Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, August 29, 2011

Malaysia Terima Jemputan Australia


Malaysia akan bertemu Australia untuk perlawanan persahabatan 7 Oktober ini di Sydney setelah di jemput oleh Persatuan Bola Sepak Australia. Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal memberitahu Harimau Malaya dijemput sebagai persediaan kepada Australia menjelang kelayakan Piala Dunia menentang Oman 11 Oktober. Selain daripada Oman dan Australia, kumpulan D dirangkumi oleh Thailand dan Arab Saudi.
“Kami menerima undangan untuk perlawanan persahabatan menentang Australia minggu lepas. FAM telah bersetuju kerana ianya satu peluang itu kita menentang pasukan Piala Dunia seperti Australia. Kita tidak pernah menentang Australia sebelum ini dan mereka mempunyai pemain berkualiti seperti Harry Kewell dan Tim Cahill. Ianya cabaran yang besar. Australia telah memilih pasukan kita sebagai pilihan yang tepat untuk persediaan kelayakan Piala Dunia mereka,” ujar Kamal melalui Twitter.
Malaysia gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia selepas tewas di pusingan kedua kepada Singapura bulan lepas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails