Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, April 9, 2010

Ganjaran RM200,000 Menanti Pemain NS Jika Julang Piala FA

Ganjaran RM200,000 menanti pemain Negeri Sembilan jika berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan berkata ganjaran yang ditawarkan ini bagi menyuntik semangat pemain Negeri Sembilan menghadapi Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Bukan saya sahaja yang berbesar hati atas kejayaan Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan akhir, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pemain yang menunjukkan komitmen tinggi sehingga berjaya ke final," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan skuad Rusa di sini, pada hari Khamis.

Pada majlis itu beliau menyampaikan wang ganjaran RM150,000 kepada pasukan itu sebagai hadiah kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

Pada Khamis lepas, pemain skuad Rusa menerima RM50,000 kerana kejayaan melangkah ke separuh akhir.

Mohamad yang juga Presiden PBNS berkata berdasarkan permainan mantap yang ditunjukkan pemain terutama pada perlawanan separuh akhir, beliau yakin Negeri Sembilan mampu menyaingi Kedah.

"Saya mahu semangat berpasukan dan komitmen yang sama ditunjukkan pada perlawanan akhir nanti. Saya mengingatkan pemain supaya teruskan semangat juang yang tinggi dan jangan hilang konsentrasi. Buatlah yang terbaik," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Presiden PBNS Datuk Mat Ali Hassan serta dua Naib Presiden PBNS iaitu Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails