Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, April 9, 2010

update: Previu final Piala FA 2010


(Gambar dari kiri Peter Rajah, D. Devendran, Ramli Junit, Wan Jamak, Zulkifli Hamzah, Tukiman Bahari, R. Arumugam, beberapa hari sebelum pertemuan dengan Korea Selatan pada pra-Olimpik 1980).

KAPTEN Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya (kiri) bersemuka dengan  kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa, petang semalam.
KAPTEN Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya (kiri) bersemuka dengan kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa, petang semalam.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJtFp7N3MN_DgWgKW2HzdKDy9GT54zSC4OwEWMNeTZQ_FNkbTH2gR4wfRgo_eBzGQdEAICI8MsiFiYILyAw2zjILhYi6slF6LwCCZPH4dTBZ9mhPCSUMgt9mEuIkEAokvwtGj753bMjjT-/s1600/dsc_0048.jpg

vs

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRVNioKHlmC_mn8d_xbnzDl6U-8Vr20xupWUcbkqSITY9yWgsl9wLNSQJYzfyvGPio-WjNdGnGfbeEBWLbUOewedf6Sofvdy1O50kTaD5G95F9gZWg6ASGYXPQozud4R7L0zLTOHBS_VBy/s1600/ns.jpg

final fa cup copy.jpg
Insiden tangan Shukor Adan masih jadi bualan namun fokus harus diberi kepada final yang mempertemukan dua pasukan yang tidak pernah tewas dalam perlawanan akhir Piala FA.

NS, Kedah tetap kental bawa misi berbeza

SEGALA gambaran terarah kepada kehilangan aura Piala FA apabila kurang separuh daripada tiket yang diperuntukkan kepada pasukan masing-masing terjual, namun bagi Negeri Sembilan dan Kedah, final malam ini tetap memiliki magis buat kedua-dua finalis.

Negeri Sembilan akan turun dengan misi untuk membuktikan mereka kini layak dianggap sebagai kuasa baru bola sepak tempatan manakala Kedah juga bangkit dari lena, selepas musim lalu penuh mengecewakan sejak sekian lama mendominasi liga tempatan.

Pertaruhannya adalah mahkota kedua buat barisan Hoben Jang Hoben selepas 2003 dan bagi Kedah, gelaran keempat dengan dua daripadanya hadir pada musim treble berganda, 2007, 2008, mengiringi kejayaan pertama pada 1996.

Menariknya ia adalah kali pertama kedua-dua pasukan ini bertemu pada final domestik namun menghairankan apabila Kedah yang terkenal dengan penyokong fanatiknya, hanya mampu menjual 5,000 daripada 25,000 yang diperuntukkan manakala juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan pula belum menghabiskan 10,000 daripada 30,000 yang dikhaskan buat mereka.

Dengan 15,000 tiket dikhaskan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, sejumlah 45,000 tempat duduk kini menunggu untuk diisi dengan kapten Sang Kenari, Shahrulnizam Mustapa menggesa peminat untuk memberi sokongan dalam misi membuktikan mereka sudah melupakan igauan ngeri 2009 dan bersedia kembali ke kelompok elit bola sepak tanah air.

“Sudah lama Kedah tidak memenangi piala. Kami menyedari kami tidak berada pada tahap sama seperti lawan dan lebih selesa menganggap diri kami sebagai underdog.
“Jika dilihat perbezaan musim lalu berbanding musim ini, jurulatih menerapkan sistem dan corak latihan baru. Pemain dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,” kata Shahrulnizam mengenai pendekatan baru pengendali, Ahmad Yusoff yang menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah pada awal musim.

Sementara itu, pemain berpengalaman dalam skuad Negeri Sembilan, Shukor Adan percaya sokongan peminat bakal menjadi antara faktor kemenangan, selain percaturan taktikal, komitmen dan kesungguhan pemain di tengah padang.

“Walaupun kami baru memenangi Piala Malaysia empat bulan lalu, alang-alang sudah sampai ke sini (final), kami tidak akan melepaskan kesempatan untuk menjuarainya.

“Lagipun, kali terakhir Negeri Sembilan menjulang piala ini ialah tujuh tahun lalu dan kami berharap dapat mengulangi kejayaan untuk peminat,” katanya.

Ahmad tunggu tuah tahun pertama

Mengambil alih tugas Mohd Azraai Khor Abdullah musim ini, Ahmad dipertanggungjawabkan untuk menamatkan kekecewaan Kedah musim lalu yang menyaksikan mereka gagal merangkul sebarang piala selepas mendaki puncak trebel berganda 2007 dan 2008.

Tanpa pengalaman mengendalikan pasukan di pentas besar, Ahmad berharap kekuatan daripada pengalamannya sebagai pemain yang pernah menyaksikannya bergelar kapten pingat emas Sukan Sea 1989, sebelum kemarau 20 tahun itu ditamatkan ketua pasukan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - pemain yang akan membarisi lawan ditemuinya, malam ini.

“Sebagai jurulatih memang saya tidak berpengalaman di final tetapi saya memiliki pengalaman sebagai pemain. Memang agak terperanjat dan gemuruh layak ke final tetapi saya percaya bahawa kejayaan bukan milik yang bijaksana tetapi juga mereka yang bersungguh-sungguh,” kata Ahmad pada sidang akhbar pra final di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Wan Jamak harap detik manis kembali menjelma

Mahu Piala FA lengkapi koleksi Piala Malaysia

WALAUPUN misi kali ini berbeza, Wan Jamak Wan Hassan yakin detik manis ketika menjulang trofi Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, empat bulan lalu mampu mencetuskan tonik tambahan kepada skuad bimbingannya apabila membuat perhitungan menentang Kedah pada final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Suasana itu (menjuarai Piala Malaysia) baru empat bulan berlalu tetapi detik bersejarah itu saya akui masih segar serta terbayang-bayang di depan mata saya dan pemain.

“Walaupun misi kali ini berbeza, saya berharap detik itu mampu mencetus dorongan kepada pemain untuk mengulangi kejayaan sama dengan menjulang Piala FA pula,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Walaupun yakin dengan kemampuan dan peluang skuad bimbingannya, Wan Jamak tetap berwaspada terhadap ancaman Kedah yang disifatkan sebagai pasukan yang mempamerkan peningkatan mendadak sejak dibimbing Ahmad Yusof.

“Harus diingat lawan (Kedah) sudah dibentuk sejak enam tahun lalu di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah dan kali ini mendapat sentuhan Ahmad selaku ketua jurulatih.

“Saya dapati pasukan ini semakin meningkat walaupun pada awal musim nampak terkial-kial mencari persefahaman. Kemampuan mara ke final membuktikan mereka sudah serasi di bawah kendalian Ahmad,” katanya.
Begitupun, Wan Jamak percaya pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak menyempurnakan peluang akan bergelar juara ketika kekuatan antara mereka tidak banyak beza dengan dibarisi gabungan muka baru dan berpengalaman


Dua jurulatih era berbeza.


FINAL Piala FA 2010 mempertemukan dua jurulatih yang mewakili pasukan kebangsaan pada era berbeza.

Wan Jamak Hassan, 54, pengendali Negeri Sembilan, menganggotai skuad Olimpik yang layak ke temasya di Moscow 1980 tetapi kempunan ke Soviet Union akibat pemulauan yang diketuai Amerika Syarikat.


Generasi Wan Jamak cukup dikagumi. Antaranya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Jamal Nasir Ismail, Shukor Salleh, Bakri Ibni, Yahya Jusoh, James Wong, Hassan Sani dan Abdullah Ali. Namun jurulatih dari Johor itu adalah satu-satunya yang berjaya hingga kini selaku seorang pakar taktikal yang menyalurkan ilmunya kepada generasi hari ini.


Dia juga satu-satunya daripada generasi 1980 yang berani memikul tugas selaku jurulatih kebangsaan, dari 1996-1997, membawa Malaysia muncul naib juara Piala AFF di Singapura sebelum meletak jawatan berikutan kegagalan di Sukan SEA di Jakarta setahun kemudian.


Hampir sedekad Wan Jamak merajuk, berehat panjang dan menumpukan perhatian kepada tugas sebelum dipujuk Shebby Singh untuk mengendalikan TM Melaka sebagai jurulatih pada 2007.


Malangnya TMFC ditutup tetapi rezeki Wan Jamak dilantik melatih Negeri Sembilan pada lewat 2007.


Ahmad Yusof, 50, yang mengambil alih tugas kejurulatihan Kedah daripada Azraai Khor Abdullah musim ini, adalah kapten yang dikalungkan pingat emas Sukan SEA 1989.


Di jentera tengah, dia diapit oleh Mat Zan Mat Aris, kini jurulatih KL Plus, selain Azizol Abu Haniffah dan Lim Teong Kim. Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan pula di barisan serangan, Shebby Singh, Razip Ismail, Salim Mahmud dan Lee Kin Hong membentuk pertahanan mantap.


Anak kelahiran Pulau Pinang yang kali pertama disenaraikan dalam pasukan kebangsaan pada pra-Piala Dunia di Kuwait pada 1981 pernah mengendalikan Pahang tanpa mengecap banyak kejayaan.


Detik awal kerjaya di Kedah menggusarkan Ahmad Yusof. Dia dikecam hebat oleh penyokong Sang Kenari yang masih digamit nostalgia kemenangan treble dua musim berturut-turut ketika Marlon Alex James dan Cornelius Bernard Huggins.


Kemenangan buat Wan Jamak malam esok sekadar petanda proses kesinambungan kejayaan merangkul Piala Malaysia musim lalu. Bagi Ahmad Yusof yang memburu piala pertama sebagai jurulatih, kemenangan menjadi tanda bahawa dia juga seorang jurulatih yang harus disegani.

perlawanan ini akan disiarkan di tv1 dan astro arena.

diambil dari FAM dan telah diedit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails