Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, March 31, 2011

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia dan Olimpik

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014...

29 JUN, MALAYSIA vs TAIWAN



3 JULAI, TAIWAN vs MALAYSIA

~kalau mng lwn CHINESE TAIPEI malaysia akan menentang Singapore~




Taiwan yang berada di ranking 147 dunia bukanlah lawan yang boleh dipandang rendah kerana mempunyai gaya permainan sama seperti China dan Hong Kong, lawan ditemui Harimau Malaya pada 9 Februari lalu.
''Setakat ini perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang dijadualkan pada 3 Jun ini di sana akan menjadi salah satu medan terbaik sebagai persiapan menghadapi Taiwan," jelasnya


Rajagobal juga sempat berpesan buat peminat setia negara agar bersikap realistik dengan kekuatan skuad kebangsaan jika berharap mahu Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 kerana sasaran jangka panjang adalah untuk layak ke Piala Asia 2015.


''Saya anggap kelayakan Piala Dunia adalah pendedahan terbaik buat semua pemain mendapatkan pengalaman beraksi dan misi saya adalah mahu pemain melakukan yang terbaik, " katanya.

Undian pusingan 2 Kelayakkan Olimpik 2012


19 Jun, Lebanon lwn Malaysia


23 Jun, Malaysia lwn Lebanon



Selain itu kita juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan skuad Olimpik negara....Kata Kim Swee


“Bagaimanapun ia masih dalam perancangan. Masih belum muktamad. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan pemain dengan keadaan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lebanon,” katanya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails