Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Liga Super 29 Januari 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZjntq85-oTRvikPYSao6BYUF4ADqCW_j8SKRmwOIMwkdEs19zZd_fQWUiRcZZDGzvD_eGf76WJYPK9elXUjHJJAfiYYZr9co9bBlVYJBzxrjPOnUUSxpSTDFQu7LNbhKZRQR-hi2dXspf/s1600/liga+super+2011.jpg




Selangor 0 – 2 Kelantan (Piala Sumbangsih – Kelantan Juara)


Terengganu 0 – 0 Sabah

Kuala Lumpur 1- 1 Perak

Johor FC 0 – 0 Felda United

Kedah 0 – 0 T-Team

Negeri Sembilan 1 – 0 Harimau Muda A

Pahang 3 – 1 Perlis

Saturday, January 29, 2011

Safee hampir pasti sertai Persib


KUALA LUMPUR - ''Mungkin pergi." Itu ulasan ringkas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai perpindahan penyerang Selangor, Safee Sali ke kelab Indonesia, Persib Bandung.

Tanpa mahu memberikan penjelasan lebih lanjut, Hamidin berkata, segalanya akan terjawab minggu depan selepas perbincangan mengenai syarat perjanjian antara kedua belah pihakdapat dicapai.

''Ketika ini tiada apa yang saya boleh katakan. Tunggu sahaja minggu depan, saya akan panggil pihak media untuk menjelaskan kedudukan Safee.

''Sekarang semuanya masih di peringkat perbincangan, tiada sebarang pengesahan boleh saya berikan.
''Cuma mungkin dia akan pergi kalau semua perkara berjalan lancar," kata Hamidin ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Safee menarik perhatian tiga kelab Liga Super Indonesia (ISL), Persib Bandung, Persib Balik Papan dan Pelita Jaya selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Begitupun Safee berminat beraksi bersama Persib Bandung, ekoran faktor jaraknya yang dekat dengan tanah air dan sudah biasa persekitaran di sana.

Difahamkan, sejumlah pampasan akan diberikan kepada Selangor jika penghijrahan Safee menjadi kenyataan kerana dia masih mempunyai baki setahun kontrak dengan Red Giants.

Safee masih berpeluang mewakili Selangor dalam beberapa perlawanan memandangkan ISL akan bermula pada Mei.

UTUSAN.

Wednesday, January 26, 2011

MSL TAKING MALAYSIAN FOOTBALL TO THE NEXT LEVEL




Complete revamp of Liga Malaysia set to garner greater sponsorship, media attention and fan support.

PETALING JAYA ( 26 JANUARY 2011) :The Malaysian Super League Sdn Bhd (MSL), the commercial arm of the Football Association of Malaysia (FAM) today unveiled its plans to take Malaysian football to the next level during the first 2011 Liga Malaysia team briefing held at the Wisma FAM in Kelana Jaya today.

To boost the growth of professional football in Malaysia, MSL believes it’s time that commercial aspects of the sport are improved in line with the developing standard of the game. For this, MSL has outlined a three-pronged approach to provide assistance and support to club and state teams to grow the business side of things mainly in marketing sponsorship, media relations and fan base development.

The briefing was attended by all team representatives participating in the 2011 Liga Malaysia scheduled to kick off this weekend.

During the brief, MSL announced the appointment of its new CEO, Stuart Ramalingam, who is set to spearhead the new initiatives.

The first of the three initiatives is aimed at helping teams make more money through enhanced marketing and promotional efforts. MSL will soon equip club and state sides with the necessary expertise to handle commercial negotiations and providing direction, assistance and support. 

Even workshops on brand building and sponsorship procurement will also be held for team management and administration staff.

To improve publicity and maximise teams’ exposure in the media, MSL will stress on better media management thus providing guidelines on media relations.

Among the programmes scheduled is a media workshop themed “Making Media work for you - WHY, HOW AND WHEN?”.

To assist teams in building a larger fan base, MSL will also implement a uniformed fan club system for all club and state teams while also providing teams with fan club development strategies.

During the briefing, MSL unveiled Liga Malaysia’s new logo and introduced the participating teams to the commercial rights and activities of media partner ASTRO, which has pledged RM120 million to FAM over the next four years.

The sleek new logo features a majestic Harimau atop a stylised sphere made up of Jalur Gemilang colours.

FAM

Monday, January 24, 2011

HMA 2 vs Singapore u23 0

Skuad bawah 23 malaysia menang ke atas skuad bawah 23 singapore 2-0 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar,singapore.

Seperi yang kita ketahui HMA turun tanpa tiga tonggak iaitu
Tiga pemain yang tidak dibawa untuk berada dalam senarai 18 pemain ke Singapura ialah ketua pasukan, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Selepas ini HMA akan menumpukan perhatian pada LIGA M. 


DAN 23 FEBRUARI INI HMA AKAN MENURUN MENENTANG PAKISTAN (KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK 2012). DI MALAYSIA....

Harimau Muda A turun tanpa tiga tonggak

Harimau Muda A bakal turun tanpa tiga tonggak utama mereka untuk aksi persahabatan menentang skuad Olimpik Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura


Tiga pemain yang tidak dibawa untuk berada dalam senarai 18 pemain ke Singapura ialah ketua pasukan, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor.


Izzaq dan Wan Zack mengalami kecederaan sewaktu kita tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Thailand pada Khamis lalu.


Muslim pula mengadu mengalami kecederaan pangkal paha selepas perlawanan di Bangkok itu.



SKUAD 18 PEMAIN HARIMAU MUDA A KE SINGAPURA
Zamir Selamat, Izham Tarmizi Roslan, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Fadhli Shas, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Fandi Othman, Nazirul Naim Che Hashim, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Abdul Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Rafiuddin Roddin, S. Sivanesan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim.

Saturday, January 22, 2011

Logo baru Liga Malaysia akan dilancar Rabu ini
























Logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.


Tan Sri Annuar Musa....Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.
Dan pada 26 Januari ini juga akan berlangsung satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

Friday, January 21, 2011

Harimau Muda tewas di Bangkok





SKUAD bola sepak Olimpik Malaysia, Harimau Muda A tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Thailand pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok petang semalam.
Ketinggalan 0-1 pada minit ke-19, skuad muda negara itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang gantian berusia 18 tahun, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-74.

Namun kesilapan kapten, Muslim Ahmad menahan bola dengan kemas menyebabkan ia berjaya dicuri pemain Thailand yang terus merembat kencang menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan pada minit ke-86.

Justeru, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menganggap, beberapa kelemahan dikenal pasti menerusi perlawanan semalam yang diharap dapat diperbaiki menjelang pusingan pertama kelayakan Olimpik bertemu Pakistan.

"Kita tak beraksi dengan baik pada babak pertama tetapi berjaya memperbaikinya pada babak kedua menerusi permainan menyerang sehingga mendapat gol penyamaan.

"Namun kesilapan pada minit terakhir perlawanan menyebabkan kita tewas. Sepatutnya kita boleh mengikat Thailand.

"Apa pun para pemain dapat pengajaran bahawa perlawanan peringkat domestik cukup berbeza dengan perlawanan antarabangsa seperti ini.

"Tidak dinafikan Thailand beraksi baik dan majoriti pemain mereka juga berkualiti. Tapi tak banyak beza sangat antara kedua-dua pasukan," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Bangkok selepas perlawanan.

Skuad Harimau Muda A kembali ke tanah air hari ini sebelum berlepas pula ke Singapura pada Ahad untuk aksi persahabatan menentang skuad Olimpik Singapura di Stadium Jalan Besar, Isnin ini.

"Saya harap kita dapat menggunakan sepenuhnya peluang bertemu Singapura nanti dengan mempamerkan aksi lebih baik dan positif," tambah Kim Swee.

Untuk pertemuan menentang Pakistan pada 23 Februari di Cheras dan 9 Mac di Lahore, skuad negara bagaimanapun akan diperkuat beberapa 'pemain luar' seperti Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) serta Ahmad Shakir Md. Ali dan Faizal Abu Bakar (Kedah)

KOSMO ONLINE

Saturday, January 15, 2011

LATIHAN & PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN UNTUK PERSIAPAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PADA 29 JUN 2011



1. Latihan Tempatan  2 Feb 2011 hingga 10 Feb 2011 bertempat di Wisma FAM Kelana Jaya.

2. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 9 Feb 2011 bertempat di Stadium KLFA, Cheras.

Pemain-pemain yang dipilih untuk menjalani latihan dan pemilihan adalah seperti berikut :


1.  AMAR ROHIDAN  (KEDAH)
2. MOHD AZMI MUSLIM  (KEDAH)
3. MOHD SABRE MAT ABU  (KEDAH)
4. AMIRULHADI ZAINAL  (SELANGOR)
5 ASRARUDINI PUTRA  (SELANGROR)
6. SAFEE SALI  (SELANGOR)
7. SAFIQ RAHIM  (SELANGOR)
8. AHMAD FAKRI SAARANI  (N9)
9. AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK  (N9)
10. MAHATHEVAN A/L GENGATHARAN  (N9)
11. FARIZAL MARLIAS  (N9)
12. KUNALAN SUBRANIAM  (N9)
13. ASHAARI SAMSUDDIN  (TERENGGANU)
14. SHARBINEE ALLAWEE  (TERENGGANU)
15. S.CHANTURU  (KELANTAN)
16. IDLAN TALAHA  (KELANTAN)
17. KHAIRUL FAHMI CHE MAT  (KELANTAN)
18. K.GURUSAMY  (HMA)
19. 1ZZAQ FARIS RAMLAN  (HMA)
20. MAHALI JASULI  (HMA)
21. MUSLIM AHMAD  (HMA)
22. FADHLI SHAS  (HMA)
23. MOHD FAIZAL MUHAMAD  (HMA)
24. SHAHRIZAL MOHD SAAD  (JOHOR FC)


SEBARANG PERTUKARAN PEMAIN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN


FAM

Skuad Olimpik tak jadi ke Qatar

KUALA LUMPUR - Gara-gara Piala Asia yang berlangsung di Doha, Qatar, skuad Olimpik negara terpaksa membatalkan hasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik negara itu, yang dijadualkan pada 20 Januari.

Ia disebabkan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) tidak membenarkan sebarang penggunaan padang untuk tujuan perlawanan, selain kejohanan Piala Asia 2011 yang berakhir pada 29 Januari ini.


Sebagai ganti, Ong Kim Swee (gambar) selaku pengendali skuad Olimpik negara dan Harimau Muda A berkata, mereka akan berdepan skuad Olimpik Singapura di Stadium Jalan Besar, yang dijadualkan pada 24 Januari ini.

Sebelum itu, skuad negara akan menentang skuad Olimpik Thailand pada 20 Januari ini di Bangkok.

''Pembatalan perlawanan di Doha dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Rabu lalu, ekoran AFC tidak membenarkan sebarang perlawanan bola sepak lain diadakan ketika Piala Asia berlangsung.

''Dari segi kualiti perlawanan, saya rasa memang sedikit kerugian, kerana tidak dapat berdepan lawan sekuat Qatar, yang saya sifatkan salah satu lawan yang mampu memberikan saingan berkualiti tinggi.

''Bgeitupun, saya tetap gembira kerana kami tetap mendapat satu perlawanan ganti bertemu Singapura dan Thailand, kerana sekurang-kurangnya pemain saya dapat merasai perlawanan persahabatan dengan pasukan luar sebelum menempuh ujian sebenar pada 23 Februari ini,'' katanya selepas perlawanan persahabatan antara Harimau Muda A dan Pahang, kelmarin.

Skuad bimbingan Kim Swee yang menurunkan ramai pemain simpanan tewas kepada Pahang dengan keputusan 0-2.

Biarpun kalah, Kim Swee tetap tenang dengan menyifatkan ia satu proses pembelajaran buat pemain muda, sambil memuji Pahang merupakan sebuah pasukan yang baik.

''Karektor pemain saya jelas diuji sepenuhnya oleh Pahang pada perlawanan malam ini dan keputusan ini akan menyedarkan mereka bahawa kualiti pasukan dari Liga Super lebih tinggi berbanding Liga Perdana.

''Skuad Pahang juga saya anggap satu lawan yang baik kerana saya dapati mereka mempunyai keseimbangan di semua bahagian dan ia menghadirkan kesukaran buat pemain bersaing," ujarnya.

Menurutnya, dia yakin menjelang bertemu Pakistan nanti, dia akan mendapat kesebelasan terbaik untuk diturunkan, selepas menguji semua pemain dalam perlawanan persahabatan dan beberapa aksi Liga Super.

Skuad Olimpik negara akan memulakan cabaran pada 23 Februari depan selepas diundi bertemu Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pusingan pertama kelayakan Olimpik, sebelum bertandang ke sana dalam pertemuan timbal balik.

 utusan

Tuesday, January 11, 2011

Malaysia mln Hong Kong

Peminat bolasepak berpeluang menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi apabila barisan pemain negara turun dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 9 Februari, jam 8.45 malam, di Stadium KLFA.


Selepas kejayaan memenangi Kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun lalu, kini pasukan kebangsaan memulakan persiapan untuk menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa, termasuk kelayakkan Piala Dunia FIFA, Jun akan datang.

Bagi pasukan Hong Kong, perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan sebahagian dari persiapan mereka menghadapi kelayakkan Piala Dunia.

Sementara itu, pasukan Harimau 'A', yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih Ong Kim Swee, akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang PKNS di padang PKNS, Jumaat (14 Jan). Perlawanan bermula jam 4.45 petang.

Hong Kong national team  
http://www.harimaumuda.com/2011/01/malaysia-mln-hong-kong.html

Monday, January 10, 2011

'Satu bulan, satu perlawanan'

JURULATIH kebangsaan, K. Rajagobal berharap skuad bimbingannya itu mendapat peluang untuk beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan berstatus A setiap bulan sepanjang tahun ini.

Bagi Rajagobal, aksi berterusan penting dalam memastikan skuad juara Piala Suzuki AFF 2010 itu dapat mengekalkan rentak cemerlang itu menjelang beberapa tugasan penting yang akan menyusul.

"Untuk masa terdekat, kita akan mengadakan satu perlawanan persahabatan pada bulan Februari. Kalau boleh, tiap-tiap bulan kita mahukan aksi persahabatan berstatus A.

"Ia penting untuk memastikan pasukan ini terus konsisten kerana kita akan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun depan dan juga pertemuan dengan Chelsea pada Julai depan.

"Kita sememangnya sudah mempunyai rancangan jangka panjang empat tahun dengan sasaran utama ialah melepasi saingan kelayakan Piala Asia dan beraksi pada pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

"Kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF ini hanyalah sebagai satu permulaan ke arah itu," katanya pada sidang media bersempena majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

DARI kanan: Safee Sali, Amirulhadi dan Khyril Muhymeen menurunkan tandatangan pada baju salah seorang peminat semasa sesi bertemu peminat semalam.



Lebih separuh pemain skuad kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 hadir pada majlis tersebut bersama tiga pemain yang tidak tersenarai akibat kecederaan iaitu Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Baddrol Bakhtiar.

Rajagobal turut berharap semua pemainnya dapat mempamerkan aksi terbaik dan konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia yang akan bermula 29 Januari depan selain tidak gusar ganjaran demi ganjaran bakal melekakan anak-anak buahnya.

"Saya mahu Aidil, Zaquan dan Baddrol tampil lebih bertenaga apabila mereka kembali beraksi nanti. Jika prestasi mereka tidak mencapai tahap konsisten, berkemungkinan saya tidak akan panggil mereka semula.
"Tentang ganjaran, saya tahu pemain-pemain saya tidak akan lupa diri. Saya kenal mereka semua dan yakin dengan komitmen mereka.

"Mereka juga tahu, jika mereka malas, sudah pasti saya akan ketepikan mereka untuk menganggotai skuad kebangsaan," tegas Rajagobal.

KOSMO ONLINE

Friday, January 7, 2011

Pelan empat tahun FAM

SAINGAN Piala Asia bermula di Qatar hari ini dengan 16 pasukan terbaik benua Asia bertarung merebut piala yang memasuki edisi ke-15 itu.
Namun agak mengecewakan apabila Malaysia tidak layak beraksi dalam saingan tertinggi peringkat benua Asia itu selepas gagal melepasi pusingan kelayakan yang diadakan awal 2009.

Kebangkitan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea pada penghujung tahun lalu melalui sentuhan magis ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal (gambar) sudah terlambat untuk membolehkan mereka layak ke Piala Asia kali ini.

Malah Rajagobal mengambil alih tugas itu secara mengejut apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecat B Sathianathan selepas keputusan yang mengaibkan, tewas 5-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada 21 Januari 2009.

Hasil empat perlawanan diharungi, Malaysia berada di tempat terbawah daripada tiga pasukan bersaing dalam Kumpulan C tanpa sebarang mata dan melepaskan 12 gol berbanding hanya dua gol dijaringkan.

Episod duka itu bagaimanapun terus disimpan dalam lipatan sejarah FAM yang kembali menanam cita-cita besar apabila Naib Presiden, Datuk Subahan Kamal menyatakan hasrat dan rancangan mereka untuk layak secara merit ke Piala Asia 2015 yang bakal berlangsung di Australia.

Malah Rajagobal sendiri menjelaskan berulang kali kepada media tempatan mereka mempunyai pelan empat tahun untuk merealisasikan hasrat bagi mengulangi zaman kegemilangan bola sepak tanah air suatu ketika dulu.

“Itulah yang sewajarnya dilakukan FAM selepas memastikan skuad kebangsaan menjadi juara di rantau Asia Tenggara.
“Mereka perlu meletakkan sasaran yang lebih tinggi kerana sudah mempunyai asas dan kedudukan yang kukuh malah harapan peminat kini turut bertambah tinggi hasil kejayaan itu,” kata Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat.

Menurut legenda bola sepak negara itu, FAM juga perlu bijak mengatur perlawanan persahabatan yang bertaraf A bagi memastikan prestasi pemain sentiasa meningkat.

“Mungkin kini mereka boleh mengatur perlawanan dengan kuasa Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Keputusannya tidak penting kerana orang hanya menilai keputusan yang dicapai pada kejohanan disertai,” katanya.

Sejak saingan Piala Asia bermula pada 1956, Malaysia layak beraksi di peringkat kumpulan pada 1976 dan 1980 manakala pada 2007 ketika layak secara automatik sebagai tuan rumah, Malaysia dimalukan pesaing di peringkat kumpulan apabila tewas kepada Uzbekistan (5-0), China (5-0) dan Iran (2-0).

HMETRO

Monday, January 3, 2011

Liga M dapat tajaan lumayan RM220 juta

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta, apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
 
Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun, manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang, tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton secara percuma.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata: "Astro merupakan salah satu daripada bakal penaja yang membida dan kami putuskan untuk memilih mereka sebagai rakan kongsi dan rakan media dengan memberikan hak tertentu perlawanan Liga M termasuk hak penyiaran."

Namun katanya, "tidak bermakna Astro Media akan menjadi penaja kejohanan tetapi mana-mana syarikat yang mahu membuat urusan penajaan, boleh berunding dengannya yang turut menjalankan pemasaran Liga M dengan Malaysia Super League (MSL).
"Kedudukan RTM (sebelum ini penyiar rasmi liga) tidak akan terjejas malah semua saluran TV lain termasuk yang percuma malah media baru seperti TV internet boleh bekerjasama dengan Astro dan RTM bebas untuk berunding mengenainya melalui Astro Media.

"Selain itu kami akan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang memantau kerjasama ini kerana keuntungan lebih RM30 juta bakal dikongsi bersama FAM dan Astro Media," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa MSL selepas mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini menjadi penaja Liga M dengan sumbangan kira-kira RM9 juta setahun kepada FAM sepanjang dua penggal penajaan dari 2002 hingga 2010 yang dijadualkan berakhir pada 26 Januari ini.

Annuar juga menjelaskan bahawa Astro Media mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam membantu FAM dari segi mengukuhkan kedudukan kewangannya selain membantunya melaksanakan usaha pembaharuan terhadap Liga M dalam tempoh empat tahun.

"Penajaan ini cuma berkaitan Liga M iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Presiden tetapi Astro Media cuma diberikan hak rakan media bagi kegiatan pasukan kebangsaan, pembangunan belia dan wanita mahupun kejohanan lain yang dicipta FAM," katanya.

Katanya, hak penyiaran Astro juga bukan bererti hanya stesen TV satelit itu yang boleh menyiarkan perlawanan Liga M, kerana FAM tetap akan cuba menggunakan pendekatan di Eropah, yang turut membenarkan stesen TV lain menayangkan perlawanan lain yang berlangsung serentak.

"Jika ada enam atau tujuh perlawanan yang dimainkan serentak, mengapa hanya satu perlawanan yang ditayangkan? Penajaan ini juga sebenarnya tidak mengenakan sekatan sebegitu atau seperti Astro sahaja yang mendapat hak eksklusif penyiaran Liga M.

Tegasnya, FAM menjangkakan kesan penajaan ini terhadap Liga M, bakal dirasai secara berkala walaupun mungkin agak terhad tahun ini, lebih menyerlah pada 2012 sebelum berjaya ditransformasikan sebagai salah satu liga terbaik di rantau ini pada 2014.

 UTUSAN

Sunday, January 2, 2011

LIGA MALAYSIA 2011

FAM umum penaja baru hari ini

PENAJA baru bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011 akan diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menggantikan Dunhill selaku penaja utama Liga M sejak musim 2004 akan berakhir pada 26 Januari ini dan ia tidak akan diperbaharui.

Maka saingan terunggul bola sepak tempatan itu bakal mengalami penjenamaan baru dengan tampil mempamerkan label penaja baru menggantikan TM.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman siapakah yang akan menjadi penaja utama Liga M 2011 hanya akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM hari ini.

“Esok (hari ini) kita ada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan memuktamadkan hal penaja baru ini,” katanya pada Majlis Taklimat dan Undian Liga M 2011 di Bukit Jalil petang semalam.

Desas-desus mengatakan bahawa syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis bakal menjadi penaja baru Liga M bermula musim 2011 tetapi sejauh mana kebenarannya hanya akan terjawab hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, terdapat tiga stadium tidak memenuhi kriteria pencahayaan lampu limpah manakala dua lagi stadium menghadapi masalah bilik persalinan pemain.

“Tiga stadium yang mempunyai kecerahan lampu limpah yang kurang daripada 800 lux ialah Stadium Sultan Muhammed Ke-IV (Kota Bharu), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kuala Terengganu) dan Stadium JCorp (Pasir Gudang).

“Surat amaran telah diberi kepada pihak terbabit dan kita akan buat pemeriksaan kedua pada 6 Januari ini. Jika masih belum diperbaiki, tindakan akan diambil,” tegas Hamidin.

Jelas Hamidin lagi, pengumuman mengenai hala tuju Liga M 2012 yang bakal menampilkan banyak perubahan termasuk kemungkinan kemasukan pemain import dan formatnya akan dibuat dalam tempoh dua bulan ini.

KOSMO

Selangor, Kelantan buka tirai Liga M

Selangor dan Kelantan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2011 dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebelum memulakan aksi dalam Liga Super musim ini.

Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam, pukul 8.45 malam.

Dua pasukan tersebut adalah antara 14 pasukan yang bakal berentap dalam Liga Super bagi mendapatkan gelaran yang sebelum ini menjadi milik Selangor untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak dari 2009.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat dua lagi liga yang bakal berlangsung pada pada tahun ini selain Liga Super.

Antaranya, Liga Perdana yang bakal disertai oleh 12 pasukan dan Piala FA melibatkan penyertaan 29 pasukan.
''Jadual yang dirangka ini membolehkan pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan menurunkan pemain mereka tanpa sebarang masalah di peringkat Liga Super dan Liga Perdana.

''Namun pada perlawanan Piala FA, pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan tidak dapat menurunkan pemain mereka sekiranya dapat meneruskan aksi di pusingan kedua bagi membolehkan pemain kebangsaan beraksi di peringkat kelayakan Sukan Olimpik,'' kata Annuar kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sementara itu, Hamidin memberitahu masih terdapat tiga lagi Stadium yang belum melepasi kelayakan yang dikehendaki untuk digunakan sepanjang perlawanan dalam Liga Malaysia tahun ini.

''Ada antara stadium tidak mencapai kecerahan lampu yang dikendaki selain mempunyai bilik persalinan pemain yang kurang selesa.

''Pihak saya akan terus menjalankan penilaian susulan terhadap stadium-stadium berkenaan bagi membolehkan tempat tersebut digunakan dengan lebih selesa kerana kadang-kala pihak pengurusan stadium sendiri tidak sedar bahawa stadium mereka tidak mencapai kualiti yang dikehendaki,'' jelas Hamidin.

UTUSAN

Saturday, January 1, 2011

Bola Sepak Ke ROAD TO LONDON

London 2012, zion

MAJLIS Sukan Negara (MSN) tidak menolak kemungkinan bola sepak antara sukan yang akan menjadi topik utama perbincangan untuk disenaraikan dalam program pembangunan Sukan Olimpik, Road To London 2012.

Katanya, Jawatankuasa Pemandu program Road To London 2012 yang dijadual bermesyuarat bulan ini dijangka akan turut mempertimbangkan hoki lelaki dan menembak untuk disenaraikan.
Ketika ini, empat sukan sudah berada di bawah program tersebut iaitu badminton, berbasikal, terjun dan memanah.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihak- nya percaya potensi yang ditunjukkan anak-anak buah K. Rajago- bal menerusi dua kejayaan pada peringkat Asia Tenggara bakal membuka mata jawatankuasa pemandu program tersebut.

Skuad bola sepak negara meng- akhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 Rabu lalu. Sebelum ini Malaysia juga menamatkan kemarau 20 tahun dengan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

“Saya menjangkakan semua kejayaan itu akan diambil kira jawatankuasa pemandu terbabit walaupun pada dasarnya penampilan skuad bola sepak negara di Asia Tenggara masih perlu diperkemaskan lagi.
“Jika hendak dibandingkan dengan Asia, prestasi bola sepak kita sebenarnya masih jauh.

“Itu sebabnya tahun 2011, MSN bercadang mengatur lebih banyak pendedahan menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa dan bertaraf tinggi.


“Ini ditambah dengan adanya perlawanan kelayakan Pra-Olimpik dan mungkin Pra-Piala Dunia yang dijangka turut berlangsung pada tahun ini juga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zolkples yang baru pulang dari Jakarta bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Malaysia-Indonesia berkata, beliau telah pun berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad mengenai program pendedahan itu ketika berada di sana.

Bagaimanapun, mengenai usaha untuk meneruskan latihan dan menyertai liga di Slovakia, beliau enggan mengulas kerana itu bukan di bawah bidang kuasanya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pernah berkata, mana-mana sukan sedia ada di bawah program Road To London 2012 yang tidak menunjukkan prestasi memberansangkan berdepan tindakan digugurkan.
“Keputusan mengenai perkara itu akan kita umumkan dalam masa terdekat ini selepas kita meng- adakan pertemuan dengan pihak pengurusan, jurulatih dan atlet.
“Sekiranya mereka tidak dapat yakinkan kita, terpaksalah kita tumpu pada sukan yang lebih berpotensi,” kata Shabery.

kosmo online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails