Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, May 28, 2011

RASUAH???

Pneyokong pasukan negeri sembilan pasti terkejut apabila Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan membuat laporan polis mengaitkan pasukan Piala Presidennya terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan sehingga menjejaska prestasi pasukan berkenaan.



Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menerima laporan polis mengenai isu rasuah berkenaan.
Apa yang berlaku ini jelas mengecewakan peminat setia Hoben Jang Hoben itu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan khusus skuad pelapis Piala Presiden setiap kali perlawanan berlangsung.
Ramai peminat memberi reaksi yang pelbagai dalam laman sosial termasuk mengaitkan isu rasuah dengan skuad Liga Super Negeri Sembilan yang menunjukkan prestasi hambar pada tahun ini.
Perletakan jawatan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih dan kemasukan jurulatih baru, Mohd Azrai Khor Abdulah tidak memberi perubahan besar kepada pasukan yang,menunjukkan aksi terbaik pada tahun lalu.
Kami berharap tiada pemain Liga Super yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu yang jelas akan memberi impak besar kepada masa depan pasukan dan individu itu sendiri.
Jika terbukti ada pemain yang menerima rasuah, keputusan tegas oleh badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu dilaksanakan sebagai hukuman kepada pemain terbabit.
Kesimpulannya, kita patut sedar liga kita ni dah la rendah drpd liga2 luar negara terutama di asia tenggara sendiri, dgn adanya rasuah ni boleh mendatangkan lagi reaksi negative oleh pelbagai pihak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails