Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, June 4, 2010

Jadual liga terpaksa diubah sebab Cardiff City

Jadual tujuh perlawanan Liga Super terpaksa dianjakkan lebih awal bagi memberi laluan sempena kunjungan Cardiff City ke Malaysia 15-17 Julai depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pasukan-pasukan yang terbabit dalam jadual asal Liga Super pada 17 akan bermain pada 6 Julai selepas diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pertandingan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) 2010.

Pengerusi JKPT 2010, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu kepada pemberita mengenai perubahan jadual berkenaan di Wisma FAM , Kelana Jaya sungguhpun mengakui berdepan rungutan daripada pasukan negeri/kelab mengenai perubahan jadual berkenaan selain terpaksa berhadapan dengan demam Piala Dunia.

Tambah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula, Kelab Cardiff City yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

Pasukan senior kelab tersebut akan menentang pasukan kebangsaan pada 17 Julai sementara pasukan junior pada 15 Julai.

"FAM kini menunggu pengesahan dari kelab tersebut sama ada pasukan junior mereka itu bawah 19 tahun atau bawah 21 tahun supaya dapat disesuaikan dengan
pasukan junior Malaysia," katanya.

FAM turut mendedahkan skuad negara juga akan berdepan dengan pasukan Bawah 23 tahun (B-23) yang juga merupakan skuad Olimpik Korea Selatan. Perlawanan itu diadakan bagi memperingati hubungan diplomatik selama 50 tahun Malaysia-Korea Selatan.

Bagaimanapun FAM belum membuat keputusan berkenaan venue perlawanan kerana berikutan implikasi kewangan. Namun pertemuan ini akan tetap diteruskan kerana dapat memberi pendedahan yang baik buat pasukan negara sempena menghadapi kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan Sukan Asia.

Empat pemain yang bakal beraksi dalam Piala Dunia di Afrika Selatan nanti juga merupakan anggota skuad Olimpik Korea Selatan.

Terlebih dahulu,lawan pasukan Malaysia yang dalam perancangan untuk mengadakan jelajah Turki ketika tempoh rehat Piala Dunia pula masih belum dapat dipastikan lagi. Sebelum ini pasukan negara dijadualkan bakal menentang tiga pasukan tempatan.

Azzuddin berkata kelab Cardiff City, yang kini dikuasai oleh tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan sejak bulan lepas, akan membawa pasukan junior dan seniornya ke Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails