Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, April 30, 2010

Cardiff city plan far east pre season tour

CARDIFF City are set for a ground-breaking pre-season tour to the Far East to prepare for what they hope will be a 2010-11 season in the Premier League.

The Echo understands a deal is being done for Dave Jones to take his Bluebirds to Malaysia for two matches in the summer. They will follow in the footsteps of Manchester United by playing a Malaysian XI at the 90,000-capacity Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur.

Ryan Giggs and the rest of Sir Alex Ferguson’s superstars played at the stadium on a Far East tour as they sold the brand name of Manchester United.

However, a proposed Malaysia versus Real Madrid match this summer has been called off, leaving local organisers free to pencil in a match against the Bluebirds.

The deal to go to Malaysia is part of the ambitious plans for Dato Chan Tien Ghee and his consortium to take over the club.

He is hoping to complete a £6m investment which would enable the Bluebirds to head off a winding up order over a £1.9m tax bill which is due to be heard in the High Court next week.

A second match is planned for Jones’ men on tour, as well as a game at home against a European side... and that will form the bulk of City’s pre-season preparations.

The proposal is for City to fly out in mid-July and return a couple of weeks after. But exact dates cannot be set until Cardiff know whether or not they are in the Premier League, which starts a week after the Championship.

Jones has already been assured by Dato Chan he will continue as City manager next season, in the event of a takeover. The Malaysian pledge comes whether City are promoted or not.

Thursday, April 29, 2010

Kerja keras untuk ke Piala Dunia

Selagi bekerja keras dan sentiasa berprestasi konsisten, tidak mustahil kemaraan skuad negara ke pusingan akhir Piala Dunia dapat disaksikan beberapa tahun lagi.

Penyerang legenda Kelayakan Olimpik 1980, James Wong percaya Malaysia kini mampu memasang semula impian ke sana selepas anak buah K. Rajagobal mengakhiri kemarau emas 20 tahun pada Sukan SEA Laos, tahun lalu.

"Memang banyak rintangan dan perlu diingat menjadi juara Sukan SEA, tidak bererti anda sudah boleh berpuas hati. Bagaimana Sukan Asia, kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia?

"Saya melihat ada sedikit harapan untuk kita ke Piala Dunia (selepas menang emas Sukan SEA)," kata 'King James', penjaring gol kemenangan ke atas Korea Selatan yang melayakkan Malaysia ke Olimpik Moscow 1980.

Katanya, masih ada juga ciri lain yang perlu dimiliki sebuah pasukan yang berjaya seperti tempoh gandingan dan keserasian, sikap pemain apabila menyarung jersi negara dan semangat pantang menyerah di gelanggang.

Dia yang bagaimanapun pernah gagal dalam dua kelayakan Piala Dunia 1977 dan 1981 di Singapura dan Kuwait, ditemui pada majlis pengenalan produk telekomunikasi Piala Dunia Maxis di sini, semalam.

Bek tengah kelayakan Olimpik 1980, Santokh Singh turut sependapat James yang menyarankan supaya gandingan pemain negara sekarang dikekalkan dalam tempoh yang agak lama seperti mana skuad mereka ketika itu.

"Jangan asyik tukar pemain jika kalah. Untuk memantapkan sesebuah pasukan, kadang-kadang perlukan gandingan pemain sama sehingga lapan tahun,'' katanya.

Gandingan James, Hassan Sani berkata, pemain kebangsaan perlu memiliki sikap membuat kerja tambahan selain latihan harian.

"Dipilih mewakili negara mesti jadi kebanggaan seseorang pemain. Jangan mudah putus asa walaupun sentiasa diletakkan di bangku simpanan dan jangan sesekali fikirkan ganjaran apabila bermain," katanya.


Wednesday, April 28, 2010

Liga M perlukan tenaga import

Liga M perlukan tenaga import

Bukan sekadar meningkatkan semula keghai- rahan penonton ke stadium, kehadiran pemain import dilihat penting bagi memartabatkan taraf Liga M di peringkat Asia terutama apabila wakil kelab dari Malaysia beraksi pada Piala AFC.

Kepentingan pemain import bagi saingan kelas dua Asia itu diakui sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas melihat skuad Gergasi Merah itu terkandas seawal peringkat kumpulan pada Piala AFC 2010.

"Selangor pernah beraksi pada Piala AFC 2006 dan ketika itu kami memiliki pemain import seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan Brian Fuentes. Kami mara hingga suku akhir sebelum tewas kepada Al-Nejmeh dari Lebanon.

"Musim ini, Selangor kembali beraksi dan sudah tentu kali ini ketiadaan pemain import telah memberi kesan kepada kami untuk mara lebih jauh.

"Tetapi perlu diingat, keputusan untuk tidak menggunakan pemain import dalam Liga M telah diterima majoriti Majlis FAM dan ia tidak boleh dijadikan alasan apabila kami kalah teruk kepada Sriwijaya (6-1) dan Binh Duong (4-0).

"Saya akui pemain import memang memberi satu kuasa tambahan kepada pasukan apabila bersaing dalam Piala AFC. Kita telah mencuba yang terbaik dan inilah keputusannya," kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.

Selangor gagal ke pusingan kedua Piala AFC 2010 apabila hanya mengumpul empat mata selepas menang sekali, seri sekali dan tewas tiga kali dalam saingan Kumpulan F yang akan ber- akhir dengan aksi bertemu Sriwijaya FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Ditanya adakah Selangor akan menyertai Piala AFC 2011 jika mereka layak selaku juara Liga Super musim ini, Hamidin menjawab ringkas: "Kita tunggu dulu keputusan pada Kongres FAM (Julai depan). Selepas itu barulah kita akan buat keputusan."

Kapten Sriwijaya FC, Keith Gumbs yang ber- asal dari Saint Kitts & Nevis turut sependapat dengan Hamidin tentang kepentingan tenaga import dalam sesebuah pasukan yang beraksi di pentas Asia.

"Secara jujurnya, pemain import banyak membantu pasukan. Memang saya lihat Sela- ngor memiliki pemain tempatan yang bagus tetapi kehadiran pemain import tetap diperlu- kan untuk memperkuatkan lagi pasukan," kata bekas penyerang import Sabah itu.

Pemain pertahanan Selangor, Razman Roslan yang bakal menggalas tugas kapten malam ini pula berkata: "Beraksi menentang lawan yang dibarisi pemain import merupakan pengalaman berharga buat kami pemain tempatan. Kami sudah berikan yang terbaik setakat ini."

Berhubung perlawanan malam ini, jurulatih Selangor, K. Devan memberitahu, mereka akan sedaya upaya untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri meskipun sudah tidak layak ke pusingan kedua.

"Kami tetap serius menghadapi perlawanan ini. Hamsani Ahmad akan kembali menjaga gawang tetapi Khairul Anuar Baharom masih digantung perlawanan manakala Amri Yahyah masih cedera," ujar Devan.

Jurulatih Sriwijaya FC, Rachmat Darmawan pula berkata: "Walaupun sudah layak, kami masih bermotivasi untuk perlawanan ini. Seri atau menang 1-0 sudah memadai kerana kami beraksi di tempat lawan.

salah siapa.............

Monday, April 26, 2010

Undian kejohanan AFF Piala Suzuki 2010

Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010

Undian kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada bulan Julai 2010 nanti.

Vietnam dan Indonesia adalah tuanrumah bersama manakala pusingan kelayakan akan diadakan di Laos mulai Oktober 16-26.

Laos, Kamboja, Brunei, Timor Leste dan Filipina akan bersaing merebut dua tempat pada pusingan kelayakan itu.

Dua pasukan dari pusingan kelayakan, itu akan menyertai Vietnam (Juara Bertahan), Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Singapura di kejohanan sebenar yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pasukan dari Kumpulan A akan bermain pada Disember 1, 4 dan 7 manakala Kumpulan B akan berlansung pada Disember 2, 5 dan 8.

Perlawanan separuh akhir pertama pada Disember 15 dan 16 dan perlawanan kedua berlangsung pada Disember 18 dan 19.

Perlawanan akhir secara timbal balik pada pada Disember 26 dan 29.

Lučenec 0-1 Harimau Muda A

Lučenec - Malaysia U21

Kemenangan Harimau Muda A yang ke-2.

WALAUPUN berbekal 14 pemain cergas sahaja, ia tidak menghalang Harimau Muda untuk merakamkan kemenangan kedua di bumi Slovakia, kali ini 1-0 ke atas FK LAFC Lucenec di Lucenec, kelmarin.

Harimau Muda yang disentak dengan berita kehilangan dua penjaga gol mereka menjelang perlawanan, meninggalkan hanya K Sasikumar sebagai pilihan tunggal di gawang, menampilkan persembahan bersemangat dengan Mohd Affize Faisal Mamat menolak masuk hantaran lintang daripada Muhammad Rafiuddin Roddin pada minit ke-61 untuk jaringan tunggal perlawanan.

Walaupun hampir separuh skuad dilanda kecederaan, ia tidak mematahkan semangat pasukan. Mereka menunjukkan semangat berjuang tinggi untuk meraih kemenangan kedua dalam liga,” kata pengendali, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Sebelum ini, Harimau Muda meraih kemenangan pertama mereka dalam perlawanan kelima, menentang MFK Dolny Kubin 3-2



http://www.profutbal.sk/ligy/svk2/index.php?zapas=25187

http://www.profutbal.sk/ligy/svk2/?id=91903&forum=one&prispevok=540280

Sunday, April 25, 2010

keputusan TM Liga Super 2010 (24 April 2010)

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bola sepak TM Liga Super 2010 (24 April 2010) . Semua perlawanan sudah pun tamat.



SELANGOR 3 - 0 T-TEAM

KUALA LUMPUR 2 - 1 PERAK

KL PLUS 0 - 3 KELANTAN

PAHANG 2 - 1 KEDAH

TERENGGANU 4 - 0 PERLIS

JOHOR FC 3 - 0 JOHOR


Selangor mengukuhkan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila menewaskan T-Team 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dua gol Selangor dijaring oleh penyerangnya, Mohd Safee Sali pada minit ke-43 dan 51 setelah Mohd Bunyamin Omar meledak gol pembukaan untuk tuan rumah pada minit ke-34.

Skuad bimbingan K.Devan itu kini mengumpul 29 mata diekori rapat oleh Terengganu (26 mata), Kelantan (25 mata) dan Johor FC (25 mata) yang turut mencatat kemenangan untuk meraih tiga mata penuh.

Terengganu yang membelasah Johor 6-3 pada Selasa lepas terus mengganas apabila menumpaskan Perlis 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Abdul Manaf Mamat menjaringkan dua gol pada minit ke-15 dan 58 manakala Joseph Klang Tie serta Mohd Ashaari Shamsuddin masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-32 dan 36.

Satu lagi pasukan dari pantai timur, Kelantan turut mempamerkan kehebatan apabila menewaskan KL PLus 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya untuk kekal menduduki tangga ketiga liga.

Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan dua gol pada minit ke-27 dan 39 sebelum Hairuddin Omar melengkapkan gol ketiga pelawat pada minit ke-75.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah iaitu Johor FC memenangi pertarungan adik-beradik apabila menewaskan Johor 3-0 untuk menduduki tempat keempat liga dengan 25 mata, namun dibezakan jaringan dengan Kelantan.

Naib juara Piala FA awal bulan ini, Kedah terus mempamerkan aksi tidak konsisten apabila tewas 2-1 kepada Pahang di Stadium Darulmakmur di Kuantan walaupun membuka jaringan awal melalui Baddrol Bakhtiar pada minit ke-12.

Anak-anak buah jurulatih Ahmad Yusof gagal bertahan apabila Azamuddin Mohd Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-49 dan Shahrizan Mohd Salleh meledak dengan gol kemenangan pada minit ke-81.

Saturday, April 24, 2010

Skuad K. Rajagobal cadang ke Eropah

http://images.the-afc.com/afc/coaches/r/k.rajagopal_mas_head_coach.jpg

Berlatih di kelab Liga Perdana Inggeris, Turki sebelum ke Sukan Asia

SKUAD emas K Rajagobal dijanjikan tempoh persediaan menyeluruh dan banyak perlawanan persahabatan dalam usaha memastikan pasukan kebangsaan bersedia menghadapi dua tugasan utama penghujung tahun ini.

Berada di atas senarai adalah kunjungan berprestij kelab Liga Perdana Inggeris selepas Piala Dunia 2010, yang menyusul selepas kem latihan di Turki pada Jun ini dan beberapa perlawanan persahabatan kelas A, sebelum turun menghadapi Sukan Asia pada November selain jiran serantau di Piala AFF, pada Disember.

“Memang kami berusaha dan sentiasa berbincang bagi mendapatkan lawan untuk skuad negara. Beberapa perlawanan kini diatur, (antaranya) dengan kelab EPL di Kuala Lumpur.

“Kami juga dalam perbincangan mengadakan perlawanan antarabangsa bertaraf A dengan satu pasukan Afrika, Timur Tengah dan pasukan Bawah 23 Asia Timur akhir Julai ini.

"Selain dua perlawanan tersebut FAM juga bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Liga Perdana England (EPL) yang dijangka dalam bulan Ogos.

Antara rancangan menarik FAM adalah untuk menghantar pasukan bimbingan K. Rajagobal ini menjalani latihan di Turki pada Jun depan.

Skuad kebangsaan akan ke Antalya, Turki selama 15 hari sebagai pendedahan dan kami sedang merancang perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan mereka,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM semalam.

Jika semua perancangan menjadi kenyataan, Rajagobal mampu menarik nafas lega selepas dilihat tidak memiliki tempoh persiapan mencukupi dengan skuad kebangsaan hanya berkumpul pada minggu kedua Jun, berikutan jadual liga domestik yang padat.

Jelasnya, pendedahan ini memang amat penting sekali buat pasukan Rajagobal bagi memastikan pemain memperoleh pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa sebelum menyertai beberapa kejohanan besar tahun ini.

Sementara itu, katanya, FAM mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kes seorang pemain Terengganu yang ditahan polis didakwa terbabit pengambilan pil kuda sewaktu serbuan di sebuah hotel selepas separuh akhir kedua Piala FA menentang Kedah.

“Persatuan bola sepak negeri sudah menggantungnya. Kini kami menunggu pengesahan ahli kimia. Saya tidak dapat membuat penilaian sebelum kesnya dibawa ke Lembaga Disiplin. Dan dalam kes dadah, pemain yang didapati bersalah akan digantung dua tahun,” katanya.

Keputusan Liga Super/Liga Perdana 23 April 2010

Keputusan Liga Super/Liga Perdana 23 April 2010

Negeri Sembilan menewaskan Pulau Pinang 4-0 untuk kembali semula ke landasan kemenangan dalam Liga Super manakala Harimau Muda B mencatat jumlah jaringan yang sama ketika menumpaskan Shahzan Muda dalam Liga Perdana.


Selepas tewas kepada Kelantan di tempat sendiri Zaquan Adha Abdul Radzak menyuluh laluan dengan dua gol, dibantu jaringan Idris Karim dan Shahurain Abu Samah.

Dalam Liga Perdana, pasukan kendalian Ong Kim Swee, Harimau Muda B, mencatat kemenangan bergaya menerusi jaringan D. Saarvindran seawal minit pertama, disusuli gol Wan Zaharulnizam pada minit ke-66 dan dua lagi gol Muhammad Ferris Danial pada minit ke-80 dan 81.

MP Muar pula tewas 1-0 kepada pendahulu liga Felda United manakala Sabah mengatasi Polis 3-1. Sarawak menumpaskan Pos Malaysia 3-1 dan USM FC diikat 2-2 oleh Melaka.

Pertemuan menarik di antara Angkatan Tentera Malaysia dan PKNS berkesudahan seri tanpa jaringan.

Friday, April 23, 2010

Malaysia, Real Madrid berentap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvrd8C1pugkdhwfKxYNg4d19BLDU62alcVTI9w_Qt5yrr7alVDxll2bncsRR7lEl6fPBgxhPwLeU4Ogj5dK-EICMxyrqRkYQb1DVhNZmr0dB3bQ5aUOBiOdIoTO01fLC0B14Fw1WwnRAk/s1600/RMvsMY.jpg

http://notakosong.com/wp-content/uploads/2010/04/3906043079_a9ffe85f54.jpg

Agak-agak kalau dua pasukan bola sepak ni berlawan nanti siapa yang menang? Kalau dulu Manchester United datang, Manchester United menang tipis 3-2 ke atas pasukan kebangsaan Malaysia, agaknya berapa keputusan Real Madrid vs Malaysia?
Peluang peminat tempatan saksi kelibat bintang dunia Ronaldo, Kaka


BAYANGKAN bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema dan Xabi Alonso beradu kekuatan dengan skuad negara di depan khalayak ribuan peminat tempatan yang memenuhi segenap pelosok stadium untuk melihat wira mereka yang sebelum ini disaksikan di kaca televisyen sahaja.

Ia kelihatan seperti fantasi semata-mata, namun mendekati realiti seandainya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak penganjur berjaya dalam misi membawa gergasi Sepanyol dan rekod sembilan kali juara Eropah, Real Madrid ke tanah air bagi perlawanan persahabatan berprestij jelajah pra-musim. Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka, Datuk Mohd Said Yusof mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan FAM dan penganjur untuk membawa Los Galacticos ke Stadium Bukit Jalil selepas Piala Dunia yang berakhir pada Julai.

“Saya sekarang menunggu pengesahan daripada pihak FAM mengenai usaha untuk membawa Real Madrid ke Malaysia. Jika menjadi kenyataan, mereka akan tiba selepas Piala Dunia untuk menentang Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Usaha mendapatkan gambaran jelas mengenai kunjungan ini menemui kebuntuan ketika FAM dan penganjur belum bersedia mendedahkan perancangan mereka.

Namun, kehadiran Real Madrid pasti akan mencetus keghairahan baru peminat tempatan yang sebelum ini disajikan dengan aksi pasukan Inggeris seperti Manchester United yang tiba tahun lalu, Chelsea dan Arsenal.

Jelajah pra-musim sentiasa dimanfaatkan Real Madrid dengan kunjungan ke Asia dalam usaha mempromosikan kelab itu kepada khalayak lebih luas, namun kelab terkaya dunia itu belum pernah menjadikan Malaysia sebagai hentian mereka

Penyokong atau pembunuh?


Al-Fatihah buat Pak Omar yang berasal dari Palong. Arwah menyokong hingga ke hujung nyawa. Meninggal dunia akibat serangan jantung dek mercun ketika perlawanan Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Takziah kepada keluarganya. Bagi semua penyokong bola sepak Malaysia, usahlah bawa mercun ke stadium. Hormatilah orang lain yang mahu menikmati dan menonton bola sepak. Bagus juga jika anda tidak merokok. Hormatilah orang sebelah anda yang bawa keluarga dan anak kecil. Dalam pada itu, kelab penyokong NS9 menyediakan tabung derma buat keluarga Arwah.

Memetik kata orang kuat RTM, Wan Alimi Mahmood, dalam dinding facebook penerbit Sukan@1, Effa Dian Ali: "Pembakar/pembaling mercun tu... dgn siapa dia nak minta maaf... akibat perbuatannya, satu nyawa melayang... meskipun ajal maut perkiraan Allah... tapi kita yg hiduplah penyebabnya... mereka yg terlibat dgn pembakaran mercun ni... tidak keterlaluan kita anggap sebagai "PEMBUNUH" dlm kes ini... Takziah untuk keluarga Allahyarham"

http://rizalhashim.blogspot.com/

Binh Duong 4 Selangor 0

SELANGOR gagal melangkah ke pusingan kalah mati Piala AFC 2010 setelah mereka tewas 0-4 kepada Binh Duong FC pada aksi kelima Kumpulan F di Ho Chi Minh, Vietnam malam tadi.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan, Selangor yang kini di tangga ketiga dengan empat mata sudah tidak mampu memintas Sriwijaya FC dan Binh Duong FC yang telah pun mengumpul 10 mata.

Turun tanpa Amri Yahyah dan penjaga gol utama, Hamsani Ahmad yang cedera serta dua tonggak pertahanan, Khairul Anuar Baharum dan Nasriq Baharom yang digantung perlawanan, Selangor diasak sepanjang babak awal permainan.

Binh Duong FC memperolehi deretan peluang keemasan namun buntu untuk menembusi gawang Selangor sama ada percubaan mereka sedikit tersasar atau pun diselamatkan penjaga gol, Iqbal Suhaimi yang beraksi cemerlang.

Selangor pula yang agak sukar menembusi kubu Binh Duong mendapat satu peluang terbaik tetapi Safee Sali ketika situasi satu lawan satu dengan Nguyen The Anh pada minit ke-26 memilih untuk merembat tepat ke arah penjaga gol tuan rumah itu.

Gawang Selangor sebaliknya bocor juga pada minit ke-28 setelah penyerang Binh Duong FC, Kesley Huynh Alves memanfaatkan kelalaian pertahanan Selangor, Bunyamin Umar untuk gol pertama pasukan tuan rumah.

Biarpun Binh Duong terus mengasak selepas itu, kedudukan 1-0 kekal sehingga waktu rehat.

Babak kedua bermula, Selangor dilihat terus gagal menyaingi kehebatan pasukan tuan rumah yang membariskan tiga pemain import serta Kesley yang telah diberi kerakyatan Vietnam.

Kesley yang berasal dari Brazil menghadiahkan gol kedua Binh Duong FC pada minit ke-62 setelah melakukan gerakan solo yang melepasi kawalan beberapa pemain pertahanan Selangor sebelum dia melepaskan satu rembatan cantik menewaskan Iqbal.

Ketika Selangor cuba bangkit daripada ketinggalan dua gol, Binh Duong berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma Nguyen Vu Phong dari sebelah kiri pada minit ke-68.

Ketinggalan tiga gol, jurulatih Selangor, K. Devan terpaksa membawa masuk tiga tenaga baru.

Asraruddin Putra Omar menggantikan Bunyamin Umar pada minit ke-70 diikuti Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Razman Roslan seminit kemudian serta Azrine Efendy Saduddin menggantikan Rudie Ramli pada minit ke-75.

Namun Binh Duong pula berjaya menambah satu lagi gol setelah Amirulhadi Zainal menjatuhkan Vu Phong di dalam kotak penalti.

Kesley menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 itu untuk gol keempat Binh Duong serta melengkapkan hatriknya.

Skuad Selangor akan pulang ke Kuala Lumpur pada lewat petang ini dan dijadual bertemu T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Pada Rabu, Selangor akan menanti kunjungan Sriwijaya FC pada aksi terakhir Kumpulan F bagi saingan Piala AFC 2010 di Stadium Shah Alam.

BINH DUONG: 1.Nguyen The Anh, 2.Nguyen Hoang Vuong (25.Nguyen Vu An), 4.Tran Chi Cong (17.Truong Van Hai), 5.Nguyen Minh Chuyen, 6.Nguyen Vu Phong, 7.Kesley Huynh Alves, 8.Tran Truong Giang, 9.Elenildo De Jesus (26.Nguyen Duc Thien), 10.Kubheka Philani Bhekizizwe Lancelot, 15.Egbo Osita, 20.Huynh Quang Thanh (c).

Simpanan tidak digunakan: 13.Dang Dinh Duc, 11.Nguyen Anh Duc, 14.Nguyen Huu Thang, 24.Chau Phong Hoa.

SELANGOR: 22.Iqbal Suhaimi, 3.Razman Roslan (24.Fitri Shazwan Raduwan), 11.Zaiza Zainal Abidin, 12.Bunyamin Umar (4.Asraruddin Putra Omar), 15.P.Gunalan, 19.D.Surendran (c), 8.Safiq Rahim, 14.Hardi Jaafar, 20.Amirulhadi Zainal, 9.Rudie Ramli (16.Azrine Efendy Saduddin), 10.Safee Sali.

Simpanan tidak digunakan: 1.Fairul Azwan Sharullail, 18.Liew Kit Kong, 23.R.Surendren, 25.Fazilidin Khalid.

PENGADIL: Muhammad Mousa Khalaf Abu Loum (Jordan)

Wednesday, April 21, 2010

Keputusan TM Liga Super 20 April 2010


Kelantan 3

Kuala Lumpur 0

Kedah 1

KL Plus 3

Perak 2

Negeri Sembilan 1

T-Team 1

Johor FC 0

Perlis 4

Pahang 0

Johor 3

Terengganu 6

Dengan pendahulu liga Selangor sibuk dengan Piala AFC di Vietnam Rabu ini, kemenangan Kelantan ke atas Kuala Lumpur dan pesta gol Terengganu di Johor mencuri tumpuan dalam persaingan Liga Super malam tadi.

Kelantan menang bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur, dengan Norshahrul Idlan Talaha menyumbat dua gol, yang pertama apabila dia menyambut bola muntah hasil sepakan percuma Badri Razi dengan melakukan volley pada minit ke-19 sebelum penyerang kebangsaan itu membuat gerakan solo di penjuru kiri Kuala Lumpur, memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum meledakkan sepakan kiri tiga minit kemudian.

Tiga minit selepas rehat, Badri menambah jaringan, menyambut lorongan Norshahrul untuk memperdaya penjaga gol Kuala Lumpur sebelum menolak gol ketiga Kelantan.

Di Alor Star, Kedah dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada KL Plus yang berusaha keras untuk keluar daripada kelompok corot. Dua jaringan Baddrol Bakhtiar, pada minit ke-43 dan penalti minit ke-80 tidak memadai buat Kedah yang melihat KL Plus menyempurnakan jaringan menerusi M. Badrol pada minit ke-25 dan Fadzli Saari pada minit ke-32 dan 77.

Perlis pula membelasah Pahang 4-0 hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-63 dan 64 serta dua gol daripada Ahmad Aminuddin pada minit ke-71 dan 80.

T-Team pula mengejutkan Johor FC 1-0 hasil gol Abdul Hadi Yahya manakala Perak mengejutkan Negeri Sembilan 2-1.

Tuesday, April 20, 2010

Felda United Berpesta Gol


Pendahulu Liga Perdana, Felda United berpesta gol setelah mencatat kemenangan besar membelasah 10-0 Muar FC di Stadium Cheras, malam Isnin.

Dengan kemenangan tersebut Felda United yang kini mengumpul sebanyak 28 mata terus mengukuhkan kedudukannya dalam saingan liga pada musim ini.

Gol-gol bagi Felda United dijaringkan oleh Ashadi Yusof (minit ke-14), Abdul Ghani Rahman (minit ke-18), Fatrurazi Rozi (minit ke-20), Mohd Hardi Ahmad (minit ke-30), Chow Chee We (minit ke-53) Mohd Nizam Abu Bakar (minit ke-73), Fatrurazi Rozi (minit ke-80, 87 dan 89) dan Arsya Ayob pada minit ke-81.

Sementara itu di Stadium Hang Tuah, Melaka pasukan tuan rumah menang tipis 1-0 kepada USM FC.

Gol Melaka dijaringkan melalui sepakan penalti Mohamad Hilmi Rosli pada minit ke-36.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Harimau Muda menang tipis 5-4 terhadap Shahzan Muda.

Manakala di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabah berjaya menumpaskan PDRM 1-0.

Gol tunggal bagi pasukan Sabah dijaringkan oleh Mohd Farid Ideris pada minit ke-33.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia menewaskan Sarawak 3-2.

Sementara itu Selangor PKNS seri 1-1 dengan ATM pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya.

Sunday, April 18, 2010

Keputusan liga super 17 april

Juara Piala FA rebah

Hanya seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd. Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badri Razi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.

Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat mata di belakang Selangor selepas menang 2-0 ke atas Terengganu.

Sementara itu, jaringan Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-19 membantu Johor mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur.

Dalam satu lagi perlawanan, T-Team mengatasi Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Abdul Hadi Yahya muncul penjaring gol T-Team pada minit ke-59.

Jurulatih baru Perlis, Yunus Alif mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya bersama skuad Singa Utara apabila menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ. Mohd. Azrul Ahmad menghasilkan gol pertama Perlis sebelum Ahmad Aminuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-79.

KL Plus memperoleh gol tunggal melalui sepakan percuma yang diambil Nasrin Nawi pada minit ke-85.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Mohd. Shafiq Jamal meletakkan Kedah di depan pada minit ke-21, sebelum V. Thirumurugan menambah derita Kuala Lumpur melalui gol kedua pada minit ke-70.

Saturday, April 17, 2010

Tiket ke Piala Dunia 2010 di Resorts World Genting


Pelancaran Football Fever - Game On @ Genting 2010 baru-baru ini.


TIDAK berpeluang ke Afrika Selatan untuk menyaksikan Piala Dunia 2010? Resorts World Genting mungkin tempat terbaik untuk dikunjungi sepanjang temasya bola sepak paling berprestij itu.

Sempena perlawanan empat tahun sekali itu, Resorts World Genting menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta kepada peminat-peminat bola sepak di negara ini melalui Football Fever - Game On @ Genting 2010.

Timbalan Presiden Eksekutif Genting Malaysia, Kevin Sim berkata, festival yang berlangsung dari 16 April hingga 19 Jun itu menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi peminat bola sepak pada setiap hari.

"Kita bukan sahaja menjanjikan pelbagai hadiah malah seluruh resort juga akan turut serta memeriahkan demam Piala Dunia 2010," katanya pada pelancaran Football Fever - Game On @ Genting 2010 pertengahan bulan lalu.

Antara hadiah yang ditawarkan kepada pelanggan yang memiliki keahlian Genting WorldCard itu adalah penginapan, tiket taman tema, baucer makanan dan pelbagai bentuk cenderahati edisi terhad Piala Dunia 2010.

Semua hadiah itu hanyalah habuan sampingan bagi pelanggan di Kota Keriangan itu kerana hadiah utama yang menanti mereka adalah jauh lebih hebat.

Hadiah utama adalah dua buah kereta Kia Forte yang bakal dimiliki sepanjang acara itu dan yang pasti menjadi rebutan adalah tiket perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan beserta duit poket berjumlah RM10,000 untuk pemenang paling bertuah.

Namun segala kemeriahan tidak berakhir di situ kerana sebaik sahaja 'bola pertama' ditendang pada 11 Jun, Dewan Antarabangsa Genting (GISR) yang menjadi pentas 64 perlawanan akan dimeriahkan dengan penampilan lagenda pemain Liverpool, Ian Rush sebagai pengulas perlawanan.

Malah di dewan yang berkapasiti ribuan penonton itu, Piala Dunia bukanlah satu-satunya persembahan kerana penonton juga akan dihiburkan dengan pertunjukan pentas dan permainan yang menghidupkan lagi pengalaman Piala Dunia anda.

Apa lagi yang menarik untuk dialami sepanjang festival bola sepak itu? Bermula daripada perlawanan penentuan tempat keempat hinggalah perlawanan akhir, Resorts World Genting akan menambah kapasiti tayangan kepada 4,000 tempat duduk di Arena Af Stars (AOS).

Dengan paparan skrin gergasi, penonton dapat menyaksikan kemeriahan aksi pasukan-pasukan terhebat. Pengalaman seperti di stadium.

Namun kemeriahan Piala Dunia bukan hanya dirasai di GISR dan AOS kerana lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan di resort itu juga akan dipasang skrin plasma bersaiz besar untuk tontonan semua.

Selain itu, perlawanan bertemakan bola sepak juga menanti pelawat dan seisi keluarga. Kunjungi Football World yang terletak di Plaza First World antara 11 Jun hingga 10 Julai untuk mencuba permainan seperti Football Bungee Run, Target Football, Power Save dan Radar Speed Cage.

Bagi yang ingin mempamerkan kebolehan, jangan lepaskan peluang untuk berpasukan dengan Ian Rush di dalam perlawanan istimewa.

Maklumat lanjut mengenai keriangan sepanjang festival bola sepak dan peluang memenangi pelbagai hadiah itu boleh diperolehi dari laman web www.rwgenting.com.

Thursday, April 15, 2010

Kos kerjasama dengan Everton terlalu sedikit

dan Everton's crest

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menegaskan usaha mendapatkan kepakaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton untuk bekerjasama membangunkan bola sepak negara ini bukan satu pembaziran. Malah beliau memberitahu, kerja sama dengan Everton masih di peringkat perbincangan dan segala keputusan akan dimuktamadkan selepas kajian dilakukan pasukan teknikal jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak bersama akademi bola sepak kelab itu selesai.

“Belanja sebenarnya tidak besar, tapi bayar tetap kena bayar. Jika mengambil kira dengan apa yang sudah kita belanjakan sebelum ini dengan kedudukan ranking negara hari ini, kita sudah belanja banyak tapi kos untuk bekerjasama dengan Everton ini terlalu sedikit.

“Kami tidak guna duit RM10 juta yang diberikan kerajaan untuk kajian itu, duit itu akan digunakan untuk program yang akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Razali berkata demikian sebagai mengulas pandangan pengulas sukan terkenal Serbegeth Singh yang disiarkan Arena Metro semalam dengan menyarankan jawatankuasa itu belajar cara Jepun dan Korea Selatan dalam melahirkan pemain bola sepak yang berjaya daripada berbelanja besar hanya untuk 'berguru' dengan Everton.

Malah bekas pemain kebangsaan itu turut mempertikaikan pemilihan Everton sedangkan di peringkat Eropah kelab terkemuka dari Sepanyol, Barcelona menerusi akademi mereka La Masia memiliki reputasi tinggi dalam membentuk pemain hebat seperti Lionel Messi, Xavier Hernandez dan Andres Iniesta.

Bagaimanapun, Razali yang juga Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak menjelaskan pihaknya mempunyai justifikasi tersendiri mengapa Everton menjadi keutamaan setakat ini.

“Barcelona tak nak tawar kepada kami, kelab yang setuju untuk membantu sekarang adalah Everton. Memang ada kelab lain mahu bekerjasama tapi setakat ini Everton yang terbaik. Everton adalah kelab yang melahirkan ramai pemain kebangsaan England seperti (Wayne Rooney),” katanya.

“Everton memberi tumpuan kepada pembangunan pemain tempatan berbanding pemain import. Ini sesuai dengan matlamat kami yang fokus dalam mencari pemain bagus untuk skuad kebangsaan bukan kelab. Fokus kami sekarang bersama Everton, tapi kalau tak jadi kami kena cari alternatif lain, kelab lain, dan siapa tahu, mungkin Barcelona,” katanya. -

Mengulas mengenai pemergian pasukan teknikal ke Everton selama lima hari, bermula semalam, Razali berkata ia bagi memberi penerangan menyeluruh mengenai landskap bola sepak Malaysia supaya membolehkan kelab itu membuat kajian sebelum sesuatu program dijalankan.

“Kami memerlukan kepakaran mereka dalam mengenal pasti potensi pemain seawal usia 7 hingga 9 tahun. Kita tidak mempunyai kepakaran ini jadi kami mahu mereka datang ke Malaysia untuk membantu. Selain itu, mereka juga mencadangkan agar kerjasama ini memberi tumpuan dalam pembangunan jurulatih dan pegawai. Jadi lama-kelamaan kita boleh lakukan program sendiri,” katanya.

Negara jepun dan korea tak buat macam ni pun.....

sumber: hmetro

Wednesday, April 14, 2010

Perhitungan Sathianathan - Wan Jamak

Ada ujian yang lebih besar menanti pengendali Kelantan, B Sathianathan apabila berhadapan dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu ini.
Pastinya, prestasi skuad Rusa kian memuncak setelah kejayaan menjulang Piala FA menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti 5-4 tempohari.

Keghairahan Negeri Sembilan pasti menjelma apabila melayan kunjungan The Red Warrior’s hujung minggu ini.

Bagi Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, merupakan antara jurulatih yang paling berjaya pernah membimbing skuad Negeri Sembilan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas penyingkiran jurulatih, Hatem Soussi penghujung tahun 2007, khidmat Wan Jamak Wan Hassan yang sebelum itu berkhidmat dengan Syarikat Air Johor (SAJ) pantas disambar oleh Negeri Sembilan bagi mengisi kekoso-ngan itu.

Kejayaan membawa pulang Piala Malaysia ke Seremban selepas 61 tahun dan terbaru menjulang trofi Piala FA dilihat pencapaian terbaik Wan Jamak Wan Hassan sebagai pengendali skuad Rusa.

Menyorot kembali pertemuan musim lalu, rekod lima pertemuan termasuk perlawanan akhir Piala Malaysia berpihak kepada Negeri Sembilan dengan empat kali kemenangan.

Pada perlawanan Liga Super di Kota Bharu, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kelantan 2-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak. Manakala gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin.

Sementara perlawanan pusingan kedua di Paroi, Negeri Sembilan jelas tidak memberi ruang kepada Kelantan untuk mencipta kejutan setelah menang 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Mohd Shukor Adan.

Dalam saingan separuh akhir Piala FA musim lalu, Kelantan meranapkan impian Negeri Sembilan apabila menang 2-1 hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad.

Biarpun Negeri Sembilan terlebih dahulu selesa membawa pulang kelebihan satu gol setelah menang 1-0 hasil jaringan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak di Kota Bharu, tetapi peraturan gol di tempat lawan membolehkan Ke-lantan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim lalu.

Rekod cemerlang tuan rumah bermain di Paroi setakat ini pastinya sukar digugat oleh mana-mana pasukan. Hanya Selangor yang mampu mencalarkan rekod tersebut apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan pertama Liga Super musim ini seterusnya menjulang Piala Sumbangsih.

Skuad Negeri Sembilan sebenarnya memiliki adunan pemain berpengalaman dan pemain muda yang telah membentuk sebuah pasukan yang mantap pada musim ini.

Biarpun kehilangan khidmat penjaga gol utama, Mohd Farizal Harun yang mengalami kecederaan lutut, penggantinya Mohd Sani Anuar Kamsani telah menunjukkan satu persembahan yang baik terutama pada perlawanan akhir Piala FA tempohari.

Sementara itu, benteng pertahanan mereka cukup kebal diterajui Mohd AidilZakuan Abd Radzak, Mohd Rahman Zabul, Ching Hong Aik dan juga tonggak berpengalaman, Mohd Shukor Adan.

Ching Hong Aik, berumur 37 tahun, masih lagi mampu menyumbang kudrat bersama skuad Rusa walaupun terpaksa bersaing hebat dengan kala-ngan pemain muda.

Kapten pasukan, Rizal Zambery Yahya dan Idris Karim dilihat antara pemain regular yang sentiasa mendapat kepercayaan oleh Wan Jamak mengemudi jentera tengah mereka.

Sentuhan pemain muda seperti K Thanaraj, S Kunanlan dan Shahurain Abu Samah tidak menghadapi masalah digandingkan bersama dengan dua pemain berpengalaman yang berasal dari Johor itu.

Posisi jentera serangan kadang-kala memeningkan kepala Wan Jamak kerana beliau hanya mengharapkan kelibat penyerang, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak sahaja. Itulah masalah yang dihadapi oleh Wan Jamak sekarang.

Tetapi, harus diingat dua pemain yang berasal dari Johor, Norizam Salaman dan Mohd Shaffiq Rahman boleh menjadi ancaman besar kepada benteng pertahanan Kelantan.

Penyerang, Mohd Shaffiq Rahman, pemain yang ‘disimpan’ hampir dua tahun oleh Negeri Sembilan gara-gara kecederaan kini dilihat bintang yang mampu menyinar bersama skuad Rusa.

Bagi pasukan Kelantan, memiliki barisan pemain bertaraf bintang bukan bermakna kita mampu menghadirkan kejayaan dalam sekelip masa. Kita perlu mencontohi Negeri Sembilan, di mana mereka mengekalkan barisan pemain yang sedia ada sekarang ini sejak 3-4 tahun yang lalu.

Dan kejayaan yang mereka kecapi pada masa kini adalah hasil daripada ramuan pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PB-NS) yang mengekalkan pemain sedia ada sejak beberapa musim yang lalu.

Posisi penjaga gawang Kelantan menyaksikan Mohd Halim Napi, Khairul Fahmi Che Mat dan Syed Adney Syed Hussien bersaing sesama sendiri merebut tempat sebagai penjaga gol utama.

Syed Adney yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan, tentu tidak mahu berada di bangku simpanan selepas penampilan kali terakhir bersama Kelantan ialah pada perlawanan pusingan kedua menentang Kedah dalam saingan Piala FA hampir dua bulan lalu.

Di benteng pertahanan, B Sa-thianathan masih lagi berkira-kira mencongak siapakah yang akan turun beraksi di posisi itu.

Azizi Matt Rose , digelar ‘kereta kebal’ Kelantan, hampir pasti diturunkan.. Sementara pemain seperti Zairul Fitree Ishak, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid dan Daudsu Jamaluddin berada dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan.

Sementara itu, S Subramaniam berpeluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama setelah berehat panjang akibat kecederaan.

Jentera tengah Kelantan sekali lagi memperlihatkan gandingan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad untuk mencipta gerakan menarik kepada penyerang Red Warrior’s.

Mohd Shakir Shaari dan Muhd Badhri Radzi juga dilihat pemain sesuai untuk menjana jentera tengah Kelantan.

Sekembalinya Norshahrul Idlan Talaha ke pangkuan skuad Kelantan setelah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, dijangka memberi sedikit harapan kepada Sathianathan untuk mencari gandingan terbaik di bahagian hadapan pasukan Kelantan.

Dengan Hairuddin Omar masih lagi menjalani penggantungan perlawanan, Akmal Rizal Rakhli, S Chanturu dan Mohd Nizab Ayub dilihat menjadi antara calon pilihan untuk berpasangan dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi merobek pintu gol Negeri Sembilan.

Di atas kertas, segala-galanya kelebihan memihak kepada Negeri Sembilan. Tetapi itu tidak bermakna Kelantan tidak boleh melakarkan kejutan di Paroi.

Bola sepak ada kalanya penuh dengan kejutan. Mencipta keme-nangan di Paroi bererti Kelantan berjaya merapatkan jurang untuk bersaing dengan empat pasukan teratas dalam liga seterusnya menyingkirkan skuad Rusa ke tangga kelima liga.

sumber: http://kelatefc.blogspot.com/

Sukan Sebagai Industri Agenda Ahmad Shabery


Pelbagai kejayaan yang ditempa oleh atlet negara sejak setahun lepas tidak melekakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam misinya menjadikan kementerian itu sebagai antara penjana ekonomi negara.

Dalam wawancara bersama Bernama sempena genap setahun beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) esok, ahmad Shabery menjelaskan bahawa kejayaan yang diraih atlet sejak setahun lepas bukan kejayaan peribadinya.

Bagi beliau semua kejayaan itu hanyalah kesinambungan daripada program yang dirangka oleh menteri-menteri KBS sebelum ini.

Sejak April 2009, antara kejayaan yang menaikkan imej negara ialah pingat emas yang diraih oleh pelumba pecut berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dari siri keempat Kejohanan Dunia di Beijing dan kejayaan kontinjen negara meraih 40 emas di Sukan SEA di Laos pada Disember terutama kejayaan skuad bola sepak negara menamatkan kemarau emas 20 tahun dari temasya tersebut.

Pemain badminton Datuk Lee Chong Wei terus kekal sebagai pemain nombor satu dunia di samping menjuarai Kejohanan All England pada bulan lepas dan Datuk Nicol Ann David juga kekal sebagai pemain skuasy wanita nombor satu dunia.

Namun Ahmad Shabery mahu dianggap berjaya dalam misinya untuk mentransformasi KBS daripada kementerian yang dilihat bertanggungjawab menaikkan imej negara melalui acara sukan kepada kementerian yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Usaha beliau itu diterjemah melalui penubuhan Unit Industri Sukan di KBS yang bertujuan mengumpul data mengenai nilai sukan sebagai satu industri di negara ini.

Sebelum itu, Ahmad Shabery melalui KBS menganjurkan Konvensyen Industri Sukan pada Ogos lepas, dengan tujuan mengumpul maklumat daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan arena sukan tanah air.

Ketika ini, unit tersebut masih mengumpul data-data yang diperlukan dan usaha menjadikan KBS sebagai kementerian yang turut menjana ekonomi, dijangka terlaksana dalam tempoh dua tahun.

Mengikut anggaran tidak rasmi, 10 tahun lepas bidang sukan dipercayai menyumbang kira-kira RM10 juta kepada ekonomi negara tetapi untuk angka semasa, tiada siapa dapat menghitung nilai sebenar industri itu.

"Saya mahu dilihat berjaya mentransformasi KBS daripada tanggapan normal yang melihat sukan sebagai satu budaya kepada sukan sebagai satu kerjaya dan seterusnya menjadi industri," katanya.

Namun agenda terbesar bagi Ahmad Shabery ialah menjayakan program "Road To London 2012", satu program yang bertujuan mencari emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik, serta kejayaan di Sukan Komanwel di New Delhi, India (3-14 Okt) dan Sukan Asia di Guangzhou, China (13-21 Nov).

Masyarakat di negara ini, katanya, masih lagi menilai jumlah pingat yang diraih serta warna pingat itu dan KBS terpaksa akur dengan kehendak itu.

Beliau pernah mengatakan faktor "feel good" iaitu sesuatu yang menyeronokkan rakyat harus diambil kira ketika menentukan sukan yang perlu diberi tumpuan, terutama selepas melihat reaksi rakyat daripada kejayaan skuad bimbingan K.Rajagobal menamatkan kemarau 20 tahun emas bola sepak dari Sukan SEA Laos.

Ahmad Shabery juga cuba mengubah pendekatan utama yang mementingkan pencapaian akademik sehingga sukan dipinggirkan di peringkat sekolah.

Arahan Kementerian Pelajaran agar setiap pelajar bergiat dalam satu jenis sukan atau "1 Pelajar 1 Sukan" dianggap cabaran kepada KBS untuk merealisasikannya.

Walaupun pelbagai kementerian seperti KBS, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi terlibat dalam arahan tersebut, ia lebih mudah direalisasikan kerana arahan tersebut datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Menurut Ahmad Shabery, bekerja dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin, yang kedua-duanya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, menjadikan tugas beliau lebih mudah.

"Tiada bebanan kerana kedua-dua pemimpin ini amat memahami aspirasi rakyat melalui fungsi yang perlu dimainkan oleh KBS," katanya.

Monday, April 12, 2010

NS tak mahu sertai Piala AFC



‘Tiada kekuatan untuk harungi saingan domestik, antarabangsa’

JUARA Piala FA yang baru dinobatkan, Negeri Sembilan membayangkan tidak akan menyertai Piala AFC musim depan berpandu kepada hakikat mereka ‘tidak memiliki kekuatan’ memburu semua gelaran peringkat domestik dan Asia.

Kejayaan 5-4 menerusi penalti ke atas Kedah pada final, kelmarin selepas perlawanan berakhir 1-1 melayakkan mereka sebagai wakil negara ke kejohanan peringkat kedua Asia itu, namun jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan enggan memberi kata muktamad mengenai penyertaan mereka, musim depan.

Negeri Sembilan yang pernah beraksi pada Piala AFC pada 2004 dan 2007 tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan menarik diri tahun lalu sungguh pun layak di tempat kedua liga ketika juara liga, Kedah meraih tiket sebagai pemenang Piala FA 2008. Tempat mereka kemudian diambil oleh Johor FC.

“Siapa yang tak nak beraksi dalam Piala AFC, tetapi apabila satu pasukan memasuki Piala AFC, mereka perlu seimbangkan keperluan beraksi dalam Piala AFC dan liga tempatan.

“Skuad perlu seimbang dengan kekuatan perlu digunakan secara seluruhnya. Ia adalah bagus untuk menyertai Piala AFC tapi kita tak mahu keadaan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” kata bekas pengendali kebangsaan itu pada sidang akhbar pasca perlawanan akhir semalam.

Sementara itu, kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa pula menganggap tuah tidak berpihak kepada pasukannya melihatkan dia dan rakan sepasukan sudah melakukan yang terbaik pada final kelmarin.
“Ketika perlawanan, pemain sudah memberikan 100 peratus, macam-macam sudah kami lakukan tetapi apakan daya, kalau sudah memasuki (penentuan) penalti, ia bergantung kepada nasib,” katanya.

sumber: bharian

Sunday, April 11, 2010

Pemain negara tiada cita-cita




PEJAM celik, sudah 16 tahun sebenarnya pemain-pemain bola sepak di negara ini bergelar pemain profesional.

Sepatutnya dalam tempoh yang boleh dikatakan agak lama itu, peminat bola sepak tempatan kini sudah boleh mendengar nama-nama pemain bola sepak Malaysia beraksi di serata dunia atau paling tidak pun di peringkat Asia atau Asia Tenggara.

Bola sepak sebenarnya menawarkan gaji yang lumayan. tetapi sehingga ke hari ini, pemain negara masih tidak sedar dengan hakikat tersebut.

Di Eropah, semua pemain mempunyai cita-cita tinggi kerana ia akan menjanjikan mereka pendapatan lumayan.

Namun perkara seperti itu tidak berlaku sama sekali kepada pemain-pemain negara ini nampaknya begitu ‘sayang’ untuk meninggalkan tanah air.

Apakah sebenarnya yang menjadi batu penghalang kepada pemain profesional negara ini untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi.

Adakah mereka takut untuk menempuh cabaran luar atau tidak yakin dengan kemampuan diri?
Tidak mahu berjauhan dengan keluarga, tidak pandai berkomunikasi bahasa asing atau nak senang cerita tidak mempunyai cita-cita?

Bagi legenda bola sepak negara, Santokh Singh, dia berasakan bahawa pemain-pemain bola sepak profesional negara ketika ini tidak mempunyai impian untuk memajukan diri mereka.

“Saya tak tahu nak kata apa. Bagi saya, mereka ini tiada cita-cita untuk beraksi di luar negara. Sebab apa, itu saya tidak tahu. Mungkin kerana ‘homesick’, tak boleh tahan dengan budaya asing atau tak biasa dengan makanan luar.

“Lagi satu, mereka ini mempunyai mentaliti yang berasakan cukuplah sekadar dapat beraksi dalam Liga Malaysia dan meraih sebanyak mana kejuaraan tempatan,” kata Santokh kepada Kosmo! baru-baru ini.

Santokh, 58, yang beraksi untuk Selangor sebelum bersara pada tahun 1985 menambah, kualiti pemain-pemain tempatan dan liga tempatan tidak akan meningkat sekiranya semua pihak yang terlibat tidak mempunyai impian.

“Zaman saya dahulu biarpun ramai pemain kita yang bagus-bagus, mereka ini tidak mempunyai peluang. Saya sendiri, kalau ada peluang memang begitu teringin nak beraksi di England.

“Tapi hanya sesetengah pemain yang mendapat peluang beraksi contohnya Yip Chee Keong, Chow Chee Keong dan Lim Teong Kim yang beraksi di Liga Hong Kong dan Liga Jerman.

“Jadi benda ini mudah saja, kalau pemain sekarang hanya nak main dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, sampai situ sajalah tahap mereka,” jelas Santokh.

Hal yang sama turut disokong pengkritik sukan terkemuka negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang menganggap atlet tempatan sudah tidak mempunyai kegharaihan untuk mencapai mutu yang lebih tinggi termasuklah pemain bola sepak.

“Dahulu skuad bola sepak kita boleh kalahkan Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Tapi kini Korea Selatan sudah berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan di mana pula kedudukan kita?

“Memang jelas, pemain-pemain bola sepak sekarang tiada impian,” kata Kay Kim yang tidak mahu terlalu gembira dengan kejayaan skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Kay Kim turut berasakan generasi pemain bola sepak profesional negara ketika ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi dan perubahan perlu dilakukan segera di peringkat sekolah bagi memastikan generasi pemain pada masa akan datang berjaya ditukar mentaliti mereka.

“Kalau betul-betul nak naikkan semula mutu bola sepak, kita kena kembali ke sekolah. Dahulu setiap sekolah ada satu atau dua padang, sekarang padang pun tiada. Lagi satu sistem persekolahan sekarang lebih tumpukan akademik,” ujarnya.

Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak di negara ini, mereka sebenarnya hanya boleh membantu pemain profesional ini menguruskan perpindahan selain menjadi ejen pemasaran bakat.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, semuanya terletak kepada pemain itu sendiri yang sepatutnya mempunyai inspirasi untuk meningkatkan karier mereka dengan beraksi di saingan liga luar negara.

“Pada peringkat awal mereka kena letak sasaran untuk main di liga sekitar Asia Tenggara seperti Singapura atau Indonesia.

“Kemudian mengorak langkah ke saingan yang lebih tinggi seperti liga di negara Timur Tengah, Jepun atau Korea Selatan dan seterusnya ke Eropah.

“Perkara ini kita kena mulakan sedikit demi sedikit. Mula-mula kena ada dua atau tiga pemain beraksi di luar, barulah rakan-rakan mereka akan ikut jejak tersebut.

“Saya pun tak tahu kenapa pemain kita susah sangat nak mencuba bakat mereka di liga luar. Itu kena tanya mereka sendiri. Kita boleh lihat, beberapa pemain Singapura kini sudah mencuba nasib beraksi di Liga Indonesia,” kata Azzuddin.

Azzuddin turut memberitahu, penghantaran skuad bawah 21 tahun (B-21) negara ke Slovakia selama tiga bulan bermula Februari lalu sudah menampakkan hasilnya.

“Salah sebuah kelab di sana yang menentang Harimau Muda telah memberi kita tawaran untuk menghantar dua atau tiga pemain bukan saja dari skuad B-21 untuk menjalani sesi pemilihan di kelab mereka.

“Perkara ini akan saya susul apabila berkunjung ke Slovakia sekali lagi selepas ini. Mungkin dari sini kita boleh lihat pemain kita menjadi pemain mana-mana kelab di Slovakia,” jelasnya.

Bagi jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal pula, pasukan negara akan tampil lebih kuat sekiranya ramai pemain-pemain kebangsaan kita mencuba untuk beraksi di saingan liga luar negara.

“Saya tak boleh nak paksa pemain, itu terpulang kepada individu itu sendiri. Tapi jika ditanya impian saya, saya mahu lihat pemain kita berani mengambil cabaran beraksi di luar negara.

“Buktikan yang anda mampu bersaing dengan pemain-pemain luar. Ini akan melahirkan satu generasi yang lebih bagus dengan pemain kita akan mendapat lebih keyakinan apabila beraksi di pentas antarabangsa,” kata Rajagobal.

Jelasnya, langkah menghantar pemain untuk berlatih dalam tempoh yang singkat di luar negara tidak mendatangkan manfaat sebaliknya seseorang pemain itu perlu beraksi sepanjang musim bersama kelab luar.

“Saya lihat di sini, pemain-pemain Harimau Muda yang sedang berada di Slovakia, mereka sepatutnya menggunakan pengalaman selama tiga bulan di sana untuk memikat mana-mana kelab.

“Jika ditawarkan peluang, terima saja kerana bagi saya ini salah satu cabaran untuk mereka bersaing di peringkat lebih tinggi dan apabila pulang mewakili negara, satu peningkatan dapat ditampilkan,” ujar Rajagobal.

Mungkin generasi Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Rudie Ramli, Fadzli Saari dan Juzaili Samion yang beraksi bersama Strasbourg (Perancis) dan SV Wehen (Jerman) kira-kira sedekad lalu merupakan individu terakhir yang beraksi di saingan liga luar.

Namun sebenarnya terdapat seorang pemain tempatan iaitu Stanley Bernard Stephen Samuel, bekas penyerang Kuala Lumpur dan UPB-MyTeam yang kini beraksi bersama Sporting Clube De Goa dalam saingan Liga India.

Stanley, 24, yang mula beraksi bersama kelab itu sejak Januari lalu berkata, keinginan untuk beraksi di peringkat lebih tinggi membuatkannya berani membawa diri ke India sebagai salah seorang pemain import kelab tersebut.

“Segalanya bermula apabila seorang jurulatih dari kelab Mohun Bagan kebetulan bercuti ke Kuala Lumpur dan menyaksikan kelibat saya beraksi dalam satu perlawanan bersama UPB-MyTeam.

“Kemudian dia mencadangkan nama saya kepada jurulatih kelab Sporting Clube De Goa dan saya dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan pada November lalu dan setelah mereka puas hati, saya ditawarkan kontrak selama satu musim.

“Saya buat semua ini kerana cintakan bola sepak. Seminggu pertama saja ibu dan bapa saya datang menemani saya di sini dan selepas itu saya terus hidup berdikari hingga ke hari ini,” katanya ketika dihubungi di Goa baru-baru ini.

Bekas pemain skuad B-23 kebangsaan itu beraksi sepenuh masa ketika Sporting Clube De Goa bersaing di peringkat suku akhir dan separuh akhir Piala FA India sebelum dia mengalami kecederaan hamstring.

“Kini saya baru saja kembali beraksi sejak minggu lalu dan berazam membantu kelab menduduki tempat yang lebih baik dalam baki saingan liga yang akan berakhir Mei depan.

“Saya juga berpeluang meningkatkan mutu permainan kerana perlu bersaing dengan ramai pemain import yang berkualiti. Jadi saya berhajat untuk terus beraksi di sini pada musim depan,” katanya.

Stanley turut sempat mengajak mana-mana pemain bola sepak tempatan untuk mencuba nasib di Liga India kerana baginya, inilah peluang untuk mereka turut beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia jika kelab yang diwakili layak beraksi di kejohanan tertinggi peringkat Asia itu.

“Setakat ini, yang saya tahu Syed Adney Syed Hussein (penjaga gol Kelantan) ada menyatakan hasrat untuk mencuba nasib di sini pada masa akan datang. Kita kena ada satu kelompok pemain yang berani untuk mencuba.

“Jika mereka mahu meningkatkan karier bola sepak, perlu ada keberanian cuba beraksi di liga luar. Gaji yang diterima juga agak tinggi dan berbaloi.

“Memang difikirkan saya sendiri rindu dengan suasana di Kuala Lumpur kerana saya membesar di kawasan bandar dan kini hanya berada di Goa yang kedai-kedainya sudah tutup seawal 9.30 malam.

“Tapi disebabkan bola sepak, saya korbankan semua itu demi mencapai cita-cita menjadi seorang pemain profesional yang berjaya,” kata Stanley.

- KOSMO! Ahad, 11 April 2010 (Page 56 & 57)

sumber: wanfakhrul

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA 2010


NEGERI Sembilan merangkul Piala FA edisi ke-21 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit, tidak sampai lima bulan selepas menjulang Piala Malaysia.

Penyokong Kedah kecewa melihat sepakan penalti Sabre Mat Abu ditampan oleh penjaga gol Negeri Sermbilan, Sani Anuar Kamsani, pada sepakan ketujuh.

Ia kesudahan yang menghampakan Kedah yang membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi lambungan cantik Baddrol Bakhtiar selepas bertukar hantaran dengan Shafiq Jamal. Negeri Sembilan mengikat kedudukan pada minit ke-39 apabila pemain berasal dari Johor, Shaffik Rahman, melepasi kawalan Khairul Helmi Johari sebelum menguis masuk menewaskan Helmi Eliza Elias.

Di depan kira-kira 50,000 penonton, pengadil R. Krishnan terpaksa mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan mendapati sukar menembusi benteng lawan.

Menyempurnakan peluang buat anak buah Wan Jamak Hassan ialah Norizam Salaman, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Shukor Adan dan kapten Rezal Zambery Yahya manakala Zaquan Adha dan Asyraf Al-Japri gagal berbuat yang sama.

Tiga pemain Kedah yang mensesiakan penalti ialah Fazliata Talib, Helmi Eliza Elias dan Sabre.

Baddrol, antara yang menonjol sepanjang final, diisytihar Pemain Terbaik perlawanan manakala Helmi penjaga gol terbaik.


Friday, April 9, 2010

update: Previu final Piala FA 2010


(Gambar dari kiri Peter Rajah, D. Devendran, Ramli Junit, Wan Jamak, Zulkifli Hamzah, Tukiman Bahari, R. Arumugam, beberapa hari sebelum pertemuan dengan Korea Selatan pada pra-Olimpik 1980).

KAPTEN Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya (kiri) bersemuka dengan  kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa, petang semalam.
KAPTEN Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya (kiri) bersemuka dengan kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa, petang semalam.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJtFp7N3MN_DgWgKW2HzdKDy9GT54zSC4OwEWMNeTZQ_FNkbTH2gR4wfRgo_eBzGQdEAICI8MsiFiYILyAw2zjILhYi6slF6LwCCZPH4dTBZ9mhPCSUMgt9mEuIkEAokvwtGj753bMjjT-/s1600/dsc_0048.jpg

vs

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRVNioKHlmC_mn8d_xbnzDl6U-8Vr20xupWUcbkqSITY9yWgsl9wLNSQJYzfyvGPio-WjNdGnGfbeEBWLbUOewedf6Sofvdy1O50kTaD5G95F9gZWg6ASGYXPQozud4R7L0zLTOHBS_VBy/s1600/ns.jpg

final fa cup copy.jpg
Insiden tangan Shukor Adan masih jadi bualan namun fokus harus diberi kepada final yang mempertemukan dua pasukan yang tidak pernah tewas dalam perlawanan akhir Piala FA.

NS, Kedah tetap kental bawa misi berbeza

SEGALA gambaran terarah kepada kehilangan aura Piala FA apabila kurang separuh daripada tiket yang diperuntukkan kepada pasukan masing-masing terjual, namun bagi Negeri Sembilan dan Kedah, final malam ini tetap memiliki magis buat kedua-dua finalis.

Negeri Sembilan akan turun dengan misi untuk membuktikan mereka kini layak dianggap sebagai kuasa baru bola sepak tempatan manakala Kedah juga bangkit dari lena, selepas musim lalu penuh mengecewakan sejak sekian lama mendominasi liga tempatan.

Pertaruhannya adalah mahkota kedua buat barisan Hoben Jang Hoben selepas 2003 dan bagi Kedah, gelaran keempat dengan dua daripadanya hadir pada musim treble berganda, 2007, 2008, mengiringi kejayaan pertama pada 1996.

Menariknya ia adalah kali pertama kedua-dua pasukan ini bertemu pada final domestik namun menghairankan apabila Kedah yang terkenal dengan penyokong fanatiknya, hanya mampu menjual 5,000 daripada 25,000 yang diperuntukkan manakala juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan pula belum menghabiskan 10,000 daripada 30,000 yang dikhaskan buat mereka.

Dengan 15,000 tiket dikhaskan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, sejumlah 45,000 tempat duduk kini menunggu untuk diisi dengan kapten Sang Kenari, Shahrulnizam Mustapa menggesa peminat untuk memberi sokongan dalam misi membuktikan mereka sudah melupakan igauan ngeri 2009 dan bersedia kembali ke kelompok elit bola sepak tanah air.

“Sudah lama Kedah tidak memenangi piala. Kami menyedari kami tidak berada pada tahap sama seperti lawan dan lebih selesa menganggap diri kami sebagai underdog.
“Jika dilihat perbezaan musim lalu berbanding musim ini, jurulatih menerapkan sistem dan corak latihan baru. Pemain dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,” kata Shahrulnizam mengenai pendekatan baru pengendali, Ahmad Yusoff yang menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah pada awal musim.

Sementara itu, pemain berpengalaman dalam skuad Negeri Sembilan, Shukor Adan percaya sokongan peminat bakal menjadi antara faktor kemenangan, selain percaturan taktikal, komitmen dan kesungguhan pemain di tengah padang.

“Walaupun kami baru memenangi Piala Malaysia empat bulan lalu, alang-alang sudah sampai ke sini (final), kami tidak akan melepaskan kesempatan untuk menjuarainya.

“Lagipun, kali terakhir Negeri Sembilan menjulang piala ini ialah tujuh tahun lalu dan kami berharap dapat mengulangi kejayaan untuk peminat,” katanya.

Ahmad tunggu tuah tahun pertama

Mengambil alih tugas Mohd Azraai Khor Abdullah musim ini, Ahmad dipertanggungjawabkan untuk menamatkan kekecewaan Kedah musim lalu yang menyaksikan mereka gagal merangkul sebarang piala selepas mendaki puncak trebel berganda 2007 dan 2008.

Tanpa pengalaman mengendalikan pasukan di pentas besar, Ahmad berharap kekuatan daripada pengalamannya sebagai pemain yang pernah menyaksikannya bergelar kapten pingat emas Sukan Sea 1989, sebelum kemarau 20 tahun itu ditamatkan ketua pasukan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - pemain yang akan membarisi lawan ditemuinya, malam ini.

“Sebagai jurulatih memang saya tidak berpengalaman di final tetapi saya memiliki pengalaman sebagai pemain. Memang agak terperanjat dan gemuruh layak ke final tetapi saya percaya bahawa kejayaan bukan milik yang bijaksana tetapi juga mereka yang bersungguh-sungguh,” kata Ahmad pada sidang akhbar pra final di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Wan Jamak harap detik manis kembali menjelma

Mahu Piala FA lengkapi koleksi Piala Malaysia

WALAUPUN misi kali ini berbeza, Wan Jamak Wan Hassan yakin detik manis ketika menjulang trofi Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, empat bulan lalu mampu mencetuskan tonik tambahan kepada skuad bimbingannya apabila membuat perhitungan menentang Kedah pada final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Suasana itu (menjuarai Piala Malaysia) baru empat bulan berlalu tetapi detik bersejarah itu saya akui masih segar serta terbayang-bayang di depan mata saya dan pemain.

“Walaupun misi kali ini berbeza, saya berharap detik itu mampu mencetus dorongan kepada pemain untuk mengulangi kejayaan sama dengan menjulang Piala FA pula,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Walaupun yakin dengan kemampuan dan peluang skuad bimbingannya, Wan Jamak tetap berwaspada terhadap ancaman Kedah yang disifatkan sebagai pasukan yang mempamerkan peningkatan mendadak sejak dibimbing Ahmad Yusof.

“Harus diingat lawan (Kedah) sudah dibentuk sejak enam tahun lalu di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah dan kali ini mendapat sentuhan Ahmad selaku ketua jurulatih.

“Saya dapati pasukan ini semakin meningkat walaupun pada awal musim nampak terkial-kial mencari persefahaman. Kemampuan mara ke final membuktikan mereka sudah serasi di bawah kendalian Ahmad,” katanya.
Begitupun, Wan Jamak percaya pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak menyempurnakan peluang akan bergelar juara ketika kekuatan antara mereka tidak banyak beza dengan dibarisi gabungan muka baru dan berpengalaman


Dua jurulatih era berbeza.


FINAL Piala FA 2010 mempertemukan dua jurulatih yang mewakili pasukan kebangsaan pada era berbeza.

Wan Jamak Hassan, 54, pengendali Negeri Sembilan, menganggotai skuad Olimpik yang layak ke temasya di Moscow 1980 tetapi kempunan ke Soviet Union akibat pemulauan yang diketuai Amerika Syarikat.


Generasi Wan Jamak cukup dikagumi. Antaranya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Jamal Nasir Ismail, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Yahya Jusoh, James Wong, Hassan Sani dan Abdullah Ali. Namun jurulatih dari Johor itu adalah satu-satunya yang berjaya hingga kini selaku seorang pakar taktikal yang menyalurkan ilmunya kepada generasi hari ini.


Dia juga satu-satunya daripada generasi 1980 yang berani memikul tugas selaku jurulatih kebangsaan, dari 1996-1997, membawa Malaysia muncul naib juara Piala AFF di Singapura sebelum meletak jawatan berikutan kegagalan di Sukan SEA di Jakarta setahun kemudian.


Hampir sedekad Wan Jamak merajuk, berehat panjang dan menumpukan perhatian kepada tugas sebelum dipujuk Shebby Singh untuk mengendalikan TM Melaka sebagai jurulatih pada 2007.


Malangnya TMFC ditutup tetapi rezeki Wan Jamak dilantik melatih Negeri Sembilan pada lewat 2007.


Ahmad Yusof, 50, yang mengambil alih tugas kejurulatihan Kedah daripada Azraai Khor Abdullah musim ini, adalah kapten yang dikalungkan pingat emas Sukan SEA 1989.


Di jentera tengah, dia diapit oleh Mat Zan Mat Aris, kini jurulatih KL Plus, selain Azizol Abu Haniffah dan Lim Teong Kim. Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan pula di barisan serangan, Shebby Singh, Razip Ismail, Salim Mahmud dan Lee Kin Hong membentuk pertahanan mantap.


Anak kelahiran Pulau Pinang yang kali pertama disenaraikan dalam pasukan kebangsaan pada pra-Piala Dunia di Kuwait pada 1981 pernah mengendalikan Pahang tanpa mengecap banyak kejayaan.


Detik awal kerjaya di Kedah menggusarkan Ahmad Yusof. Dia dikecam hebat oleh penyokong Sang Kenari yang masih digamit nostalgia kemenangan treble dua musim berturut-turut ketika Marlon Alex James dan Cornelius Bernard Huggins.


Kemenangan buat Wan Jamak malam esok sekadar petanda proses kesinambungan kejayaan merangkul Piala Malaysia musim lalu. Bagi Ahmad Yusof yang memburu piala pertama sebagai jurulatih, kemenangan menjadi tanda bahawa dia juga seorang jurulatih yang harus disegani.

perlawanan ini akan disiarkan di tv1 dan astro arena.

diambil dari FAM dan telah diedit.

Juara Piala FA Bakal Beraksi Pada Piala AFC

Selain memburu Piala FA pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Negeri Sembilan dan Kedah juga akan bertarung untuk merebut tiket ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun depan.

Ini kerana hanya juara Piala FA akan mendapat tempat secara automatik untuk beraksi pada kejohanan yang dianggap persaingan kelas kedua selepas Piala Liga Juara-juara Asia (ACL) yang membabitkan kelab-kelab dari benua Asia, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad kepada Bernama.

"Satu lagi tempat akan diberikan kepada pasukan yang menjuarai Liga Super pada musim ini," katanya.

Pada tahun ini hanya Selangor yang muncul juara Liga Super dan Piala FA pada musim lepas (2009) menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan itu setelah naib juara Liga Super, Perlis menolaknya.

Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi pada Piala AFC adalah pada 2007 manakala Kedah turut beraksi pada tahun lepas, namun kedua-dua pasukan hanya sekadar melengkapkan perlawanan pada peringkat kumpulan.

Azzuddin berkata selain Piala FA dan tiket ke saingan Piala AFC, juara akan menerima RM100,000 manakala RM50,000 menjadi milik pasukan yang tewas pada perlawanan akhir itu.

FAM menjangkakan seramai 70,000 peminat akan membanjiri Stadium Nasional di mana 25,000 tiket dijual di Kedah, 30,000 di Negeri Sembilan dan baki sebanyak 15,000 akan dijual di Stadium Nasional pada hari perlawanan, bermula 9 pagi.

Harga tiket bagi dewasa ialah RM20 dan kanak-kanak RM5 manakala pintu masuk ke stadium hanya akan dibuka pada 5 petang.

Ganjaran RM200,000 Menanti Pemain NS Jika Julang Piala FA

Ganjaran RM200,000 menanti pemain Negeri Sembilan jika berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan berkata ganjaran yang ditawarkan ini bagi menyuntik semangat pemain Negeri Sembilan menghadapi Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Bukan saya sahaja yang berbesar hati atas kejayaan Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan akhir, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sehingga berjaya ke final," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan skuad Rusa di sini, pada hari Khamis.

Pada majlis itu beliau menyampaikan wang ganjaran RM150,000 kepada pasukan itu sebagai hadiah kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

Pada Khamis lepas, pemain skuad Rusa menerima RM50,000 kerana kejayaan melangkah ke separuh akhir.

Mohamad yang juga Presiden PBNS berkata berdasarkan permainan mantap yang ditunjukkan pemain terutama pada perlawanan separuh akhir, beliau yakin Negeri Sembilan mampu menyaingi Kedah.

"Saya mahu semangat berpasukan dan komitmen yang sama ditunjukkan pada perlawanan akhir nanti. Saya mengingatkan pemain supaya teruskan semangat juang yang tinggi dan jangan hilang konsentrasi. Buatlah yang terbaik," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Presiden PBNS Datuk Mat Ali Hassan serta dua Naib Presiden PBNS iaitu Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

Wednesday, April 7, 2010

2 Pemain Harimau Muda dipancing oleh FC Vion Zlate Moravce.

Aksi cemerlang dua pemain Harimau muda, Mohd Muslim Ahmad dan Gary Stevan Robbat berjaya menambat hati pihak kejurulatihan FC Vion Zlate Moravce yang merupakan antara kelab terkuat dalam Liga 1 Slovakia. Mereka telah dipanggil menjalani latihan bersama skuad Vion bermula 30 Mac 2010 dan akan kembali bersama Harimau Muda untuk perlawanan yang dijadualkan dalam Liga 1 Slovakia.

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia menganggap perkembangan ini sebagai petanda baik dan sesuatu yang membanggakan kerana ianya merupakan pengiktirafan kepada pemain muda negara.Lantas tujuan pendedahan mereka di peringkat Eropah sudah mula menunjukkan hasil. Mereka berdua juga berjanji untuk memberi yang terbaik agar mereka dapat ditawarkankontrak sebagai pemain professional bersama FC Vion untuk musim akan datang.

sumber :http://www.harimaumuda.com/

Piala AFC : Selangor 5 Victory SC 0

SELANGOR menghidupkan semula peluang untuk layak ke saingan kalah mati Piala AFC 2010 setelah berjaya membelasah Victory SC 5-0 pada perlawanan keempat Kumpulan F di Stadium Shah Alam.

Dua gol Safee Sali pada minit ke-24 dan 47 serta masing-masing satu gol daripada Rudie Ramli (27), Safiq Rahim (43) dan Hardi Jaafar (55) memberikan kemenangan bergaya buat Selangor yang dirundung kekecewaan gagal ke final Piala FA.

Lebih menarik, kemenangan 5-0 itu dicatat tatkala Selangor turun tanpa lima tonggak utama iaitu Amri Yahyah, Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom dan Amirulhadi Zainal yang digantung perlawanan serta penjaga gol, Hamsani Ahmad yang masih cedera.

Setelah puas menguji benteng pasukan lawan pada awal babak permainan, gol pertama Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-24.

Menerusi satu serangan balas, Hardi melakukan lambungan jauh mencari Rudie yang kemudiannya melambungkan pula bola melepasi penjaga gol Victory, Mohamed Faisal sebelum Safee mudah menolak masuk di depan gawang terbuka.

Seminit kemudian, kapten Selangor pada perlawanan ini, D. Surendran terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan jurulatih Selangor, K. Devan membawa masuk Azrine Efendy Saduddin. Lilitan kapten diberikan kepada Razman Roslan.

Gol kedua Selangor hadir sejurus selepas itu iaitu pada minit ke-27 menerusi penyudah kemas kaki kiri Rudie yang menerima bola hantaran cantik Fitri Shazwan Raduwan dari sebelah kiri.

Malang menimpa Victory SC apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ahmed Shafiu dilayangkan kad merah selepas dia menerima kad kuning kedua akibat mengasari Safee pada minit ke-40.

Kelebihan tersebut pantas dimanfaatkan Selangor apabila mereka berjaya memperolehi gol ketiga selang tiga minit kemudian menerusi penyudah menarik Safiq Rahim yang pantas menyambar hantaran silang Rudie dari sebelah kiri.

Selesa mendahului 3-0, Selangor berjaya menambah gol keempat hanya dua minit selepas separuh masa kedua bermula.

Sepakan penjuru Hardi dari sebelah kiri ditanduk tipis Azrine sebelum ditanduk kencang ke dalam gawang Victory SC oleh Safee untuk gol kedua peribadinya pada minit ke-47.

Gol kelima Selangor pula menyusul pada minit ke-55 apabila Hardi melakukan rembatan lencong kaki kanan dari luar kotak penalti yang sama sekali gagal diselamatkan penjaga gol pelawat.

Selepas itu, Selangor memasukkan dua lagi pemain iaitu R. Surendren dan Fazilidin Khalid bagi menggantikan Safee dan Safiq pada minit ke-69.

Namun, tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan Selangor untuk kedudukan 5-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

Pada satu lagi perlawanan, Binh Duong menewaskan Sriwijaya 2-1 di Ho Chi Minh, Vietnam.

Selepas empat perlawanan, Sriwijaya masih mendahului Kumpulan F dengan 7 mata diikuti Binh Duong (7), Selangor (4) dan Victory SC (4).

Baki dua perlawanan selepas ini bakal menyaksikan Binh Duong bertemu Selangor di Ho Chi Minh dan Sriwijaya bertemu Victory SC di Palembang pada 21 April manakala Selangor bertemu Sriwijaya di Shah Alam dan Victory SC bertemu Binh Duong di Male pada 28 April depan.


SELANGOR: 22.Iqbal Suhaimi, 3.Razman Roslan, 11.Zaiza Zainal Abidin, 12.Bunyamin Umar, 4.Asraruddin Putra Omar, 19.D.Surendran (c) (16.Azrine Efendy Saduddin), 8.Safiq Rahim (25.Fazilidin Khalid), 14.Hardi Jaafar, 24.Fitri Shazwan Raduwan, 9.Rudie Ramli, 10.Safee Sali (23.R.Surendren).

VICTORY SC: 18.Mohamed Faisal, 3.Mohamed Sifan, 4.Afiu Mohamed Hamid (5.Ismail Anil), 7.Mukhtar Naseer, 8.Jameel Mohamed, 9.Hussain Simaz, 15.Ahmed Shafiu, 20.Ibrahim Sinaz, 21.Hassan Adhuham (26.Ali Shareef), 23.Ibrahim Fazeel, 27.Sabah Mohamed Ibrahim (c) (17.Ashraf Luthfy).

PENGADIL: Liu Kwok Man (Hong Kong)

Tuesday, April 6, 2010

Qiu Li strike earns Singapore Asian Games team 1-0 friendly win over rivals Malaysia

It may have been a close door friendly, but tonight’s match between the Singapore Asian Games Team and their Malaysian counterparts was by no means a light affair. Both teams were determined to prove their mettle, but it was the home side who came away victorious with a well-deserved 1-0 win at the Bishan stadium thanks to Qiu Li’s 24th minute strike.

The first clear chance of the game fell to Singapore in the 13th min when midfielder Nazrul Ahmad went clear on goal, but the Malaysian custodian, Mohd Farizal Marlias was quick off his line.

Singapore took the lead midway through the first half, with a fine team effort after four passes in quick succession, resulting in a simple tap in for the S.League’s current leading scorer Qiu.

The Tampines Rovers forward, together with club-mate Khairul Amri and SAFFC defender Daniel Bennett, were the three “over-aged’ players in the U-23 team.

Qiu was in the thick of the action again five minutes later when he took on a lacklustre Malaysian defence, laying off the ball for Hariss Harun, only for the midfielder to see his effort go inches off the left post.

Malaysia approached the second half with more intent, coming close in the 46th minute when forward Norshahrul Idlan broke free from the Singapore defence following a lapse in concentration by centre-back Safuwan Baharudin.

The visitors kept on the pressure when Ahamad Fakri Saari’s 57th minute shot was well blocked by substitute goalkeeper Jasper Chan.

Singapore’s defence was put to test once again after a late tackle on Bennett saw the defender substituted in the 68th minute. Hariss performed admirably having to fall back into the slot as a makeshift centre back.

Singapore ended the game on a positive, coming close to doubling their lead after substitute Fazli Ayob pounced on a well crafted through ball by Gabriel Quak, only for Malaysian goalkeeper Farizal to parry the ball away.

Said Singapore coach V Sundram Moorthy: “I’m pleased with the result. Overall, I feel that the boys were hungry and considering this is our first game, I feel that the boys managed to keep the ball well technically. There are still areas to work on, such as working better as a group and that will come with more games.”

Singapore Asian Games Team:
Zaiful Nizam (GK) (Jasper Chan (gk) 46’), Safuwan Baharudin (Afiq Yunos 85’), Abdil Qaiyyim (Raihan Abdul Rahman 34’), Shakir Hamzah (Mahdu Mohana 66’), Daniel Bennett (Firdaus Kasman 68’), Hariss Harun, Nazrul Ahmad Nazari (Gabriel Quak 46’), Izzdin Shafiq (Hafiz Abu Sujad 82’), Shahdan Sulaiman, Qiu Li (Fazli Ayob 87’) and Khairul Amri (Khairul Nizam 75’)

http://www.fas.org.sg/default.asp?V_DOC_ID=3514

Monday, April 5, 2010

HM (2) vs Vion(4)

Harimau Muda turun menentang pasukan teratas dalam liga 1 Slovakia FC Vion, para pemain menunjukkan semngat yang tinggi untuk menang. Harimau Muda mendahului lawan 2-0 pada separuh masa pertama melalui Ahmad Shakir dan Mohd Affize Faisal Mamat. Namun kelalaian barisan pertahanan membawa padah apabila mereka mudah melepaskan 4 gol kepada FC vion.


pada separuh masa kedua.Mahali Jasuli beraksi di bahagian tengah


Muhd Zamir mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh
rakan seposisinya, Sassi Kumar dalam perlawanan sebelum ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails