Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, March 12, 2011

Sengat Sang Lebah tak jadi

KUALA LUMPUR, (D5) - Johor FC pasti menyesal tak sudah selepas gagal mengambil kesempatan di depan penyokong sendiri selepas hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur (KL). 

Ketumpulan barisan serangan jelas menjejaskan impian skuad kendalian Azuan Zain untuk meraih tiga mata. 

Pada minit ke-22, cubaan Skuad Lebah tersasar apabila Mohd Rashid Aya yang cuba melambung tinggi bola tatkala penjaga gol lawan sudah meluru keluar. 

Susulan selepas itu, giliran Eddy Helmi pula dikecewakan sungguhpun berjaya melepasi perangkap ofsaid namun percubaannya sempat disekat. 

Kuala Lumpur semakin mendapat keyakinan dan mula menjana gerakan menerusi bahagian sayap kanan, Fahrul Razi Kamaruddin yang banyak menghantar bola ke dalam kotak penalti. 

Skuad Warga Kota kemudian dikecewakan palang gol apabila tandukan KL Fahrurazi pada minit ke-72 singgah di palang. 

Melihat situasi itu jurulatih KL, Razif Ismail pantas memasukkan Yong Kuong Yong untuk terus memberi tekanan kepada kubu tuan rumah. 

Pada minit terakhir, Shahrizal Saad hampir membawa keceriaan kepada Johor FC namun lencongannya tersasar.



sumber:
http://www.arena.my/Arena/ArenaArticle/tabid/440/Default.aspx?newsId=139334

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails