Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, April 20, 2010

Felda United Berpesta Gol


Pendahulu Liga Perdana, Felda United berpesta gol setelah mencatat kemenangan besar membelasah 10-0 Muar FC di Stadium Cheras, malam Isnin.

Dengan kemenangan tersebut Felda United yang kini mengumpul sebanyak 28 mata terus mengukuhkan kedudukannya dalam saingan liga pada musim ini.

Gol-gol bagi Felda United dijaringkan oleh Ashadi Yusof (minit ke-14), Abdul Ghani Rahman (minit ke-18), Fatrurazi Rozi (minit ke-20), Mohd Hardi Ahmad (minit ke-30), Chow Chee We (minit ke-53) Mohd Nizam Abu Bakar (minit ke-73), Fatrurazi Rozi (minit ke-80, 87 dan 89) dan Arsya Ayob pada minit ke-81.

Sementara itu di Stadium Hang Tuah, Melaka pasukan tuan rumah menang tipis 1-0 kepada USM FC.

Gol Melaka dijaringkan melalui sepakan penalti Mohamad Hilmi Rosli pada minit ke-36.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Harimau Muda menang tipis 5-4 terhadap Shahzan Muda.

Manakala di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabah berjaya menumpaskan PDRM 1-0.

Gol tunggal bagi pasukan Sabah dijaringkan oleh Mohd Farid Ideris pada minit ke-33.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia menewaskan Sarawak 3-2.

Sementara itu Selangor PKNS seri 1-1 dengan ATM pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails