Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, September 30, 2010

Liga M dicadang buka pintu kepada pasukan dari Asia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dicadang membuka pintu kepada pasukan-pasukan kelab dari rantau Asia untuk bermain dalam liga tempatan bagi meningkatkan mutu sukan tersebut di negara ini.

Cadangan tersebut yang dilontar sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Tan Sri
Annuar Musa adalah bertujuan meningkatkan kualiti pemain tempatan dan memberi
nilai tambah dari segi hak penyiaran perlawanan.

"Saya rasa kita bukan sahaja perlu mengambil pemain import dari sebelah
barat tapi perlu mengambil pemain import dari Asia. Ini kerana penonton dari
bahagian Asia seperti Thailand, Indonesia, Vietnam pastinya ingin melihat pemain
mereka beraksi bersama pemain kita di negara ini.

"Secara tidak langsung liga negara kita dapat dikenali dan seterusnya dapat
melonjakkan nilai kepada penyiaran negara kita," katanya.

Annuar memberikan cadangan tersebut pada sesi penerangan dan pengelolaan
Liga Malaysia 2011-2014 yang dianjurkan oleh FAM selama dua hari bermula hari
ini hingga esok, di sebuah hotel, di sini hari ini.

Source: Bernama

Harimau Muda 1-1 Liptovsky Mikulas


Harimau Muda masih kebuntuan untuk mencari kemenangan pertama mereka. Mereka sekali lagi dihukum melalui sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan setelah mendahului lawan. Begitulah gambaran perlawanan Harimau Muda di Slovakia kebelakangan ini. Namun kali ini mereka berjuang tanpa 8 pemain utama yang dipanggil balik oleh K. Rajagobal. Bertambah parah apabila pemain veteran HM Abdul Shukur Jusoh tidak dapat beraksi kerana demam.

Ong Kim Swee terpaksa mepertaruhkan para pemain mudanya seperti Nazirul Naim B. Che Hashim dan Muhd Ferris Danial B Mat Nasir di samping Wan Zaharul Nizam dan Saarvindran a/l Devandran
Keputusan perlawanan antara pasukan Malaysia U21 menentang Milukus FC. Mereka membalas kepercayaan melalui gol pembukaan pada minit ke-42 melalui Wan Zaharulnizam.

Kesebelasan utama menentang Liptovsky Mikulas
Muhamad Nazri B Ahmad mengeluarkan bola dari pintu gol Harimau Muda
Gerakan menarik dan larian deras mereka dibarisan tengah selalu memerangkap pihak lawan yang pada mulanya memandang rendah keupayaan pasukan HM dengan menurunkan barisan pemain simpanan. Terkejut dengan corak permainan dan gol HM, Liptovsky Mikulas memasukkan 6 pemain utamanya untuk mengimbangi saingan pada separuh masa kedua. Mereka hanya bernasib baik pada baki 5 minit terakhir apabila terjahan keras Mohd Rafiuddin Roddin membolehkan mereka medapat tendangan percuma untuk gol penyamaan.

Ketua jurulatih Harimau Muda amat berpuas hati dengan persembahan para pemainnya.
"..saya puas hati dengan kesungguhan para pemain terutamanya yang pertama kali diturunkan sepenuhnya seperti Nazirul Naim dan Muhd Ferris Danial, mereka langsung tidak gentar dengan corak agresif disamping fizikal lawan yang begitu jauh berbeza. Ketiadaan 8 pemain utama juga membuka peluang kepada para pemain lain menunjukkan kemampuan mereka, bagi saya ini perkembangan yang amat sihat dalam pasukan."..menurut Ong Kim Swee.

Ferris Danial dikawal ketat oleh 'abang angkatnya' sepanjang perlawanan
'Dugaan berliku' yang perlu diatasi oleh oleh pemain kita di Slovakia. Kata Wan zaharulnizam.."dia orang makan lauk sahaja, kita orang makan nasi lebih banyak daripada lauk..macam mana nak besar."

harimaumuda.com

Malaysia u23 0-2 iran u21

Pos.PasukanPMSKJBPGMata
1.Iran U2121103124
2.Vietnam U2311002113
3.Singapore U2310101101
4.Malaysia U23200214-30

Wednesday, September 29, 2010

Malaysia gagal ujian pertama di Vietnam



Skuad kebangsaan menempa kekalahan dalam aksi sulung Piala Eximbank apabila tewas 2-1 kepada tuan rumah, Vietnam di Stadium Thong Nhat.

Malaysia tersentak dengan gol awal lawan yang dijaringkan Nguyen Anh Duc pada minit ke-19 dan 26. Namun Malaysia berjaya merapatkan kedudukan menerusi Norshahrul Idlan Talaha seminit sebelum berakhir babak pertama.

Pasukan kebangsaan menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan dengan menukar dua penyerang, Safee Sali digantikan dengan Ahmad Fakri Saarani dan Norshahrul Idlan Talaha dengan Izzaq Faris Ramlan.

Pasukan kendalian K. Rajagobal itu akan bertemu dengan skuad Iran Khamis ini sebelum penentuan terakhir dengan Singapura dua hari kemudian.

Tuesday, September 28, 2010

malaysia vs vietnam (1-2)


Malaysia yang bermain dengan 6 orang player u19 da u21 kalah kepada vietnam.....

Selepas ini malaysia vs iran......live streaming di laman web yang sama..pada 30 september 2010...

live streaming ho chi minh city cup 2010

http://vietnamtv.blogspot.com/2007/10/blog-post_4122.html

Vietnam mahu balas dendam

Ulangan final Sukan SEA 2009


SKUAD negara gigih menjalani latihan menjelang aksi menentang Vietnam malam ini.

SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan ujian getir apabila turun bertemu tuan rumah, Vietnam pada perlawanan sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City malam ini.

Bukan pasukan lawan yang digeruni anak-anak buah K. Rajagobal itu, namun mereka perlu berdepan puluhan ribu penyokong Vietnam yang pastinya masih menyimpan dendam terhadap skuad negara.

Puncanya, Malaysia telah menewaskan Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA 2009 di Laos pada 17 Disember lalu hasil jaringan sendiri Mai Xuan Hop ketika cuba mengeluarkan bola sepakan Safiq Rahim.

Para penyokong Vietnam jelas cukup kecewa kerana pada aksi peringkat kumpulan sebelum itu, Vietnam berjaya menundukkan Malaysia 3-1 pada aksi yang diganggu keputusan kontroversi pengadil.

Justeru pertembungan malam ini pasti akan menjanjikan saingan yang hebat apabila kedua-dua pasukan sudah tentu bersemangat untuk membuktikan mereka lebih hebat.

13 daripada 20 pemain Malaysia pada Sukan SEA 2009 dibawa ke Vietnam bersama tujuh pemain baru iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar, Fandi Othman, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Safee Sali.

Vietnam juga masih mengekalkan majoriti pemain pada Sukan SEA 2009 seperti Mai Tien Thanh, Hoang Dinh Tung, Nguyen Thai Duong, Chu Ngoc Anh, Nguyen Ngoc Anh dan Pham Minh Duc.

Namun Rajagobal tidak mahu terlalu memikirkan tentang dendam yang disimpan pasukan tuan rumah itu, sebaliknya menggesa para pemainnya menampilkan aksi konsisten menjelang Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China November depan.

"Saya tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran untuk kejohanan di Vietnam ini. Saya lebih berminat untuk melihat konsistensi para pemain secara berterusan.

"Tidak guna juga jika kita berjaya muncul juara pada kejohanan ini tetapi apabila tiba kejohanan sebenar nanti mereka gagal mencapai tahap yang dikehendaki.

"Apa pun saya tetap mahu melihat perkembangan dan peningkatan prestasi para pemain saya pada tiap-tiap perlawanan bermula dengan aksi bertemu Vietnam ini," kata Rajagobal.

BARISAN KEMUNGKINAN:

Sharbinee Allawee Ramli, Sabre Mat Abu, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Sunday, September 26, 2010

Senarai 20 Pemain Ke Piala Millenium Thang Long

Skuad Malaysia U23

1. Amar Rohidan
2. Ahmad Fakri Saarani
3. Baddrol Bakhtiar
4. Faizal Abu Bakar
5. Mohd Sabre Mat Abu
6. Mohd Asraruddin Putra
7. Mohd Nasriq Baharom
8. Mohd Safee Mohd Sali
9. Safiq Rahim
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Kunalan Subramaniam
12. Mohd Sharbinee Allawee
13. Norshahrul Idlan Talaha
14. Khairul Fahmi Che Mat
15. Gary Steven Robbat
16. Izzaq Faris Ramlan
17. Mahali Jasuli
18. Mohammad Muslim Ahmad
19. Mohd Fadhli Mohd Shas
20. Mohd Fandi Othman


Skuad Singapura U23

1. Izwan Mahbud
2. Lionel Lewis
3. Shakir Hamzah
4. Daniel Bennett
5. Hidhir Hasbiallah
6. Eddie Affendy Chang
7. Afiq Yunos
8. Syafiq Zainal
9. Faritz Abdul Hameed
10. Hafiz Abu Sujad
11. Nazrul Ahmad Nazari
12. Zulfahmi Arifin
13. Hariss Harun
14. Firdaus Kasman
15. Erwan Gunawan
16. Al-Qaasimy Abdul Rahman
17. Rizawan Abdullah
18. Eugene Luo
19. Fadhil Noh
20. Khalili D'cruz

Skuad Vietnam U23

1. Bui Tan Truong
2. Nguyen Dai Dong
3. Pham Minh Duc
4. Nguyen Cong Minh
5. Mai Xuan Hop
6. Tran Dinh Dong
7. Vo Hoang Quang
8. Nguyen Thanh Long Giang
9. Tran Khoa Dien
10. Chu Ngoc Anh
11. Nguyen Quy Suu
12. Nguyen Thai Duong
13. Nguyen Trong Hoang
14. Mai Tien Thanh
15. Pham Thanh Luong
16. Phan Thanh Hung
17. Hoang Dinh Tung
18. Phan Thanh Binh
19. Tran Manh Dung
20. Nguyen Ngoc Anh

skuad kebangsaan berlepas ke Ho Chi Minh City hari ini.

Saturday, September 25, 2010

FAM kumpul maklumat tentukan format Liga M 2011



FAM mencari pendekatan terbaik dan sedia mengambil pandangan umum sebelum membuat keputusan mengenai perjalanan Liga Malaysia musim depan.

Dalam masa yang sama, pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) 2011-14, Datuk Hamidin Mohd Omar mendedahkan selepas mesyuarat pertama, format sedia ada tidak akan diubah dengan mendadak dan mungkin hanya 30 peratus sahaja.

Malah selepas dua tahun Liga M menyepi tanpa kelibat awang import, kehadiran mereka belum dapat dipastikan lagi dan semuanya akan terjawab selepas 4 Oktober nanti.

Dalam usaha mewujudkan format yang terbaik, satu sesi brainstroming yang melibatkan semua pihak dari pengurus, pengamal media dan beberapa pihak termasuk peminat yang telah dikenal pasti akan diadakan di Hotel Bluewave Shah Alam pada 29-30 Sept ini bagi mengutarakan berkaitan format Liga M selain pemain import.

Dalam sesi ini segala idea akan diambil-kira sebelum ditentukan dalam Majlis Eksekutif.

FAM mengambil-kira beberapa aspek sebelum memberi lampu hijau khidmat pemain import dengan tiga kriteria utama menjadi tumpuan iaitu agar kehadiran mereka dapat meningkatkan lagi kualiti pemain tempatan, menarik lebih rmai peminat ke stadium serta dapat membantu untuk mewujudkan sebuah pasukan kebangsaan yang lebih mantap.

Tetapi, tidak semestinya kemasukkan pemain akan terus dibenarkan, barangkali hanya akan dilaksanakan pada 2012.

Badan induk bola sepak Malaysia itu mengakui ketika ini statistik menunjukkan bilangan penonton merosot teruk untuk semua pasukan termasuk pasukan Selangor sendiri kecuali Kelantan.

Mulai musim depan, FAM akan memulakan sistem online bagi urusan pendaftaran dan pemohonan ITC pemain import seperti yang dikehendaki FIFA dan perkhidmatan tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Melayu, Cina dan India akan menyertai ahli gabungan dan wajib menghantar pasukan.

Dengan ini, ketiga-tiga pasukan ini akan setaraf dengan pasukan negeri serta pasukan PDRM dan ATM.

Jika tiada aral melintang, tirai Liga M akan disingkap di mana perlawanan merebut Piala Sumbangsih akan diadakan pada 1 Januari depan.


Mokhtar Dahari Dalam Kenangan








Friday, September 24, 2010

Newspaper Cup 2010


Berikut ialah kumpulan dan jadual sepanjang kejohanan tersebut.

Tarikh: Oktober 23-31, 2010
Venue: Thong Nhat Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam

Hadiah Wang Tunai (USD30,000)
Johan: USD10,000
Naib Johan: USD7,000
Tempat Ketiga: USD5,000
Tempat Keempat: USD3,000

Pasukan (6 pasukan):
Kumpulan A: Vietnam U21, Thailand U21 dan Myanmar U21
Kumpulan B: Vietnam U19, Singapura U21 dan Malaysia U21

Jadual Perlawanan:
Oktober 23, 2010 (Sabtu): Singapore U21 vs Malaysia U21, Vietnam U21 vs Myanmar U21

Oktober 25, 2010 (Isnin)): Thailand U21 vs Myanmar U21, Vietnam U19 vs Singapore U21

Oktober 27, 2010 (Rabu): Malaysia U21 vs Vietnam U19, Vietnam U21 vs Thailand U21

Oktober 29, 2010 (Jumaat): Separuh Akhir:

Oktober 31, 2010 (Ahad): Tempat Ketiga, Akhir

*Malaysia akan dibarisi oleh Team SSBJ 'A' + Harimau Muda Liga Premier

Malaysia u16 (4) - (0) Kuwait u16




Skuad U16 Kebangsaan melayan kunjungan Skuad U16 kuwait yang dalam rangka persiapan menyertai Kejohanan AFC U16 di Uzbekistan Oktober depan. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi, pasukan U16 membenam pasukan lawan 4 gol tanpa balas. Malaysia mendahului pada minit ke-9 melalui tendangan penalti Nik Syafiq Syazwan. Kemudian Muhd Akmal Ishak menguis masuk bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kuwait pada minit ke-38.



Kesebelasan Utama U16 Kebangsaan
Pemain Kuwait cuba melepas Muhamad Akhir Bahari(20) dan Norhamizarif (25)

Satu cubaan yang menarik dari Muhammad Akmal Ishak untuk menguji penjaga gol Kuwait
Kemasukan Norhamizarif pada separuh masa kedua menambah derita Kuwait apabila dia menyumbangkan 2 gol(minit ke-65 dan 73). Kekalahan ini adalah kekalahan terbesar pasukan Kuwait dalam siri perlawanan persahabatan mereka tahun ini. Sebelum ini pada perlawanan pertama mereka tewas kepada Skuad gabungan bawah 16 dan 17 tahun negara 4-2 manakala pada perlawanan kedua mereka tewas 2-3 pada skuad yang sama.

Ketua Jurulatih Pasukan U16 Kuwait, Edgar Borges yang berasal dari Portugal bagaimanapun menganggap siri perlawatan mereka di Malaysia sangat berguna sebagai persiapan terakhir mereka.


Edgar Borges-runsing memikirkan prestasi anak buahnya

Menurutnya.."hasil dari perlawanan dengan pasukan anda kami menemui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki baik di bahagian tengah mahupun serangan, dalam jangkamasa sebulan lebih yang ada saya akan cuba sebaik mungkin menampung kekekurangan tersebut."

Sebelum ini Skuad U16 Kuwait mengadakan kem latihan di Mesir selama sebulan. Mereka seri 2-2 dan 1-1 dengan Skuad U16 Mesir.

Bagi Ketua Jurulatih U16 Kebangsaan, Aminuddin bin Hussin beliau berpuas hati dengan tahap disiplin dan kesungguhan para pemainnya beraksi. Walaupun para pemain berehat panjang tanpa kejohanan kompetitif terutama diperingkat antarabangsa mereka mampu membentuk persefahaman. Menurutnya.."walau bangga namun pada masa yang sama saya agak terkilan kerana pasukan kita dari segi prestasinya tidak ketinggalan malah lebih baik dari mereka namun kerana bebarapa faktor yang diluar kemampuan kami pihak kejurulatihan, kita terpaksa melupakan hasrat kepusingan akhir tersebut."
Aminuddin Hussin - Ketua Jurulatih U16 Kebangsaan
Pasukan ini masih tercalar dengan kekalahan 0-6 kepada pasukan Laos pada pusingan kelayakan piala AFC U16 tahun lepas, sekaligus menyaksikan mereka berputih mata untuk ke Pusingan Akhir AFC U16 yang akan dilangsungkan Di Uzbekistan 24 Okt-7 Nov 2010. Punca utama yang dapat dilihat daripada kegagalan tersebut adalah kurangnya pendedahan kepada perlawanan kompetitif secara berterusan. Sekali lagi skrip lama yang terpaksa diulangi.


macam mana boleh menang 4-0 dengan kuwait..kalah 6-0 dengan Laos...

Sumber:

Thursday, September 23, 2010

Skuad Kebangsaan Tetap Bertanding Pada Piala Suzuki AFF Di Jakarta - Annuar

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan bola sepak negara akan tetap bertanding pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Jakarta Disember ini walaupun berlaku demonstrasi anti-Malaysia di sana.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, keyakinan beliau berdasarkan keupayaan negara itu dalam menganjurkan beberapa acara berprestij seperti badminton.

"Saya yakin pihak Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) akan mengambil langkah-langkah wajar dalam memastikan keselamatan para pemain bola sepak kita.

"Selain itu, keyakinan saya turut bersandarkan kepada keupayaan mereka dalammenganjurkan beberapa kejohanan berprestij dunia termasuk badminton dan sebagainya, jadi kita harus memberi kepercayaan kepada mereka dalam menganjurkan pertandingan itu (Piala AFF Suzuki)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan pasukan negara ke Jakartaberikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara berkenaan baru-baru ini.

Katanya, badan bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA)boleh mengambil tindakan ke atas Indonesia sekiranya mereka gagal memastikan keselamatan para pemain dan pegawai sewaktu kejohanan itu sedang berlangsung.

Ditanya mengenai sasaran untuk skuad kebangsaan, Annuar secara peribadi tidak meletakkan sasaran kepada skuad bola sepak negara tetapi mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas.

"Tiada ada sasaran spesifik tetapi saya mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas. Kalau permainan kita kurang sewaktu memenangi pingat emas dalam Sukan SEA, setidak-tidaknya, permainan kita lebih baik daripada negara-negara Asean," katanya.

Pada kejohanan tersebut dari 1 hingga 29 Disember ini, Malaysia disenaraikandalam Kumpulan A bersama Indonesia, Thailand dan pemenang kumpulan pusingankelayakan.

Kumpulan B disertai oleh juara bertahan Vietnam, Singapura, Myanmar dan naib juara kumpulan pusingan kelayakan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik pada 15 dan 16 Disember dan 18 dan 19 Disember.

Perlawanan akhir secara timbal balik akan diadakan pada 26 dan 29 Disember ini.


- BERNAMA

Wednesday, September 22, 2010

Harimau Muda 1-1 Bodva Moldava

fam.jpg

Senarai Pemain: Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Mohd Shas, Abdul Shukor Jusoh, Irfan Fazail (Saarvindran Devandran), Gary Steven Robbat (Sivanesan Shanmugam), Izzaq Faris Ramlan (Muhammad Ferris Danial Mat Nasir), Wan Zack Haikal Wan Noor, Muhammad Rafiuddin Roddin (Nazirul Naim Che Hashim,), Mohd Affize Faisal Mamat (Mahali Jasuli), Mohd Fandi Othman, Mohd Muslim Ahmad

Penjaring:
Sivanesan Samugam (69'), Bodva Moldava - Pančík Tomas (18 ')


Terkini setelah 4 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)

Senarai Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharulnizam (1 gol)
S Sivanesan (1 gol)

Tuesday, September 21, 2010

Lapan Pemain Harimau Muda "A" Menyertai Latihan Pusat Skuad Kebangsaan

Perlawanan menentang Bodva Moldava (September 20, 2010) merupakan perlawanan terakhir untuk 8 orang pemain yang dipanggil balik untuk menyertai latihan skuad kebangsaan.

Mereka akan kembali semula ke Slovakia pada Oktober 5. Kelapan-lapan pemain ini akan terlepas peluang menentang Liptovsky Mikulas pada September 28 dan Zemplin Michalovce pada Oktober 6.

Mereka adalah ketua pasukan, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, Mohd Fadhli Mohd Shas dan penjaga gol, Zamir Selamat.

http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Saturday, September 18, 2010

2 pemain Harimau Muda A 'dipikat' Vion FC


Dua pemain yang bertuah itu ialah pemain pertahananan dan sayap kiri, Fandi Othman, 18, dan pemain pertahanan tengah, Fadhli Shas, 19.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, Fandi dan Fadhli telah ditawarkan untuk berlatih bersama pasukan utama kelab itu bermula kelmarin.

"Pemilihan kedua-dua pemain ini dibuat atas penilaian ketua jurulatih Vion FC ketika dia menyaksikan perlawanan kami di sini serta dibantu perbincangannya dengan saya.

"Mereka mula berlatih kelmarin dan akan terus bersama Vion FC se- hingga mereka berdua pulang ke tanah air sehari kemudian untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan," katanya .

Fandi dan Fadhli merupakan tonggak utama Harimau Muda A pada tiga aksi per- sahabatan skuad negara setakat ini yang menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada MFK Ruzomberok B, seri 2-2 dengan FC Petrazalka dan tewas 1-2 kepada Slovan Duslo Sala.

Jelas Kim Swee, pendedahan sesi latihan bersama Vion FC itu sesuatu yang amat berguna pada pemain muda negara selain ia turut membuktikan Malaysia juga tidak ke- tandusan pemain berkualiti.

"Saya harap Ini juga akan membuka lagi ruang kerjasama baik antara FAM dan Vion FC untuk terus memberi peluang pada pe- main-pemain kita walaupun kelab itu berstatus elit di Eropah.

Dalam pada itu, Harimau Muda A turut mengadakan satu perlawanan persahabatan tidak rasmi pada Rabu lalu untuk memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan beraksi.

"Kita menentang sebuah kelab Liga 2 Slo- vakia dan seri 4-4. Ferris Danial Mat Nasir dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria masing-masing menjaringkan dua gol," kata Kim Swee

FC Vion ialah kelab yang bermain di liga TERATAS LIGA SLOVAKIA................. KELABNYA SEPERTI MSK ZILINA YANG TELAH DIKALAHKAN CHELSEA PADA UEFA.........


Keputusan Piala Malaysia 17 September 2010

Felda United 1

(Rashid Mahmud m-41)

Selangor 4

(D. Surendran m-2, Safiq Rahim m-31, Safee Sali m-58, Amirulhadi Zainal m-72)



Kedah 2

(Baddrol Bakhtiar m-3, 41)

Perak 0


Negeri Sembilan 1

KL Plus 1



Sabah 2

Terengganu 2


PKNS 0


Kelantan 1

(Akmal Rizal Ahmad Rakhli)



ATM 1

Johor FC 1



T-Team 4

Perlis 0



SELANGOR mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan menumbangkan Felda United 4-1 untuk mendahului saingan Piala Malaysia Kumpulan D malam tadi.


Setelah menewaskan T-Team Selasa lalu, Selangor tidak perlu menunggu lama untuk menggegar gawang lawan apabila sepakan percuma seawal minit kedua daripada D. Surendran gagal dibaca oleh penjaga gol Felda, Zainal Rabin.


Menerima umpanan Amirulhadi Zainal, Safiq tidak menunggu lama untuk meledak jaringan kedua dari luar petak penalti pada minit ke-31 sebelum Amirulhadi sekali lagi mencipta gerak, membuka ruang untuk Safee mengelak kawalan Kaironnisam Sahabuddin Hussain lalu menewaskan Zainal pada minit ke-58.



Pada minit ke-72, Amirulhadi melengkapkan malam peribadi yang gemilang dengan melakukan larian solo sebelum menewaskan Zainal bagi memenuhi hajat K. Devan mengumpul mata maksimum daripada dua perlawanan.

Kedah berterima kasih kepada sentuhan tajam Baddrol Bakhtiar – gol pertama hasil sepakan percuma jarak jauh pada minit ketiga dan gol kedua percubaannya dari luar petak penalti empat minit sebelum rehat, memastikan Kedah mengumpul mata penuh.



Pertemuan Pahang dan Kuala Lumpur ditunda akibat masalah lampu limpah.



Jaringan pemain gantian Akmal Rizal Rakhli hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-75 memastikan tiga mata buat Kelantan yang juga berterima kasih apabila penjaga gol Syed Adney Syed Hussain menyelamatkan penalti Mohammad Azrif Nasrul Haq Badrul pada babak kedua ketika menewaskan PKNS.



Hujan lebat di Stadium Likas menyukarkan pemain ketika Sabah diikat Terengganu 2-2. Farid Ideris menjaringkan gol pertama sebelum Zainizam Marjan menambah jaringan tetapi Terengganu bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti Abdul Manaf Mamat.



Di Kuala Terengganu, T-Team membelasah Perlis 4-0.

Thursday, September 16, 2010

Harimau Muda A kalah tipis



Skuad Harimau Muda A menempa kekalahan kedua dan kali ini kepada Slovan Duslo Sala dengan keputusan 2-1.

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu gagal mempertahankan setidak-tidaknya keputusan seri apabila membenarkan pasukan lawat meledakkan gol kemenangan pada minit ke-85.

Duslo Sala berada di hadapan pada minit ke-28 selepas dihadiahkan sepakan penalti. Namun Gary Steven Robbat berjaya mengikat kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Harimau Muda A setakat ini telah mengharungi tiga perlawanan dengan mencatat seri sekali dengan Petrzalka.

Undian Bola Sepak Sukan Asia Ke-16 2010

Sukan Asia XVI

Undian bagi lapan acara berpasukan Sukan Asia Ke-16 telah ditetapkan pada Oktober 7, 2010 (Khamis) di Garden Hotel. Undian acara bola sepak ini serentak dengan undian bagi bola keranjang, bola baling, polo air, ragbi tujuh sebelah, bola tampar, sepak takraw dan gimnastik.

Sebanyak 27 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan bagi acara bola sepak.


sumber: malaysia football

UNDERDOG



itulah GELARAN untuk malaysia kerana diletakkan di dalam kumpulan maut bersama indonesia, thailand, dan juara kelayakan. Juara kelayakan sudah semestinya pasukan yang kuat.

Berada di dalam kumpulan maut sudah biasa bagi pasukan malaysia kerana malaysia pernah diundi lagi susah daripada kumpulan ini semasa sukan sea di laos iaitu bersama thailand dan vietnam. Akhirnya malaysia masuk juga di pusingan ke-2

Ini sudah menjadi kebiasaan bagi pasukan malaysia.

Pemenang akan menerima trofi dan hadiah kemenangan US$100,000.

Kesemua perlawanan piala AFF 2010 akan disiarakan secara langsung di ESPN STAR SPORT......

Wednesday, September 15, 2010

Keputusan undian piala AFF 2010

Group A
TeamMPWDLGFGAPts
Indonesia0000000
Thailand0000000
Malaysia0000000
Winner Qualifiers0000000

Qualifying Round Group
TeamMPWDLGFGAPts
Laos0000000
Cambodia0000000
Timor Leste0000000
Philippines0000000
Group B
TeamMPWDLGFGAPts
Vietnam0000000
Singapore0000000
Myanmar0000000
Runners-up Qualifiers0000000





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails