Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, July 28, 2010

Kejayaan skuad negara tutup mulut pengkritik


Tiada makna yang lebih mendalam buat penjaga gol negara, Mohd. Sharbinee Allawee selain erti kepuasan selepas membenam aksi Skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Penjaga gol Terengganu itu berterus-terang mengaku dia amat berharap kejayaan itu dapat membuka mata ramai pihak dan melenyapkan suara-suara sumbang terutamanya penyokong Malaysia yang masih memperlekehkan prestasi bola sepak skuad kebangsaan.

''Selepas Sukan SEA di Laos yang lalu, persembahan kami semakin meningkat dan ramai antara kami mempamerkan kematangan dalam permainan.

''Ini adalah permulaan baru kepada bola sepak negara dan saya harap selepas ini makin ramai rakyat Malaysia akan kembali memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan,'' katanya .

Mengimbau perlawanan, Ahad lalu, Sharbinee berkata, dia berpuas hati dengan aksi rakan sepasukannya terutama di bahagian pertahanan kerana berjaya mengekalkan tahap disiplin sepanjang 90 minit permainan.

''Kami menunjukkan daya ketenangan yang berbeza berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini dan itu menjadi kunci kepada kemenangan skuad negara,'' katanya.

Sementara itu, pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar memendam impian mahu membawa skuad negara mara ke separuh akhir Sukan Asia di Guangzhou, Oktober ini.

''Jika kita berjaya mengekalkan tahap permainan seperti semalam, tidak apa yang mustahil buat negara pada Sukan Asia.

''Bukan itu sahaja, sasaran untuk muncul menjuarai Piala AFF Suzuki nampaknya satu realliti yang boleh dijelmakan,'' ujarnya.

Walaupun beraksi hanya 20 minit dalam perlawanan itu, Baddrol tetap puas kerana mampu membantu rakan-rakan bertahan ketika Korea galak menyerang dalam minit-minit akhir permainan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails