Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, June 4, 2010

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia hanya tunggu lampu hijau

vs

Kunjungan Real Madrid ke Malaysia semakin menjadi kenyataan.

Persatuan Bola Sepak (FAM) mendedahkan perbincangan mengenai penganjuran perlawanan itu kini hanya dalam peringkat terakhir bagi kedua-dua pihak mempersetujui beberapa syarat.

Pasukan gergasi Sepanyol itu dijangka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dalam salah satu kalendar Jelajah Asia pada 14 hingga 21 Ogos depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan sekiranya perjanjian direalisasikan, maka sepak mula akan diadakan pada jam 10 malam sebagai menghormati bulan Ramadan.

"Secara dasar Malaysia bersetuju namun ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci kerana penganjurannya melibatkan kos tinggi. Ia akan diadakan asalkan kedua belah pihak bersetuju dengan syaratnya," ujar beliau.

Azzudin turut mendedahkan FAM telah menghubungi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menggunakan kemudahan Stadium Bukit Jalil.

Sekaligus memohon agar perancangan untuk membaiki trek di stadium tersebut yang dijangkakan akan bermula pada pertengahan bulan ini ditangguhkan bagi laluan kepada perlawanan Real Madrid.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails