Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, April 12, 2010

NS tak mahu sertai Piala AFC



‘Tiada kekuatan untuk harungi saingan domestik, antarabangsa’

JUARA Piala FA yang baru dinobatkan, Negeri Sembilan membayangkan tidak akan menyertai Piala AFC musim depan berpandu kepada hakikat mereka ‘tidak memiliki kekuatan’ memburu semua gelaran peringkat domestik dan Asia.

Kejayaan 5-4 menerusi penalti ke atas Kedah pada final, kelmarin selepas perlawanan berakhir 1-1 melayakkan mereka sebagai wakil negara ke kejohanan peringkat kedua Asia itu, namun jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan enggan memberi kata muktamad mengenai penyertaan mereka, musim depan.

Negeri Sembilan yang pernah beraksi pada Piala AFC pada 2004 dan 2007 tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan menarik diri tahun lalu sungguh pun layak di tempat kedua liga ketika juara liga, Kedah meraih tiket sebagai pemenang Piala FA 2008. Tempat mereka kemudian diambil oleh Johor FC.

“Siapa yang tak nak beraksi dalam Piala AFC, tetapi apabila satu pasukan memasuki Piala AFC, mereka perlu seimbangkan keperluan beraksi dalam Piala AFC dan liga tempatan.

“Skuad perlu seimbang dengan kekuatan perlu digunakan secara seluruhnya. Ia adalah bagus untuk menyertai Piala AFC tapi kita tak mahu keadaan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” kata bekas pengendali kebangsaan itu pada sidang akhbar pasca perlawanan akhir semalam.

Sementara itu, kapten Kedah, Shahrulnizam Mustapa pula menganggap tuah tidak berpihak kepada pasukannya melihatkan dia dan rakan sepasukan sudah melakukan yang terbaik pada final kelmarin.
“Ketika perlawanan, pemain sudah memberikan 100 peratus, macam-macam sudah kami lakukan tetapi apakan daya, kalau sudah memasuki (penentuan) penalti, ia bergantung kepada nasib,” katanya.

sumber: bharian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails