Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, June 2, 2010

Harimau Muda A pulang dari slovakia

Harimau Muda A capai sasaran


SKUAD Harimau Muda tiba di KLIA, Sepang semalam selepas lebih tiga bulan berguru di Slovakia.


Setelah lebih tiga bulan beraksi di luar negara, Harimau Muda A kembali ke tanah air semalam, dengan membawa pulang pengalaman dan mempamer peningkatan sepanjang beraksi dalam Liga Bawah 21 Divisyen 1 Slovakia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad Mohd. Azraai Khor Abdullah, jelas telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Jurulatih Azraai Khor mendedahkan antara lain skuad itu ditawarkan menyertai musim baru 2010/11 Liga Satu Slovakia, yang bermula pada akhir Julai nanti. Surat tawaran telah diberi kepada Azraai untuk di serah kepada FAM untuk tindakan lanjut.

''Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh daripada Azraai sendiri. Dalam masa yang sama, satu panel bebas juga akan membuat penilaian mengenai tahap peningkatan pemain Harimau Muda A," katanya.

Jelasnya, Harimau Muda A telah manfaatkan sepenuhnya tempoh tiga bulan di Slovakia.

Dalam masa yang sama Azraai mengakui kedatangan pasukan Harimau Muda A dalam liga Slovakia mendapat perhatian pengerusi liga, pasukan dan pengadil, yang sentiasa memberi komen positif.

''Kami berhasrat untuk mengadakan kem latihan dan mengatur perlawanan persahabatan di seluruh negara," katanya.

''Menerusi maklum balas yang diterima, mereka melihat Harimau Muda A pada awal saingan sehingga akhir sebagai pasukan yang berbeza.

''Ini disebabkan peningkatan yang dipamerkan pemain.

"Kalau diberi peluang untuk beraksi semula ke liga tersebut, memang saya bersedia untuk melakukannya demi pembangunan bola sepak negara.

''Namun bergantung kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.

Harimau Muda beraksi 13 perlawanan sepanjang di Slovakia, dengan mencatat tiga kemenangan, 10 kali tewas dengan menjaringkan 10 gol dan 36 bolos.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, K. Gurusamy mengakui memperoleh pengalaman berguna di Slovakia.

''Pemain diberi rehat selama 14 hari sebelum menjalani latihan intensif di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

''Selepas itu mereka akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Newspaper di Vietnam, Oktober ini.

''Dalam masa yang sama, ada beberapa pemain yang telah disenaraikan oleh jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal untuk ke Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun ini, bagi menyertai latihan serta perlawanan persahabatan di sana," katanya.

Mengenai Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang dikatakan mendapat tawaran berlatih bersama kelab Vion Zlate Moravce, di Slova, Azuddin berkata, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

''Liga utama di Slovakia, Liga Corgon akan memulakan musim 2010/2011 tidak lama lagi.

''Jika ada tawaran pun, mungkin pada akhir Jun atau Julai. Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas lisan mengenai tawaran tersebut," katanya.

"Selepas itu mereka akan terus bersiap untuk menghadapi Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper di Vietnam pada Oktober depan," jelasnya.

Namun menurut Azzuddin, lima pemain Harimau Muda A akan kembali ke Wisma FAM hujung minggu ini kerana tersenarai dalam kelompok 30 pemain yang dipanggil K. Rajagobal untuk menyertai latihan skuad kebangsaan di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini.

Mereka terdiri daripada Muslim Ahmad, Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Mahali Jasuli dan Izzaq Faris Ramlan.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin memberitahu, keputusan sama ada Real Madrid akan berkunjung ke negara ini pada 14 hingga 21 Ogos depan hanya akan diketahui pada Jumaat ini iaitu 4 jun 2010.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails