Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, September 18, 2010

2 pemain Harimau Muda A 'dipikat' Vion FC


Dua pemain yang bertuah itu ialah pemain pertahananan dan sayap kiri, Fandi Othman, 18, dan pemain pertahanan tengah, Fadhli Shas, 19.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, Fandi dan Fadhli telah ditawarkan untuk berlatih bersama pasukan utama kelab itu bermula kelmarin.

"Pemilihan kedua-dua pemain ini dibuat atas penilaian ketua jurulatih Vion FC ketika dia menyaksikan perlawanan kami di sini serta dibantu perbincangannya dengan saya.

"Mereka mula berlatih kelmarin dan akan terus bersama Vion FC se- hingga mereka berdua pulang ke tanah air sehari kemudian untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan," katanya .

Fandi dan Fadhli merupakan tonggak utama Harimau Muda A pada tiga aksi per- sahabatan skuad negara setakat ini yang menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada MFK Ruzomberok B, seri 2-2 dengan FC Petrazalka dan tewas 1-2 kepada Slovan Duslo Sala.

Jelas Kim Swee, pendedahan sesi latihan bersama Vion FC itu sesuatu yang amat berguna pada pemain muda negara selain ia turut membuktikan Malaysia juga tidak ke- tandusan pemain berkualiti.

"Saya harap Ini juga akan membuka lagi ruang kerjasama baik antara FAM dan Vion FC untuk terus memberi peluang pada pe- main-pemain kita walaupun kelab itu berstatus elit di Eropah.

Dalam pada itu, Harimau Muda A turut mengadakan satu perlawanan persahabatan tidak rasmi pada Rabu lalu untuk memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan beraksi.

"Kita menentang sebuah kelab Liga 2 Slo- vakia dan seri 4-4. Ferris Danial Mat Nasir dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria masing-masing menjaringkan dua gol," kata Kim Swee

FC Vion ialah kelab yang bermain di liga TERATAS LIGA SLOVAKIA................. KELABNYA SEPERTI MSK ZILINA YANG TELAH DIKALAHKAN CHELSEA PADA UEFA.........


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails