Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, July 21, 2010

Beijing Guoan 0-3 Malaysia

Malaysia kecewakan Beijing Guoan


KESEBELASAN utama negara yang diturunkan menentang Beijing Guoan Talent FC di Stadium Yishun, Singapura malam tadi. Skuad negara menang 3-0.


SKUAD bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menundukkan kelab dari China, Beijing Guoan Talent FC 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Yishun, Singapura malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama disusuli dua lagi gol pada babak kedua menerusi pasangan kembar, Aidil Zafuan Radzak dan adiknya, Zaquan Adha Radzak.

Hujan yang turun sejurus sebelum perlawanan bermula bagaikan memberi kelebihan buat anak-anak buah K. Rajagobal yang berjaya menguasai babak awal permainan meskipun beraksi di atas padang licin.

Namun, gerakan yang dicetuskan dua jentera tengah, Safiq Rahim dan Amar Rohidan serta larian pantas dua pemain sayap, S. Kunalan dan Ahmad Fakri Saarani belum dapat disudahkan gandingan penyerang, Zaquan Adha Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha.

Gol pertama Malaysia akhirnya menjelma pada minit ke-20 menerusi Norshahrul yang pantas menolak masuk bola muntah daripada dakapan penjaga gol Beijing Guoan, Yan Hai.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah bimbingan Zheng Xiaotian cuba mengimba- ngi permainan tetapi gawang skuad negara yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli serta dibantu empat pertahanan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar terus kebal.

Pada separuh masa kedua, Rajagobal tidak melakukan sebarang pertukaran dan Malaysia hanya memerlukan 30 saat untuk mendapatkan gol kedua menerusi kapten, Aidil yang mudah menanduk masuk bola sepakan sudut daripada Safiq.

Beijing Guoan cuba bangkit tetapi dua percubaan penyerangnya, Gao Teng tidak menemui sasaran. Sebaliknya Malaysia yang berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-63 menerusi Zaquan yang mem- perdayakan penjaga gol lawan sebelum menolak masuk ke pintu gol yang sudah terbuka luas.

sumber: kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails