Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, September 24, 2010

Malaysia u16 (4) - (0) Kuwait u16




Skuad U16 Kebangsaan melayan kunjungan Skuad U16 kuwait yang dalam rangka persiapan menyertai Kejohanan AFC U16 di Uzbekistan Oktober depan. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi, pasukan U16 membenam pasukan lawan 4 gol tanpa balas. Malaysia mendahului pada minit ke-9 melalui tendangan penalti Nik Syafiq Syazwan. Kemudian Muhd Akmal Ishak menguis masuk bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kuwait pada minit ke-38.



Kesebelasan Utama U16 Kebangsaan
Pemain Kuwait cuba melepas Muhamad Akhir Bahari(20) dan Norhamizarif (25)

Satu cubaan yang menarik dari Muhammad Akmal Ishak untuk menguji penjaga gol Kuwait
Kemasukan Norhamizarif pada separuh masa kedua menambah derita Kuwait apabila dia menyumbangkan 2 gol(minit ke-65 dan 73). Kekalahan ini adalah kekalahan terbesar pasukan Kuwait dalam siri perlawanan persahabatan mereka tahun ini. Sebelum ini pada perlawanan pertama mereka tewas kepada Skuad gabungan bawah 16 dan 17 tahun negara 4-2 manakala pada perlawanan kedua mereka tewas 2-3 pada skuad yang sama.

Ketua Jurulatih Pasukan U16 Kuwait, Edgar Borges yang berasal dari Portugal bagaimanapun menganggap siri perlawatan mereka di Malaysia sangat berguna sebagai persiapan terakhir mereka.


Edgar Borges-runsing memikirkan prestasi anak buahnya

Menurutnya.."hasil dari perlawanan dengan pasukan anda kami menemui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki baik di bahagian tengah mahupun serangan, dalam jangkamasa sebulan lebih yang ada saya akan cuba sebaik mungkin menampung kekekurangan tersebut."

Sebelum ini Skuad U16 Kuwait mengadakan kem latihan di Mesir selama sebulan. Mereka seri 2-2 dan 1-1 dengan Skuad U16 Mesir.

Bagi Ketua Jurulatih U16 Kebangsaan, Aminuddin bin Hussin beliau berpuas hati dengan tahap disiplin dan kesungguhan para pemainnya beraksi. Walaupun para pemain berehat panjang tanpa kejohanan kompetitif terutama diperingkat antarabangsa mereka mampu membentuk persefahaman. Menurutnya.."walau bangga namun pada masa yang sama saya agak terkilan kerana pasukan kita dari segi prestasinya tidak ketinggalan malah lebih baik dari mereka namun kerana bebarapa faktor yang diluar kemampuan kami pihak kejurulatihan, kita terpaksa melupakan hasrat kepusingan akhir tersebut."
Aminuddin Hussin - Ketua Jurulatih U16 Kebangsaan
Pasukan ini masih tercalar dengan kekalahan 0-6 kepada pasukan Laos pada pusingan kelayakan piala AFC U16 tahun lepas, sekaligus menyaksikan mereka berputih mata untuk ke Pusingan Akhir AFC U16 yang akan dilangsungkan Di Uzbekistan 24 Okt-7 Nov 2010. Punca utama yang dapat dilihat daripada kegagalan tersebut adalah kurangnya pendedahan kepada perlawanan kompetitif secara berterusan. Sekali lagi skrip lama yang terpaksa diulangi.


macam mana boleh menang 4-0 dengan kuwait..kalah 6-0 dengan Laos...

Sumber:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails