Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, April 29, 2011

Pemain import kembali, seorang mesti dari rantau ASEAN

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


PETALING JAYA - Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan, menurut kaca mata Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL), semalam.

Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA).

Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.

Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Kami melihat kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan.

"Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka," katanya yang juga Timbalan Presiden FAM selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, katanya: "Kita perlukan kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.

"Geran penajaan tahunan kepada setiap pasukan atau persatuan negeri pula dicadangkan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kerana kita tidak mahu lagi pihak ini menganggap mereka sudah dijamin wang yang mudah atau seperti mendapat 'derma' hasil tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Skalanya kepada setiap penerima mesti berbeza atau dengan kriteria dan tanda aras tertentu namun mulai musim depan, pasukan tuan rumah yang perlawanannya disiarkan secara langsung menerusi TV juga bakal menikmati yuran kemunculan sebanyak RM30,000 sebagai geran bantuan tambahan daripada MSL," jelasnya.

Berhubung peralihan tugas menguruskan liga dan pasukan daripada FAM dan FA negeri termasuk tanpa melibatkan jawatankuasa pertandingan tempatan lagi, katanya: "Ia adalah untuk mendapat pengiktirafan liga profesional sepenuhnya daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus melayakkan kita bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL).

sumber: Utusan

Friday, April 22, 2011

Perlawanan Skuad HARIMAU MALAYA akan datang

Skuad HMA akan menentang Skuad Olimpik Qatar di Doha pada 13 Jun 2011. Iaitu persediaan sebelum menentang Lubnan pada perlawanan kelayakan Olimpik zon asia. Menggunakan format timbal balik.


Skuad Senior Malaysia pula akan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini perlawanan ini akan berlangsung di sana.


Perlawanan menentang Hong Kong merupakan persediaan skuad k.rajagopal sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia  2014 menentang Taiwan yang juga akan menggunakan format timbal balik.


Pada bulan julai 2011 juga skuad malaysia akan menerima kunjungan 3 kelab EPL: CHELSEA, LIVERPOOL dan ARSENAL. 



Jangan jadi macam ini sudahla....


Harap-harap penyokong-penyokong malaysia akan memakai jersi kebanggaan kita apabila Malaysia menentang kelab EPL julai ini.....jangan malu PAKAI jersi malaysia...

Monday, April 18, 2011

Perlawanan Persahabatan HMA Sebelum Kelayakan Olimpik pusingan ke-2

Pasukan Olimpik Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Olimpik Qatar di Doha pada 13 Jun 2011.

Maklumat perlawanan persahabatan tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh:    13 Jun 2011
Masa :    7.15 malam
Tempat:  Stadium Al Saad Sports Club, Doha

Pasukan Olimpik Malaysia akan meneruskan latihan di Doha sehingga 17 Jun sebelum bertolak ke Beirut untuk perlawanan pertama pusingan ke-2 Kelayakkan Olimpik Zon Asia menentang Lubnan pada 19 Jun di Lubnan.

Sunday, April 17, 2011

Keputusan Perlawanan Liga Super 16 April 2011

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super pada hari Sabtu 16 April 2011

FT Liga Super:

KL 3 - 1 T-Team, 
Selangor 1 - 0 Perak
Kedah 1 - 0 Phg
Johor FC 0 - 1 Harimau Muda
Perlis 3 - 2 N9



Semalam Terengganu 1-0 KL Felda United....

Thursday, April 14, 2011

Malaysia di tangga ke-144 FIFA



Image © AFP
Malaysia perlu mengambil peluang aksi kelayakan Piala Dunia untuk memperbaiki ranking FIFA. Pemain Mohammad Safee Mohammad Sali (kanan), Safiq Rahim (kiri) dan Ahmad Fakri Saarani meraikan gol pertama skuad Malaysia, ketika menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 9 Disember 2010. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia tergelincir ke tangga 144 ranking yang dikeluarkan FIFA hari ini iaitu jatuh enam anak tangga berbanding kedudukan Mac lalu.

Aksi terakhir perlawanan antarabangsa Kelas A membabitkan Harimau Malaya adalah dengan Hong Kong pada Februari lalu untuk mengumpul 144 mata.

Lawan serantau iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura turut mengalami penurunan.

Thailand berada di kedudukan ke-120 dan Indonesia ke-130 sementara Singapura berada di bawah satu anak tangga dengan Malaysia dengan perbezaan empat mata.

Sepanyol kekal sebagai kuasa bola sepak terulung diikuti finalis Piala Dunia, Belanda. Brazil pula memanjat dua anak tangga untuk berada di tempat ketiga manakala Itali kembali dalam kelompok 10 terbaik.


Sunday, April 10, 2011

SULTAN AHMAD SHAH IS AFF PRESIDENT


SULTAN AHMAD SHAH IS AFF PRESIDENT

BANGKOK (10 April 2011) – HRH Sultan Haji Ahmad Shah is the new
President of the Asean Football Federation (AFF) after he won the post
uncontested during the regional body’s 18th Congress held at a leading
hotel here today. 

FA of Thailand President, Dato’ Worawi Makudi, who is also a FIFA Exco member, decided to withdraw from contesting the top post today.
HRH Sultan Ahmad, a former AFC President and current President of the
FA of Malaysia, replaces long-serving Tan Sri Dato’ Seri Tengku Ahmad
Rithauddeen Al-Haj Tengku Ismail, who decided not to seek re-election
this year.

Tengku Ahmad has been AFF President since 1996 (when the AFF was
revived) and has played a major part in AFF’s tremendous success over
the years which includes the hosting of the immensely popular regional
football tournament now known as the AFF Suzuki Cup.

In his inauguration speech today, HRH Sultan Ahmad thanked Tengku
Ahmad Rithaudeen for his leadership. “I hope to lead the management
team to further enhance the solidarity and level of Asean football. It
is indeed fitting for all of us to render our appreciation to Tengku
Tan Sri Ahmad Rithauddeen who served as president for five terms since
1996.

HRH Sultan Ahmad went on to comment:” I urge all members of the AFF to
maintain and enhance the strong sustainable solidarity that has been
well established. Only with a strong foundation can we further enhance
the capacity, quality and capability of football.

During the Congress, three new Vice-Presidents were voted in. They
were Brig Gen Khiev Sameth from Cambodia, Francisco Kabualdi Lay from
Timor Leste and Viphet Sihachakr from Laos. Pengiran Matusin Matasan
from Brunei and Ravy Khek did not seek re-election.

Duong Vu Lam from Vietnam retained his vice-presidency.
Prior to the elections today, members attending the Congress had
agreed to consider a rotation format for future elections. The details
and implementation are to be discussed by the new AFF Council.

Tengku Ahmad, in his parting words, thanked the members for their
support over the years. “I have enjoyed working with all of you and
wish the new office bearers the very best.” He was later appointed the
Honorary President of the AFF.

Earlier this morning, HRH Prince Ali bin Al Hussein, FIFA
Vice-President, addressed the Congress and expressed his desire to
work closely with the AFF and to protect the members’ interests.

“As your representative in FIFA, I am ready to work with you and I promise
to uphold your rights and challenge those who don’t.”

Just before the first AFF Council Meeting for session 2011/2015
concluded, the members of the Council were given a presentation by the
ASEAN secretariat on the possibility of hosting the 2030 World Cup.

Malaysian Youth and Sports Minister, Datuk Razali Ibrahim, led the
delegation which made the presentation to the AFF Council. HRH Sultan
Ahmad later proposed that a committee was formed by the AFF to look
into the bid proposal and work closely with the ASEAN secretariat.

Keputusan Liga Super 9 april 2011

(Bernama) - Kelantan berjaya merampas kembali kedudukan teratas liga Super setelah berjaya membelasah Felda United 6-0 pada perlawanan Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu.
Hasil tiga mata penuh itu membolehkan berkongsi 20 mata bersama Selangor tetapi melonjakan diri kedudukan teratas dengan kelebihan kiraan gol.
Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi Mohd Shakir Shaari dan Nurshahrul Idlan Talaha menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-40 untuk kedudukan 2-0 pada separuh masa.
Pada babak kedua perlawanan, pasukan bimbingan Datuk M. Karathu, semakin garang dengan menambah empat lagi gol menerusi Mohd Nizad Ayub pada minit ke 60, Mohd Rizad Ayub (71), Danial Fadzley (82) dan Mohd Azuan Solahudin pada minit
ke-89.
Di Stadium Shah Alam, hasrat Selangor untuk melebarkan pungutan mata di persada liga lebur apabila tumpas 0-2 kepada T-Team.
Pasukan T-Team berjaya mengikat Selangor pada babak pertama sebelum kembali dengan lebih bersemangat pada babak kedua untuk menghasilkan gol menerusi tandukan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-50 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-84.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mencapai kemenangan kedua dalam liga selepas mengejutkan Perak 2-1.
Perak, yang menduduki tangga ketiga dengan 19 mata, memperoleh gol pembukaan pada minit ke-16, hasil sepakan kencang Mohd Shafiq Jamal.
Tertekan dengan kedudukan tersebut, Sabah kemudian bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi hasil jaringan Zuraindey Jumai pada minit ke-48 dan Leopold Alfonso Otong menjadi wira Sabah dengan gol kemenangan pada minit ke-62.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu berjaya tumpaskan Harimau Muda A 3-1.
Pada babak pertama perlawanan, Harimau Muda A terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Syahrul Azwari Ibrahim.
Terengganu kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-17.
Dua lagi gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit ke-35 dan Ismail Faruqi Asha'ri pada minit ke-63.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras,  Kuala Lumpur dan Pahang seri tanpa jaringan manakala keputusan sama dicatatkan antara Johor FC dan Negeri Sembilan di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Saturday, April 9, 2011

Web baru FAM

http://www.famalaysia.org.my/site/
inilah laman web baru FAM....harap2 FAM selalu update laman web baru ni...

Sunday, April 3, 2011

Keputusan Liga Super 2 april 2011

KUALA LUMPUR 0-1 KEDAH
NEGERI SEMBILAN 1-1 TERENGGANU
PERAK 1-0 FELDA UNITED
PERLIS 2-2 JOHOR FC
SELANGOR 2-0 PAHANG
T-TEAM 3-0 SABAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails