Malaysia tersentak dengan gol awal lawan yang dijaringkan Nguyen Anh Duc pada minit ke-19 dan 26. Namun Malaysia berjaya merapatkan kedudukan menerusi Norshahrul Idlan Talaha seminit sebelum berakhir babak pertama.
Pasukan kebangsaan menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan dengan menukar dua penyerang, Safee Sali digantikan dengan Ahmad Fakri Saarani dan Norshahrul Idlan Talaha dengan Izzaq Faris Ramlan.
Pasukan kendalian K. Rajagobal itu akan bertemu dengan skuad Iran Khamis ini sebelum penentuan terakhir dengan Singapura dua hari kemudian.