Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, September 30, 2010

Harimau Muda 1-1 Liptovsky Mikulas


Harimau Muda masih kebuntuan untuk mencari kemenangan pertama mereka. Mereka sekali lagi dihukum melalui sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan setelah mendahului lawan. Begitulah gambaran perlawanan Harimau Muda di Slovakia kebelakangan ini. Namun kali ini mereka berjuang tanpa 8 pemain utama yang dipanggil balik oleh K. Rajagobal. Bertambah parah apabila pemain veteran HM Abdul Shukur Jusoh tidak dapat beraksi kerana demam.

Ong Kim Swee terpaksa mepertaruhkan para pemain mudanya seperti Nazirul Naim B. Che Hashim dan Muhd Ferris Danial B Mat Nasir di samping Wan Zaharul Nizam dan Saarvindran a/l Devandran
Keputusan perlawanan antara pasukan Malaysia U21 menentang Milukus FC. Mereka membalas kepercayaan melalui gol pembukaan pada minit ke-42 melalui Wan Zaharulnizam.

Kesebelasan utama menentang Liptovsky Mikulas
Muhamad Nazri B Ahmad mengeluarkan bola dari pintu gol Harimau Muda
Gerakan menarik dan larian deras mereka dibarisan tengah selalu memerangkap pihak lawan yang pada mulanya memandang rendah keupayaan pasukan HM dengan menurunkan barisan pemain simpanan. Terkejut dengan corak permainan dan gol HM, Liptovsky Mikulas memasukkan 6 pemain utamanya untuk mengimbangi saingan pada separuh masa kedua. Mereka hanya bernasib baik pada baki 5 minit terakhir apabila terjahan keras Mohd Rafiuddin Roddin membolehkan mereka medapat tendangan percuma untuk gol penyamaan.

Ketua jurulatih Harimau Muda amat berpuas hati dengan persembahan para pemainnya.
"..saya puas hati dengan kesungguhan para pemain terutamanya yang pertama kali diturunkan sepenuhnya seperti Nazirul Naim dan Muhd Ferris Danial, mereka langsung tidak gentar dengan corak agresif disamping fizikal lawan yang begitu jauh berbeza. Ketiadaan 8 pemain utama juga membuka peluang kepada para pemain lain menunjukkan kemampuan mereka, bagi saya ini perkembangan yang amat sihat dalam pasukan."..menurut Ong Kim Swee.

Ferris Danial dikawal ketat oleh 'abang angkatnya' sepanjang perlawanan
'Dugaan berliku' yang perlu diatasi oleh oleh pemain kita di Slovakia. Kata Wan zaharulnizam.."dia orang makan lauk sahaja, kita orang makan nasi lebih banyak daripada lauk..macam mana nak besar."

harimaumuda.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails