Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, September 25, 2010

FAM kumpul maklumat tentukan format Liga M 2011



FAM mencari pendekatan terbaik dan sedia mengambil pandangan umum sebelum membuat keputusan mengenai perjalanan Liga Malaysia musim depan.

Dalam masa yang sama, pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) 2011-14, Datuk Hamidin Mohd Omar mendedahkan selepas mesyuarat pertama, format sedia ada tidak akan diubah dengan mendadak dan mungkin hanya 30 peratus sahaja.

Malah selepas dua tahun Liga M menyepi tanpa kelibat awang import, kehadiran mereka belum dapat dipastikan lagi dan semuanya akan terjawab selepas 4 Oktober nanti.

Dalam usaha mewujudkan format yang terbaik, satu sesi brainstroming yang melibatkan semua pihak dari pengurus, pengamal media dan beberapa pihak termasuk peminat yang telah dikenal pasti akan diadakan di Hotel Bluewave Shah Alam pada 29-30 Sept ini bagi mengutarakan berkaitan format Liga M selain pemain import.

Dalam sesi ini segala idea akan diambil-kira sebelum ditentukan dalam Majlis Eksekutif.

FAM mengambil-kira beberapa aspek sebelum memberi lampu hijau khidmat pemain import dengan tiga kriteria utama menjadi tumpuan iaitu agar kehadiran mereka dapat meningkatkan lagi kualiti pemain tempatan, menarik lebih rmai peminat ke stadium serta dapat membantu untuk mewujudkan sebuah pasukan kebangsaan yang lebih mantap.

Tetapi, tidak semestinya kemasukkan pemain akan terus dibenarkan, barangkali hanya akan dilaksanakan pada 2012.

Badan induk bola sepak Malaysia itu mengakui ketika ini statistik menunjukkan bilangan penonton merosot teruk untuk semua pasukan termasuk pasukan Selangor sendiri kecuali Kelantan.

Mulai musim depan, FAM akan memulakan sistem online bagi urusan pendaftaran dan pemohonan ITC pemain import seperti yang dikehendaki FIFA dan perkhidmatan tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Melayu, Cina dan India akan menyertai ahli gabungan dan wajib menghantar pasukan.

Dengan ini, ketiga-tiga pasukan ini akan setaraf dengan pasukan negeri serta pasukan PDRM dan ATM.

Jika tiada aral melintang, tirai Liga M akan disingkap di mana perlawanan merebut Piala Sumbangsih akan diadakan pada 1 Januari depan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails