Malaysia, he said: “ I hope to be able to have a friendly game with Malaysian players of my age group. ” Turning around he assured his mother that he was fit to play despite carrying an injury.

Last weekend, Tam celebrated Father’s Day by going out for a family dinner.

Like all aspiring footballers, Tam’s dream is to play in the World Cup in the near future.

“ I hope to play in the World Cup one day. ”


- The Star -

KEPUTUSAN LIGA SUPER 10 JULAI

SELANGOR 1
(Amirulhadi Zainal m-59)

KELANTAN 1
(Indra Putra Mahayuddin m-64)

JOHOR FC 5

PULAU PINANG 0


KL PLUS 4

JOHOR 0


KUALA LUMPUR 1
PERLIS 1

NEGERI SEMBILAN 2
(Norizam Salaman m-25, 52)

KEDAH 1
(Baddrol Bakhtiar m-70)


T-TEAM 1
PERAK 1

PAHANG 0
TERENGGANU 4


PERTEMBUNGAN dua pasukan teratas – Selangor dan Kelantan – berakhir dengan kedua-dua barisan berkongsi mata dalam persaingan Liga Super di Shah Alam malam tadi.


Dalam pertemuan yang sengit sehingga ke wisel penamat, keputusan seri dianggap adil.

Selepas babak pertama berkesudahan tanpa jaringan, Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-59 menerusi rembatan padu Amirulhadi Zainal. Ia sesuatu yang wajar terutama selepas Selangor mendominasi saingan.

Bagaimanapun jika ia tidak disusuli penyudah tajam, ia tidak membawa hasil. Lima minit kemudian, Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan menerusi tandukan.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, meskipun kurang berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya, menerima hakikat corak permainan menghiburkan sekurang-kurangnya menghiburkan penonton.

Wednesday, July 7, 2010

KEPUTUSAN LIGA SUPER 6 JULAI, 2010


PERAK 1

(Nazri Kamal m-53)

SELANGOR 0

KEDAH 0


KUALA LUMPUR 0

PERLIS 0

KL PLUS 1

(Nizaruddin Yusof m-45)

T-TEAM 6

(Haris Safwan Kamal m-42, 51, 80, 90, Abdul Hadi Yahaya m-67, Harizul Izuan m-77)

PULAU PINANG 1

(Khairul Azri m-81)

JOHOR 2

PAHANG 0

TERENGGANU 4

(K. Rajan m-41, Mazuki Yusof m-45, Manaf Mamat m-78, Ashaari Shamsuddin m-79)

JOHOR FC 0

KELANTAN 1

(Akmal Rizal Rakhli m-65)

NEGERI SEMBILAN 0

ADA yang tewas, ada yang berpesta gol.

Bagi Selangor, rehat panjang seolah-olah meragut rentak pendahulu liga itu yang tewas kepada Perak 1-0 dalam persaingan Liga Super malam tadi ketika Kelantan kian menghimpit di tangga teratas.

Haris Safwan Kamal pula mencipta empat jaringan membantu T-Team membelasah Pulau Pinang 6-1 untuk melonjak ke tangga kelima.

Rekod tanpa kalah Selangor dalam 15 perlawanan lebur di Stadium Perak hasil jaringan tunggal Nazri Kamal.

Nazri, 23, menyumbang gol tunggal hasil jaringan dari sudut sukar apabila lambungannya dari penjuru kanan Perak menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-53.

Di Kota Bharu, jaringan tunggal bekas penyerang Kedah dan Selangor, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, pada minit ke-65 sudah memadai untuk Kelantan menewaskan juara Piala FA, Negeri Sembilan, untuk memastikan anak buah B. Sathianathan memungut tiga mata.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan merapatkan jurang kepada lima mata di belakang Selangor.

Di Alor Star, Kedah terikat tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur manakala T-Team berpesta gol dengan membelasah Pulau Pinang 6-1 hasil jaringan Haris pada minit ke-42, 51, 80 dan 90. Dua lagi gol T-Team disumbang Abdul Hadi Yahya pada minit ke-67 dan Harizul Izuan pada minit ke-77.

Johor membenam Pahang 2-0 manakala Terengganu membelasah Johor FC 4-0.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails