Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, August 14, 2010

Venue akhir bola sepak Sukan SEA Indonesia di Palembang

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Perlawanan akhir bola sepak temasya Sukan SEA ke-26 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun depan, akan diadakan di Palembang.

Setiausaha agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Nugraha Bosoes berkata perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan di dua wilayah Indonesia yang menjadi tempat temasya tersebut iaitu di Jakarta dan Palembang.

"Peringkat separuh akhir juga akan diadakan di dua tempat tersebut tetapi perlawanan akhir akan diadakan di Palembang," katanya yang dipetik Bernama dari laman web tempointeraktif.

Menurut laman web tersebut, selain bola sepak, satu lagi acara yang menjadi rebutan kedua-dua lokasi itu ialah olahraga.

Sehingga kini, keputusan tempat yang akan menganjurkan acara olahraga masih belum diketahui, tetapi acara akhir bola sepak tetap diadakan di Palembang berikutan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jakarta dan wilayah Sumatera Selatan itu.

Laman web itu juga melaporkan bahawa kerajaan Indonesia telah meminjam Rp600 bilion (RM210.7 juta) dari bajet pendidikan nasionalnya bagi memenuhi kos permintaan Rp2 trilion (RM707 juta) bagi menganjurkan acara dwitahunan itu, tahun depan.

"Setakat ini, kami telah mendapat Rp350 bilion (RM122.9 juta) dari bajet negara (nasional) 2010, Rp500 bilion (RM175.6 juta) merupakan satu petanda had dari bajet negara 2010 dan pinjaman Rp600 bilion (RM210.7 juta) dari bajet pendidikan," kata Menteri Belia dan Sukan republik itu Dr Andi A.Mallarangeng.

Dalam respons terhadap penggunaan bajet pendidikan, jurucakap presiden Yopie Hidayat berkata dana pinjaman itu akan dibayar balik dan wang itu diperlukan bagi membina infrastruktur sukan bagi acara itu.

Indonesia akan menjadi hos Sukan SEA ke-26 pada 11 hingga 25 Nov, tahun depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails