Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, July 26, 2010

Jangan cepat puas hati - Rajagobal

Posted Image
Posted Image







"SKUAD Malaysia begitu bersemangat untuk mencipta kemenangan dan sebab itulah mereka menang. Itu sahaja yang boleh saya katakan."

Demikian alasan jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Hong Myung-bo pada sidang media selepas tewas 0-1 kepada skuad keMalaysia pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Jurulatih negara, K.Rajagobal tidak mahu para pemain terlalu cepat dibuai mimpi indah, hanya disebabkan kita mengejutkan skuad Bawah 23 Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan, semalam.

Menurutnya, adalah satu perkara yang kurang bijak jika mahu menilai hanya berdasarkan satu perlawanan, kerana apa yang dimahukan ialah aksi konsisten di peringkat antarabangsa terutamanya Sukan Asia, Guangzhou pada Oktober ini.

''Memang benar kita menang, namun ini hanya satu daripada perlawanan persahabatan dan para pemain tidak boleh cepat rasa berpuas hati.

''Apa yang penting selepas ini saya harapkan para pemain mempunyai keyakinan tambahan menentang pasukan-pasukan lain selepas mengatasi Korea," katanya.

Selain itu, Rajagobal menganggap para pemain berhak menang, kerana menampilkan persembahan bersemangat dan berkeinginan untuk menang.

''Walaupun mungkin pasukan berstatus kelab atau universiti, Korea tetap Korea dan kami tetap menang ke atas pasukan yang bernama Korea Selatan.

Malaysia yang dibarisi pemain B-23 kecuali tiga pemain lebih umur, Sharbinee Allawee Ramli, S. Kunalan dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengimbangi kekuatan lawan yang dibarisi pemain B-21 pada separuh masa pertama.

Seawal minit keempat, Malaysia sudah menguji gawang Korea Selatan tetapi percubaan Nor- shahrul hasil hantaran Zaquan Adha Radzak dari sebelah kanan sedikit sipi.

Gawang Malaysia cemas seketika pada minit ke-10 apabila tandukan penyerang Korea Sela- tan, Park Hee-seong berpunca daripada sepakan sudut berjaya menggegarkan palang gol ketika Sharbinee sudah tertewas.

Selang dua minit kemudian, Malaysia sekali lagi mengancam, kali ini menerusi pemain sayap kanan, Ahmad Fakri Saarani yang memperdayakan seorang pertahanan Korea Selatan sebe- lum rembatannya tepat ke daka- pan Lee Bum-soo.

Selepas aksi rancak pada awal permainan itu, kedua-dua pasukan sekadar bertukar serangan tanpa sebarang gerakan bahaya untuk menghasilkan gol.

Namun pada minit ke-40, Korea Selatan hampir memecah kebuntuan tetapi sepakan percuma pemain pertahanan, Park Hyung -Jin sekadar menggegar palang.

Sebaik babak kedua bermula, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak melakukan sebarang pertukaran dan Malaysia hanya memerlukan lima minit untuk mendahului lawan.


Gol pertama Malaysia diperoleh pada minit ke-50 menerusi rembatan Safiq selepas sepakan percuma yang diambilnya sebelum itu gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Korea Selatan.

Korea Selatan yang seakan tersentak dengan jaringan itu mula bangkit mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi kekebalan benteng pertaha- nan yang diterajui ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar.

Rajagobal melakukan enam pertukaran dengan memasukkan Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri, Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md. Ali dan Azmi Muslim menggantikan Norshahrul, Fakri, Nasriq, Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Asraruddin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails