Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, April 9, 2010

Juara Piala FA Bakal Beraksi Pada Piala AFC

Selain memburu Piala FA pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Negeri Sembilan dan Kedah juga akan bertarung untuk merebut tiket ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun depan.

Ini kerana hanya juara Piala FA akan mendapat tempat secara automatik untuk beraksi pada kejohanan yang dianggap persaingan kelas kedua selepas Piala Liga Juara-juara Asia (ACL) yang membabitkan kelab-kelab dari benua Asia, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad kepada Bernama.

"Satu lagi tempat akan diberikan kepada pasukan yang menjuarai Liga Super pada musim ini," katanya.

Pada tahun ini hanya Selangor yang muncul juara Liga Super dan Piala FA pada musim lepas (2009) menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan itu setelah naib juara Liga Super, Perlis menolaknya.

Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi pada Piala AFC adalah pada 2007 manakala Kedah turut beraksi pada tahun lepas, namun kedua-dua pasukan hanya sekadar melengkapkan perlawanan pada peringkat kumpulan.

Azzuddin berkata selain Piala FA dan tiket ke saingan Piala AFC, juara akan menerima RM100,000 manakala RM50,000 menjadi milik pasukan yang tewas pada perlawanan akhir itu.

FAM menjangkakan seramai 70,000 peminat akan membanjiri Stadium Nasional di mana 25,000 tiket dijual di Kedah, 30,000 di Negeri Sembilan dan baki sebanyak 15,000 akan dijual di Stadium Nasional pada hari perlawanan, bermula 9 pagi.

Harga tiket bagi dewasa ialah RM20 dan kanak-kanak RM5 manakala pintu masuk ke stadium hanya akan dibuka pada 5 petang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails