Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, August 26, 2010

Kembali ke Slovakia

Pasukan Harimau Muda A yang dikendalikan oleh jurulatih Ong Kim Swee sekali lagi akan menimba ilmu di Slovakia bagi menyiapkan diri mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada temasya 2011 di Indonesia.

Keputusan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, selepas mengadakan perbincangan dengan Kim Swee pada 24 Ogos lalu setelah mengkaji tiga pilihan yang ada.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad, seramai 19 pemain dan empat pegawai akan berlepas ke Slovakia pada 1 September ini iaitu ketua jurulatih Kim Swee, penolong jurulatih Hassan Sazali Mohd. Waras, jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang dan ahli fisioterapi, Mohd. Nasrul Ahmad Tajuddin.

"Enam pemain yang kini menjalani latihan bersama skuad senior akan menyertai Harimau Muda A selepas menamatkan perlawanan persahabatan dengan Oman di Doha pada 3 September ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, enam pemain itu ialah K. Gurusamy, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd. Fadhli Shas.

"FAM percaya langkah menghantar pasukan ini ke Slovakia adalah tepat, berlandaskan beberapa aspek iaitu pasukan Harimau Muda A akan didedahkan kepada 12 perlawanan menentang lawan Divisyen Satu Liga Slovakia yang bersifat kompetitif.

"Ia tidak termasuk empat perlawanan persahabatan dengan empat pasukan, Bawah 21 Austria, Poland, Republik Czech dan Hungary dalam tempoh tiga bulan yang juga satu tempoh singkat untuk mengatur mana-mana perlawanan persahabatan bertaraf tinggi.

Skuad Harimau Muda (25 pemain):

Penjaga gol:
Muhammad Zamir Selamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar.
Pertahanan:
Mohd Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mahali Jasuli, Muhammad Faizal Mohd, Mohd Fadhli Mohd Shas, Muhamad Nazri Ahmad, Nicholas Wee Shen Ming, Amer Saidin, Mohd Fandi Othman.
Pemain tengah:
Gary Steven Robbat, Gurusamy Govandar Kandasamy, Abdul Shukor Jusoh, Muhammad Rafiuddin Roddin, Sivanesan Shanmugam, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Noor, Saarvindran Devandran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Penyerang:
Izzaq Faris Ramlan, Thamil Arasu Ambumanee, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, Syahrul Azwari Ibrahim.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails