Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, June 1, 2010

Keputusan Liga Perdana 31 Mei

Persaingan merebut takhta Liga Perdana terus hangat apabila dua pasukan teratas masing-masing mencatat kemenangan.

Felda United terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Shahzan Muda 1-0 di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam tadi manakala PKNS Selangor mengekori rapat selepas menewaskan Polis 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Jaringan tunggal bekas penyerang remaja kebangsaan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-5 menjamin Felda bimbingan E Elavarasan mengutip mata penuh untuk mengumpul jumlah 43, selain mengakibatkan Shahzan Muda menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan Liga Perdana.

PKNS bimbingan Abdul Rahman Ibrahim mengejar Felda hasil kemenangan menerusi jaringan hatrik Mohd Zamri Hassan pada minit ke-50, 70 dan 86 manakala satu lagi gol disumbangkan Christine Jaya Seelan pada minit ke-60.

Jaringan hatrik G Puneswaran pada minit ke-26, 37 dan 80 membolehkan Pos Malaysia menewaskan Harimau Muda 3-2 di Stadium Hang Tuah. Dua gol anak buah Ong Kim Swee hadir menerusi pemain tengah, D Saarvindran pada minit ke-43 dan 70.

Dalam perlawanan lain, Tentera menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails