Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, June 6, 2010

Skuad negara diuji tiga kelab Liga Rusia


SKUAD bola sepak negara memulakan latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak kelmarin sebagai persiapan mengadakan beberapa aksi persahabatan menentang kelab Liga Rusia.


SKUAD bola sepak kebangsaan bakal berdepan empat kelab dari Liga Rusia yang telah memberi pengesahan untuk mengadakan perlawanan persahabatan sepanjang mereka berada di Antalya, Turki pada 10 hingga 20 Jun ini, lapor HELMI TALKAH.

Bagaimanapun jurulatih kebangsaan, K. Rajagopal menje- laskan bahawa hanya tiga da ri- pada empat kelab tersebut akan dipilih sebagai lawan skuad kendaliannya itu memandangkan waktu mereka yang sangat singkat di Turki.

"Empat kelab yang telah memberi pengesahan adalah Alania Vladikavkaz, Terek Vrozny, Sheniss Tiras dan Inter Baku Azerbajan dan keempat- empat kelab ini beraksi dalam divisyen satu Liga Rusia.

"Memandangkan kami hanya akan berada di Turki selama 10 hari, perbincangan akan dilaku- kan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memilih tiga kelab sahaja bagi tujuan aksi persaha- batan tersebut.

"Sekiranya keadaan mengizin- kan, saya tidak menolak kemungkinan kami akan menentang keempat-empat kelab tersebut," jelas Rajagopal ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Tambah Rajagopal, kesudian keempat-empat kelab tersebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan oleh barisan pemain skuad kendaliannya itu.

"Ini merupakan satu peluang pendedahan buat pemain-pemain dan persiapan terbaik sebelum kita turun menentang Cardiff City, Korea Selatan B-23 dan Real Madrid.

"Perlawanan menentang kelab-kelab dari Rusia ini juga bakal memberi persaingan kompetitif kerana mereka dibarisi pemain-pemain profesional dan beraksi buat pasukan negara masing-masing.

"Seperti yang kita sedia maklum, tidak banyak pasukan yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan ketika ini memandangkan saingan Piala Dunia akan bermula tidak lama lagi.

"Justeru, ini merupakan peluang terbaik dan kita seharus- nya tidak mempersiakan-siakannya," tambahnya.

Seramai 30 pemain telah dipanggil bagi menjalani latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, namun hanya 24 sahaja akan dibawa ke Turki.

kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails