Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, September 18, 2010

Keputusan Piala Malaysia 17 September 2010

Felda United 1

(Rashid Mahmud m-41)

Selangor 4

(D. Surendran m-2, Safiq Rahim m-31, Safee Sali m-58, Amirulhadi Zainal m-72)



Kedah 2

(Baddrol Bakhtiar m-3, 41)

Perak 0


Negeri Sembilan 1

KL Plus 1



Sabah 2

Terengganu 2


PKNS 0


Kelantan 1

(Akmal Rizal Ahmad Rakhli)



ATM 1

Johor FC 1



T-Team 4

Perlis 0



SELANGOR mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan menumbangkan Felda United 4-1 untuk mendahului saingan Piala Malaysia Kumpulan D malam tadi.


Setelah menewaskan T-Team Selasa lalu, Selangor tidak perlu menunggu lama untuk menggegar gawang lawan apabila sepakan percuma seawal minit kedua daripada D. Surendran gagal dibaca oleh penjaga gol Felda, Zainal Rabin.


Menerima umpanan Amirulhadi Zainal, Safiq tidak menunggu lama untuk meledak jaringan kedua dari luar petak penalti pada minit ke-31 sebelum Amirulhadi sekali lagi mencipta gerak, membuka ruang untuk Safee mengelak kawalan Kaironnisam Sahabuddin Hussain lalu menewaskan Zainal pada minit ke-58.



Pada minit ke-72, Amirulhadi melengkapkan malam peribadi yang gemilang dengan melakukan larian solo sebelum menewaskan Zainal bagi memenuhi hajat K. Devan mengumpul mata maksimum daripada dua perlawanan.

Kedah berterima kasih kepada sentuhan tajam Baddrol Bakhtiar – gol pertama hasil sepakan percuma jarak jauh pada minit ketiga dan gol kedua percubaannya dari luar petak penalti empat minit sebelum rehat, memastikan Kedah mengumpul mata penuh.



Pertemuan Pahang dan Kuala Lumpur ditunda akibat masalah lampu limpah.



Jaringan pemain gantian Akmal Rizal Rakhli hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-75 memastikan tiga mata buat Kelantan yang juga berterima kasih apabila penjaga gol Syed Adney Syed Hussain menyelamatkan penalti Mohammad Azrif Nasrul Haq Badrul pada babak kedua ketika menewaskan PKNS.



Hujan lebat di Stadium Likas menyukarkan pemain ketika Sabah diikat Terengganu 2-2. Farid Ideris menjaringkan gol pertama sebelum Zainizam Marjan menambah jaringan tetapi Terengganu bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti Abdul Manaf Mamat.



Di Kuala Terengganu, T-Team membelasah Perlis 4-0.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails