Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, July 29, 2010

Keputusan Liga Super 28 Julai

SELANGOR menghampiri gelaran Liga Super dengan merakamkan kemenangan 2-1 ke atas T-Team di tempat lawan dalam persaingan Liga Super malam tadi.

Kelantan di tangga kedua turut menang 4-1 ke atas KL Plus.

Dengan baki hanya dua perlawanan, anak buah K. Devan mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga.

Jaringan penalti Safee Sali pada minit ke-40 dan penyudah Rudie Ramlie pada minit ke-70 cukup untuk memastikan tiga mata buat Selangor.

Safee Sali dibentes keras pertahanan T-Team, Mohd Shaiful Azrin Shamsuddin, lalu bangun menyempurnakan penalti untuk membuka tirai jaringan. T-Team menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma melencong pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad yang menewaskan Hamsani Mohamad ada minit ke-65.

Safee bagaimanapun mencuri ruang di penjuru kiri Terengganu lima minit kemudian untuk menghantar umpanan buat Rudie menjaringkan gol kemenangan.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan menang bergaya hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhamad (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).

Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang hasil jaringan Shakir Ali, Khyril Muhymeen Zambri dan V. Thirumurugan.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails