Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, January 1, 2011

Bola Sepak Ke ROAD TO LONDON

London 2012, zion

MAJLIS Sukan Negara (MSN) tidak menolak kemungkinan bola sepak antara sukan yang akan menjadi topik utama perbincangan untuk disenaraikan dalam program pembangunan Sukan Olimpik, Road To London 2012.

Katanya, Jawatankuasa Pemandu program Road To London 2012 yang dijadual bermesyuarat bulan ini dijangka akan turut mempertimbangkan hoki lelaki dan menembak untuk disenaraikan.
Ketika ini, empat sukan sudah berada di bawah program tersebut iaitu badminton, berbasikal, terjun dan memanah.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihak- nya percaya potensi yang ditunjukkan anak-anak buah K. Rajago- bal menerusi dua kejayaan pada peringkat Asia Tenggara bakal membuka mata jawatankuasa pemandu program tersebut.

Skuad bola sepak negara meng- akhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 Rabu lalu. Sebelum ini Malaysia juga menamatkan kemarau 20 tahun dengan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

“Saya menjangkakan semua kejayaan itu akan diambil kira jawatankuasa pemandu terbabit walaupun pada dasarnya penampilan skuad bola sepak negara di Asia Tenggara masih perlu diperkemaskan lagi.
“Jika hendak dibandingkan dengan Asia, prestasi bola sepak kita sebenarnya masih jauh.

“Itu sebabnya tahun 2011, MSN bercadang mengatur lebih banyak pendedahan menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa dan bertaraf tinggi.


“Ini ditambah dengan adanya perlawanan kelayakan Pra-Olimpik dan mungkin Pra-Piala Dunia yang dijangka turut berlangsung pada tahun ini juga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zolkples yang baru pulang dari Jakarta bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Malaysia-Indonesia berkata, beliau telah pun berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad mengenai program pendedahan itu ketika berada di sana.

Bagaimanapun, mengenai usaha untuk meneruskan latihan dan menyertai liga di Slovakia, beliau enggan mengulas kerana itu bukan di bawah bidang kuasanya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pernah berkata, mana-mana sukan sedia ada di bawah program Road To London 2012 yang tidak menunjukkan prestasi memberansangkan berdepan tindakan digugurkan.
“Keputusan mengenai perkara itu akan kita umumkan dalam masa terdekat ini selepas kita meng- adakan pertemuan dengan pihak pengurusan, jurulatih dan atlet.
“Sekiranya mereka tidak dapat yakinkan kita, terpaksalah kita tumpu pada sukan yang lebih berpotensi,” kata Shabery.

kosmo online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails