Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, September 27, 2011

Senarai pemain skuad B-23 tahun kebangsaan (Sukan SEA)


September 26, 2011- Latihan pusat skuad bawah 23 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Sea 2011 pada November 2011.

Pasukan B-23 tahun kebangsaan ini akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala VFF di Hanoi, Vietnam dari 17 hingga 24 Oktober depan.

Senarai 21 pemain skuad B-23 tahun kebangsaan (Sukan SEA) yang dikehendaki melapor diri pada 1 Oktober 2011 
Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan),
Ahmad Hazwan Bakri, See Kok Luen (Kuala Lumpur),
Muhammad Faizal Abu Bakar (Kedah),
Mohammad Aziz Ismail, Mohd Izuan Solahudin (Kelantan),
Mohd Syazwan Roslan (Perak),
Azrul Azmi (KL Felda United),
Saarvindran a/l Devandran, Abdul Shukor Jusoh, Thamil Arasu A/L Ambumamee, Mohammad Ferris Danial Mat Nasir, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Zamir Selamat, Sasikumar a/l Kishokumar (Kesemuanya Harimau Muda A) ,
Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B).

Manakala 13 pemain yang tersebut dibawah dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 9 Oktober 2011 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Olimpik Kebangsaan, Encik Ong Kim Swee di Wisma FAM kerana mereka mengikuti skuad kebangsaan menetang Australia pd 7 Oktober di Canberra,Australia.

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan),
Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu),
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor).
Badrol Bakhtiar (Kedah),
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur),
Mohammad Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Gurusamy Govandar Kandasamy, Izzaq Farris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Kesmuanya Harimau Muda A),
Ruben Thayaparan Kathrillai (Universiti Kebangsaan Malaysia) 

Saturday, September 17, 2011

Safee buktikan 'Anak Malaysia' mampu beraksi di luar negara



Safee Sali semakin menunjukkan bisa di Cardiff City apabila terus meledak gol pada hari ketiga sesi latihan di pusat latihan Bluebirds.


Bukan sekadar satu atau dua jaringan, sebaliknya penyerang prolifik negara itu meledak banyak gol pada latihan di atas padang besar dan mudah melepasi kawalan pertahanan utama Bluebirds berulang kali tanpa banyak masalah.


Mackay cukup tertarik dengan gaya permainan dan kekuatan fizikal yang ada pada Safee dan banyak kali meminta Safee bermain ketika sesi permainan padang.


Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.


Selain Safee, turut dipanggil mengikuti ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim, Safiq akan mmengikuti trial di Cardiff selepas kempen Piala Malaysia tamat.


Lagi gambar2 safeedi cardiff city: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.482903501630.259656.213560531630&type=1

Friday, September 16, 2011

Senarai Akhir 21 pemain ke Jepun:

PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan FA), Mohd Izham Tarmizi Roslan(HMA)

PERTAHANAN
Mohamad Muslim Bin Ahmad(HMA), Mahalli Bin Jasuli(HMA), Mohamad Amer Saidin(HMA), Mohd Fadhli Mohd Shas(FC Vion), Mohd Zubir Mohd Azmi(Terengganu FA), Mohd Fandi Bin Othman(HMA), Muhamad Nazmi Faiz Mansor(HMB), Muhamad Syazwan Tajuddin(HMB)

TENGAH
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria(HMA), Mohamad Faizal Abu Bakar(Kedah FA), Abdul Shukur Jusoh(HMA), Mohd Irfan Fazail(FC Vion), Wan Zack Haikal Wan Nor(FC Vion), Gurusamy Govandar a/l Kandasamy(HMA)

PENYERANG
Thamil Arasu Ambumamee(HMA), Syahrul Azwari Bin Ibrahim(HMA), Ahmad Hazwan Bakri(Kuala Lumpur FA), Mohd Izuan Solahuddin(Kelantan FA), Izzaq Faris Bin Ramlan(HMA)



http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=613869

Thursday, September 15, 2011

Friendly: Olimpik Malaysia 0 vs 1 Olimpik Oman

Friendly: Olimpik Malaysia 0 vs 1 Olimpik Oman 
Jaringan Hussain Ali Minit ke 41

Gambar sebahagian dari penyokong yang hadir( LIONS TROOP+ULTRASMALAYA)



MALAYSIA vs Australia

Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) hari ini mengesahkan pertemuan Australia bertemu Malaysia buat julung kalinya selepas 20 tahun apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di Canberra pada (pukul 6 petang WM) Oktober 7, 2011.
.
Ini akan merupakan pertemuan ketujuh antara kedua-dua pasukan dengan kali terakhir pada 1992 apabila Malaysia menewaskan Australia 1-0 di Jakarta. Enam pertemuan sebelumnya berlangsung di Malaysia, Vietnam, Singapura dan Indonesia.

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada Oktober 7, 2011 di Stadium Canberra, yang juga akan merupakan pertemuan pertama di adakan di bumi Australia.
Harga tiket: Boleh didapati dari 3 petang (AEST) September 15 (Khamis) .
Ticket Prices (Australian Dollar) 
di www.ticketek.com.au

Pertemuan ini dijemput oleh pihak FFA sebagai persediaan untuk perlawanan ketiga Kelayakan Asia Piala Dunia 2014 bertemu Oman di Stadium ANZ, Sydney empat hari kemudian.



Barisan Kemungkinan kedua-dua pasukan: 
Gambar dari TeamMalaysia

Monday, September 12, 2011

Jersi baru QPR


Cardiff yg diambil alih jutawan malaysia juga telah meletakkan nama malaysia di tengah-tengah jersi.

Sejak pengambilalihan kelab QPR dari jutawan malaysia, banyak perubahan telah dilakukan, antaranya jersi pasukan diletakkan nama syarikat MALAYSIA AIRLINES untuk HOME dan AWAY AIR ASIA.

Ini satu langkah yang bijak untuk mempromosikan syarikatnya dan nama malaysia di sana.

Friday, September 9, 2011

Kanggaru vs HARIMAU MALAYA




Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) mengesahkan pertemuan Australia bertemu Malaysia buat julung kalinya selepas 20 tahun apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di Canberra pada (pukul 6 petang WM) Oktober 7, 2011.
.
Ini akan merupakan pertemuan ketujuh antara kedua-dua pasukan dengan kali terakhir pada 1992 apabila Malaysia menewaskan Australia 1-0 di Jakarta.

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada Oktober 7, 2011 di Stadium Canberra, yang juga akan merupakan pertemuan pertama di adakan di bumi Australia.


Tuesday, September 6, 2011

Jadual Piala Malaysia 6 September 2011







PIALA MALAYSIA 2011 - 6 SEPTEMBER 2011 - 8.45 mlm

KUMP A
-> SABAH vs PERAK (8.15 mlm)
-> JOHOR vs KEDAH

KUMP B
-> PKNS vs N.SEMBILAN (Live di RTM1)
-> SIME DARBY vs TERENGGANU (Siaran tertunda 10.30 mlm di astro arena )

KUMP C
-> SARAWAK vs KELANTAN (8.15 ptg)
-> JOHOR FC vs FELDA UNITED

KUMP D
-> T-TEAM vs SELANGOR (Live di Astro A

Monday, August 29, 2011

Malaysia Terima Jemputan Australia


Malaysia akan bertemu Australia untuk perlawanan persahabatan 7 Oktober ini di Sydney setelah di jemput oleh Persatuan Bola Sepak Australia. Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal memberitahu Harimau Malaya dijemput sebagai persediaan kepada Australia menjelang kelayakan Piala Dunia menentang Oman 11 Oktober. Selain daripada Oman dan Australia, kumpulan D dirangkumi oleh Thailand dan Arab Saudi.
“Kami menerima undangan untuk perlawanan persahabatan menentang Australia minggu lepas. FAM telah bersetuju kerana ianya satu peluang itu kita menentang pasukan Piala Dunia seperti Australia. Kita tidak pernah menentang Australia sebelum ini dan mereka mempunyai pemain berkualiti seperti Harry Kewell dan Tim Cahill. Ianya cabaran yang besar. Australia telah memilih pasukan kita sebagai pilihan yang tepat untuk persediaan kelayakan Piala Dunia mereka,” ujar Kamal melalui Twitter.
Malaysia gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia selepas tewas di pusingan kedua kepada Singapura bulan lepas.

Baiki ranking jika mahu tembus pasaran dunia


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemain-pemain pasukan kebangsaan supaya membaiki kedudukan ranking negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, ia penting jika mereka berhasrat untuk bermain dalam pasukan liga antarabangsa termasuklah Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mungkin pemain-pemain kita ada sedikit sebanyak peluang tetapi disebabkan pasukan kebangsaan kita kedudukan terlalu bawah menyebabkan mereka tidak dipilih.

“Mereka (FA) ada dasar mereka dengan hanya boleh menerima pemain daripada negara pada kedudukan 70 ke atas sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.

Tambah Tengku Abdullah, ini merupakan satu peringatan kepada pasukan kebangsaan supaya dapat membaiki kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Kalau boleh kita perlu membaiki ranking kita bukan sekadar kita menang Sukan SEA atau Piala Suzuki tetapi apa yang lebih penting lagi adalah di peringkat Piala Asia dan Sukan Olimpik,” ujarnya.

Dalam pada itu Tengku Abdullah turut berbangga kerana ramai pemain negara diberi peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya dengan adanya peluang ini akan memberi keyakinan kepada pemain itu untuk lebih bersemangat beraksi di mana-mana sahaja.

“Para pemain yang ditawarkan untuk bermain di peringkat antarabangsa juga perlulah mempamerkan permainan yang bermutu bagi membolehkan mereka diberi kontrak yang lebih lama,” katanya.

Utusan Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails