Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, June 9, 2010

Elemen lasak Football Xtreme

SAIZ gol dan padang yang lebih kecil menyukarkan perlawanan 100PLUS Football Xtreme.


SUKAN bola sepak mahupun futsal menjadi kegilaan anak-anak muda ketika ini. Kemeriahan musim bola sepak FIFA Piala Dunia 2010 yang akan muncul tidak lama lagi pasti akan menghangatkan suasana.

Dengan menambahkan elemen-elemen baru dan ekstrem kepada sesebuah sukan, ia akan menjadi lebih menarik dan menjanjikan satu pengalaman yang baru.

Persis rancangan televisyen American Gladiators, 100PLUS tampil membawakan konsep yang hampir sama iaitu dengan menggabungkan sukan bola sepak dengan elemen lasak sambil mengenengahkan semangat 100PLUS Outdo Yourself.

Bermain bola sepak di dalam sangkar besi mungkin tidak sukar. Tetapi jika elemen-elemen seperti api, angin dan air ditambah, ia nyata memberikan cabaran yang lebih. Apatah lagi saiz gol yang lebih kecil dan kedudukan golnya yang lebih tinggi berbanding biasa.

Bersaiz separuh padang futsal, golnya agak sukar dibolosi saat tiga peserta daripada setiap kumpulan berentap bagi menjaringkan bola di atas lantai rumput tiruan dalam perlawanan 100PLUS Football Xtreme itu.

"Sangat sukar menjaringkan gol kerana ia tidak jelas dilihat kerana dilindungi rantai besi," kata seorang pemain dari pasukan Kiiro, Muhamad Zaid Iskandar, 28.

"Dengan menambah elemen-elemen seperti air, api dan angin ia nyata memberikan keseronokan tersendiri walaupun ia sedikit meletihkan," katanya.

Seorang pemain pasukan Straterdam, Liang Keat, 22, menyatakan keterujaannya kerana dapat bermain bola sepak di dalam sangkar bersaiz tujuh meter x 20 meter itu dan memberi pengalaman yang berbeza kepadanya.

"Saya tidak mahu melepaskan peluang bermain sukan ini. Ia sesuatu yang baru dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," katanya.

Muhammad Zaid dan Liang Keat adalah antara peserta daripada beberapa kumpulan yang telah menyertai perlawanan anjuran 100PLUS yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 29 dan 30 Mei lalu.

Sambutan hangat telah diberikan kepada perlawanan itu dengan jumlah penyertaan melebihi 150 kumpulan dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun, masih belum terlewat untuk peserta-peserta yang berminat merasai kelainan berentap secara ekstrem kerana sangkar itu akan dibawa ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 12 hingga 13 Jun 2010 dan kembali ke Lembah Kelang pada 19 Jun ini untuk mencari wira-wira yang mampu melawan cabaran.

Sebanyak 14 kumpulan terbaik akan berentap pada 20 Jun bagi perlawanan akhir untuk menentukan pemenang yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Volkswagen Beetle 2.0 Xtreme. Apa yang lebih menarik, ia akan lebih mencabar dengan beberapa elemen tambahan yang lebih ekstrem.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM158,888? Dua kumpulan dengan skor gol tertinggi pada setiap hari perlawanan akan berpeluang untuk mara ke pusingan akhir.

Antara hadiah-hadiah lain yang ditawarkan kepada peserta yang berjaya adalah wang tunai RM5,000 beserta bekalan 100PLUS selama setahun untuk hadiah tempat kedua, wang tunai RM2,000 dan bekalan 100PLUS selama setahun untuk tempat ketiga dan RM500 beserta barangan 100PLUS untuk saguhati.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk merasai bermain sukan yang mencabar itu anda boleh melayari laman web di alamat www.100PLUS.com.my. - SYALMIZI HAMID

KOSMO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails