Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, January 15, 2011

Skuad Olimpik tak jadi ke Qatar

KUALA LUMPUR - Gara-gara Piala Asia yang berlangsung di Doha, Qatar, skuad Olimpik negara terpaksa membatalkan hasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik negara itu, yang dijadualkan pada 20 Januari.

Ia disebabkan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) tidak membenarkan sebarang penggunaan padang untuk tujuan perlawanan, selain kejohanan Piala Asia 2011 yang berakhir pada 29 Januari ini.


Sebagai ganti, Ong Kim Swee (gambar) selaku pengendali skuad Olimpik negara dan Harimau Muda A berkata, mereka akan berdepan skuad Olimpik Singapura di Stadium Jalan Besar, yang dijadualkan pada 24 Januari ini.

Sebelum itu, skuad negara akan menentang skuad Olimpik Thailand pada 20 Januari ini di Bangkok.

''Pembatalan perlawanan di Doha dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Rabu lalu, ekoran AFC tidak membenarkan sebarang perlawanan bola sepak lain diadakan ketika Piala Asia berlangsung.

''Dari segi kualiti perlawanan, saya rasa memang sedikit kerugian, kerana tidak dapat berdepan lawan sekuat Qatar, yang saya sifatkan salah satu lawan yang mampu memberikan saingan berkualiti tinggi.

''Bgeitupun, saya tetap gembira kerana kami tetap mendapat satu perlawanan ganti bertemu Singapura dan Thailand, kerana sekurang-kurangnya pemain saya dapat merasai perlawanan persahabatan dengan pasukan luar sebelum menempuh ujian sebenar pada 23 Februari ini,'' katanya selepas perlawanan persahabatan antara Harimau Muda A dan Pahang, kelmarin.

Skuad bimbingan Kim Swee yang menurunkan ramai pemain simpanan tewas kepada Pahang dengan keputusan 0-2.

Biarpun kalah, Kim Swee tetap tenang dengan menyifatkan ia satu proses pembelajaran buat pemain muda, sambil memuji Pahang merupakan sebuah pasukan yang baik.

''Karektor pemain saya jelas diuji sepenuhnya oleh Pahang pada perlawanan malam ini dan keputusan ini akan menyedarkan mereka bahawa kualiti pasukan dari Liga Super lebih tinggi berbanding Liga Perdana.

''Skuad Pahang juga saya anggap satu lawan yang baik kerana saya dapati mereka mempunyai keseimbangan di semua bahagian dan ia menghadirkan kesukaran buat pemain bersaing," ujarnya.

Menurutnya, dia yakin menjelang bertemu Pakistan nanti, dia akan mendapat kesebelasan terbaik untuk diturunkan, selepas menguji semua pemain dalam perlawanan persahabatan dan beberapa aksi Liga Super.

Skuad Olimpik negara akan memulakan cabaran pada 23 Februari depan selepas diundi bertemu Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pusingan pertama kelayakan Olimpik, sebelum bertandang ke sana dalam pertemuan timbal balik.

 utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails