Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, April 21, 2010

Keputusan TM Liga Super 20 April 2010


Kelantan 3

Kuala Lumpur 0

Kedah 1

KL Plus 3

Perak 2

Negeri Sembilan 1

T-Team 1

Johor FC 0

Perlis 4

Pahang 0

Johor 3

Terengganu 6

Dengan pendahulu liga Selangor sibuk dengan Piala AFC di Vietnam Rabu ini, kemenangan Kelantan ke atas Kuala Lumpur dan pesta gol Terengganu di Johor mencuri tumpuan dalam persaingan Liga Super malam tadi.

Kelantan menang bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur, dengan Norshahrul Idlan Talaha menyumbat dua gol, yang pertama apabila dia menyambut bola muntah hasil sepakan percuma Badri Razi dengan melakukan volley pada minit ke-19 sebelum penyerang kebangsaan itu membuat gerakan solo di penjuru kiri Kuala Lumpur, memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum meledakkan sepakan kiri tiga minit kemudian.

Tiga minit selepas rehat, Badri menambah jaringan, menyambut lorongan Norshahrul untuk memperdaya penjaga gol Kuala Lumpur sebelum menolak gol ketiga Kelantan.

Di Alor Star, Kedah dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada KL Plus yang berusaha keras untuk keluar daripada kelompok corot. Dua jaringan Baddrol Bakhtiar, pada minit ke-43 dan penalti minit ke-80 tidak memadai buat Kedah yang melihat KL Plus menyempurnakan jaringan menerusi M. Badrol pada minit ke-25 dan Fadzli Saari pada minit ke-32 dan 77.

Perlis pula membelasah Pahang 4-0 hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-63 dan 64 serta dua gol daripada Ahmad Aminuddin pada minit ke-71 dan 80.

T-Team pula mengejutkan Johor FC 1-0 hasil gol Abdul Hadi Yahya manakala Perak mengejutkan Negeri Sembilan 2-1.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails