Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, April 15, 2010

Kos kerjasama dengan Everton terlalu sedikit

dan Everton's crest

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menegaskan usaha mendapatkan kepakaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton untuk bekerjasama membangunkan bola sepak negara ini bukan satu pembaziran. Malah beliau memberitahu, kerja sama dengan Everton masih di peringkat perbincangan dan segala keputusan akan dimuktamadkan selepas kajian dilakukan pasukan teknikal jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak bersama akademi bola sepak kelab itu selesai.

“Belanja sebenarnya tidak besar, tapi bayar tetap kena bayar. Jika mengambil kira dengan apa yang sudah kita belanjakan sebelum ini dengan kedudukan ranking negara hari ini, kita sudah belanja banyak tapi kos untuk bekerjasama dengan Everton ini terlalu sedikit.

“Kami tidak guna duit RM10 juta yang diberikan kerajaan untuk kajian itu, duit itu akan digunakan untuk program yang akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Razali berkata demikian sebagai mengulas pandangan pengulas sukan terkenal Serbegeth Singh yang disiarkan Arena Metro semalam dengan menyarankan jawatankuasa itu belajar cara Jepun dan Korea Selatan dalam melahirkan pemain bola sepak yang berjaya daripada berbelanja besar hanya untuk 'berguru' dengan Everton.

Malah bekas pemain kebangsaan itu turut mempertikaikan pemilihan Everton sedangkan di peringkat Eropah kelab terkemuka dari Sepanyol, Barcelona menerusi akademi mereka La Masia memiliki reputasi tinggi dalam membentuk pemain hebat seperti Lionel Messi, Xavier Hernandez dan Andres Iniesta.

Bagaimanapun, Razali yang juga Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak menjelaskan pihaknya mempunyai justifikasi tersendiri mengapa Everton menjadi keutamaan setakat ini.

“Barcelona tak nak tawar kepada kami, kelab yang setuju untuk membantu sekarang adalah Everton. Memang ada kelab lain mahu bekerjasama tapi setakat ini Everton yang terbaik. Everton adalah kelab yang melahirkan ramai pemain kebangsaan England seperti (Wayne Rooney),” katanya.

“Everton memberi tumpuan kepada pembangunan pemain tempatan berbanding pemain import. Ini sesuai dengan matlamat kami yang fokus dalam mencari pemain bagus untuk skuad kebangsaan bukan kelab. Fokus kami sekarang bersama Everton, tapi kalau tak jadi kami kena cari alternatif lain, kelab lain, dan siapa tahu, mungkin Barcelona,” katanya. -

Mengulas mengenai pemergian pasukan teknikal ke Everton selama lima hari, bermula semalam, Razali berkata ia bagi memberi penerangan menyeluruh mengenai landskap bola sepak Malaysia supaya membolehkan kelab itu membuat kajian sebelum sesuatu program dijalankan.

“Kami memerlukan kepakaran mereka dalam mengenal pasti potensi pemain seawal usia 7 hingga 9 tahun. Kita tidak mempunyai kepakaran ini jadi kami mahu mereka datang ke Malaysia untuk membantu. Selain itu, mereka juga mencadangkan agar kerjasama ini memberi tumpuan dalam pembangunan jurulatih dan pegawai. Jadi lama-kelamaan kita boleh lakukan program sendiri,” katanya.

Negara jepun dan korea tak buat macam ni pun.....

sumber: hmetro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails