Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, May 28, 2011

RASUAH???

Pneyokong pasukan negeri sembilan pasti terkejut apabila Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan membuat laporan polis mengaitkan pasukan Piala Presidennya terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan sehingga menjejaska prestasi pasukan berkenaan.



Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menerima laporan polis mengenai isu rasuah berkenaan.
Apa yang berlaku ini jelas mengecewakan peminat setia Hoben Jang Hoben itu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan khusus skuad pelapis Piala Presiden setiap kali perlawanan berlangsung.
Ramai peminat memberi reaksi yang pelbagai dalam laman sosial termasuk mengaitkan isu rasuah dengan skuad Liga Super Negeri Sembilan yang menunjukkan prestasi hambar pada tahun ini.
Perletakan jawatan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih dan kemasukan jurulatih baru, Mohd Azrai Khor Abdulah tidak memberi perubahan besar kepada pasukan yang,menunjukkan aksi terbaik pada tahun lalu.
Kami berharap tiada pemain Liga Super yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu yang jelas akan memberi impak besar kepada masa depan pasukan dan individu itu sendiri.
Jika terbukti ada pemain yang menerima rasuah, keputusan tegas oleh badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu dilaksanakan sebagai hukuman kepada pemain terbabit.
Kesimpulannya, kita patut sedar liga kita ni dah la rendah drpd liga2 luar negara terutama di asia tenggara sendiri, dgn adanya rasuah ni boleh mendatangkan lagi reaksi negative oleh pelbagai pihak..

Thursday, May 26, 2011

Bola Sepak Sukan Sea Mungkin Akan Dimansuhkan

Acara bola sepak untuk Sukan Sea Palembang 2011 akhir tahun ni mungkin akan dimansuhkan jika persatuan yang bertanggungjawab untuk acara itu di Palembang, PSSI gagal mencapai kata sepakat dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini persatuan tersebut diberi amaran oleh FIFA supaya menyelesaikan segera konflik pengurusan dalaman PSSI namun persatuan itu hingga kini masih gagal menyelesaikan masalah tersebut hingga membawa kepada ancaman di gantung dari menyertai sebarang acara bola sepak Antarabangsa yang diiktiraf FIFA termasuklah acara Sukan Sea.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah berkata kepada pemberita, mereka akan berusaha memastikan acara ini dilangsungkan bagi mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dilakar dua tahun lepas di Laos.

“Sekiranya FIFA mengantung PSSI, cadangan Malaysia akan dibincangkan pada mesyuarat majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 17 Julai depan. Sekiranya FIFA memutuskan untuk mengantung PSSI, maka kita perlu mengkaji secara terperinci dan mungkin mengadakan satu pertandingan berasingan….kita tidak boleh salahkan penganjur sukan tersebut. Kalau diizinkan, kita boleh buat satu acara lain di mana hos terdiri daripada negara-negara jiran untuk mengekalkan semangat setiakawan pada acara Sukan SEA itu,” tegas Tengku Abdullah kepada pemberita Selasa lepas.

FIFA akan membuat kata putus mengenai masa depan PSSI dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Zurich, Switzerland pada 30 Mei ini.


Sunday, May 22, 2011

PKNS juara Liga Premier

Selangor PKNS mengesahkan diri sebagai juara Liga Premier musim ini setelah menewaskan Johor 2-0 pada perlawanan bola sepak liga itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat.

PKNS yang masih ada tiga perlawanan berbaki,  mengekalkan rentak cemerlang dengan melebarkan pungutan mata di persada liga dengan 51 mata, 12 di hadapan Sarawak dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 19 perlawanan serta hanya bolos 5 gol sepanjang musim ini.

Dalam perlawanan itu, dua gol masing-masing disumbat oleh Ahmad Tarmini Saiban pada minit ke-56 hasil sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan, Mohd Fadhil Hashim dan satu lagi gol disumbat oleh sepakan kencang yang dibuat oleh Mohd Azrif Nasruhaq pada minit ke-72.

Sementara itu, di KUCHING, dua jaringan Khairul Azahar Eidros pada minit ke-74 dan 90 serta satu gol dari Bobby Gonzales pada minit ke-78 memastikan pasukan tuan rumah menang selesa setelah membelasah Pos Malaysia 3-0 pada aksi di Stadium Negeri.

Kemenangan itu membolehkan Sarawak terus berada di kedudukan kedua carta liga dengan kutipan 39 mata selepas 19 perlawanan setakat ini.

Di Pulau Pinang, dua jaringan Muhamad Ikram pada minit ke-29 dan 54 menyaksikan SDM Navy memperoleh kemenangan yang kedua sepanjang liga berlangsung apabila menang tipis 2-1 menewaskan Sime Darby pada aksi di Stadium Batu Kawan.

Gol sagu hati pelawat hadir pada minit ke-68 yang dijaringkan oleh Mohd Faiz Mohd Isa.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung di Pulau Mutiara menyaksikan pasukan kelab dari Universiti Sains Malaysia (USM) FC menang tipis 1-0 mengatasi Harimau Muda B yang dijaringkan oleh Muhammad Afzan Zainal Abidin seawal minit keempat pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olahraga USM.

Di JOHOR BAHRU pasukan kelab dari Johor Majlis Perbandaran (MP) Muar gagal menggunakan peluang terbaiknya beraksi di tempat sendiri apabila sekadar terikat seri 2-2 kepada Pos Malaysia pada aksi di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Dua gol tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Fauzi Abdul Kahar pada minit ke-47 dan Mohd Fitri Omar (min-61) sementara gol posmen masing-masing dijaringkan oleh Mohd Hanifuddin (min-22) dan Khairul Zal Azmi pada minit ke-63.



FAM

Monday, May 16, 2011

MALAYSIA FA TO PUSH FOR ARTIFICIAL TURF




KUALA LUMPUR (15 May 2011) – The FA of Malaysia (FAM) have taken the initiative to push for the use of artificial turf, following the appointment of an agency each from Germany and Belgium.
The move to have the artificial turf in each state will follow the procedure and standard set by world football governing body, FIFA.
The FAM decided to push for the use of more artificial pitch was to ensure that the pitch quality at very stadia in the country is not affected regardless of usage.
Datuk Hamidin Mohd Amin, the chairman of FAM’s Local Competition Committee, said that the appointment of the two agency from Germany and Belgium was to assist every stadia in the country have quality pitches.
It is estimated that the cost will be around RM 3 million (USD 1 million).
“We can only look to assist them to have quality pitches where in the end, they have to decide for themselves whether they would want to go artificial,” said Hamidin.
“The artificial turf is easy to maintain and they can last up for to eight years. For the moment, we are struggling with pitch quality in most stadia which has in a lot of ways affected the quality of the game being played in the M-League.
“I hope that the stadium owners round the country will take this opportunity to go artificial where in the long run, it is beneficial to them where they do not have to grapple with bad quality pitches due to constant usage.”

Saturday, May 14, 2011

Latihan Dan Pemilihan Pasukan Kebangsaan dan Olimpik

Latihan Dan Pemilihan Pasukan Kebangsaan Untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Menentang Pasukan Bolasepak Hong Kong Pada 3 Jun 2011.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan bagi Pasukan Kebangsaan sebagai persiapan untuk Pusingan Kelayakkan Piala Dunia 2014 pada 29 Jun 2011.

Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan  bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9,Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:-

Latihan Tempatan
29.05.2011  - 31.05.2011 
Wisma FAM

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa melawan Hong Kong
01.06.2011 – 04.06.2011
Hong Kong

Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia telah memilih pemain-pemain yang tersebut di bawah untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Kebangsaan. Pemain-pemain ini dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 29 Mei 2011 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Encik K.Rajagobal di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya Selangor pada jam 3.00 petang.


Bil.
Nama Pemain
Kelab/Negeri
1
Amar Rohidan
Kedah
2
Mohamad Azmi Muslim
Kedah
3
Baddrol Bakhtiar
Kedah
4
Mohd Amirulhadi Zainal
Selangor
5
Mohd Asraruddin Putra Omar
Selangor
6
Mohd Nasriq Baharom
Selangor
7
Azidan Sarudin
Selangor
8
Safiq Rahim
Selangor
9
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
Negeri Sembilan
10
Kunalan Subramaniam
Negeri Sembilan
11
Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari
Perak
12
Mohd Nasril Mat Nourdin
Perak
13
Mohamad Ashaari Samsudin
Terengganu
14
Mohd Sharbinee Allawee
Terengganu
15
Helmi Remeli
Terengganu
16
Ismail Faruqi Ashari
Terengganu
17
Abdul Hadi Yahaya
Terengganu
18
Muhamad Shahrom Abdul Kalam
Kuala Lumpur
19
Syed Adney Syed Hussein
Sabah
20
Mohd Farisham Ismail
Kelantan
21
Chanturu Suppiah
Kelantan
22
Norshahrul Idlan Talaha
Kelantan
23
Shahrizal Mohd Saad
Johor FC
24
Mohd Safee Mohd Sali
Pelita Jaya FC, Indonesia

9 pemain baru dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Hong Kong...

Pasukan Olimpik Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengatur jadual latihan bagi Pasukan Olimpik Kebangsaan sebagai persiapan untuk Pusingan Kedua Kelayakkan Sukan Olimpik London 2012.

Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Olimpik Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan  bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Berikut adalah jadual bagi Pasukan Olimpik Kebangsaan:-

Bil.
Perkara
Tarik
Tempat

1


Latihan Tempatan I


29.05.2011 – 04.06.2011


Wisma FAM


2


Perlawanan Persahabatan Antarabangsa melawan Cambodia


05.06.2011 – 08.06.2011

Phnom Penh, Cambodia


3

Latihan Tempatan II


09.06.2011 – 10.06.2011


Wisma FAM


4

Latihan III (Luar Negara)


11.06.2011 – 16.06.2011


Doha, Qatar


5

Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakkan Sukan Olimpik London 2012 melawan Lebanon


17.06.2011 – 20.06.2011

Beirut, Lebanon

6

Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakkan Sukan Olimpik London 2012 melawan Lebanon


21.06.2011 – 24.06.2011

Malaysia


Barisan pemain yang dipilih adalah seperti di bawah dan mereka dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 29hb Mei 2011 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Ong Kim Swee di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya Selangor pada jam 12.30 tengahari.


Bil.
Nama Pemain
Kelab/Negeri
1
Khairul Fahmi Che Mat
Kelantan
2
Mohamad Faizal Abu Bakar
Kedah
3
Ahmad Fakri Saarani
Negeri Sembilan
4
Fandi Ahmad
Johor FC
5
Muhammad Zubir Mohd Azmi
Terengganu
6
Abdul Shukor Jusoh
Harimau Muda A
7
Gary Stevan a/l Robbat
Harimau Muda A
8
Gurusamy Govandar Kandasamy
Harimau Muda A
9
Izzaq Faris Ramlan
Harimau Muda A
10
Mahalli Jasuli
Harimau Muda A
11
Mohamad Amer Saidin
Harimau Muda A
12
Mohamad Muslim Ahmad
Harimau Muda A
13
Mohammad Fadhli Mohd Shas
Harimau Muda A
14
Mohd Affize Faisal Mamat
Harimau Muda A
15
Mohd Fandi Othman
Harimau Muda A
16
Mohd Ferris Daniel Mat Nasir
Harimau Muda A
17
Mohd Irfan Fazail
Harimau Muda A
18
Mohd Izham Tarmizi
Harimau Muda A
19
Muhammad Zamir Selamat
Harimau Muda A
20
Nazirul Naim Che Hashim
Harimau Muda A
21
Sivanesan a/l Shanmugam
Harimau Muda A
22
Syahrul Azwari Ibrahim
Harimau Muda A
23
Thamil Arasu Ambumamee
Harimau Muda A
24
Wan Zack Haikal Wan Nor
Harimau Muda A
25
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Harimau Muda A
26
Saarvindran a/l Devendran
Harimau Muda B


SUMBER: FAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails