Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, August 11, 2010

pemain import pada musim hadapan?????

KITA memang perlukan pemain import kerana penonton sudah jemu dan muak dengan aksi pemain tempatan.”


Demikian luahan pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas cadangan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mahu pemain import dibenar beraksi semula di Liga M pada musim hadapan sejak larangan terhadap penggunaan khidmat pemain luar itu dilaksana dua tahun lalu. Bukan mahu memperlekehkan aksi pemain tempatan, Kay Kim sebaliknya berasa kehadiran pemain import mampu menguntungkan bola sepak tempatan.


“Kita perlu akui penonton tempatan gemar menyaksikan aksi pemain import. Lihatlah gelagat penonton tempatan semasa di Piala Dunia, bukan sahaja lelaki, malah golongan wanita pun sama-sama memenuhi kedai kopi sebab nak saksikan aksi pasukan dan pemain pujaan.


“Tapi bila berlangsungnya perlawanan Liga M yang berlangsung di negeri-negeri, berapa kerat sahaja yang menonton malah kadang kala stadium hampir kosong,” katanya.


Bagi Kay Kim, jika ada yang mendakwa kehadiran pemain import hanya menyebabkan prestasi pemain tempatan makin merundum, beliau menafikan pendapat itu.


“Sepatutnya kehadiran pemain import menggalakkan lagi pemain tempatan bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. “Tak perlulah cari alasan kehadiran mereka menyebabkan pemain tempatan disingkirkan sekali gus menyebabkan pasukan kebangsaan tak dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Dunia sukan membabitkan persaingan dan bola sepak tak terkecuali. Ini sesuatu yang sudah pasti,” katanya.


Pada Ogos 2008, FAM mengambil tindakan drastik dengan mengumumkan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia musim
2009.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails