Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, August 28, 2010

Tugas saya memadai

"Saya menganggap dua tugas (jawatankuasa) yang telah diberikan ini sebagai tugas yang lebih daripada memadai," kata Annuar.

Menurut Annuar, dia tiada sebarang masalah malah gembira dengan tanggungjawab yang diberi iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita dan Pengerusi Jawatankuasa Liga Super Malaysia (MSL).

"Saya nak hapuskan pandangan bahawa saya menerima jawatan bola sepak wanita ini secara paksa rela.

"Saya suka sebenarnya untuk mengambil jawatankuasa yang dianggap lemah dan belum ada asas. Ini cabaran kerja dan saya akan laksanakan dengan baik.

"Malah, pada mesyuarat Isnin lalu juga telah memutuskan supaya Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan mengkaji untuk meminda Statut FAM.

"Ia bagi membolehkan seorang wakil wanita (Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia) menjadi ahli ke-16 dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Jadi saya terima ini sebagai tugas yang penting biarpun saya akui ia bukan jawatankuasa yang glamor. Jawatan Presiden Kafa dulu pun tak glamor semasa saya ambil dua tahun lalu," jelasnya.

Berhubung portfolio Pengerusi Jawatankuasa MSL pula, Annuar berkata, ia merupakan satu lagi amanah dan tugas berat yang terpaksa dipikulnya iaitu bukan saja mencari penajaan malah memasarkan produk liga bola sepak tempatan itu.

"Sudah sampai masanya kita menjadikan Liga Malaysia sebagai liga terbaik di rantau ini selain dapat menarik pasukan luar dan melahirkan pemain bertaraf Asia.

"Saya berhasrat mencadangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif supaya kita berani melakukan lonjakan terhadap liga kita kerana kadang-kadang perubahan itu dipandang negatif.

"Buat masa ini, saja berjanji bahawa saingan Liga Malaysia musim depan akan lebih menarik," ujarnya.

Annuar turut menjelaskan kedudukannya dalam Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Memang termaktub dalam statut FAM yang jawatankuasa ini pengerusinya mestilah presiden. Tapi Tuanku Sultan menyatakan baginda hanya menjadi pengerusi bagi pasukan pelapis negara iaitu skuad B-23, B-21 dan B-19.

"Saya pula dilantik pengerusi untuk pasukan kebangsaan. Memang buat masa ini kita tiada pasukan senior, tapi menjelang 2011, beberapa pemain skuad B-23 yang sudah lebih umur akan jadi asas kepada skuad kebangsaan ini," jelas Annuar.

Pemain import akan beraksi pada musiam hadapan???????

Sebelum itu ditanya mengenai pemain import akan beraksi pada musim hadapan. Teka-teki perkara tersebut akan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat pada Oktober ini, dengan salah satu agendanya ialah membincangkan kemungkinan pemain import dibenarkan beraksi semula dalam Liga Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails