Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, August 30, 2010

Jadual Perlawanan Malaysia Seterusnya

Jadual Perlawanan Malaysia Seterusnya



MALAYSIA vs OMAN ( A matches) - doha qatar

Ho Chi Minh City Cup 2010 - Malaysia, Thailand, Singapore, Vietnam

Saturday, August 28, 2010

Tugas saya memadai

"Saya menganggap dua tugas (jawatankuasa) yang telah diberikan ini sebagai tugas yang lebih daripada memadai," kata Annuar.

Menurut Annuar, dia tiada sebarang masalah malah gembira dengan tanggungjawab yang diberi iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan Pengerusi Jawatankuasa Liga Super Malaysia (MSL).

"Saya nak hapuskan pandangan bahawa saya menerima jawatan bola sepak wanita ini secara paksa rela.

"Saya suka sebenarnya untuk mengambil jawatankuasa yang dianggap lemah dan belum ada asas. Ini cabaran kerja dan saya akan laksanakan dengan baik.

"Malah, pada mesyuarat Isnin lalu juga telah memutuskan supaya Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan mengkaji untuk meminda Statut FAM.

"Ia bagi membolehkan seorang wakil wanita (Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia) menjadi ahli ke-16 dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Jadi saya terima ini sebagai tugas yang penting biarpun saya akui ia bukan jawatankuasa yang glamor. Jawatan Presiden Kafa dulu pun tak glamor semasa saya ambil dua tahun lalu," jelasnya.

Berhubung portfolio Pengerusi Jawatankuasa MSL pula, Annuar berkata, ia merupakan satu lagi amanah dan tugas berat yang terpaksa dipikulnya iaitu bukan saja mencari penajaan malah memasarkan produk liga bola sepak tempatan itu.

"Sudah sampai masanya kita menjadikan Liga Malaysia sebagai liga terbaik di rantau ini selain dapat menarik pasukan luar dan melahirkan pemain bertaraf Asia.

"Saya berhasrat mencadangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif supaya kita berani melakukan lonjakan terhadap liga kita kerana kadang-kadang perubahan itu dipandang negatif.

"Buat masa ini, saja berjanji bahawa saingan Liga Malaysia musim depan akan lebih menarik," ujarnya.

Annuar turut menjelaskan kedudukannya dalam Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Memang termaktub dalam statut FAM yang jawatankuasa ini pengerusinya mestilah presiden. Tapi Tuanku Sultan menyatakan baginda hanya menjadi pengerusi bagi pasukan pelapis negara iaitu skuad B-23, B-21 dan B-19.

"Saya pula dilantik pengerusi untuk pasukan kebangsaan. Memang buat masa ini kita tiada pasukan senior, tapi menjelang 2011, beberapa pemain skuad B-23 yang sudah lebih umur akan jadi asas kepada skuad kebangsaan ini," jelas Annuar.

Pemain import akan beraksi pada musiam hadapan???????

Sebelum itu ditanya mengenai pemain import akan beraksi pada musim hadapan. Teka-teki perkara tersebut akan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat pada Oktober ini, dengan salah satu agendanya ialah membincangkan kemungkinan pemain import dibenarkan beraksi semula dalam Liga Malaysia.

Jarnos ganti tempat Mat Zan di KL Plus

PLUS FC.svg


Posted Image

Jarnos Krecska dilantik ketua jurulatih KL Plus FC untuk menggantikan tempat Mat Zan Mat Aris yang meletak jawatan.


KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Perletakkan jawatan ketua jurulatih KL Plus FC, Mat Zan Mat Aris mengakibatkan tempatnya terpaksa diganti dengan pembantunya, Jarnos Krecska sebelum tirai Piala Malaysia dibuka pada September nanti.

Mat Zan sebelum ini membimbing KL Plus sepanjang saingan Liga Super tetapi mula menyerahkan tanggungjawab jurulatih kepada Jarnos sebelum berakhir saingan liga.

"Jarnos sah ganti tempat Mat Zan dan berdasarkan pengalaman serta kemahiran yang dimilikinya saya yakin kami mampu mempunyai sebuah pasukan mantap," kata pengurus KL Plus FC, Husni Md. Yunus.

Jurulatih baru KL Plus tersebut berasal dari Hungary dan sebelum ini pernah bermain bersama pasukan Perak pada tahun 1997 dan 1998.

Husni pada masa turut menaruh kepercayaan terhadap Jarnos dan mengganggap halangan komunikasi tidak menjadi persoalan besar kerana dia sudah berada lama di Malaysia dan memahami corak permainan pemain tempatan.

sumber:
http://www.arena.my/...px?newsId=97293

Thursday, August 26, 2010

Chelsea sah datang ke malaysia 2011


vs


Chelsea sah datang ke malaysia pada tahun hadapan.


Chelsea mamilih malaysia kerana mempunyai fasiliti bertaraf dunia.

"Sebagai pusat latihan pra musim, pengurus pasukan Carlo Ancelotti akan memerlukan kemudahan kelas pertama dan kami tahu Malaysia akan menyediakannya," katanya.

Juara Liga Perdana Inggeris 2009/2010 Chelsea akan memulakan program pra-musim dengan mengesahkan Malaysia sebagai pengkalan latihan pra-musim bagi musim panas 2011.

Ini diumumkan oleh Ketua Eksekutif Chelsea Ron Gourlay, apabila dia mendedahkan butir perancangan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

ProEvents sekali lagi telah dilantik menjadi promoter tunggal dan ekseklusif untuk Jelajah Asia 2011 Chelsea Asia Tour 2011.


Kembali ke Slovakia

Pasukan Harimau Muda A yang dikendalikan oleh jurulatih Ong Kim Swee sekali lagi akan menimba ilmu di Slovakia bagi menyiapkan diri mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya 2011 di Indonesia.

Keputusan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, selepas mengadakan perbincangan dengan Kim Swee pada 24 Ogos lalu setelah mengkaji tiga pilihan yang ada.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, seramai 19 pemain dan empat pegawai akan berlepas ke Slovakia pada 1 September ini iaitu ketua jurulatih Kim Swee, penolong jurulatih Hassan Sazali Mohd. Waras, jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang dan ahli fisioterapi, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.

"Enam pemain yang kini menjalani latihan bersama skuad senior akan menyertai Harimau Muda A selepas menamatkan perlawanan persahabatan dengan Oman di Doha pada 3 September ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, enam pemain itu ialah K. Gurusamy, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd. Fadhli Shas.

"FAM percaya langkah menghantar pasukan ini ke Slovakia adalah tepat, berlandaskan beberapa aspek iaitu pasukan Harimau Muda A akan didedahkan kepada 12 perlawanan menentang lawan Divisyen Satu Liga Slovakia yang bersifat kompetitif.

"Ia tidak termasuk empat perlawanan persahabatan dengan empat pasukan, Bawah 21 Austria, Poland, Republik Czech dan Hungary dalam tempoh tiga bulan yang juga satu tempoh singkat untuk mengatur mana-mana perlawanan persahabatan bertaraf tinggi.

Skuad Harimau Muda (25 pemain):

Penjaga gol:
Muhammad Zamir Selamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar.
Pertahanan:
Mohd Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mahali Jasuli, Muhammad Faizal Mohd, Mohd Fadhli Mohd Shas, Muhamad Nazri Ahmad, Nicholas Wee Shen Ming, Amer Saidin, Mohd Fandi Othman.
Pemain tengah:
Gary Steven Robbat, Gurusamy Govandar Kandasamy, Abdul Shukor Jusoh, Muhammad Rafiuddin Roddin, Sivanesan Shanmugam, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Noor, Saarvindran Devandran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Penyerang:
Izzaq Faris Ramlan, Thamil Arasu Ambumanee, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, Syahrul Azwari Ibrahim.


Malaysia vs Chelsea FC 2011

RETURN JOURNEY TO KUALA LUMPUR

More details of Chelsea's 2011 summer tour of Asia have been revealed today with Malaysia added to the itinerary.
The team will play a Malaysia XI in Kuala Lumpur and the country will act as the pre-season training hub, chief executive Ron Gourlay announced in the Malaysian capital.

This addition follows hard on the heels of news earlier this week that Carlo Ancelotti will be taking his squad to play in Bangkok, Thailand as a leg of the tour.

The Kuala Lumpur match means a return to a city visited by Chelsea in 2008 when a Malaysian XI was defeated 2-0.
'At Chelsea we are in no doubt about the interest from Malaysia in the club,' Gourlay says.'A huge crowd came to our game during our last tour of Asia and with next summer's match taking place in the 85,000-capacity national stadium there is the chance for many to do so again.

'As a centre for pre-season training as well, Carlo will require first-class facilities and we know Malaysia will provide that too.
'And we are looking forward to getting closer to our fans out here. Announcing so early gives us the opportunity to plan activities in the region over the next 10-11 months ahead of our pre-season tour. Our successful community coaching scheme will be just one of many engagement activities.'

Next summer's match will be in the Bukit Jalil National Stadium with the date and ticket-selling details to be announced.
The 2008 match took place in the Shah Alam Stadium in front of 60,000 fans. Current interest in Chelsea from Malaysia is such that only Indonesia and the United Kingdom provide more Facebook fans on the club's official page.

Also present at today's announcement were Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, deputy president of the Football Association of Malaysia, and Julian Kam of ProEvents, the tour promoters.

'We are delighted to bring Chelsea back to Malaysia with the support of Tengku Mahkota,' said Kam.

'Malaysia is best known for its superb hospitality, excellent facilities for football and the tremendous football fans we have in this country. The Chelsea supporters' club here has a 600-strong following, and numbers are growing.

'The club is widely popular throughout the world and especially so in Asia. With Ron's vision to plan the pre-season ahead, this will give Chelsea fans in the region a tremendous opportunity to plan their next summer holiday in Malaysia.'

Chelsea also visited Kuala Lumpur in the summer of 2003 when we took part in the FA Premier League Asia Cup.



Wednesday, August 25, 2010

Swastakan Bolasepak Malaysia


DI MALAYSIA, isu tentang bolasepak negara semakin hangat diperkatakan. Saban tahun , jurulatih diganti dengan yang baru namun persembahan tetap juga tidak mencapai seperti yang diharapkan. Prestasi buruk yang dipamerkan pasukan Malaysia ini jelas mengecewakan banyak pihak. Nampaknya segala-segala seperti tidak menjadi untuk sukan nombor satu di Malaysia ini.

Adakah bolasepak Malaysia semakin tenat? Dengan persembahan yang buruk, pencapaian yang mendukacitakan, ini mungkin benar. Sekarang mari kita sama melihat kepada satu aspek yang penting dalam bola sepak moden iaitu wang.

Memang benar wang tidak dapat membeli segalanya namun dalam kancah dunia bola sepak sekarang kewangan memainkan peranan yang amat penting dalam mencipta ataupun membentuk sebuah pasukan bola sepak yang berjaya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa pasukan Melaka juga menghadapi masalah yang sama, namun mungkin tidak seteruk FAS. Saya percaya, selain daripada FAS, banyak PBN di Malaysia juga mempunyai masalah kewangan, tetapi tidak begitu serius.

Tidak dapat dinafikan, terdapat Persatuan bola sepak negeri (PBN) yang agak kaya seperti Selangor dan Perak yang mampu berbelanja lebih untuk kebajikan pemain-pemainnya. Tetapi bagaimana dengan nasib PBN yang kurang dari segi pendapatannya?


Di Malaysia, PBN secara teorinya diletakkan di bawah kerajaan negeri secara tidak tidak langsung. Ini dapat dilihat apabila PBN ini dipimpin oleh kerabat diraja, menteri besar dan juga ahli politik.Pada saya, kepimpinan mereka tidak harus dipersoalkan kerana jika seseorang itu berkemampuan, maka tidak salah untuk beliau berada di situ untuk memimpin PBN.

Namun, tajaan-tajaan ini mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos gaji pemain, pegawai persatuan, jurulatih, kos latihan dan sebagainya. Contoh dari perbelanjaan melebihi pendapatan boleh dilihat pada apa yang berlaku kepada FAS pada masa ini.

Apa yang saya cuba cadangkan adalah agar PBN dibenar melibatkan penyertaan entiti bukan sukan sama seperti konsep penswastaan. Benarkan PBN yang bermasalah dibuka kepada syarikat-syarikat swasta di Malaysia seperti Petronas yang tersenarai dalam 500 syarikat multinasional paling berjaya di dunia.


Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat penyertaan organisasi swasta ke dalam PBN boleh menguntugnkan PBN itu seterusnya memajukan sukan bolasepak di Malaysia.Ya, memang benar PBN ada mendapat tajaan dari syarikat-syarikat gergasi seperti Telekom Malaysia, Naza Motors, Genting Berhad dan sebagainya. Namun, mereka tidak mempunyai suara untuk membuat keputusan. Paling tidak hanya boleh menetapkan syarat penajaan seperti dipampang logo penaja dengan saiz yang besar pada baju pasukan-pasukan yang bertanding.

Oleh itu, saya melihat dengan mengadakan perkongsian 50-50 antara kerajaan dan swasta, PBN berdepan risiko yang rendah berdepan masalah kewangan.Langkah sebegini dilihat dapat menguntungkan kedua-dua pihak dan sekaligus dapat memajukan bolasepak negara.

Saya suka mengambil Maxis dan Digi sebagai perbandingan. Kedua-duanya berusaha keras mempromosi produk mereka dan pengguna pula mendapat tempiasnya dengan mendapat perkhidmatan yang baik pada harga yang berpatutan.

Bayangkan jika kedua-dua syarikat ini menjadikan bolasepak sebagai cabang pelaburan mereka? Saya pasti mereka akan berbelanja lebih untuk menarik minat peminat-peminat yang pastinya dahagakan persembahan menarik dan mutu permainan yang berkualiti dari bolasepak tempatan. Siapa tahu, mereka mungkin membuka akademi bolasepak sendiri untuk mencungkil bakat pemain.

Pada masa kini, bolasepak tidak boleh lagi berdiri sebagai entiti tersendiri. Bolasepak perlu bergabung dengan entiti komersial dan perniagaan yang nyata lebih menguntungkan.Kita tidak perlu pergi jauh ke Eropah. Lihat sahaja bagaimana di Jepun, Mitsubishi melabur dalam sukan bolasepak. Ini secara tidak langsung memajukan bolasepak di negara itu.

Begitu juga dengan Korea Selatan di mana Hyundai juga mempunyai kelabnya sendiri. Lihatlah mutu permainan pasukan Korea Selatan.Mereka berjaya mengalahkan gergasi-gergasi besar bola sepak dunia dalam kejohanan Piala Dunia 2002 dan mereka mendapat tempat ke-empat dalam kejohanan itu yang merupakan satu pencapaian yang memang patut dibanggakan daripada sebuah negara Asia.

Di Eropah pula, bolasepak merupakan perniagaan. Pemain-pemain bertukar ganti dari satu negara ke satu negara. Ini kerana Eropah niagakan bolasepak mereka. Hasilnya, mereka jauh ke depan dan mampu pula mempunyai siaran televisyen sendiri.

Malaysia sebenarnya hampir kepada pendekatan ini di mana syarikat-syarikat terutama GLC seperti Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai pasukan mereka sendiri.

Namun, pendekatan ini agak terbatas kerana rakyat Malaysia mempunyai sentimen kenegerian yang amat kuat. TM dan TNB mempunyai pasukan yang agak bagus, namun tidak berjaya mendapat hati peminat kerana sentimen yang saya nyatakan sebelum ini.

Kerana itulah saya menyarankan agar PBN dibenar bergabung dengan sektor swasta dengan kerajaan / persatuan dan swasta mempunyai pegangan saham 50-50 ke atas PBN.

Negara mempunyai banyak syarikat-syarikat gergasi yang terlibat dalam perniagaaan berkaitan tenaga, minyak, telekomunikasi dan sebagainya. Saya percaya mereka pasti berminat jika PBN memakai label mereka bukan sebagai rakan tajaan, tetapi sebagai rakan kongsi.

Minat mereka untuk terlibat dalam memajukan bolasepak boleh dilihat melalui penajaan semasa Piala Dunia dan liputan-liputan berkenaan bolasepak antarabangsa. Daripada keuntungan mereka dilaburkan kepada hiburan semata-mata, alangkah baik jika mereka turut menyumbang dalam memajukan bolasepak negara.

Kerajaan dan swasta harus melabur jika mahu melihat bolasepak negara kita maju kerana usaha ini adalah peranan semua pihak dan bukan hanya terletak pada bahu kerajaan dan persatuan sahaja.

Dengan pendekatan ini, termasuk cadangan Kementerian Pelajaran untuk memajukan sukan ini, saya percaya akan berlaku "chain-reaction" kepada mutu bolasepak negara.

Pemain-pemain kebangsaan adalah mereka yang dipilih dari PBN. Oleh itu, jika pemain-pemain yang berkualiti dapat dihasilkan melalui pelaburan ini, nescaya pemain-pemain yang bakal terpilih memasuki pasukan kebangsaan adalah antara mereka yang bermutu tinggi.

Malah, liga tempatan akan lebih meriah dengan kemasukan pemain import yang lebih berkualiti berbanding yang ada sekarang.Pasti dengan langkah ini stadium-stadium negeri yang seringkali kosong pasti akan penuh dan meriah dengan sorakan penyokong menonton pasukan kegemaran mereka. Liga tempatan akan lebih kompetitif dan imej liga negara ini akan dapat dinaik tarafkan..

Sudah sampai masanya untuk kita naik ke satu tahap lagi dalam pembangunan bolasepak. Hasil menerusi pendekatan ini bukanlah boleh dilihat dalam masa yang singkat. Namun,langkah pertama perlulah diambil kerana ada ¡satu langkah kecil hari ini, merupakan satu langkah besar untuk masa depan.


Jika kita terus di takuk lama, dikhuatiri impian melihat pasukan kita melangkah dengan gagah ke Piala Dunia hanya tinggal mimpi semata-mata.

http://yoyooh.com/original-post/yo-ori-sukan/470-swastakan-bolasepak-malaysia.html


Misi tebus maruah di Sukan Asia

Kenangan pahit skuad bola sepak empat tahun lalu di Sukan Asia Doha, masih sukar untuk dilupakan oleh kebanyakan pemain dan peminat bola sepak Malaysia.

Dalam aksi di Sukan Asia itu, skuad bawah 23 negara yang dibimbing oleh Norizan Bakar, tewas 1-3 kepada Oman dan China sebelum dimalukan 0-4 oleh Iraq dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Daripada senarai pemain, hanya tinggal Safiq Rahim, Khyril Muhymeen dan Norshahrul Idlan Talaha yang masih kekal dalam persiapan skuad Malaysia ke Sukan Asia 2010 Guangzhou pada November ini.

Berbeza dengan empat tahun lalu, pengalaman mereka bertiga bakal menjadi sandaran utama skuad kebangsaan kali ini, tambahan pula Safiq dan Khyril beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Sehubungan itu, pada Sukan Asia di New Delhi pada Oktober ini, mereka berhasrat melakarkan sesuatu yang lebih bermakna, bagi menebus kembali maruah bola sepak negara di persada bola sepak Asia.

Bagi Safiq, yang juga merupakan pemain Selangor, dia melihat skuad negara kali ini akan hadir dengan pakej berbeza, daripada segi kekuatan dan keserasian pemain.

''Prestasi yang ada dalam skuad ini nampaknya semakin baik, jika hendak dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain, kekuatan kita sebenarnya tidak ketinggalan jauh.

''Empat tahun lalu, saya masih cetek pengalaman memandangkan baru berusia 19 tahun pada waktu itu. Kali ini, berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin dapat membantu skuad negara dan tidak lagi menerima aib seperti tahun 2006,'' katanya yang ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, baru-baru ini.

Sementara itu, bintang Kedah, Khyril, berkata, dia berharap skuad negara mampu memenangi perlawanan pertama di peringkat kumpulan bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

''Saya harap dapat membawa Malaysia mara ke peringkat suku akhir, itu sasaran peribadi saya.

''Kebanyakan pemain dalam skuad bimbingan K. Rajagobal sudah lama bersama dan diharapkan ia dapat membantu. Saya juga yakin pengalaman di Doha boleh membantu rakan-rakan yang lain,'' katanya.

Seorang lagi pemain, Norshahrul yang sudah berusia 24 tahun, mahu meneruskan rentak konsisten supaya namanya tidak tercicir dalam senarai perancangan Rajagobal, memandangkan kuota pemain berusia 23 tahun ke atas hanya dihadkan kepada tiga nama.

''Walaupun saya kerap dipanggil oleh jurulatih, namun itu bukan memberikan petanda bahawa saya akan dipilih dalam senarai ke Sukan Asia. Saya tetap akan cuba memperbaiki persembahan saya dari semasa ke semasa.

''Saya juga pernah beraksi dalam dua perlawanan di Sukan Asia, jadi ia mungkin boleh membantu Rajagobal dalam melakukan perancangan taktikal.

''Kami juga semakin tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan dari Timur Tengah seperti Jordan, Syria, Arab Saudi dan Uzbezkistan, kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini,'' katanya.

UTUSAN

Tuesday, August 24, 2010

Tiga pilihan FAM buat Harimau Muda

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini mempunyai tiga pilihan bagi memantapkan skuad Harimau Muda terutama dalam isi mengekalkan pingat emas pada temasya Sukan SEA di Indonesia, tahun depan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata skuad di bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee itu boleh meneruskan latihan di Slovakia, menyertai kem latihan di Cardiff City, Wales atau mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan negara lain.

"Kini terpulang kepada presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk menentukan pilihan terbaik bagi skuad tersebut dan keputusan akan diketahui dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi sesi 2010/2014 di Wisma FAM, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden FAM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Skuad Harimau Muda sebelum ini di bawah bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah telah berada di Slovakia selama tiga bulan, bermula Februari lepas untuk menjalani latihan dengan menyertai pertandingan bola sepak liga di sana.

Namun pergeseran pendapat Azraai dan jurulatih penjaga gol, P. Mohana Sundram menyebabkan barisan jurulatih skuad tersebut dipecat dan Kim Swee dipilih menggantikan tempat Azraai.

Azzuddin berkata bagi pilihan pertama, Slovakia telahpun memberi pengesahan mahukan Skuad Harimau Muda A kembali bertanding dalam liga divisyen satu negara tersebut yang melibatkan 12 kelab.

Sementara itu, mengenai cadangan latihan selama enam minggu di Cardiff, Wales bersama kelab divisyen dua Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang kini dimiliki oleh rakyat Malaysia, katanya ianya belum dapat memastikan sama ada skuad muda negara akan dapat perlawanan yang bermutu.

"FAM akan menggunakan wang sendiri ke sana, tetapi kita tidak dapat memberi pengesahan sama ada dalam tempoh tersebut, skuad tersebut akan mendapat perlawanan yang bermutu," katanya.

Mengenai latihan di dalam negara dan mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara, katanya "berkemungkinan ianya tidak akan dapat mencapai prestasi maksimum dalam perlawanan persahabatan, terutama dalam jangka masa tiga bulan ini kerana kebanyakan negara sibuk mempersiapkan pasukan untuk ke Sukan Asia Guangzhou, pada November ini."

Beliau berkata kos perbelanjaan bagi ketiga-tiga pilihan tersebut adalah lebih kurang sama.

Monday, August 23, 2010

Friday, August 20, 2010

Mat Zan Letak Jawatan Ketua Jurulatih KL Plus

Ketua jurulatih KL Plus FC, Mat Zan Mat Arif dilaporkan telah menyerahkan surat peletakkan jawatan kepada pengurusan KL Plus yang berkuatkuasa September 1, 2010.

Mat Zan dilaporkan memberi alasan tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas melatih pasukan kerana akan membuat persiapan untuk menunaikan ibadat haji Oktober nanti.

Mat Zan yang membimbing KL Plus sejak tiga tahun lalu berjaya membawa pasukan itu naik dari Liga Premier ke Liga Super.

Wednesday, August 18, 2010

Malaysia lawan thailand, yemen, dan oman

Posted Image
RAJAGOBAL memberikan taklimat kepada pemain-pemainnya sebelum memulakan sesi latihan di padang Wisma FAM malam kelmarin.


Jurulatih kebangsaan dan Bawah-23 K. Rajagobal dilaporkan berkata dia telah membatalkan latihan di China yang dijadualkan dari Ogos 28 - September 6, 2010 kerana tidak dapat mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan yang kompetitif.

Walaubagaimanapun beliau telah merangka perlawanan persahabatan bertemu dengan pasukan kebangsaan Oman pada September 3, 2010 di Doha, Qatar.

skuad negara dijangka berdepan cabaran getir kerana Oman pada masa kini berada di ranking 81 dunia.


Perlawanan persahabatan lain yang diatur adalah bertemu kelab Liga S-Singapura Etoille FC dari Perancis pada 0gos 23, 2010 serta Thailand pada Ogos 28, 2010 Kedua-dua perlawanan ini masih belum muktamad sama ada akan berlangsung atau tidak atau gelanggang pertemuan samada di sini atau ditempat lawan. Pengesahan perlawanan ini akan diketahui sehari dua lagi.

Rajagobal juga mengesahkan penyertaan skuad bawah 23 akan menyertai Piala Ho Chi Minh di Vietnam yang berlangsung dari September 26 - Okrober 3, 2010. Pasukan lain adalah Vietnam, Singapura, iran dan Thailand.

Sementara itu yemen mengundang malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan pada 5 september.

Seramai 26 pemain mendaftar diri ke latihan pusat fasa kelima skuad negara yang bermula pada 16 Ogos ini dan akan berakhir pada 7 September.

Majoriti pemain terdiri daripada pemain sama yang dipanggil bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 21 tahun Korea Selatan pada 25 Julai lepas.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 10 pemain terdiri daripada skuad Harimau Muda termasuk penjaga gol, Zamir Selamat yang menggantikan S. Sasikumar ekoran kemalangan jalan raya dan Izzaq Faris Ramlan.

dijangkakan kesemua perlawanan ini FIFA A matches kecuali piala ho chi minh city.

Tuesday, August 17, 2010

KBS wujud tiga jawatan bagi program pembangunan bola sepak


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Tiga jawatan utama akan diwujudkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara sebagai langkah untuk memantapkan perancangan pembangunan jangka panjang sukan berkenaan.

Ketiga-tiga jawatan tersebut adalah Ketua Pengarah Teknikal, jurulatih di peringkat akar umbi dan ketua jurulatih peringkat kebangsaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata pewujudan ketiga-tiga jawatan utama itu dilihat mampu menaik taraf program pembangunan
bola sepak negara khususnya di peringkat belia.

"Setiap jawatan tersebut mempunyai matlamatnya tersendiri, dan bagi jurulatih di peringkat akar umbi, ia terdiri daripada seorang jurulatih pada setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara kedua di Majlis Sukan Negara (MSN) di
sini hari ini.

Pewujudan ketiga-tiga jawatan dipersetujui sebulat suara oleh anggota jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Razali berkata pada masa ini terdapat sebanyak 52 pusat latihan bola sepak di 30 daerah di seluruh negara, termasuk dua sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan
Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar.

"Selain itu, kita ada enam pusat khusus untuk pembangunan bola sepak," katanya.

Beliau berkata peranan tiga jawatan tersebut diharap dapat diperluaskan kesemua pusat latihan tersebut untuk membangunkan sukan bola sepak negara ke
tahap maksimum.

Bagaimanapun, katanya calon-calon bagi bagi jurulatih di setiap negeri hanya akan diputuskan selepas mempertimbangkan kelayakan mereka mengikut terma dan
syarat tertentu.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga setengah jam itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Sunday, August 15, 2010

First in malaysia





foto oleh userun useoff

Format Piala Dunia 2014 Kelayakan Asia dan sukan olimpik


Ogos 14, 2010 - Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) mengumumkan format Piala Dunia 2014 kelayakan Asia.

Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjemput Ahli Persatuan AFC yang berminat menyertainya pada awal tahun 2011 dan bergantung kepada jumlah penyertaan. Pusingan Pertama akan berlangsung secara timbal balik pada Jun 29, 2011 dan Julai 3, 2011.

Format kelayakan sama seperti Piala Dunia 2010 kelayakan Asia.

Pemenang Pusingan Pertama akan mara ke pusingan kedua yang juga menggunakan format timbal balik pada Julai 23, 2011 dan Julai 28, 2011.

Dua puluh pasukan, termasuk pemenang pusingan kedua, akan dibahagikan kepada lima kumpulan dengan empat sepasukan. Juara dan naib-juara dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan keempat selepas bermain format timbal-balik.

Sepuluh pasukan pada pusingan keempat akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas akan layak ke Piala Dunia 2014. Pusingan ini juga menggunakan format timbal-balik.

Pasukan ketiga terbaik dari Pusingan 4 akan bermain timbal-balik di Pusingan 5 dan pemenang akan layak ke playoff Pusingan 6 menentang satu pasukan dari benua lain untuk layak ke Piala Dunia.

Jika mengambil kira pada Piala Dunia 2010 Kelayakan Asia, Malaysia terkeluar di Pusingan Pertama ketika bertemu Bahrain. Andai mengikut format ini bermakna sekali lagi Malaysia akan bermain di Pusingan Pertama.

HARI PERLAWANAN

Pusingan 1
MD1: Jun 29, 2011
MD2: Julai 3, 2011

Pusingan 2
MD1: Julai 23, 2011
MD2: Julai 28, 2011

Pusingan 3
MD1: September 2, 2011
MD2: September 6, 2011
MD3: Oktober 11, 2011
MD4: November 11, 2011
MD5: November 15, 2011
MD6: Februari 29, 2012

Pusingan 4
MD1: Jun 3, 2012
MD2: Jun 8, 2012
MD3: Jun 12, 2012
MD4: September 11, 2012
MD5: Oktober 16, 2012
MD6: November 14, 2012
MD7: Mac 26, 2013
MD8: Jun 4, 2013
MD9: June 11, 2013
MD10: June 18, 2013

Pusingan 5
MD1: September 6, 2013
MD2: September 10, 2013

Pusingan 6
MD1: Oktober 15, 2013
MD2: November 19, 2013



AFC mengumumkan format Olimpik London 2012 kejohanan bola sepak pusingan awal.

Tiga puluh lima (35) pasukan telah menyertai perebutan untuk tiga setengah tempat pada kejohanan bola sepak Olimpk Lelaki. Dua puluh dua (22) pasukan kedudukan (ranking) terbawah akan bermain playoff timbal-balik di Pusingan Pertama dan pemenang akan layak ke pusingan kedua.

Perlawanan pertama bagi pusingan pertama akan bermain pada Februari 23, 2001, manakala perlawanan kedua akan bermain pada Mac 9, 2011.

Pemenang Pusingan Pertama akan menyertai 13 pasukan berkedudukan (ranking) teratas pada Pusingan Kedua dan 12 pasukan akan layak ke pusingan ketiga selepas bermain playoff timbal-balik pada Jun 19, 2011 dan Jun 23, 1011.

Setiap pasukan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan empat sepasukan pada pusingan ketiga dimana akan bermain secara format timbal-balik. Pemenang setiap kumpulan akan layak ke Olimpik London 2012. Kesemua pasukan di tempat kedua akan bermain secara format satu pusingan (round robin) dan pemenang akan bertemu wakil CAF (Afrika) untuk menempah tempat ke Olimpik.

Perlawanan pusingan ketiga akan bermain pada September 21, 2011, November 27, Februari 5, 2012, Februari 22 dan Mac 14. Perlawanan satu pusingan antara pasukan tempat kedua akan bermain pada venue setempat dari Mac 25 ke 29, 2012.

Rekod Malaysia pada Olimpik 2008 Pusingan Awal Asia. Malaysia terkeluar di Pusingan Pertama lagi.

HARI PERLAWANAN

Pusingan 1
MD1: Februari 23, 2011
MD2: Mac 9, 2011

Pusingan 2
MD1: Jun 19, 2011
MD2: Jun 23, 2011

Pusingan 3
MD1: September 21, 2011
MD2: November 23, 2011
MD3: November 27, 2011
MD4: Februari 5, 2012
MD5: Februari 22, 2012
MD6: Mac 14, 2012

Playoff
MD1-MD3: Mach 25-29, 2012

Saturday, August 14, 2010

Venue akhir bola sepak Sukan SEA Indonesia di Palembang

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Perlawanan akhir bola sepak temasya Sukan SEA ke-26 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun depan, akan diadakan di Palembang.

Setiausaha agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Nugraha Bosoes berkata perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan di dua wilayah Indonesia yang menjadi tempat temasya tersebut iaitu di Jakarta dan Palembang.

"Peringkat separuh akhir juga akan diadakan di dua tempat tersebut tetapi perlawanan akhir akan diadakan di Palembang," katanya yang dipetik Bernama dari laman web tempointeraktif.

Menurut laman web tersebut, selain bola sepak, satu lagi acara yang menjadi rebutan kedua-dua lokasi itu ialah olahraga.

Sehingga kini, keputusan tempat yang akan menganjurkan acara olahraga masih belum diketahui, tetapi acara akhir bola sepak tetap diadakan di Palembang berikutan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jakarta dan wilayah Sumatera Selatan itu.

Laman web itu juga melaporkan bahawa kerajaan Indonesia telah meminjam Rp600 bilion (RM210.7 juta) dari bajet pendidikan nasionalnya bagi memenuhi kos permintaan Rp2 trilion (RM707 juta) bagi menganjurkan acara dwitahunan itu, tahun depan.

"Setakat ini, kami telah mendapat Rp350 bilion (RM122.9 juta) dari bajet negara (nasional) 2010, Rp500 bilion (RM175.6 juta) merupakan satu petanda had dari bajet negara 2010 dan pinjaman Rp600 bilion (RM210.7 juta) dari bajet pendidikan," kata Menteri Belia dan Sukan republik itu Dr Andi A.Mallarangeng.

Dalam respons terhadap penggunaan bajet pendidikan, jurucakap presiden Yopie Hidayat berkata dana pinjaman itu akan dibayar balik dan wang itu diperlukan bagi membina infrastruktur sukan bagi acara itu.

Indonesia akan menjadi hos Sukan SEA ke-26 pada 11 hingga 25 Nov, tahun depan.

Friday, August 13, 2010

Pemain Import: Kelantan Buat Persiapan Awal

Jenuh memikirkan bagaimana usaha menarik pemain tersohor daripada liga negara jiran untuk bermain di Kelantan. Itulah luahan saudara Izuan Pengurus Korporat TRWC yang ditugaskan antara jawatankuasa melobi pemain-pemain berprestasi tinggi yang telah di senaraikan pengurusan tertinggi KAFA. Bagaimanapun beliau menjelaskan perkara ini masih dalam rahsia KAFA walaupun sudah ada pemain yang telah dan akan menandatangani kontrak awal untuk aksi TM Liga Super 2011. Apa yang pasti terdapat pemain tempatan dan pemain import menjadi pilihan sekiranya diluluskan FAM.

Isu pemain import mungkin akan mengembirakan dan mendukacitakan sesetengah penyokong, namun bagi KAFA isu ini perlu dilihat secara positif dan lebih terbuka, sekiranya seseorang penyokong itu boleh menerima dan mengagungkan liga eropah yang ramai dengan pemain import mengapa dalam isu liga tempatan masih ada yang sangsi dengan keazaman baru pengurusan FAM yang akan membenarkan pemain import kembali beraksi. Buktinya sudah jelas kerancakan liga Sepanyol yang ramai pemain import telah berjaya melahirkan ramai pemain tempatan berstatus profesional di peringkat antarabangsa selain kualiti liga diyakini lebih berprestij.

Mengapa kita perlu mengambil langkah ke belakang sedangkan liga-liga di negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Myammar telah berjaya bukan setakat meramaikan pemain import malah telah berjaya menarik minat pasukan bolasepak luar negara mereka untuk beraksi di liga tempatan mereka. Sepatutnya liga Malaysia yang telah diperkenalkan pada 1982 ini lebih menarik minat pasukan luar dan pemain import bagi memeriahkan liga yang semakin lesu ini, tetapi ianya berlaku sebaliknya jika dibandingkan liga Singapura yang baru diperkenalkan pada 1994.

Peter Butler yang kini pengarah teknikal Yangon United FC telah membalas email pada TRWC menyatakan pemain import satu perkembangan yang baik untuk kemajuan bolasepak Malaysia yang dilihat ada potensi yang sangat besar untuk berjaya diperingkat asia dan dunia. Kelantan bagi beliau berada dalam prestasi lebih baik daripada zaman beliau. Beliau turut teruja dengan pencapaian B. Sathianathan dan Tan Sri Annuar Musa dalam membimbing Kelantan sehingga ke peringkat ini. Beliau juga sanggup menerima pelawaan Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya diperlukan.

Pemain import akan mengekang kemajuan pemain tempatan?

Perkara ini disangka sama sekali kerana melalui perkembangan liga super sejak diperkenalkan tahun 2004 yang berkesinambungan daripada liga Malaysia yang diperkenalkan sejak 1982, liga super Malaysia masih tidak mampu melahirkan pemain bertaraf antarabangsa dan tidak mampu beraksi cemerlang di pentas antarabangsa. Jika hendak dibandingkan dengan liga Brazil yang sememangnya menumpukan kepada pemain tempatan, telahpun berjaya menjadi kilang pengeluaran pemain bertaraf antarabangsa yang menarik minat negara luar memilih khidmat pemain daripada Brazil beraksi ditempat mereka selain prestasi bolasepak sentiasa cemerlang di piala dunia. Adakah pemain tempatan dan liga tempatan Malaysia sudah berjaya melahirkan pemain yang sudah beraksi di negara luar sejak khidmat pemain import disekat?

Kemampuan pasukan liga tempatan membayar gaji pemain import?

Kemampuan kewangan pasukan negeri juga mungkin salah satu faktor ada pihak yang sangsi dengan cadangan mengambil balik pemain import ini. Secara logik pasukan negeri atau kelab perlu mengukur baju di badan sendiri melihat kemampuan kewangan mereka untuk satu musim liga bukannya melihat gah apabila ada pemain import beraksi. Pasukan negeri dan kelab perlu berusaha menarik lebih ramai penyokong tempatan ke stadium dengan mengadakan promosi, pertandingan cabutan bertuah, siri jelajah pemain bersama peminat dan sebagainya selain berharap pemain import akan mencipta sorakan padu penyokong ke stadium. Meneliti kejayaan liga Indonesia yang secara purata mampu menarik lebih 5 ribu penyokong ke stadium, jauh berbeza dengan liga Malaysia yang hanya Kelantan mampu melebihi 5 ribu penyokong setiap perlawanan, ini adalah kerana aksi hebat pemain import liga Indonesia yang serasi dengan pemain tempatan. Kehadiran ramai penyokong mampu menjana pendapatan pasukan selain mampu menarik minat penaja-penaja untuk menaja pasukan terbabit.

Kelantan sudah ada pemain import?

Presiden KAFA ketika diajukan persoalan ini, beliau sentiasa kekal dengan keinginan beliau sebelum ini yang mahu pemain import beraksi diliga tempatan. Kelantan sudah memerhati dan memilih beberapa pemain import yang beraksi cemerlang diliga negara jiran untuk beraksi di Kelantan, ianya masih diperingkat awal rundingan sementara menanti kelulusan FAM dalam isu membenarkan pemain import ini. Bagi beliau pemain import ini jurulatih ketiga yang dapat berkongsi pengalaman mereka bersama pemain tempatan. Kita sendiri pernah melihat kehebatan Hashim Mustapha yang 3 musim liga Malaysia berturut-turut dinobatkan penjaring terbanyak liga walaupun ketika itu Kelantan ada 6 pemain import seperti Marco Kraljevic, Dudala Dariusz, Dimitri Kalkanov, Gerry Gomez, Worawoot Srimaka, Micheal Roki beraksi sama. Di zaman Hashim Mustapha muncul pemain tempatan yang hebat seperti Radhi Mat Din, Subadron Aziz, Zainal Abidin, Dollah Salleh dan sebagainya yang masih mampu mengekalkan kemajuan liga tempatan pada era 90 an.

Dengan ini kami menyeru agar penyokong Kelantan menerima isu ini dengan terbuka kerana usaha pembangunan bolasepak tempatan di Kelantan juga akan diperkemaskan dan ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai pemain ternama. KAFA akan sentiasa memastikan fenomena kejayaan bolasepak Kelantan ini terus kekal sehingga Kelantan mampu gah di peringkat asia. Berharap para penyokong terus memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan.

Nantikan pendedahan dan senarai pemain tempatan & import yang bakal membarisi Kelantan musim depan. Luis Pablo Puzuto bekas pemain import Kelantan dan Izuan ada butirannya.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

TRWC

Thursday, August 12, 2010

Malaysia No. 139 dunia



Skuad bola sepak negara naik ke ranking 139 dunia, melonjak tiga anak tangga berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bulan Ogos, semalam.

Ia merupakan kedudukan terbaik buat Malaysia selepas kali terakhir berada pada kedudukan lebih baik iaitu di tangga ke-127 dunia pada Jun 2006, kira-kira empat tahun yang lalu.

Bulan lalu, ranking Malaysia di tangga ke-142, setelah naik empat anak tangga daripada kedudukan ke-146 pada bulan sebelumnya.

Peningkatan itu bermakna, skuad negara naik lapan anak tangga sepanjang dua bulan lalu di dalam ranking FIFA. Pada Disember tahun lalu, Malaysia sekadar berada di tangga ke-159 dunia.

Peningkatan ranking pada Ogos dibantu faktor perlawanan persahabatan antara skuad Bawah 23 Malaysia yang berdepan skuad bawah 21 Korea Selatan pada 25 Julai lalu.

Petanda positif itu turut dikongsi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin yang menyifatkan ia khabar gembira buat bola sepak negara.

''Peningkatan sedikit demi sedikit ini telah kita tunjukkan sejak setahun yang lalu, semasa di bawah kendalian jurulatih, K. Rajagobal.

''Kini, tugas kita semua terutamanya Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah untuk mempertahankan kedudukan ranking ini dan kalau boleh terus mempamerkan peningkatan dari semasa ke semasa,'' katanya

Kedudukan ke-139 itu juga adalah yang terbaik sepanjang 2010 selepas Malaysia menduduki tangga ke-159 pada Januari, ke-146 pada Februari, ke-147 pada Mac dan April, ke-146 pada Mei, ke-142 pada Jun dan Julai lalu.

Hamidin optimis skuad negara mampu melonjak ke tangga lebih baik, jika mempamer prestasi terbaik pada kejohanan AFF Piala Suzuki 2010.

''Dengan skuad Bawah 23 yang ada sekarang dan pemain Harimau Muda, saya yakin Malaysia mampu melonjak ke peringkat baru dalam persaingan bola sepak antarabangsa.

''Mungkin dalam masa satu tahun atau pada penghujung tahun ini, skuad negara boleh berada di kalangan 100 negara terbaik di dunia.

''Namun apa yang penting, pemain perlu terus konsisten dalam setiap perlawanan, tidak kira pada peringkat kejohanan atau perlawanan persahabatan, '' katanya.

Di peringkat Asia, Malaysia kini menduduki tangga ke-25 tetapi di kalangan negara-negara Asia Tenggara pula, Malaysia masih berada di ranking kelima di belakang Thailand (ke-104 dunia), Singapura (ke-120 dunia), Vietnam (ke-127 dunia) dan Indonesia (ke-135 dunia).

Wednesday, August 11, 2010

pemain import pada musim hadapan?????

KITA memang perlukan pemain import kerana penonton sudah jemu dan muak dengan aksi pemain tempatan.”


Demikian luahan pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas cadangan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mahu pemain import dibenar beraksi semula di Liga M pada musim hadapan sejak larangan terhadap penggunaan khidmat pemain luar itu dilaksana dua tahun lalu. Bukan mahu memperlekehkan aksi pemain tempatan, Kay Kim sebaliknya berasa kehadiran pemain import mampu menguntungkan bola sepak tempatan.


“Kita perlu akui penonton tempatan gemar menyaksikan aksi pemain import. Lihatlah gelagat penonton tempatan semasa di Piala Dunia, bukan sahaja lelaki, malah golongan wanita pun sama-sama memenuhi kedai kopi sebab nak saksikan aksi pasukan dan pemain pujaan.


“Tapi bila berlangsungnya perlawanan Liga M yang berlangsung di negeri-negeri, berapa kerat sahaja yang menonton malah kadang kala stadium hampir kosong,” katanya.


Bagi Kay Kim, jika ada yang mendakwa kehadiran pemain import hanya menyebabkan prestasi pemain tempatan makin merundum, beliau menafikan pendapat itu.


“Sepatutnya kehadiran pemain import menggalakkan lagi pemain tempatan bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. “Tak perlulah cari alasan kehadiran mereka menyebabkan pemain tempatan disingkirkan sekali gus menyebabkan pasukan kebangsaan tak dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Dunia sukan membabitkan persaingan dan bola sepak tak terkecuali. Ini sesuatu yang sudah pasti,” katanya.


Pada Ogos 2008, FAM mengambil tindakan drastik dengan mengumumkan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia musim
2009.


Ranking terkini bola sepak malaysia ke 139

FIFA Ranking terkini bola sepak malaysia ke-139

http://www.fifa.com/associations/association=mas/ranking/gender=m/index.html

Ho Chi Minh City Cup 2010

28 September - 2 October 2010

Four Olympic teams from Vietnam,
Malaysia, Singapore and Iran.

Skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal akan berkumpul menjalani latihan selama seminggu untuk persiapan menghadapi Piala Ho Chi Minh 2010 di Vietnam dari 28 September hingga 2 Oktober.

Selain Malaysia yang akan dibarisi skuad B-23 sebagai persiapan ke Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, November depan, kejohanan jemputan itu turut akan disertai skuad B-23 dari Vietnam, Singapura dan Iran.

Sunday, August 8, 2010

Piala Malaysia: Finalis 2009 dalam kumpulan sama



Finalis Piala Malaysia edisi lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan bertembung lebih awal dalam Majlis Undian Piala Malaysia 2010 yang diadakan di Wisma FAM siang tadi.

Kedua-dua pasukan diletakkan dalam Kumpulan A yang juga dianggap sebagai kumpulan maut itu turut disertai dua pasukan berstatus kelab, Plus FC serta PKNS FC. Satu lagi pasukan yang dianggap sengit ialah Kumpulan D yang menempatkan Selangor, T-Team, Perlis dan Felda United.

Bagaimanapun, undian kali ini dilihat seimbang berdasarkan prestasi semasa setiap pasukan pada musim ini mengikut format yang dijalankan.

Bagi saingan yang memulakan perlawanan pertama pada 14 September 2010 ini, dua wakil Pantai Timur, Terengganu dan Pahang pula menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan B meskipun bakal dicabar Kuala Lumpur dan Sabah.

Bagi Kumpulan C pula, Johor FC, Kedah, Perak dan juga ATM mempunyai sama rata untuk mara ke pusingan suku akhir.

"Bahang saingan Piala Malaysia sudah dapat dirasakan. Piala Malaysia mempunyai banyak sejarah dan kenangan buat saya sendiri,"katanya.

Sebanyak 16 pasukan telah berjaya melayakkan diri yang terdiri daripada 12 pasukan terbaik dari Liga Super musim ini dan kuota selebihnya diberikan kepada empat pasukan yang menduduki tempat teratas dalam saingan Liga Perdana.

FAM kali ini mengetengahkan format pecahan kumpulan berdasarkan prestasi msim ini di mana kumpulan undian telah dipecahkan kepada empat.

Empat pasukan terbaik Liga Super akan diasingkan agar tidak bertembung sesama sendiri lebih awal. Begitu juga proses yang sama bagi empat pasukan berikutnya dalam Liga Super untuk diundi secara berasingan dalam Kumpulan A, B, C dan D.

Baki empat pasukan Liga Super selebihnya dan empat pasukan Liga Perdana dipecahkan menggunakan format yang sama.

Hanya dua pasukan di tempat teratas kumpulan masing-masing akan layak ke peringkat suku akhir selepas melalui menamatkan pusingan timbal balik.

Kecuali perlawanan akhir, peringkat kalah mati akan juga akan diadakan secara timbal balik.

Venue perlawanan akhir bagi tahun ini telah ditetapkan pada 30 Oktober 2010 di Stadium Shah Alam berikutan venue sebelum ini, Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibaikpulih.

KUMPULAN A

  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS

KUMPULAN B

  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah

KUMPULAN C

  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM

KUMPULAN D

  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United

PERINGKAT KUMPULAN:

PUSINGAN 1: 14 Sept, 17 Sept, 20 Sept.
PUSINGAN 2: 3 Okt, 6 Okt, 9 Okt.

SUKU AKHIR:
Juara A lwn Naib D,
Juara B lwn Naib C,
Juara C lwn Naib B,
Juara D lwn Naib A.
(12 Okt dan 16 Okt)
* Jika Selangor layak, perlawanan 16 Okt melibatkan Selangor diawalkan ke 15 Okt kerana Selangor perlu beraksi dalam Piala Sultan Selangor 2010 pada 16 Okt.

SEPARUH AKHIR:
Juara A/Naib D lwn Juara C/Naib B
Juara B/Naib C lwn Juara D/Naib A
(20 Okt dan 23 Okt)

FINAL:
30 Okt di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails