Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, April 11, 2010

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA 2010


NEGERI Sembilan merangkul Piala FA edisi ke-21 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit, tidak sampai lima bulan selepas menjulang Piala Malaysia.

Penyokong Kedah kecewa melihat sepakan penalti Sabre Mat Abu ditampan oleh penjaga gol Negeri Sermbilan, Sani Anuar Kamsani, pada sepakan ketujuh.

Ia kesudahan yang menghampakan Kedah yang membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi lambungan cantik Baddrol Bakhtiar selepas bertukar hantaran dengan Shafiq Jamal. Negeri Sembilan mengikat kedudukan pada minit ke-39 apabila pemain berasal dari Johor, Shaffik Rahman, melepasi kawalan Khairul Helmi Johari sebelum menguis masuk menewaskan Helmi Eliza Elias.

Di depan kira-kira 50,000 penonton, pengadil R. Krishnan terpaksa mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan mendapati sukar menembusi benteng lawan.

Menyempurnakan peluang buat anak buah Wan Jamak Hassan ialah Norizam Salaman, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Shukor Adan dan kapten Rezal Zambery Yahya manakala Zaquan Adha dan Asyraf Al-Japri gagal berbuat yang sama.

Tiga pemain Kedah yang mensesiakan penalti ialah Fazliata Talib, Helmi Eliza Elias dan Sabre.

Baddrol, antara yang menonjol sepanjang final, diisytihar Pemain Terbaik perlawanan manakala Helmi penjaga gol terbaik.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails